Wednesday, October 1, 2014

Antara Jihad Kemanusiaan Dalam DAP dan Jihad Seks Dalam ISIS

0
Lewat ini, siapa sahaja mahu menyekutukan dirinya dengan purdahdan tudung. Ada artis wanita super seksi menjadi usahawan tudung. Menjual perkara yang tidak dipakai dan dipraktikkannya langsung. Ada Yang Berhormat makan bubur khinzir diwaktu pagi dan memakai kain tudung memeluk jemaah muslimah dalam surau-surau sekitar Selangor pada petang hari.

Dunia hari ini memang semakin pelik. Ada manusia masuk dalam mesin basuh. Ada pula lembu naik kereta. Wujud pula Pak Lebai meliwat di dalam masjid.



Itu tidak cukup pelik dan ajaib. Malah lebih ajaib bila ada golongan mengaku diri pewaris nabi, sanggup menutup ayat-ayat Quran yang melarang untuk mereka berwala' dengan golongan kafir harbi semata-mata mahukan keuntungan politik.

Tiada apa yang pelik apabila media propaganda Tokong Demokrasi Amerika memaparkan kisah sekumpulan wanita, entah siapa, yang berpurdah dan menyertai ISIS untuk "jihad seks". Satu terma dan perkara rekaan yang digunakan agen propaganda Amerika untuk memburukkan jihad, wanita berpurdah dan Islam itu sendiri.

Menghadapi zaman manusia masuk dalam mesin basuh, lembu naik kereta, Pak Lebai meliwat dalam masjid, paderi-paderi katolik meliwat ribuan kanak-kanak di gereja, wanita berpurdah menjalankan jihad seks bersama ISIS, apakah kita terkejut dengan penyertaan seorang wanita yang dipakaikan purdah lalu diperkenalkan kepada media dengan nama "Melati" menyertai DAP atas sebab perjuangan kemanusiaan?

Inilah lawak kurang cerdik akhir zaman oleh mereka yang beranggapan bahawa umat Islam amat mudah untuk diperbodohkan. Bagi yang mahu percaya, silakanlah.

Saya hanya mahu habiskan kopi pekat secawan petang-petang ini sambil tersenyum melihat gambar wanita berpurdah ISIS dan DAP ini.

Cuma saya tinggalkan dengan satu kemusykilan yang ditinggalkan kenyataan wanita tersebut. Lihat pula peliknya cara merujuk kepada Allah yang digunakan wanita ini.

"Kemanusiaan adalah tunjang utama. Sejujurnya DAP lebih dekat dengan keadilan seperti yang di gagaskan oleh islam. Islam merupakan prinsip utama saya dalam meneruskan kehidupan sebagai hamba Tuhan. Dalam menjalani kehidupan dan berhadapan dengan manusia pelbagai kaum, saya percaya dasar kemanusiaan sangat penting."

Kenapa digunakan hamba Tuhan dan tidak hamba Allah? Kenapa begitu canggung untuk menyebut dan merujuk dirinya sebagai hamba Allah di dalam statement yang dikeluarkan. 

Teringat saya dengan sebuah Restoran India Hindu berdekatan dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Menggunakan jalan menghalalkan restoran melalui pintu belakang, restoran ini meletakkan terjemahan kalimah Basmallah di dalam tulisan jawi dengan harapan umat Islam yang tidak mahir akan terkeliru apabila melihat dengan sekali imbas tulisan jawi dengan menyangka pemiliknya ialah orang Islam.

Terjemahan kalimah Basmallah yang asal ialah, "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang." Itu terjemahan asal. Tetapi papantanda restoran ini menulis kalimah tersebut dengan terjemahan, "Dengan nama Tuhan Yang Amat Penyayang Lagi Maha Pengasih."



Tidak sukar untuk memahami tindakan tersebut. Ini kerana pemiliknya bukan Islam ketika itu. Tetapi mereka perlukan cop halal segera bagi mengelabui mata umat Islam supaya berkunjung ke restoran tersebut.

Maka, apabila kenyataan wanita berpurdah ahli DAP ini yang begitu canggung mahu menyebut dirinya sebagai hamba Allah mengingatkan saya tentang kes restoran ini satu ketika dulu.

Tetapi, sebagaimana yang telah saya katakan tadi, ini zamannya manusia masuk ke dalam mesin basuh, lembu menaiki kereta dan pak lebai yang kelihatan warak meliwat di dalam masjid dan paderi-paderi katolik meliwat ribuan kanak-kanak di dalam gereja di seluruh dunia termasuk Malaysia. Jadi, apalah nak dihairankan dengan "wanita berpurdah" berjihad seks di ISIS dan "wanita berpurdah" memasuki parti kafir DAP?

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: