Oleh : Imran Haaz
Ini merupakan satu surat yang terbuka bagi menjawab kenyataan akhbar terbuka yang dibuat Rev. Dr. Sumana. Kenyataannya dipetik oleh akhbar The Sun pada hari Rabu 8 jan 2014.
Email jawapan kepada Rev Sumana spt di bawah.
Saya menulis surat balas ini pada hari sama. Ia dihantar melalui email kepada Editor Akhbar tersebut. Penolong Editor di mana saya pernah berdialog dengannya sebelum ini telah pun lama berhenti. Dialog lama tersebut boleh dicapai di sini.
http://satuhala.blogspot.com/2012/05/dialog-dengan-timbalan-pengarang-akhbar.html
Mengetahui ianya tidak akan disiarkan the Sun sepertimana surat-surat protes sebelum ini, saya tetap melakukannya. Bukankah itu satu pekerjaan yang membuang masa dan sia-sia jika mengetahui ianya berkemungkinan besar tidak akan disiarkan? Itu yang dikatakan beberapa sahabat. Untuk persoalan itu, saya cuma boleh menceritakan kepada mereka perihal seekor burung kecil yang berusaha memadamkan api setinggi bukit ketika Namrud sedang berusaha menghapuskan Nabi Ibrahim a.s. dengan harapan jalan agama Hanafi ini akan berkubur sebaik Ibrahim a.s. terbakar sepenuhnya. Apakah burung kecil itu tidak tahu bahawa usahanya itu juga sia-sia? Burung itu tahu, paruh kecilnya itu tidak akan memadamkan api yang sedang kelihatan membakar Ibrahim a.s.
Tetapi burung itu tahu, bukanlah usahanya yg kecil itu akan memdamkan api yang sedang cuba membakar dan memusnahkan jalan agama Hanafi/Tauhid ini, tetapi ia tahu bahawa Allah yang akan melakukannya. Cuma dia malu jika suatu hari nanti apabila berhadapan dengan Allah kelak, ia tidak langsung cuba bertindak membantu Ibrahim a.s.
Dengan usaha kecilnya nanti, suatu hari dihadapan Allah nanti, ia berharap Allah memandang dirinya sebagai makhluk-makhluknya yg tidak berdiam diri ketika agama yang diredhai Allah ini dihinakan.
Siapa kita dan apa keupayaan kita tidak penting, yang penting apakah kita berdiam diri dan sibuk dengan fantasi dunia sendiri ketika agama ini sedang diancam dari segenap arah pada ketika ini. Buatlah sesuatu. Kecil pun tidak mengapa. Allah pandang itu semua. Benar, kita tidak punyai keupayaan kewangan dan solidariti yang kuat untuk menentang gerakan mereka yang mempunyai jaringan antarabangsa yang gagah. Ingat, bukanlah usaha kita yang akan memenangkan perjuangan ini. Allah yang menentukan kemenangan dan keselamatan umat yang dikasihiNya.
Ingat, kita berjuang bukanlah dengan niat matlamat untuk menumpaskan, tetapi kita berjuang kerana Allah s.w.t. suruh kita berjuang. Selebihnya, Allah akan menguruskannya.
Semua tahu apa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. Dia keluar dengan selamat dan sedikit pun kesan lecuran atau kecederan pada tubuhnya. Apakah api itu dipadam oleh paruh burung kecil yang berusaha dgn keupayaannya yang terhad dalam mengangkut air dan memadamkan kebakaran itu? Tidak sama sekali. Allah yang menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s.
Bukankah Allah menguji setiap umatnya yang cuba membuktikan iman mereka kepadanya dgn ujian keupayaan yang terhad dalam menentang mereka-mereka yang membenci agama Allah ini?
Perhatikan dengan Thalut dan tenteranya. Jumlah mereka sedikit. Tetapi mereka bersungguh tetap berjuang.
Lihat pula dengan Ahlul Badar. Mrk berperang dgn 300 org dgn hanya beberapa bilah pedang dan ada yang terpaksa berjuang dgn pelepah kurma, kayu dan sebagainya. Apakah mereka berundur? Tidak sama sekali.
Kita kini dalam situasi terhimpit. Dihimpit pasukan bersatu antara golongan kafir dikalangan ahli kitab yang bergabung golongan Musyrik dan sekumpulan umat Islam yg menjadi tunggangan mrk. Seolah kita terkepung dengan ancaman luar dalam yg hampir serupa dgn apa yg berlaku di dalam perang khandak. Cuma situasi kita tidak menggenting seperti kepayahan yang dirasakan Rasulullah s.a.w. bersama sahabat. Rasulullah s.a.w. bukan hanya menghadapi percubaan pencerobohan akidah dan ancaman terhadap nyawa, malah kekuatan penguasaan umat Islam ke atas madinah juga sedang diancam pada ketika itu. Kita cuma diuji sedikit dgn ujian pencerobohan akidah dan percubaan menguasai kuasa pemerintahan dlm motif jangka panjang mereka. Ini ujian buat kita. Hampir seluruh masyarakat bukan Islam telah diprogramkan untuk membenci ketegasan kita dalam hal akidah ini. Mereka telah bergabung. Tetapi ini bukanlah garis penamat kepada kita. Ia mungkin permulaan kepada kemenangan yang lebih besar untuk kita. Bukankah di dalam perang itu juga, ketika sedang menggali benteng parit, mereka terjumpa sebuah bongkah batu yang besar dan tidak dapat dipecahkan para sahabat? Lalu Rasulullah s.a.w. ambil alih dan memecahkan batu itu dengan dua pukulan. Pukulan pertama memercikkan api dan membelah batu. Pukulan kedua memercikan api dan menghancurkan batu yang sudah terbelah.
Rasulullah s.a.w. menyatakan seperti berikut :
“Pada pukulan pertama, aku melihat gedung dan istana-istana kisra di Hirab (Parsi). Pada pukulan kedua, aku melihat istana-istana merah di Romawi (Rom). Sesungguhnya umatku pasti mengalahkan mereka.”
Siapa pun kita dan apa pun keupayaan kita untuk menyumbangkan usaha ke jalan mempertahankan akidah dan negara kita ini dari pencerobohan akidah, kita terus istiqamah usahakan. Jadilah kita sebagai burung kecil dalam kisah Ibrahim itu. Siapa kita tidak penting, tetapi apa yang telah kita usahakan dalam perjuangan ini penting untuk kita bila berhadapan dengan Allah nanti. Kita melakukannya bukan dengan matlamat utama untuk menumpaskan, tetapi kita melakukannya kerana memburu redha Allah diakhirat nanti.
Ia dirangka ringkas dengan menggunakan kaedah contextualization perlu dilawan dengan contextualization. Ia kaedah melakukan serangan pre emptif ke dalam kerangka yang meletakkan sasaran dlm keadaan bertahan dan tidak mampu menyerang kembali. Kaedah ini pernah saya sebut dalam artikel di bawah semasa membalas surat seorang penghina Rasulullah s.a.w. di dalam akhbar yang sama 2 tahun lalu. Pautannya di bawah. Sekiranya sesuai dan bermanfaat boleh cuba guna bagi mereka yang menggunakan pena sebagai mata pedang. Wallahua'lam.
http://satuhala.blogspot.com/2012/06/pertuduhan-ke-atas-rasulullah-saw-punca.html