Oleh : Imran Haaz
Isu nama Allah dikipaskan secara panas oleh
sekumpulan pelampau agama yang tidak tahu menghormati sensitiviti umat Islam.
Bukan setakat itu sahaja, tindakan mereka juga jelas melanggar undang-undang. Mereka
melanggar undang-undang, tetapi mereka mempotretkan diri mereka sebagai mangsa
keadaan.
Sehingga ke hari ini, walaupun telah
berkali-kali melanggar undang-undang, mereka masih belum dikenakan apa-apa
tindakan. Seolah-olah kedudukan mereka ini dilihat lebih kebal daripada
kedudukan Yang Di Pertuan Agong. Ini kerana undang-undang dilihat tidak boleh
menyentuh mereka. Mereka berterusan kebal daripada tindakan. Lebih pelik lagi
apabila pihak berkuasa yang diberikan kuasa oleh undang-undang yang cuba
menghalang perbuatan melanggar undang-undang mereka cuba dipotretkan sebagai
kumpulan yang melakukan kesalahan.
Perjuangan umat Islam mempertahankan kesucian
nama Allah ini kemudiannya dijadikan mereka bahan olok-olok. “Malay Muslims made us a laughing stock of
the world,” menjadi zikir harian mereka. Itulah perkataan yang
diulang-ulang saban hari oleh burung kakaktua dan rekod-rekod rosak yang
berputar-putar di dalam media kendalian mereka. Seolah-olah, mana-mana artikel
penulisan mereka, tidak akan mencapai tahap kosher sekiranya ayat tersebut
tidak dimasukkan.
Hanya kerana mempertahankan Allah daripada
diberikan penghinaan dengan merendahkan Dia ke tahap makhluk dengan keperluan
haiwaniah untuk mempunyai anak, kita dipersendakan mereka setiap hari dalam
setiap media mereka. Tetapi, Allah menjanjikan kepada kita tentang satu
perkara. Tidak perlu risau dengan tindakan mereka memperolok-olokkan kita,
kelak Allah akan memperolok-olokkan mereka kembali dengan cara yang lebih
memalukan.
Mereka mengatakan orang-orang Islam terlalu sensitif.
Terlalu jumud dan berfikiran tertutup kerana tidak membenarkan sebarang
penghinaan kepada Allah daripada dibenarkan. Tetapi mereka terlupa dengan pesan
Bob Marley di dalam lagunya ‘Could You Be Loved’.
The
road of life is rocky,
And you
may stumble too,
So
while you pointing fingers someone else is judging you.
Pada 21 Ogos tahun 2007, sebuah akhbar Tamil, Makkal Osai,
menerbitkan karikatur yang memaparkan Jesus sedang memegang sebatang rokok dan
segelas bir. Gambar tersebut diterbitkan dengan kapsyen “If a person repents his mistake, heaven awaits him,”. Pengurusan
Makkal Osai mengatakan mereka tidak berniat untuk mempersendakan Jesus. Mereka menyatakan
bahawa penerbitan gambar tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada orang
ramai bahawa jalan untuk kembali dari terlibat dengan permasalan social tetap
ada.
Walaubagaimanapun, penjelasan mereka ini tidak diterima.
Kumpulan-kumpulan Kristian serta gereja-gereja mereka mula mengadakan protes. Mereka
menuntut akhbar tersebut dikenakan tindakan. Oleh kerana suara umat Kristian di
Malaysia adalah kecil, maka seperti biasa, mereka menunggang MCCBCHSS untuk
menunjukkan mereka mempunyai berat suara yang perlu diberi peduli.
Pengerusi MCCBCHSS pada ketika itu, Dr. A. Vaithilingam
mendesak Kementerian Dalam Negeri menyiasat dan mengambil tindakan ke atas
Makkal Osai. Makkal Osai kemudiannya embuat permohonan maaf di atas kesilapan
mereka yang dilihat sebagai tidak wajar dan tidak sensitif.
Malah, Rev. Murphy Pakiam yang terlibat dengan isu nama
Allah turut memberikan komen berkenaan karikatur tersebut. Ia dipetik sebagai
berikut :
"As such, this caricature of the picture of
Jesus, holding a cigarette in one hand and apparently a beer can in the other
hand is a desecration and therefore hurtful to the religious sentiments of
Catholics.”
Rev. Murphy Pakiam membangkitkan betapa isu penggunaan wajah
Jesus yang memegang sebatang rokok dan setin bir itu, mencemarkan imej Jesus
serta mengguris perasaan penganut Kristian.
Kita bersetuju dengan pendapat Rev. Murphy Pakiam dalam hal
ini. Sesiapa pun tidak boleh menghina apa sahaja perkara yang dianggap suci
oleh mana-mana penganut agama tanpa hak. Malah Allah sendiri melarang umat
Islam untuk menghina mana-mana sembahan orang bukan Islam seperti yang
dinyatakan di dalam surah al An’am ayat 108.
Tetapi kita berasa teramat hairan kerana Rev. Murphy Parkiam
seolah-olah terlupa untuk menghormati sensitiviti umat Islam dalam isu nama
Allah yang ditimbulkan pasukannya. Bagi umat Islam, Allah itu Esa, tidak
bergantung kepada segala sesuatu, tidak beranak dan diperanakkan dan tiada lain
yang sama denganNYa.
Mengatakan Allah mempunyai anak adalah satu perbuatan yang
amat menghiris perasaan umat Islam. Apatah lagi menggambarkan Allah sebagai
Tuhan mempunyai keperluan haiwaniah untuk memiliki zuriat, diberi bentuk dan
mempunyai kelemahan-kelemahan sebagai manusia.
Tidak cukup dengan komen Rev. Murphy Parkiam, MIC dan
beberapa pihak lain pun turut tumpang sekaki mahukan tindakan tegas diambil ke
atas Makkal Osai. Hasilnya, Makkal Osai digantung permit penerbitan mereka
selama sebulan oleh KDN.
Pelik pula dengan sikap mereka kini apabila timbul isu
penghinaan kepada Allah yang dilakukan sekumpulan pelampau. Mereka tidak
menuntut hukuman ke atas pihak yang melampau sebagaimana yang mereka tuntut
ianya dijalankan 7 tahun lalu.
Kini mereka menyebelahi pihak pelampau yang melanggar undang-undang
dan cuba menggambarkan orang-orang Islam yang menentang penghinaan ke atas
agama mereka sebagai pihak jumud dan tidak terbuka. Kenapa mesti ada double
standard? Atau memang terdapat sentiment anti Islam yang menebal di dalam diri sebahagian
dari mereka sehinggakan kebenaran langsung tidak dipandang sebagai tolok yang
menentukan siapa benar dan siapa salah dalam hal ini.
Inilah puncak tertinggi hipokrisi golongan ini. Jika mereka
boleh mengatakan kita sebagai laughing
stock of the world dengan tindakan kita menentang penghinaan ke atas Allah,
maka mereka pula sudah pastinya merupakan laughing
stock of the world and beyond kerana menuding satu jari kepada orang sedang
empat jari kembali kepada perlakuan mereka.
Mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih.
Mengata dulang paku serpih, mengata orang mereka yang lebih.
Rujukan :
© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.