Oleh : Imran Haaz
The Star memuatkan tajuk Acid
test untuk National Unity
Consultative Council (NUCC). Ia melibatkan isu kalimah Allah yang cuba
dipermain-mainkan oleh golongan pelampau Kristian tempatan. Menyerahkan urusan kalimah Allah kepada NUCC
ibarat menyerahkan urusan kepada mereka yang tidak tepat dan mungkin tidak layak.
Ia juga seolah merupakan tindakan menggunakan pintu belakang untuk menafikan
keputusan yang telah diputuskan oleh pihak Mahkamah Rayuan. Proses perundangan
masih lagi berjalan dengan pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan
Mahkamah Rayuan membawa kes untuk dibicarakan di dalam Mahkamah Persekutuan.
Membawa isu ini kepada NUCC yang dianggotai oleh majoriti golongan yang
bersetuju dengan Kristian dibolehkan menggunakan nama Allah, ibarat percubaan
meliwat undang-udang.
Menyerahkan urusan kepada mereka yang tidak layak dan tepat membawa maksud negara
akan menuju kucar kacir dan mungkin hancur. Lebih 70% muka2 yang dilantik di
dalam National Unity Consultative Council
merupakan mereka yang cenderung dengan pendapat Kristian harus dibolehkan
menggunakan kalimah Allah. Penulisan ini bukan bertujuan untuk melangkau
perkara yang belum berlaku serta meletakkan prejudis awal, tetapi track record kebanyakan mereka yang
berada di dalamnya seolah-olah mencadangkan perkara itu akan berlaku.
Satu-satunya Perempuan bertudung yang dilantik di dalam
majlis tersebut turut dilantik bukan atas kelayakan tetapi kecenderungannya
mempertahankan hak kristian untuk dibolehkan menggunakan kalimah Allah. Majlis
ini memerlukan cop halal. Jadi perlantikan wanita ini dan beberapa ‘lebai teman
tapi mesra Kristian’ di dalamnya, tidak lebih dari sekadar menjadikan mereka
sebagai cop halal kepada semua tindak tanduk dan keputusan yang diambil majlis
ini. Siapa mereka tidak penting. Yang penting, mereka haruslah berimej muslimin
dan muslimah pada façade ketrampilan mereka, mempunyai pengaruh yang kuat
dikalangan orang-orang Islam, aktif memberikan fatwa setelah berfikir 2 minit
di dalam twitter dan mempunyai kecenderungan untuk tidak menjalankan ayat 4 di dalam 10 ayat pertama
surah al Kahfi yang membawa maksud berikut:
1. Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada
hambaNya (Muhammad), Kitab Suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu
yang bengkok (terpesong):
2. (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya
Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang- orang yang ingkar) dengan azab
yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada
orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka akan
beroleh balasan yang baik.
3. Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.
4. Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang
berkata: "Allah mempunyai anak".
5. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan
mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka besar sungguh perkataan
syirik yang keluar dari mulut mereka mereka hanya mengatakan perkara yang
dusta.
6. Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu
disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka,
jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.
7. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai
perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya
yang lebih baik amalnya.
8. Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu
(punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.
9. Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul-Kahfi"
dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda
yang membuktikan kekuasaan Kami?
10. (Ingatkanlah peristiwa) tatkala serombongan orang-orang muda pergi
ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat
dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk
keselamatan ugama kami".
Sepuluh ayat pertama di dalam surah al Kahfi merupakan
sebuah Acid Test sebenar untuk
mengenalpasti siapa itu Dajjal dan gerakannya.
Sepuluh ayat pertama surah al Kahfi merangkumkan bahawa Al
Qur'an bukan sebuah kitab yang mengelirukan serta mempunyai sesuatu yang
terpesong.
Sepuluh ayat pertama surah al Kahfi secara tersirat
menjelaskan bahawa tunjang kepada gerakan Dajjal ialah golongan yang mengatakan
bahawa Allah itu mempunyai anak. Mereka ialah Yakjuj dan Makjuj yang melalui
percampuran benih mereka membentuk umat Kristian terbesar yang memerintah dunia
pada ketika ini.
Sesudah mengenalpasti golongan yang mengatakan Allah
mempunyai anak, Sepuluh ayat pertama surah al Kahfi menyatakan dengan jelas
bahawa al Qur'an yang tidak dapat dipesongkan itu, adalah bertujuan untuk
digunakan oleh orang-orang Islam yang beriman kepadanya untuk memberikan amaran
kepada golongan yang mengatakan Allah mempunyai anak, untuk berhenti dan
bertaubat dari berterusan mengatakan sedemikian rupa. Memberi amaran berbeza
dengan perbuatan memberi kebenaran. Entah kenapa jalan memberi kebenaran itu
dipilih oleh sekumpulan manusia yang mendakwa al Qur'an menjadi perlembagaan
perjuangan mereka? Bukankah perbuatan itu bertentangan dengan apa yang disebut
Allah sebagai pendirian apa yang perlu dipegang oleh golongan beriman yang
jumlahnya sedikit di akhir zaman?
Sepuluh ayat pertama surah al kahfi juga menjelaskan tentang
masa depan golongan yang bertegas mahu beriman dengan apa yang ditetapkan Allah
di dalam al Qur'an. Mereka akan hidup terhimpit dengan segala macam tekanan dan
paksaan sehingga akan menyebabkan mereka akan merasakan mereka bersendirian
berjuang pada jalan tersebut. Itulah yang berlaku kepada pemuda-pemuda kahfi (sahabat penghuni gua) di penghujung sepuluh ayat pertama surah al
Kahfi. Mereka hanyalah pemuda-pemuda biasa. Mereka tidak pernah diangkat
sebagai ulama’, murabbi, mufti, politikus Islami dan artis Islami, figura
Islami segala macam label Islami yang mungkin wujud pada era zaman mereka.
Mereka hanyalah sekumpulan pemuda yang berterusan berpegang
dengan al Qur’an (a) pada maksud sebenarnya pada ketika institusi agama dan
segala apa yang berada disekeliling mereka menjadi korup. Lalu mereka mengambil
keputusan untuk menjauhkan diri dari segala kekalutan ini dengan mengasingkan
diri mereka ke dalam sebuah gua.
Janji Allah, jika beristiqamah dalam perjuangan dan
berterusan berpegang kepada apa yang Dia pesankan di dalam Al Qur’an dan Sunnah
nabi-nabiNya, Allah akan menyelamatkan mereka di dalam golongan ini dan
memenangkan golongan ini dengan cara yang tidak disangka-sangka. Lihat sahaja
apa yang berlaku kepada pemuda-pemuda Kahfi. Ketika mereka tidak lagi berupaya
berbuat apa-apa dengan sistem hidup masyarakat mereka yang korup, Allah s.w.t.
menidurkan mereka sehingga sistem yang korup itu berubah untuk mereka kembali
hidup di dalamnya sebagaimana yang selama ini didambakan. Mereka memisahklan
diri dari sistem kerana Allah dan Allah mengubah sistem tersebut untuk mereka
menikmatinya tanpa mereka sendiri menyedarinya. Masing-masing dari mereka tidur
lebih dari 300 tahun. Tetapi tempoh 300 tahun itu hanya dirasakan seolah satu
malam.
Lihat sahaja bagaimana ketika semua harapan itu seolah-olah
hancur dan tidak menjanjikan apa-apa kemenangan kepada mereka yang beristiqamah
dengan perjuangan menegakkan jalan tauhid, Allah mengubah sistem disekeliling
mereka dengan mengubah sistem tersebut untuk mereka biarpun di dalam zaman yang
berbeza. Ia bukan kali pertama perkara ini berlaku. Ia juga berlaku kepada Ezra
(Uzair)bersama keldainya yang ditidurkan selama 100 tahun ketika dia bertanya
samada sebuah kerajaan yang hancur boleh Allah bangunkan kembali dengan mudah. Lalu
dia ditidurkan. Apabila dia dibangkitkan, dilihat keldainya telah menjadi
tulang belulang. Sistem perintahan telah ditegakkan dan kerajaan baru Bani
Israel kembali tertegak. Semua itu berlaku padanya seolah sekelip mata biarpun
dia tidur beratus tahun lamanya. Saat sebelum matanya terlelap sebelum itu, hanya
puing-puing runtuhan dilihatnya di depan mata. Ketika matanya kembali terjaga,
dia takjub melihatkan bagaimana sistem pemerintahan baru dengan kerajaan baru
ditegakkan. Rujuk Asbabun Nuzul ayat 259 surah al Baqarah. Baca juga ayat
bermula 255 hingga 259 surah al Baqarah untuk mendalami janji Allah kepada
mereka yang istiqamah beriman. Hanya Allah pelindung manusia-manusia yang
beriman.
Inilah zaman sepertimana zaman yang dimaksudkan di dalam
kisah-kisah surah al Kahfi. Ini adalah akhir zaman. Fasad kejahatan Yakjuj dan
Makjuj telah pun sampai di muka bumi kita di Nusantara.
Inilah zaman di mana orang-orang Islam yang berpegang kepada
al Qur’an dan sunnah mengambil jalan perjuangan yang sendiri dan berusaha di
atas tapak kaki sendiri bagi menjalankan yang Maa’ruf dan mencegah yang
mungkar. Kita tidak lagi boleh bergantung harap dengan pemerintah,
sistem-sistem pemerintah, pembangkang yang bernafsu ingin memerintah,
parti-parti politik bertunjangkan melayu dan Islam yang berebut-rebut takhta
pemerintahan. Inilah zaman di mana orang-orang Islam bergerak di dalam jemaah-jemaah
kecil pada jumlah tetapi bersatu pada tujuan dan tonggak perjuangan iaitu
mengangkat Islam sepertimana yang ditegaskan di dalam al Qur’an dan sunnah.
Walau berlainan jemaah dan terpecah dalam kumpulan-kumpulan terpisah, tetapi
tujuan serta matlamat kita semua adalah menuju kepada jalan satuhala
mengarahkan kepada mencari redha Allah. Perjuangan ini matlamatnya hanya satuhala.
Apa yang dilakukan oleh sekumpulan penguatkuasa JAIS dalam
menyerbu pejabat yang membaja perbuatan pelampau undang-undang sangat bertepatan
dengan apa yang seharusnya dilakukan pada zaman ini. Pelampau undang-undang
harus diambil tindakan undang-undang.
Ingat lagi dengan kisah Khidr di dalam surah al Kahfi? Dia bertindak sendirian untuk menjalankan
yang maa’ruf dan mencegah yang mungkar. Khidr terus berjuang pada ketika sistem
perintahan sudah menjadi begitu korup. Dia tidak menunggu pemerintah untuk
bertindak. Tetapi dia bertindak mengikut apa yang telah Allah tetapkan
kepadanya supaya bertindak di dalam zaman yang korup tersebut. Dia membantu
orang-orang yang susah tanpa dia perlu berguling-guling di mana-mana. Dia
mencegah perbuatan pencerobohan agama dan sistem-sistem yang menjurus kepada perkara
yang merosakkan agama Islam dengan tangannya sendiri. Dia mengembalikan hak-hak
serta harta orang-orang yang tidak bernasib baik biarpun orang-orang
disekelilingnya bersikap buruk ke atas dirinya.
Rasulullah s.a.w. sentiasa berpesan dengan 10 ayat pertama
surah al kahfi. Pesannya disampaikan secara berikut :
Dari Abu Darda’ r.a ,
bahwa Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama
dari surat Al-Kahfi, niscaya dia akan terlindungi dari (fitnah) Dajjal. Dan di
dalam riwayat lain disebutkan: “(sepuluh ayat terakhir) dari surat Al-Kahfi.”
(Diriwayatkan oleh
Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi).
Baginda turut juga menyarankan kita semua membaca surah al
Kahfi pada setiap hari Jumaat. Persoalannya, berapa ramai yang melakukannya
sepertimana yang disarankan dan di dalam ramai-ramai yang membacanya mengikut
sunnah pada setiap Jumaat, berapa ramai pula yang faham dan menghayati serta
mempraktikkan apa yang disampaikan.
Di dalamnya juga turut terdapat kisah Dzul Qarnain yang
Allah berikan kuasa ke atasnya untuk menghalang fasad kejahatan Yakjuj dan
Makjuj. Dia berjaya kerana dia merupakan pemerintah yang benar-benar beriman
kepada Allah dan menguasai sains dan teknologi.
Kita pada hari ini berhadapan
dengan fasad Yakjuj dan Makjuj pada ketika kehebatan sains dan teknologi berada
pada tangan mereka. Lebih malang, keupayaan iman kita juga berada pada batas
kabur dan terumbang ambing kerana tidak percayanya kita kepada al Qur’an dan
sunnah sebagai pegangan yang kukuh.
Sama-sama kita perbaiki semua ini. In Sya Allah, kita akan
menang. Jika tidak di dalam hayat kita, kemenangan itu akan diberitahukan
kepada kita apabila kita bangun dari tidur yang panjang di Masyar nanti. In Sya
Allah. Sehingga itu berlaku, kita terus beristiqamah.
Nota :
a. Allah turut menggelarkan
Taurat, Zabur dan Injil sebagai al Qur’an (Bacaan). Ia disebut di dalam
beberapa hadis sahih yang merujuk ke semua kitab tersebut sebagai Bacaan
(al Qur’an). Al Qur’an secara spesifik selepas Rasulullah s.a.w.
melengkapkan tugasannya sebagai nabi dan rasul terakhir, hanya dirujuk kepada
ayat-ayat yang termuat di dalam mushaf al Qur’an sepertimana yang
disampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
© 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.