Thursday, January 9, 2014

Ahli Sorga Sudah Mendarat?

Sejak Bila Resolusi Sepuluh Perkara Lebih Tinggi Dari Undang-Undang?

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Kita umat Islam tidak pernah mahu belajar dari pengalaman. Atas sebab itulah pemerintah akan menjadi mangsa ugutan pihak pelampau agama pada setiap kali menjelang pilihanraya. Pemerintah diberikan amanah kuasa dan mempunyai kuasa di atas undang-undang yang telah diwartakan.

Walaubagaimanapun, amat malang apabila peruntukan undang-undang sediada ini hanya bertujuan menambahkan mukasurat dan nombor perkara di dalam kanun dan enakmen undang-undang sediada. Ia sekadar satu perhiasan. Tidak mampu atau tidak mahu menggunakannya bukanlah satu persoalan yang rakyat mahu tahu. Kebanyakan rakyat melihat dan menilai apa kemampuan perintah dalam menjalankan sebanyak mana hasrat yang dimahukan majoriti rakyat.

Rakyat dididik dan ditarbiah dengan rukun negara pada hampir setiap minggu perhimpunan bermula alam persekolahan mereka. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang antara tiga dari lima rukun negara yang ditarbiah semenjak mereka belum lagi boleh membaca secara lancar.

Gambar 'diluar tabii', untuk tajuk berita utama diluar tabii. Sangat sesuaikan?

 Jadi, apa perasaan mereka apabila pemerintah negara yang mahu mereka ditarbiah dengan prinsip-prinsip rukun negara ini, mereka dapati tidak bercakap serupa bikin dan hanya gemar beretorik apabila berhadapan dengan desakan kumpulan-kumpulan pelampau agama Kristian.


Rakyat tertanya-tanya kenapa dengan adanya Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan kebenaran kepada negeri-negeri untuk menegakkan undang-undang pencegahan aktiviti dakwah agama lain ke atas umat Islam, dan undang-undang yang telah diwartakan di dalam negeri-negeri yang mengambil saranan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, kenapa pihak yang menjalankan serta yang menghormati undang-undang ini kini seolah diletakkan ditempat yang salah?

Lihat sahaja golongan pelampau Kristian ini. Mereka tahu, jika mereka membicarakan soal penggunaan kalimah Allah dan aktiviti mubaligh mereka ke atas orang Islam di dalam kerangka Perlembagaan dan Undang-Undang negeri, ianya tidak akan memberikan mereka apa jua bentuk kelebihan kepada mereka. Tiada kelebihan untuk mereka melainkan mereka akan dilabel sebagai mereka-mereka yang tidak tahu menghormati undang-undang.


 Jadi, pemikir-pemikir yang bijak dari kalangan mereka, dengan kuasa media di tangan mereka, mereka cuba untuk memprogramkan ke dalam minda masyarakat bahawa isu ini adalah isu yang melibatkan Resolusi 10 Perkara (RSP) sepertimana yang dijanjikan kepada masyarakat Kristian sebelum pilihanraya ke 13 dahulu.

Mereka tahu dengan memainkan isu ini di dalam orbit yang mengelilingi RSP, mereka akan dapat digambarkan sebagai kumpulan manusia yang telah dianiaya dan dipihak yang benar dalam isu ini. RSP bukanlah satu undang-undang yang diwartakan. Ia hanya sebuah janji kerajaan pusat bagi menangani desakan kumpulan pendesak bersifat pelampau Kristian yang sering bertindak melampau dalam desakan menjelang PRU sebelum ini. Ia sebuah janji yang tidak laku walaupun dibawa ke dalam Mahkamah untuk dijadikan hujah. Ia telah terbukti apabila Mahkamah Rayuan di dalam kes rayuan isu Kalimah Allah sebelum AidilAdha tahun lepas telah menolaknya.

Tetapi satu sifat dan perangai kumpulan pelampau ialah, mereka sentiasa tidak malu untuk menggunakan segala sesuatu walaupun tidak sah dan salah untuk terus memprogramkan ke dalam minda rakyat Malaysia bahawa mereka dipihak yang benar. Lalu semua pihak yang menjalankan tindakan undang-undang ke atas Bible Society Malaysia pada minggu lepas atas dasar menjalankan amanah undang-undang yang telah diwartakan, dijadikan sebagai pihak yang bersalah. Ingat lagi hadis berkenaan rahsia dan perkara yang akan berlaku di masa hadapan oleh Rasululullah s.a.w. ? Ia dipetik sebagai berikut:

Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah s.w.t. bersabda "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan "Ruwaibidhah". Sahabat bertanya "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi s.a.w. menjawab "Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai" (Hadis Riwayat  Ibnu Majah)

 Pemerintah Pusat dan Pemerintah Kerajaan Negeri harus ingat bahawa mereka mempunyai ‘satu janji’ dalam bentuk dokumen Perlembagaan dan undang-undang kerajaan negeri yang telah diwartakan. Ia ibarat sebuah janji kepada hasrat saling bersetuju antara sebuah kerajaan dan golongan majoriti yang melantik kerajaan melalui peti undi. Ini adalah sebuah ‘janji’ yang diwarta dan perlu ditunaikan dan dijalankan. Ia sebuah ‘janji’ yang laku jika dibawakan ke dalam mana-mana mahkamah. Janji ini ialah sebuah janji yang dibuat melalui sistem perlantikan demokrasi yang subur. Walaupun demokrasi merupakan sistem yang penuh bernanah, tetapi ia merupakan sistem kedua terbaik selepas sistem kenegaraan Islam total. Mereka yang tahu menghormati demokrasi akan berpegang teguh dan menjalankan ‘janji-janji’ ini. Pemerintah harus ingat ‘perjanjian’ atas dasar saling bersetuju sebagai ‘balasan’ kepada golongan  majoriti yang meletakkan mereka ditampuk kuasa pemerintahan haruslah dijalankan.

Jika golongan pelampau Kristian yang membentuk minoriti dikalangan umat Kristian yang lebih ramai cintakan keamanan cuba mengganggu gugat keharmonian hidup  majoriti rakyat Malaysia, tidak malu atau segan mewar-warkan kepada dunia tentang Resolusi Sepuluh Perkara yang tiada nilai di dalam mana-mana mahkamah untuk dijadikan hujah mereka dipihak yang benar. Jadi kenapa pula mesti pemerintah takut untuk mewar-warkan kepada dunia bahawa mereka ini ialah golongan yang telah berkali-kali melanggar undang-undang yang telah ditetapkan? Jika mereka tidak malu untuk menggunakan sesuatu yang tidak sah sebagai hujah mereka, kenapa pemerintah negeri malu kerana agensi yang diberi kuasa menjalankan undang-undang secara sah telah menjalankan kerja mereka?

Jadi kenapa dibiarkan mereka secara berleluasa menggunakan media-media yang dikuasai tangan-tangan yang menyokong mereka untuk bebas memfitnah dan memprogramkan ke dalam minda rakyat bahawa semua tindakan mereka betul dan pemerintah dan undang-undang serta Perlembagaan Negara berada dipihak yang salah?

Jangan biarkan kisah surat fitnah yang tidak disekat semasa zaman Saidina Uthman r.a. yang kemudiannya menjadi baja yang meruntuhkan sistem Khulafa Ar Rasyidin satu ketika dulu berulang kembali di sini.

Penulisan ini mahu saya tutup dengan satu soalan kepada YB-YB Islam yang tidur sebantal dalam kerajaan negeri di mana Bible-Bible ini dirampas. Apa sebenarnya fungsi tuan-tuan di situ? Ahli Sorga sudah mendarat di Sorga-kah?

Dari Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda "Akan keluar di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah s.w.t. berfirman kepada mereka "Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung" (Hadis Riwayat Tirmizi)

Bukankah mereka sedang bingung sekarang? Majlis Syura berkata lain, Majlis Syoru dalam entiti sama mengambil pendirian lain. Ya Allah selamatkanlah kami dari fitnah akhir zaman. Ameen.

 © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.



Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email