Monday, January 6, 2014

Isu Kalimah Allah : Ujian Asid Atau Bakal Mencurah Asid?

2
Oleh : Imran Haaz

The Star memuatkan tajuk Acid test untuk National Unity Consultative Council (NUCC). Ia melibatkan isu kalimah Allah yang cuba dipermain-mainkan oleh golongan pelampau Kristian tempatan.  Menyerahkan urusan kalimah Allah kepada NUCC ibarat menyerahkan urusan kepada mereka yang tidak tepat dan mungkin tidak layak. Ia juga seolah merupakan tindakan menggunakan pintu belakang untuk menafikan keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Mahkamah Rayuan. Proses perundangan masih lagi berjalan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan membawa kes untuk dibicarakan di dalam Mahkamah Persekutuan. Membawa isu ini kepada NUCC yang dianggotai oleh majoriti golongan yang bersetuju dengan Kristian dibolehkan menggunakan nama Allah, ibarat percubaan meliwat undang-udang.


Menyerahkan urusan kepada mereka yang tidak layak dan tepat membawa maksud negara akan menuju kucar kacir dan mungkin hancur. Lebih 70% muka2 yang dilantik di dalam National Unity Consultative Council merupakan mereka yang cenderung dengan pendapat Kristian harus dibolehkan menggunakan kalimah Allah. Penulisan ini bukan bertujuan untuk melangkau perkara yang belum berlaku serta meletakkan prejudis awal, tetapi track record kebanyakan mereka yang berada di dalamnya seolah-olah mencadangkan perkara itu akan berlaku.


Satu-satunya Perempuan bertudung yang dilantik di dalam majlis tersebut turut dilantik bukan atas kelayakan tetapi kecenderungannya mempertahankan hak kristian untuk dibolehkan menggunakan kalimah Allah. Majlis ini memerlukan cop halal. Jadi perlantikan wanita ini dan beberapa ‘lebai teman tapi mesra Kristian’ di dalamnya, tidak lebih dari sekadar menjadikan mereka sebagai cop halal kepada semua tindak tanduk dan keputusan yang diambil majlis ini. Siapa mereka tidak penting. Yang penting, mereka haruslah berimej muslimin dan muslimah pada façade ketrampilan mereka, mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan orang-orang Islam, aktif memberikan fatwa setelah berfikir 2 minit di dalam twitter dan mempunyai kecenderungan untuk tidak menjalankan ayat 4 di dalam 10 ayat pertama surah al Kahfi yang membawa maksud berikut:

1. Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab Suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

2. (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang- orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

3. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: "Allah mempunyai anak".

5. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

6. Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.

8. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

9. Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul-Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

10. (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

Sepuluh ayat pertama di dalam surah al Kahfi merupakan sebuah Acid Test sebenar untuk mengenalpasti siapa itu Dajjal dan gerakannya.

Sepuluh ayat pertama surah al Kahfi merangkumkan bahawa Al Qur'an bukan sebuah kitab yang mengelirukan serta mempunyai sesuatu yang terpesong.

Sepuluh ayat pertama surah al Kahfi secara tersirat menjelaskan bahawa tunjang kepada gerakan Dajjal ialah golongan yang mengatakan bahawa Allah itu mempunyai anak. Mereka ialah Yakjuj dan Makjuj yang melalui percampuran benih mereka membentuk umat Kristian terbesar yang memerintah dunia pada ketika ini.

Sesudah mengenalpasti golongan yang mengatakan Allah mempunyai anak, Sepuluh ayat pertama surah al Kahfi menyatakan dengan jelas bahawa al Qur'an yang tidak dapat dipesongkan itu, adalah bertujuan untuk digunakan oleh orang-orang Islam yang beriman kepadanya untuk memberikan amaran kepada golongan yang mengatakan Allah mempunyai anak, untuk berhenti dan bertaubat dari berterusan mengatakan sedemikian rupa. Memberi amaran berbeza dengan perbuatan memberi kebenaran. Entah kenapa jalan memberi kebenaran itu dipilih oleh sekumpulan manusia yang mendakwa al Qur'an menjadi perlembagaan perjuangan mereka? Bukankah perbuatan itu bertentangan dengan apa yang disebut Allah sebagai pendirian apa yang perlu dipegang oleh golongan beriman yang jumlahnya sedikit di akhir zaman?

Sepuluh ayat pertama surah al kahfi juga menjelaskan tentang masa depan golongan yang bertegas mahu beriman dengan apa yang ditetapkan Allah di dalam al Qur'an. Mereka akan hidup terhimpit dengan segala macam tekanan dan paksaan sehingga akan menyebabkan mereka akan merasakan mereka bersendirian berjuang pada jalan tersebut. Itulah yang berlaku kepada pemuda-pemuda kahfi (sahabat penghuni gua)  di penghujung sepuluh ayat pertama surah al Kahfi. Mereka hanyalah pemuda-pemuda biasa. Mereka tidak pernah diangkat sebagai ulama’, murabbi, mufti, politikus Islami dan artis Islami, figura Islami segala macam label Islami yang mungkin wujud pada era zaman mereka.

Mereka hanyalah sekumpulan pemuda yang berterusan berpegang dengan al Qur’an (a) pada maksud sebenarnya pada ketika institusi agama dan segala apa yang berada disekeliling mereka menjadi korup. Lalu mereka mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari segala kekalutan ini dengan mengasingkan diri mereka ke dalam sebuah gua.

Janji Allah, jika beristiqamah dalam perjuangan dan berterusan berpegang kepada apa yang Dia pesankan di dalam Al Qur’an dan Sunnah nabi-nabiNya, Allah akan menyelamatkan mereka di dalam golongan ini dan memenangkan golongan ini dengan cara yang tidak disangka-sangka. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada pemuda-pemuda Kahfi. Ketika mereka tidak lagi berupaya berbuat apa-apa dengan sistem hidup masyarakat mereka yang korup, Allah s.w.t. menidurkan mereka sehingga sistem yang korup itu berubah untuk mereka kembali hidup di dalamnya sebagaimana yang selama ini didambakan. Mereka memisahklan diri dari sistem kerana Allah dan Allah mengubah sistem tersebut untuk mereka menikmatinya tanpa mereka sendiri menyedarinya. Masing-masing dari mereka tidur lebih dari 300 tahun. Tetapi tempoh 300 tahun itu hanya dirasakan seolah satu malam.

Lihat sahaja bagaimana ketika semua harapan itu seolah-olah hancur dan tidak menjanjikan apa-apa kemenangan kepada mereka yang beristiqamah dengan perjuangan menegakkan jalan tauhid, Allah mengubah sistem disekeliling mereka dengan mengubah sistem tersebut untuk mereka biarpun di dalam zaman yang berbeza. Ia bukan kali pertama perkara ini berlaku. Ia juga berlaku kepada Ezra (Uzair)bersama keldainya yang ditidurkan selama 100 tahun ketika dia bertanya samada sebuah kerajaan yang hancur boleh Allah bangunkan kembali dengan mudah. Lalu dia ditidurkan. Apabila dia dibangkitkan, dilihat keldainya telah menjadi tulang belulang. Sistem perintahan telah ditegakkan dan kerajaan baru Bani Israel kembali tertegak. Semua itu berlaku padanya seolah sekelip mata biarpun dia tidur beratus tahun lamanya. Saat sebelum matanya terlelap sebelum itu, hanya puing-puing runtuhan dilihatnya di depan mata. Ketika matanya kembali terjaga, dia takjub melihatkan bagaimana sistem pemerintahan baru dengan kerajaan baru ditegakkan. Rujuk Asbabun Nuzul ayat 259 surah al Baqarah. Baca juga ayat bermula 255 hingga 259 surah al Baqarah untuk mendalami janji Allah kepada mereka yang istiqamah beriman. Hanya Allah pelindung manusia-manusia yang beriman.

Inilah zaman sepertimana zaman yang dimaksudkan di dalam kisah-kisah surah al Kahfi. Ini adalah akhir zaman. Fasad kejahatan Yakjuj dan Makjuj telah pun sampai di muka bumi kita di Nusantara.

Inilah zaman di mana orang-orang Islam yang berpegang kepada al Qur’an dan sunnah mengambil jalan perjuangan yang sendiri dan berusaha di atas tapak kaki sendiri bagi menjalankan yang Maa’ruf dan mencegah yang mungkar. Kita tidak lagi boleh bergantung harap dengan pemerintah, sistem-sistem pemerintah, pembangkang yang bernafsu ingin memerintah, parti-parti politik bertunjangkan melayu dan Islam yang berebut-rebut takhta pemerintahan. Inilah zaman di mana orang-orang Islam bergerak di dalam jemaah-jemaah kecil pada jumlah tetapi bersatu pada tujuan dan tonggak perjuangan iaitu mengangkat Islam sepertimana yang ditegaskan di dalam al Qur’an dan sunnah. Walau berlainan jemaah dan terpecah dalam kumpulan-kumpulan terpisah, tetapi tujuan serta matlamat kita semua adalah menuju kepada jalan satuhala mengarahkan kepada mencari redha Allah. Perjuangan ini matlamatnya hanya satuhala.

Apa yang dilakukan oleh sekumpulan penguatkuasa JAIS dalam menyerbu pejabat yang membaja perbuatan pelampau undang-undang sangat bertepatan dengan apa yang seharusnya dilakukan pada zaman ini. Pelampau undang-undang harus diambil tindakan undang-undang.

Ingat lagi dengan kisah Khidr di dalam surah al Kahfi?  Dia bertindak sendirian untuk menjalankan yang maa’ruf dan mencegah yang mungkar. Khidr terus berjuang pada ketika sistem perintahan sudah menjadi begitu korup. Dia tidak menunggu pemerintah untuk bertindak. Tetapi dia bertindak mengikut apa yang telah Allah tetapkan kepadanya supaya bertindak di dalam zaman yang korup tersebut. Dia membantu orang-orang yang susah tanpa dia perlu berguling-guling di mana-mana. Dia mencegah perbuatan pencerobohan agama dan sistem-sistem yang menjurus kepada perkara yang merosakkan agama Islam dengan tangannya sendiri. Dia mengembalikan hak-hak serta harta orang-orang yang tidak bernasib baik biarpun orang-orang disekelilingnya bersikap buruk ke atas dirinya.

Rasulullah s.a.w. sentiasa berpesan dengan 10 ayat pertama surah al kahfi. Pesannya disampaikan secara berikut :

Dari Abu Darda’ r.a , bahwa Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, niscaya dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal. Dan di dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi.”
(Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi).

Baginda turut juga menyarankan kita semua membaca surah al Kahfi pada setiap hari Jumaat. Persoalannya, berapa ramai yang melakukannya sepertimana yang disarankan dan di dalam ramai-ramai yang membacanya mengikut sunnah pada setiap Jumaat, berapa ramai pula yang faham dan menghayati serta mempraktikkan apa yang disampaikan.

Di dalamnya juga turut terdapat kisah Dzul Qarnain yang Allah berikan kuasa ke atasnya untuk menghalang fasad kejahatan Yakjuj dan Makjuj. Dia berjaya kerana dia merupakan pemerintah yang benar-benar beriman kepada Allah dan menguasai sains dan teknologi. 

Kita pada hari ini berhadapan dengan fasad Yakjuj dan Makjuj pada ketika kehebatan sains dan teknologi berada pada tangan mereka. Lebih malang, keupayaan iman kita juga berada pada batas kabur dan terumbang ambing kerana tidak percayanya kita kepada al Qur’an dan sunnah sebagai pegangan yang kukuh.

Sama-sama kita perbaiki semua ini. In Sya Allah, kita akan menang. Jika tidak di dalam hayat kita, kemenangan itu akan diberitahukan kepada kita apabila kita bangun dari tidur yang panjang di Masyar nanti. In Sya Allah. Sehingga itu berlaku, kita terus beristiqamah.


Nota :
 a.  Allah turut menggelarkan Taurat, Zabur dan Injil sebagai al Qur’an (Bacaan). Ia disebut di dalam beberapa hadis sahih yang merujuk ke semua kitab tersebut sebagai Bacaan (al Qur’an). Al Qur’an secara spesifik selepas Rasulullah s.a.w. melengkapkan tugasannya sebagai nabi dan rasul terakhir, hanya dirujuk kepada ayat-ayat yang termuat di dalam mushaf al Qur’an sepertimana yang disampaikan kepada Rasulullah s.a.w.

© 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

2 comments:

dnnya said...

Assalamualaikum wbt

Tuan, saya cadangkan link di bawah untuk tuan cadangkan kepada 'mereka' ini sebagai panduan.
Sangat menyedihkan bagi 'mereka' kerana belum menemui sesuatu yang 'mereka' cari.
Semoga kita sentiasa dalam lingkaran cinta dan kasih sayang Allah swt.

http://christianity.about.com/od/biblestudyresources/qt/namesofgodjesus.htm

http://christianity.stackexchange.com/questions/695/what-are-the-different-names-of-god-in-the-bible-and-what-do-they-mean

https://bible.org/article/names-god

satuhala said...

Wa'alaikumsalam wbt Dnnya..

Terima kasih atas link.. mrk telah diprogramkan utk merasakan yang benar itu dtg hanya dr mulut pemimpin gereja mereka. Mrk tidak cenderung utk mencari kebenaran kecuali yang sedikit dr mereka.

Utk yg sedikit itu, pautan yg diberikan boleh membantu. Sya sendiri pernah menulis tentangnya pada 2010 berkenaan 13 nama tuhan yang disebut di dalam Bible.

TQ atas perkongsian.. smoga ia beri manfaat kepada sesiapa sahaja yang mencari kebenaran.