Friday, January 24, 2014

Manusia Maju Mencari Islam, Manusia Kelabu Mencari Debu

0
Oleh : Imran Haaz


Terdapat sebuah formula tidak langsung berkenaan besar atau kecilnya populasi Kristian di dalam dunia. ia sentiasa berkait dengan tingkat perkembangan daya intelektual manusia. 


Apabila sesuatu negara itu mempunyai manusia-manusia dengan tingkat daya intelektual tinggi, maka agama Kristian tidak akan dapat subur di situ. Jika negara ini, merupakan sebuah negara dengan Kristian membentuk majoriti populasinya, maka, sebaik daya intelektual mereka meningkat, mereka akan secara beramai-ramai meninggalkan agama Kristian.

Pada mulanya mereka akan tercari-car arah. Akhirnya apabila bertemu sahaja dengan Islam, mereka akan segera mengenalpasti bahawa agama inilah yang mereka cari. Dan Tuhan di dalam agama inilah yang mereka rindukan selama ini.

Perhatikan statistik betapa semakin banyak gereja-gereja ditutup di negara-negara barat yang maju. Semasa Kristian subur di barat, zaman itu dikenali sebagai zaman gelap. Sehinggalah gerakan membebaskan gereja dari mencengkam sistem pemerintahan negara. Ketika itu, baharulah Eropah dan barat bangkit. Zaman kebangkitan yang dikenali sebagai zaman pencerahan. Perlahan-lahan mereka meninggalkan gereja dan agama mereka.

Islam kemudiannya mula berkembang. Dari perlahan menjadi semakin pantas. Ia menjadi agama yang paling berkembang dengan pantas di sana. Ini fakta. Maka wilayah-wilayah dan kantung-kantung gereja menjadi semakin menipis. Mereka memerlukan pelan tindakan supaya mereka tidak lenyap dari dunia.

Lalu mereka menyasarkan manusia-manusia dengan tingkat akal yang rendah untuk ditipu untuk percaya bahawa Kristian itu jalan sebenar menuju kepada Tuhan. Lihat sahaja di mana agama ini berkembang pesat. Di dalam hutan, di ceruk-ceruk yang tidak dijejaki manusia, di dalam negara mundur dan dunia ketiga. Di dalam negara-negara yang musnah tamadunnya kerana perang dan dihancurkan agen-agen mereka sendiri. Inilah tapak suburnya agama tersebut. Tempat di mana manusia tidak berada pada tingkat pemikiran optimum. Sebaik manusia-manusia ini mencapai tingkat pemikiran optimum, mereka pula akan mempersoalkan apa yang mereka pegang.

Kerana itulah Asia Tenggara termasuk Malaysia ini penting kepada mereka. Mereka merasakan bahawa manusia-manusia di sini berfikiran kangkung. Maka ia menjadi tanah yang subur untuk gerakan perkembangan iktikad agama mereka. Mereka tidak mampu untuk mengembangkan Kristian kepada kelompok manusia intelektual, tetapi mereka menyasarkan manusia-manusia

Harus diingat, keupayaan intelektual tidak diukur dengan pencapaian akademik atau sijil-sijil dan kredibiliti yang diberikan tinggi menggunung. Luqmanul Hakim, seorang manusia biasa, diangkat Allah sebagai antara manusia yang bijak hanya kerana dia berpesan dengan pesanan penuh hikmah kepada penyambung warisannya bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah. Pesanan inilah yang membezakan antara seorang manusia yang tahu dan faham atas tujuan apa dia diciptakan.

Doktor, Lawyer, Majistret apakah mereka bijak jika meletakkan seluruh pengharapan dan kehidupan mereka kepada patung, batu dan kayu?

Seluruh dunia dengan manusia berfikiran maju berlumba-lumba mahu memeluk Islam. Mereka sebenarnya semakin hari semakin dekat kepada Islam.

Jadi, tiada tempat untuk agama selain Islam berkembang kecuali dengan mencuba gerakan missionary mereka kepada golongan manusia yang masih belum maju dalam pemikiran. Kita menyediakan tempat yang subur bagi mereka. Pemikiran ramai daripada kita masih terkepung di dalam satu sistem pemikiran yang mudah ditipu. Kita masih berfikiran kolot. Kita masih menunggu hidayah dalam rupa bentuk nama-nama Allah pada pokok, ranting, langit dan haiwan. Kita masih lagi hanya mahu terkejut dengan kebesaran Allah setelah melihat sejadah yang tidak pernah digunakan tiba-tiba terlipat dalam posisi seakan bersolat.

Kerana melihatkan sistem pemikiran kita sebegitulah pihak-pihak pelampau Kristian dinegara ini bersungguh-sungguh mahu memastikan yang ruang terhad untuk mereka berkembang di rantau sebelah sini dapat dimanfaat sebaik-baiknya. Selagi umat Melayu masih percaya air kumbahan yang terpancut dari celah-celah batu sebagai air penawar. Selagi kedai tidak laku akibat tidak pandai berniaga dituduh terkena buatan orang. Selagi tegar membawa anak-anak berjumpa bomoh menjampi getah pemadam, pen dan pensel untuk mendapat keputusancemerlang dalam peperiksaan. Selagi itulah kita, umat Islam dinegara ini akan dipandang sebagai sebuah ladang yang subur untuk gerakan missionary Kristian.

Kebodohan ialah baja paling subur untuk gerakan mereka. Tanpa kebodohan manusia, mereka tidak akan dapat berkembang.

Maka kita semua bertanggungjawab untuk membebaskan umat ini dari sisi pemikiran bodoh yang membelengu serta merosakkan lojik akal kebanyakan daripada kita. Kita perlu bebaskan umat ini daripada tercandu delusi. Kita perlu bebaskan umat ini daripada belengu kryptonite minda muslim. Tanpa gerakan pembebasan ini, kerja kita menjadi berat. Orang-orang Melayu/Islam di sini perlu diajar kembali cara bagaimana berfikir. Kita sudah terlalu lama outsourcekan keupayaan berfikir untuk dijalankan orang lain. Kita sudah lama selesa menjadi pak turut. Kita bertakbir kuat tanpa menerbitkan hatta sekelumit pun rasa gerun malah dipandang kita dengan pandangan paling hina seolah kita diumpamakan sebagai keldai oleh golongan kafir.

Itu hakikat diri kita. Kita berpecah kerana kita tidak pernah mahu berfikir bahawa imuniti anugerah Tuhan kepada umat Islam yang tak akan terkalah hanya datang bersama penyatuan muslim. Kita lebih sanggup untuk ditakdirkan hancur kerana perbalahan kuasa sementara penguasaan dunia. Kita berpatah arang berkerat rotan hanya kerana ketaksuban atas pegangan sesuatu yang fana.

Kita merasa kita gagah kerana bergaduh sesama sendiri. Dalam masa yang sama, kumpulan missionary ini melihat kita sebagai ladang yang subur kerana kehilanagan imuniti.

Orang-orang barat sedang berebut-rebut meninggalkan kemabukan dunia untuk memeluk Islam. Orang kita berebut-rebut menjual Islam kerana mabukkan dunia. Perhatikan video di bawah. 1250 warga Jerman, salah sebuah negara dengan keupayaan kejuruteraan termaju di dunia, memeluk Islam secara serentak di dalam satu Majlis. Kenapa kita di sini ada yang sehingga menjual agama demi merebut sesuatu yang fana? 




Jangan dibiarkan keadaan ini berlarutan. Kita terus memperbaiki keupayaan pemikiran semua disekeliling kita termasuk kita sendiri. In Sya Allah, setiap kesusahan dalam berusaha itu akan datang bersamanya dua kemenangan. Semoga situasi dalam video di bawah ini akan dapat dilhat dengan kerap dinegara ini. In Sya Allah.

http://www.youtube.com/watch?v=le-ER3VQurc
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: