Oleh : Imran Haaz
Bismillahir Rahmanir Raheem..
2013, saya menulis mengenai satu timeline (klik). Saya menyusunnya
kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.
Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal,
perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka
dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan
dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam
negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan Berjaya
diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara
yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak
dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat
Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring og Pearls China, serta perkembangan
yang sedang berlaku di Ukraine.
Apa hubungkaitnya
dengan krisis Russia-Ukraine-US?
Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di
Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia
untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia,
India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan
Euro.
Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :
1.
Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang
dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.
2.
Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan
secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
3.
Memperkenalkan
serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
Sergei Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan
Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan
sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak
sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang
menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang
dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan.
Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini,
memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang
tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang
sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas. Beginilah cara sistem
ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan
kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang
berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi
bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu
yang realiti.
Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau
mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik.
Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di
dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka. Tiada
siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir
sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir
dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran
jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap
apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara
kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut
berulang kali.

Berbeza dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi
kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap
media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah
negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara
dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang
digeruni.
Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia
menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang
risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.
Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu
berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu,
Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur
supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO.
Tetapi, sepertimana Uncle Sam
yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah
tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika
krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.
Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan
kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia
diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada
Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw
Pact ini diruntuhkan sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui
dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet
dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika
dan Russia.
Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang
mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang
disindiketkan kepada akhbar the Sun
menyatakan bahawa Russia sedang menjalankan Ancshluss
(penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam
Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa
diselindungkan.
Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya
dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan
yang senang diugut oleh negara barat. Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar
anti-dana pesisir (Anti-offshore)
bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan
golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang
sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana
milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada
mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia
dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang
tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus.
Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk
menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.

Cyprus
merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia
menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa
kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi
mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan
rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia. Dari cara pujukan, ia kemudiannya
dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik dan
oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di
luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia
mula dipekukuhkan. Kita akan segera teringat dengan tindakan yang sama
dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Mohd Nor Yaacop, apabila negara
menghadapi krisis matawang pada 1998. Tahun yang sama boneka dan kolum kelima
yang dipasang Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal mencapai matlamat.

Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di
Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak
penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan
Wahinton tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan
politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah
melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu. Tiada guna
untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk
segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam
mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap
Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh
bergaya.
Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj,
masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha
memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my
enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada
menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang
terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba
menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka
mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana
yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy
I killed last’.
Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa
pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah
Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh
negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang
Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’. Tahukah sahabat-sahabat
pengunjung blog satuhala ini, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi
tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama
sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah
Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.
Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas
Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan
mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah
Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai
Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan
menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga
tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang
wartawan tersebut telah diletupkan.
Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu
perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan
berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak
Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing
di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh
kerana majority daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan
meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu
kemudiannya dikipaskan dengan deras. Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata
kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa
minggu selepas itu, Amerika melancarka perang ke atas Afghanistan dengan
membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan
Taliban di beberapa kawasan.
Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang
ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan
menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah
menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentiment membenci kepada orang
Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api
yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah
sebahagian cerita MH370 bermula.
 |
Buku Bertajuk The Writing On The Wall : Why We Must Embrace China As A Pertner or Face It As An Enemy. Bukankah ia senada dengan apa yang dicadangkan Rupert Murdoch baru-baru ini selepas MH370? |
Bunuh Seribu Ekor
Burung Dengan Sekali Lastik:
Ingat timeline yang telah saya berikan pada 2013? Sebaik
masa depan politik boneka yang ditaja mereka selama 4 dekad dimatikan, maka
satu operasi False Flag akan dijalankan segera bagi merejuvenasikan harapan
penguasaan mereka ke atas Selat Melaka, Malaysia dan seterusnya melumpuhkan
China.
Ingat prinsip pepatah watak Klingon? The enemy of my enemy is the enemy I'll last. Malaysia telah
lama mengambil pendekatan tidak terlalu mesra Amerika. Malah Tun Dr. Mahathir
telah berkali-kali mencadangkan bahawa untuk melumpuhkan Amerika, maka Dollar
itu perlu dilumpuhkan. Untuk melumpuhkan Dollar, maka jalan termudah ialah
dengan menghentikan penggunaannya dalam urusniaga jualan minyak dunia. Bersama Dr.
Mahathir, cadangan tersebut kekal sebagai cadangan yang menyedarkan ramai pihak
mengenai cara untuk melemahkan hegemoni Amerika.
Selat Melaka dan negara String of Pearls kepada China
terutamanya Malaysia perlu dikuasai untuk menghalang kuasa China daripada terus
memberi ancaman kepada Amerika dan dalam masa yang sama China akan disibukkan
dengan isu sentiment rakyatnya yang semakin membenci orang Islam kerana dua
peristiwa besar yang berlaku. Satu, pembunuhan di stesen keretapi. Kedua, isu
MH370.
Isu di Crimea juga sedang dipotretkan sebagai pertembungan antara orang Islam Crimea dengan pihak berkuasa Russia.
Malaysia pula sedang ditekan dengan bersungguh-sungguh oleh
media antarabangsa dan dipotretkan sebagai tidak cekap dalam menangani isu
kehilangan MH370. Mereka mahu memaksa campurtangan pihak Amerika di dalam
perkara ini. Mereka tidak akan berdiam diri sehingga mereka dapat menembus
masuk untuk memainkan peranan ‘pencuri mencari barang yang dicurinya’.
Apabila China disibukkan dengan masalah MH370, dan Selat
Melaka kini dipenuhi dengan kapal-kapal perang pro Amerika, sebarang bantuan
ketenteraan kepada Russia dari China sekiranya krisis di Crimea meletuskan
perang besar akan berjaya dihalang.
Saya telah nyatakan di dalam penulisan pada 2013, bahawa
prinsip serta modus operandi yang digunakan oleh Amerika untuk melumpuhkan
Russia ala Warsaw Pact diruntuhkan, akan digunakan sekali lagi. Ini termasuklah
manipulasi harga minyak dunia supaya ia jatuh sepertimana ia dijatuhkan pada
1985 dahulu.
Amerika sedang mengugut Russia dengan sekatan ekonomi.
Russia membalas ugutan tersebut dengan menjual Dana Treasury Amerika sebanyak US
104.6 Billion sehingga menyebabkan Treasury Amerika merudum jatuh.
Amerika membalas dengan mengeluarkan simpanan minyak
sebanyak 5 juta tong daripada Strategic Petroleum Reserve (SPR) mereka untuk
melumpuhkan ekonomi Russia. Sama sepertimana yang telah saya jelaskan pada 2013
bahawa inilah perkara yang akan terjadi.
Berikutan itu, Russia sudah bertekad mahu melancarkan
serangan ke atas petrol dollar dengan mengajak negara BRICS + Iran + Venezuela
untuk mengenepikan Dollar dalam urusniaga minyak mereka. Ini adalah ancaman
terbesar selepas ancaman Nuklear ke atas Amerika. Sebuah senjata untuk
melumpuhkan Uncle Sam sebagaimana diilhamkan Tun Dr. Mahathir.
Apakah kita fikir Uncle Sam akan berdiam diri sekiranya
salur nafas mereka dicekik Russia? Dengan Kolum kelima di dalam negara, apakah
kita rasa kita sudah sedia selamat dengan isu demi isu yang terjadi? Masih
ingat dengan peristiwa sebuah kapal Amerika tersangkut pada terumbu karang di Filipina
sebelum serangan Lahad Datu berlaku? Beberapa bulan sebelum serangan itu
berlaku, saya sudah memberikan amaran bahawa saat genting itu akan sampai ke
negara ini jika kita berterusan berpecah belah.
Begitu juga apabila saya memberi amaran bahawa tahun-tahun
tanpa hujan akan datang pada tahun lepas sebelum kita dihidangkan dengan
kemarau yang panjang baru-baru ini.
Bukankah saya sudah nyatakan bahawa false flag seperti ini
akan berlaku sejak setahun lalu? Bukankah saya juga telah menyeru supaya kita
semua bersatu sebagai satu umat Islam yang teguh, kerana hanya dengan cara itu
sahajalah imuniti yang telah Allah berikan kepada kita supaya kita tidak akan
dimusnahkan oleh mana-mana musuh dari luar? Tetapi kenapa seruan bersatu itu
sentiasa disambut dengan cemuhan, makian dan penghinaan?
Kenapa masih mahu bergaduh sesama Islam? Masih tidak mahu bersatu
kerana merasakan diri lebih maksum daripada orang lain.. Brader..
sudah-sudahlah.. jam kemusnahan sudah berdetik. Mereka sudah berpijak di bumi
Iraq, Afghanistan, Libya, Palestin, Syria, Afrika Tengah, Myanmar dan mereka
sedang mengetuk pintu kita? Tidak terdengarkah ada pihak dengan pedang penyembelih sedang mengetuk pintu
dengan kuat?
Bersatu.. nescaya kita selamat atas izin Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari ‘Amir bin Sa’ad seperti berikut :
Dari ‘Amir bin Sa’ad, dari bapanya r.a. katanya, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu’awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, “Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Begitu juga dengan hadis di bawah ini.
Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta’ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, “Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Wallahua'lam..
Read more: http://satuhala.blogspot.com/2012/08/kemerdekaan-yang-tidak-mungkin-dapat.html#ixzz2wFKQ16Fh
Bacaan Tambahan :
© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.