Tuesday, January 21, 2014

Jangan Sampai Cacing Naik Ke Mata...

0
Oleh : Imran Haaz

Pepatah Relevan Minggu Ini, "Jangan sampai cacing naik ke mata.."

Orang tua-tua kita dahulu sentiasa berpesan dengan hikmah. Hikmah dipelajari melalui pengalaman dan pemerhatian. Banyak pantang larang yang kita lihat seakan merapu, tetapi sebenarnya disampaikan kepada subjek yang mahu ditegur dengan kiasan yang lebih mudah. Ia supaya mereka mampu faham akan sebab dan kesudahan akibat sesuatu perbuatan.

Kebanyakannya dibuat dalam nada-nada serta pengisian yang cuba menakut-nakutkan. Sekarang ini, disebabkan kita berhadapan dengan masyarakat yang lebih moden dan terbuka, maka pesan-pesan seperti 'Jangan lalu bawah ampaian, Jangan tertiarap dengan kaki menyabung, Jangan Menyanyi di dapur.. dan sebagainya, tidak lagi kedengaran. Anak-anak muda tidak lagi diajar tentang kesudahan perbuatan sesuatu perkara. Walaupun merapu seperti mana yang dinasihatkan satu masa dulu, tetapi pengajaran yang harus diambil ialah, orang-orang tua dahulu mengajar sebab dan akibat melakukan sesuatu perbuatan.

Generasi hari ini ialah Generasi Undo (Klik) sebagaimana yang saya tulis dalam satu nukilan sebelum ini. Mereka sangka, semua kesudahan buruk akibat perbuatan mereka boleh di-undo-kan. Tetapi itu tidak berlaku sebenarnya.

Ingat lagi dengan sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w. tentang pahala seorag Islam yang menyingkirkan duri di jalanan? Kita sudah biasa diajar di dalam ceramah-ceramah bahawa perbuatan membuang duri dijalanan itu, walaupun kecil menjemput pahala masuk ke kantung pahala kita nanti. Benarkah itu yang cuba diajarkan Rasulullah s.a.w.?

Kita kini merupakan satu umat yang sentiasa memandang sesuatu hal yang disampaikan dengan pendekatan over simplistic. Buang duri dapat pahala. Itu benar. Memang itu benar. Tetapi apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w ialah bagaimana minda seorang Muslim yang taat kepada Allah dan rasulNya berfungsi.

Seorang Islam yang taat kepada Allah dan RasulNya, sentiasa melihat sesuatu perkara dengan memikirkan sebab dan akibat sesuatu tindakan. Dalam kes Muslim yang membuang duri ditepi jalan itu, Rasulullah s.a.w. cuba menyampaikan kepada kita bahawa lelaki itu bertindak demikian kerana ketika dia melihat duri tersebut, dia membuat pemerhatian dan berfikir sedalam mungkin tentang sebab dan akibat jika duri tersebut dibiarkan. Jika duri itu dibiarkan di situ, ia bakal mencederakan orang lain yang tidak menyedarinya. Membuang duri itu tindakan fizikalnya. Objektif perbuatan fizikal itu ialah untuk menyelamatkan manusia lain, tidak kira orang Islam atau bukan Islam yang melalui jalan itu daripada mendapat kecederaan. Itu yang Rasulullah s.a.w. mahu kita fahami. Bukan bila nampak duri, buang ke tepi semata-mata untuk dapat pahala. Tetapi berfikir sebab dan akibat tindakan serta tidak bertindaknya kita dalam mengahadapi sesuatu marabahaya. Itu objektifnya. Dan itu rasanya tidak pernah ditekankan semasa kita belajar tentang hadis tersebut.

Begitu juga dengan pesan orang-orang tua. Jangan Biar cacing naik Ke mata. Ia satu observasi masalah perubatan yang mungkin berlaku secara biasa kepada manusia-manusia yang hidup di sebelah rantau sini. Cacing naik ke mata itu, secara realitinya memang berlaku. Tonton sahaja video di bawah ini. bagi yang lemah semangat, mengandung dan bermuka bengis tapi takut melihat darah, rasanya video ini tidak sesuai ditonton oleh golongan ini.


Masalah cacing naik ke mata ini boleh dihalang sekiranya tuan punya tubunh mengamalkan kehidupan yang sihat dan bersih. Bersihkan segala-gala yang ada disekeliling mereka dan bersihkan apa yang diambil sebagai sumber makanan. Jadi cacing ini, tidak akan masuk ke dalam tubuh dan akhirnya bergerak menuju ke mata dan merosakkan daya penglihatan.

Apa yang orang-orang tua kita pesankan itu sangat dalam maksudnya. Jika terlihat masalah itu akan menyebabkan masalah yang lebih besar akan berlaku, maka tindakan awal perlu diambil sebelum akibat yang lebih teruk berlaku. Dalam dunia perubatan hari ini, masalah cacing naik ke mata memangboleh dirawat. Tetapi untuk merawatnya akan melibatkan rasa sakit kepada tubuh dan poket orang yang memerlukan rawatan tersebut.

Begitu juga dengan keadaan negara ini pada ketika ini. 'Cacing sudah masuk dalam perut.' Jangan sampai ia naik ke mata, kelak nanti tubuh negara ini sendiri akan sakit dan untuk mengubatinya juga memerlukan daya tahan sakit dan perbelanjaan merawat yang lebih besar. 

Nasihat orang-orang tua jangan dipandang remeh. Kepada pemerintah, ambil pengajaran dan tindakan yang dibenarkan di bawah undang-undang. Apalah guna undang-undang jika ia boleh disepak terajang sesuka hati oleh puak-puak pelampau, pemberontak dan pengganas. Wallahua'lam.


http://www.youtube.com/watch?v=BwlNw_GaMUE

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: