Monday, January 27, 2014

Antara 'crusade' dan 'struggle'.

0
Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Bagi mereka yang menulis dengan motif suka-suka, pemilihan perkataan, gaya struktur ayat disusun, cara sesuatu isu itu disentuh, tidaklah membawa apa-apa pengertian melainkan dengan tujuan suka-suka.

Bagi mereka yang menulis dengan satu tujuan yang membawa harapan penulisan mereka membawa impak jangka panjang terutamanya kepada pemikiran bawah sedar manusia, maka setiap patah kata, gambar dan susunan ayat akan dibuat secara berhati-hati supaya sasaran yang ditetapkan akan dapat dicapai nanti.

Lalu, pada suatu petang pada 2006, saya membaca sebuah laporan berita yang dimuatkan di dalam akhbar The Star. Tajuknya, ‘Daughters crusade for women.’


Saya menyimpan keratan serta print screen berita tersebut. Tertanya-tanya kenapa perkataan ‘crusade’yang membawa maksud lebih berat digunakan dan bukannya perkataan ‘strive’ ataupun ‘struggle’. Sembilan tahun menunggu jawapan bukanlah satu tempoh yang singkat untuk mendapatkan justifikasi penggunaan perkataan ‘crusade’ berbanding 'strive dan 'struggle' tersebut. Penantian satu penyiksaan, bait kata-kata dalam lirik kumpulan Febians.

Sehinggalah kemunculan dua orang figura di dalam gambar tersebut semasa pecah berita mengatakan orang-orang Islam akan berhimpun membuat bantahan kepada kebiadaban sekumpulan pelampau Kristian. Mereka muncul untuk menggambarkan betapa rasionalnya pemikiran mereka di dalam menangani isu tersebut. Mereka muncul di gereja bersama-sama dengan sekumpulan wanita yang sudah terbiasa wajah-wajah mereka di dalam perjuangan yang dilihat tidak selari dengan sistem nilai Islam yang dipegang umat Islam Negara ini. Jambangan bunga dibawa untuk menggambarkan kepada dunia betapa mereka ini adalah orang-orang bernama Islam yang cintakan keamanan. Itu pada hemah pemikiran mereka.

Tetapi perbuatan menyerahkan bunga sebagai satu simbolik tindakan ‘Tipping Point’ itu segera mengingatkan kita kepada peritiwa yang berlaku semasa era perang Vietnam di Amerika. Perbuatan menghulurkan bunga itu kelihatan sama sepertimana yang dilakukan sekumpulan Hippies tercandu delusi Utopia keamanan didorong LSD yang keluar beramai-ramai dari Haight-Ashburry.

Tersenyum kita melihat mereka-mereka ini yang melantik diri mereka sendiri sebagai wakil suara ‘umat Islam’ yang lebih intelektual.

Tindakan menghulurkan bunga itu tidak akan memberikan kesan ‘Tipping Point’ yang mereka harapkan. Malah ianya lebih menyerlahkan siapa mereka dan apa tujuan mereka di dalam ‘crusade’ mereka selama ini.

Alhamdulillah, apabila bergoncangnya isu nama Allah di muka bumi Tanah Melayu ini, maka maksud perkataan ‘crusade’ yang digunakan di dalam berita yang dilaporkan 9 tahun dahulu, mula diberikan pengertian yang lebih lojikt.


Harapan saya, perkataan ‘crusade’ pada kulit buku doa dan gambar tangan yang memegang salib di atas Semenanjung Tanah Melayu (Sabah dan Sarawak tidak dilukis) yang diedarkan di bawah ini juga hanya setakat membawa maksud ‘strive’ atau ‘struggle’. Tetapi, bila melihatkan tindakan sekumpulan pelampau Kristian tempatan menggasak persoalan nama Allah ini sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang yang diwartakan berakar kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan, kita ‘takut’ perkataan ‘crusade’ itu membawa maksud sepertimana perkataan tersebut digunakan pada awal sejarah penggunaannya. Allah jua Yang Maha Mengetahui. Tetapi bukankah Allah juga yang menyebut tentang sikap-sikap yang cuba mereka selindungkan sebagaimana yang terakam kemas dan utuh di dalam al Qur’an?

Kita ada panduan, maka adalah bijak untuk terus menggunakannya sebagai panduan dan bukan objek penjana untung, barang hantaran nikah dan mangkin sokongan politik.


Nota kaki :
Mungkin ada yang berminat dengan asal usul perkataan crusade dan penggunaannya. Mungkin boleh ke sini http://dictionary.reference.com/browse/crusade

Juga snapshot di atas ini..



  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: