Pengiklan kereta, walaupun tahu wanita seksi tiada kena mengena dengan spesifikasi keretanya, tetap meletakkan imej wanita tersebut sebagai daya penarik iklan. Mereka faham sisi bagaimana otak manusia berfikir. Bila manusia mula teransang nafsu dicetus liuk lentuk model-model peragawati kereta ini, justifikasi mereka tentang perkara teknikal akan merosot. Tetapi rosotan itu tidak lama.
Sebaik mereka serius untuk mempertimbangkan jenis kereta yang mahu dibeli, mereka akan serius mempertimbangkan spesifikasi dan melupakan siapa dan apa bentuk tubuh wanita peragawati tersebut.
Itulah dia pengiklan kereta. Menggunakan wanita terdedah supaya orang ramai mendekati produk mereka dalam pameran. Habis pameran, maka tinggallah kereta itu dengan spesifikasi demi spesifikasinya.
Cara yang sama digunakan oleh think tank sebuah parti politik. Untuk menjemput manusia muslim mendekati partinya, mereka kini menggunakan wanita berpurdah. Mereka mahu mencorakkan parti tersebut dengan persepsi awal bahawa mereka adalah mesra Islam.
Tetapi, pada hakikat sebenarnya, polisi serta spesifikasi parti tersebut tidak langsung mencerminkan parti tersebut sebagai parti mesra Islam.
Inilah kegilaan dunia.
Salesman kereta menggunakan wanita terdedah untuk mempromosikan kereta mereka.
Salesman parti politik menggunakan wanita berpurdah untuk mempromosikan wajah baru jiwa lama parti politik mereka.
Dalam kedua-dua kes, wanita tetap menjadi mangsanya. Dari yang terdedah kepada yang berpurdah, selagi sesuatu itu dilakukan bukan kerana Allah dan mengikut syariat, maka mereka terdedah kepada segala bentuk eksploitasi.
Jelas parti ini parti yang mengeksploitasi wanita sama seperti pengiklan-pengiklan kereta tersebut.
Dan kita tahu mereka melakukannya untuk tujuan jangka panjang. Dengan undang-undang tubuh negeri yang mengkehendaki hanya umat Islam dibenarkan menjadi Menteri Besar, dan kerjasama politik mereka dengan rakan sekutu Parti bernama Islam semakin goyah, mahu tidak mahu, mereka perlu mengeksploitasi semua ruang yang ada untuk masa depan cita-cita pemerintahan mereka. Mereka tahu matlamat dan mereka jalankan perancangan untuk mencapai matlamat.
Politikus Islam pula masih mabuk slogan, seminar, program, mengumpul kekayaan dan sebagainya.
Jadi masa depan umat Islam pada hari ini, kini berada di tangan umat Islam sendiri untuk menentukan hala tuju masa depan mereka.
Eksploitasi ini adalah sebahagian daripada perancangan jangka panjang mereka. Mereka punya senjata dari kalangan orang Islam berpegangan Syiah untuk menjadi suara dan rupa Islam untuk parti mereka.
Maka haruslah segera, undang-undang tubuh negeri dalam semua negeri di dalam Malaysia menetapkan hanya lelaki, rakyat Malaysia, beragama Islam dan berpegang kepada pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah boleh dilantik sebagai Menteri Besar dan Exco Utama.
Hanya melalui peruntukan ini, tindakan pre emptif kepada usaha merekrut umat Islam ke dalam parti tertentu untuk agenda kuasa masa depan mereka dapat dipatahkan sejak awal.
Tetapi, apakah pemimpin-pemimpin yang sedang memimpin negeri-negeri Islam mahu mengambil peduli?
Baca juga penulisan lama tentang eksploitasi wanita yang pernah ditulis di sini:
1) Demi Sebuah Cita-Cita Mereka Ditelanjangkan
2) Dunia Yang Kejam Terhadap Wanita
3) Hijaberontak
4) Why Be You When You Can Be New
5)Cengkerik Berbunyi Bila Feminis Tercekik Karipap
6) Panglima Tonney Dan Reban Ayam Terbang
7) Berdagang Punggung Di Awan Merah
8) Pendukung Gerakan Feminisme Kelas Bawahan
8) Aurat Muslimah Penindasan Atau Satu Pembebasan
9) Hijab Adalah Simbol Anti Penindasan Ke Atas Wanita
10) Antara Jihad Kemanusiaan DAP dan Jihad Seks Dalam ISIS
11) Hak untuk wanita bersuara di dalam negara Islam
12) Terlewat 1400 Tahun : Hak Untuk Memilih Identiti