Oleh : Imran Haaz
Pada 2006, saya mula menulis novel Syahadah Gadis Ateis. Yang mendorong saya melakukannya ialah kes Lina Joy. Saya membuat sedikit kajian kenapa kes-kes murtad boleh terjadi kepada umat Islam. Kebanyakan daripada kes-kes murtad yang digembar-gemburkan, kerap kali kaum keluarga mereka menyatakan mereka telah diberikan didikan agama yang sempurna.
Pada 2006, saya mula menulis novel Syahadah Gadis Ateis. Yang mendorong saya melakukannya ialah kes Lina Joy. Saya membuat sedikit kajian kenapa kes-kes murtad boleh terjadi kepada umat Islam. Kebanyakan daripada kes-kes murtad yang digembar-gemburkan, kerap kali kaum keluarga mereka menyatakan mereka telah diberikan didikan agama yang sempurna.
Itu pada fikir mereka. Kelas petang untuk belajar mengaji al
Qur’an dan kelas Fardu Ain bukanlah memberi erti bahawa ibu bapa telah
menjalankan tanggungjawab memberikan didikan agama dengan sempurna. Anak-anak
ini akan kenal praktis serta amali dalam agama mereka. Tetapi mereka tidak
diajar untuk kenal sebenar-benar kenal tentang agama mereka. Mereka tidak
dibentuk untuk mengenali Allah.
Ya benar, mereka tahu Allah itu Tuhan mereka. Tetapi antara
tahu dan benar-benar mengenali Allah ialah dua perkara yang berbeza. Awaluddin
Makrifatullah. Awal agama itu ialah mengenal Allah. Rasulullah s.a.w. mengambil
masa 10 tahun di Makkah untuk membentuk kefahaman yang teguh tentang siapa
Allah sebagaimana Dia sebenar-benarnya Dia.
Itulah malangnya dengan sistem pendidikan pada hari ini. Ketika
sistem pendidikan agama di negara ini lebih banyak memprogramkan anak-anak kita
untuk menjadi zombie ibadat tanpa pembangunan kekuatan ruh yang sepatutnya
kukuh dalam membentuk ibadat, kegagalan ibu bapa untuk menampung ruang yang
ditinggalkan itu juga menyumbangkan generasi anak-anak Islam yang cemerlang di
dalam perperiksaan serta subjek agama Islam, tetapi dari segi praktisnya,
mereka gagal membangunkan sifat serta jati diri seorang Muslim yang cemerlang
dari segi kekuatan akidah, mental, ruhani dan jasmani.
Ini penyakit yang sedang dihadapi majoriti daripada kita
sekarang ini. Majoriti umat Islam disekeliling kita pada hari ini tergolong
dalam golongan Muslim Statistik. Muslim statistic ialah Muslim yang bernama
Muslim di dalam kad pengenalan, dokumen rasmi serta cemerlang di dalam subjek
agama semasa persekolahan. Kewujudan ramai
Muslim dalam kategori ini dilihat sebagai suatu bentuk kesuburan bagi mana-mana
gerakan perkembangan iktikad Kristian ke atas umat Islam di Negara ini.
Bukan saya yang memberikan nama Muslim Statistik kepada
Muslim dalam bentuk sebegini. Gelaran itu diberikan oleh golongan penyebar
Kristian semasa prospek sesuatu negara diperhatikan mereka sebelum Negara-negara
tersebut dijadikan sasaran untuk perkembangan agama tersebut. Mereka memerhatikan
apa kedudukan iman serta kekuatan Muslim di dalam Negara-negara sasaran. Mereka
membahagikan golongan Islam dalam sesebuah Negara sebagai Muslim Quranik dan
Muslim Statistik. Malah ada juga pecahan di dalam kategori Muslim Statistik kepada
kumpulan Muslim Animistik, Muslim Adat dan Muslim Kebatinan.
Bagi mereka, jika pecahan peratus golongan Muslim Statistik
lebih besar daripada golongan Muslim Quranik, maka prospek kepada perkembangan
doktrin agama mereka yang mahu mereka sebarkan akan menjadi cerah danmudah.
Tetapi jika peratusan Muslim Quranik lebih tinggi, maka mereka akan melihat
situasi tersebut sebagai satu situasi yang tidak selamat dan merugikan daya
usaha mereka jika mereka bertegas ingin mencuba masuk bersama agenda mereka
dalam Negara dimaksudkan.
Muslim Quranik ialah muslim yang membentuk diri mereka
sebagaimana diri seorang Muslim sebenar sepertimana yang disebut di dalam al
Qur’an. Ramainya mereka ini, memberi petanda gerakan penyebaran agama Kristian
tidak akan subur di situ.
Di dalam Buku Operation World susunan Patrick Johnstone, gerakan Kristian menyasarkan
tanah Jawa di Indonesia secara spesifik menggunakan pembahagian Muslim Quranik
vs Muslim Statistik/Animistik/Kebatinan. Oleh kerana Muslim Quranik hanya
membentuk 46% jumlah penduduk Pulau Jawa pada ketika itu dan Muslim Statistik
pula membentuk 50%, maka Pulau Jawa di Indonesia dianggap sebagai salah satu lading
gerakan Kristian yang subur di sana. Perhatikan mereka membahagikan kategori
orang-orang Islam di bawah ini.
Atas sebab itulah, saya menulis Syahadah Gadis Ateis dengan
menggunakan watak Rini sebagai seorang Muslimah yang Islam hanya pada kad
pengenalan dan statistik. Atas sebab itu jugalah blog ini sejak daripada awal,
melancarkan perang ke atas pemikiran-pemikiran karut dan tahyul yang membelengu
serta melumpuhkan daya fikir manusia-manusia Islam di tanah Melayu yang
diberkati ini. Atas sebab itu jugalah, pembersihan pemikiran umat ini daripada
terkena kryptonite pemikiran melayu diusahakan biarpun semua ini mengundang
caci maki orang-orang yang tidak mengetahui.
Jadi, situasi di mana Muslim Statistik berleluasa di Negara ini
tidak boleh dibiarkan begtu sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab setiap seorang
daripada kita untuk membentuk generasi umat Islam pada hari ini dan esok supaya
mereka bakal membentuk generasi Muslim Quranik yang sebenar-benar Mukmin demi
keselamatan kita semua bersama di dunia dan akhirat.
Sama-sama kita berusaha. Ia bukan kerja satu dua orang. Ia
bukan tanggungjawab NGO-NGO Muslim semata-mata. Ia tanggungjawab kita bersama.
Satu soalan yang saya mahu tanyakan, sebagai Muslim, sudahkah kita membaca
serta memahami apa yang disampaikan di dalam al Qur’an itu secara sepenuhnya?
Jika sudah, Alhamdulillah. Jika belum, tidakkah kita hairan dengan retorik
saban hari yang mendabik diri kita sebagai Muslim, tetapi kitab panduan kita
sendiri kita masih ketinggalan dalam memahaminya. Sama-sama kita perbaiki diri
kita.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.