Oleh : Imran Haaz
Bismillahir Rahmanir Raheem..
Hak asasi manusia di barat, dibentuk dari acuan yang kelabu. Itu hakikatnya. Bagi mereka manusia itu harus bebas-sebebas bebasnya. Ini satu kegilaan. Hatta jika wujud satu Utopia sekalipun, manusia masih harus dibataskan dengan tindakan-tindakan sekatan. Sekatan bukanlah bererti menghalang kebebasan. Tetapi sekatan yang dikenakan ialah mengenai memelihara kebebasan yang dikecapi oleh majority rakyat supaya tidak dirosakkan oleh segelintir pelampau.
Bismillahir Rahmanir Raheem..
Hak asasi manusia di barat, dibentuk dari acuan yang kelabu. Itu hakikatnya. Bagi mereka manusia itu harus bebas-sebebas bebasnya. Ini satu kegilaan. Hatta jika wujud satu Utopia sekalipun, manusia masih harus dibataskan dengan tindakan-tindakan sekatan. Sekatan bukanlah bererti menghalang kebebasan. Tetapi sekatan yang dikenakan ialah mengenai memelihara kebebasan yang dikecapi oleh majority rakyat supaya tidak dirosakkan oleh segelintir pelampau.
Apa yang berlaku ke atas pasangan Islam di Sweden amat
menyedihkan. Berat bahu memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dilaporkan
masalah penahanan pasangan itu berpunca dari tindakan mereka memukul tangan anak
mereka yang tidak mahu bersolat. Kita di sini tidak tahu apa sebenarnya yang
berlaku sehingga menyebabkan mereka ditahan. Apa bentuk pukulan yang dikenakan
dan bagaimana isu itu boleh menjadi besar sehingga menyebabkan mereka ditahan.
Apakah sikap Islamophobia orang-orang barat menyebabkan sesuatu yang kecil
sebegini menjadi besar? Kita tidak tahu jawapannya dengan pasti. Sementara
mereka-mereka yang sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan menjalankan tugas
mereka, kita doakan yang Hak mendapat kemenangan mereka.
Bukan mudah untuk hidup sebagai umat Islam
jauh dari komuniti Islam. Ia sehinggakan Rasulullah s.a.w. pernah memberi
amaran bahawa baginda akan berlepas diri jika mereka diapa-apakan.
‘Aku berlepas diri dari setiap muslim yang tinggal bersama
orang-orang musyrik.‘ Mereka bertanya, ‘Wahai
Rasulullah, mengapa?’ Rasul menjawab, ‘Jangan sampai orang muslim melihat api orang kafir’,” (Hadis Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi, Ibnul Arabi dan ath-Thabrani).
Ia
mengenai kisah pertempuran yang berlaku dalam perjalanan pasukan kiriman
Rasulullah s.a.w. menuju ke Khats’am. Ketika pertempuran berlaku, pasukan
kiriman Rasulullah s.a.w. telah tidak sengaja membunuh sekumpulan orang yang
cuba menyelamatkan diri. Walaupun mereka telah bersujud sebagai indikasi mereka
ialah orang-orang Islam, tetapi mereka terbunuh di dalam peristiwa itu.
Ulama’
menggunakan peristiwa ini untuk menunjukkan bagaimana situasi jalan hidup yang
perlu dielakkan, sekiranya boleh, oleh
orang-orang Islam. Orang-orang Islam tidak boleh menjadi seperti domba yang
sesat yang tinggal bersama kawanan serigala. Jika tidak mampu untuk dielakkan,
mereka harus segera mencari komuniti Islam yang terdekat supaya dapat bergabung
di dalam Jemaah mereka. Ini bagi tujuan keselamatan diri dan agama dan bagi
tujuan perlindungan.
Nasib
yang menimpa keluarga Muslim ini di Sweden adalah sangat malang. Kita tidak
mahu berbicara tentang undang-undang mereka dan kita tidak mahu berbicara
tentang apa yang menyebabkan ianya berlaku. Itu masih samar-samar di sini.
Perkara yang samar, jika diberikan pendapat, takut ianya memberikan situasi
yang tidak adil kepada apa yang berlaku.
Tetapi
penulisan ini akan memberi komen kepada perkara yang jelas tidak betul. Perkara
tidak betul yang berlaku pada waktu ini ialah, tindakan pemerintah Sweden yang
memisahkan anak-anak keluarga ini daripada ibu bapa mereka dan memberikannya
kepada keluarga bukan Islam untuk menjaga mereka. Niat murni keluarga bukan
Islam itu untuk menjaga mereka buat sementara waktu tidaklah ditentang. Tetapi
sebagai sebuah keluarga Islam, mereka berhak untuk ditempatkan bersama
mana-mana keluarga Islam yang terdekat dengan jalinan darah bersama keluarga
tersebut.
Hak
asasi barat menganggap perbuatan memisahkan anak-anak tersebut daripada
keluarga mereka yang asal akan lebih memberikan keselamatan serta kelebihan
kepada masa depan anak-anak itu. Jelas mereka sangat silap. Perbuatan mereka
akan memberikan kesan psikologi yang besar kepada tumbesaran fizikal dan mental
anak-anak tersebut. Jika mereka dipisahkan dari kasih sayang keluarga dan ketua
keluarga yang tegas, mereka akan membesar sebagai remaja yang memberontak. Ini
realitinya. Ia telah berlaku di mana-mana. Tetapi mereka tetap membutakan mata
dari mahu mengambilnya sebagai pengajaran.
Teringat
saya dengan sebuah kisah yang pernah dipaparkan di dalam sebuah rencana Animal
Planet di televisyen. Ia dipaparkan lama dahulu. Tetapi saya mengingatinya
dengan membuat sedikit catatan mengenainya kerana menjangka perkara seumpama
yang berlaku kepada pasangan Islam yang tinggal di Sweden ini akan berlaku.
Kisahnya begini. Animal Planet pada ketika itu memaparkan berita bagaimana sekumpulan gajah muda bertindak liar membunuh sejumlah besar badak sumbu di kawasan simpanan Pilaneserg, Afrika. Ini suatu kejadian yang menghairankan. Pembunuhan antara spesis haiwan, kecuali haiwan pemangsa dengan mangsa amat jarang berlaku.
Secara
tiba-tiba, mereka mendapati berlaku terlalu banyak kematian badak sumbu yang
dilindungi di kawasan simpanan tersebut. Siasatan kemudian mendapati,
badak-badak sumbu itu dibunuh oleh sekumpulan gajah muda yang ditempatkan di
kawasan itu.
Bukan
hanya badak sumbu dibunuh, tetapi beberapa orang pelancong juga di dapati
menjadi mangsa aggresi gajah-gajah tersebut.
Pada
kali pertama percubaan mereka untuk mengekang keganasan gajah-gajah terbabit,
mereka memperkenalkan beberapa ekor gajah betina ke dalam taman simpanan itu. Percubaan
ini menjadikan situasi itu semakin buruk.
Lalu
mereka mengkaji asal usul gajah-gajah yang memberontak di taman tersebut. Apabila
sejarah asal usul gajah-gajah itu diselidiki, mereka mendapati bahawa
gajah-gajah muda itu merupakan sekumpulan gajah yang diambil dari sebuah
kawasan hutan simpan yang lain setelah ibu dan bapa mereka dibunuh. Ibu dan
bapa gajah-gajah tersebut dibunuh bagi mengekang populasi gajah yang semakin
meningkat.
Setelah
semua gajah dewasa dibunuh, gajah-gajah muda ini ditempatkan semula di taman
simpanan Pilaneserg tanpa ada gajah-gajah yang lebih dewasa untuk memerhatikan
serta membentuk perlakuan gajah-gajah ini.
Pengkaji
sifat dan kelakuan gajah mengatakan bahawa gajah merupakan mamalia yang
mempunyai daya ingatan yang kuat. Mereka dibentuk sebagai sebuah unit keluarga
yang besar di mana gajah-gajah tua memerhati serta membentuk identity dan
perlakuan gajah-gajah muda. Tanpa gajah tua wujud di taman Pilaneserg,
gajah-gajah muda ini membentuk perlakuan ganas yang tidak dapat dikawal oleh
sesiapa.
Melihat
situasi dan punca ini, pengawal taman simpanan itu kemudiannya membawa masuk 6
ekor gajah dewasa. Sebaik dibawa masuk, kesemua gajah dewasa ini berkumpul
bersama gajah-gajah muda ini. Apa yang menakjubkan ialah, semua tindakan ganas
yang berlaku sebelum ini, berhenti secara serta merta.
Tiada
lagi badak sumbu dibunuh. Seolah-olah gajah-gajah muda ini didsiplinkan oleh gajah-gajah tua yang dibawa masuk kemudiannya. Memerhatikan keadaan ini, ahli
kaji sifat dan perlakuan gajah menyatakan bahawa gajah merupakan mamalia dengan
struktur social dan kekeluargaan yang unik. Mereka berkabung ketika kematian
ahli keluarga mereka. Mereka mendidik generasi muda mereka untuk berdisplin dan
menjadi sepsis yang terkawal sifat dan perlakuan mereka. Memisahkan gajah-gajah
ini dari ibu bapa mereka mengakibatkan berlakunya situasi memberontak. Mereka menjadi
liar dan membawa kesusahan kepada taman simpana tersebut.
Kes ini
bukanlah satu kes yang unik. Kes yang sama pernah berlaku di India melibatkan
situasi yang hampir sama.
Jika
gajah-gajah muda yang dipisahkan dari bimbingan gajah-gajah dewasa pun
mengalami masalah adaptasi sosial dan membentuk sifat memberontak jika dipisahkan dari role model mereka, apatah lagi
remaja-remaja dari spesis manusia yang lebih berakal.
Jadi,
apa yang dilakukan atas nama hak asasi manusia di Sweden itu, adalah suatu
perbuatan yang merosakkan tumbesaran fizikal, sosial, mental dan rohani
anak-anak tersebut. Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan mereka. Tahniah
kepada wisma putera yang berusaha menempatkan mereka bersama keluarga Islam.
Tetapi keluarga Islam yang terbaik tetap ibu bapa kepada anak-anak tersebut.
Semoga Allah mempermudahkan semua urusan bagi menyelesaikan isu ini dengan
sebaik-baiknya. Ameen.
Rujukan :
Rujukan :
© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.