Thursday, May 31, 2012

Aurat Muslimah : Penindasan Atau Kebebasan? Video

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.


Bismillahir Rahmanir Raheem.. Saya tersenyum sendiri apabila menonton bagaimana seorang penulis wanita bernama Hebah Ahmed, salah seorang dari penulis yang menyumbangkan penulisan kepada sebuah buku bertajuk I Speak For Myself, dipermudahkan Allah di dalam menjawab pertuduhan yang dilemparkan golongan feminis barat ke atas Islam. Sebagaimana yang sering saya sebutkan di dalam blog ini, mereka tiada modal selain memfokuskan serangan mereka terhadap peraturan penjagaan aurat di dalam Islam.


Sebagaimana yang telah dibuktikan sejak dahulu lagi sejak zaman Rasulullah s.a.w., jika perjuangan itu dengan niat yang ikhlas kerana Allah, bantuan Allah akan sampai di dalam bentuk-bentuk yang tidak kita sangka-sangka. Lihat video di bawah ini, apabila pemberita merangkap moderator antara pertukaran pandangan antara Hebah Ahmed dan Mona Eltahawy, seorang kolumnis yang sentiasa menulis tentang isu-isu wanita Islam (Baca gerakan Liberal Feminisme), pula yang berhujah atas nama hak dan perlembagaan Amerika Syarikat dalam bentuk hujahan yang kelihatan sangat bias kepada Islam. 


Begitulah jadinya, tanpa sedar bantuan Allah itu datang di dalam bentuk-bentuk yang tidak disangka-sangka. Kredit juga harus diberikan kepada Hebah Ahmed di mana hujah-hujah yang dilontarkan sangat bernas, tepat dan tidak dapat digoyahkan oleh cerita-cerita yang Mona petik dari angin yang berlalu. Tiada sandaran fakta dan hanya cakap-cakap berita angin yang direkasaya. 


Dialog terbabit seputar isu hak untuk memakai Niqab yang cuba diharamkan oleh kerajaan Nicholas Sarcozy di Peranchis satu ketika dulu. Entah apa yang sedang dibuat Nicholas Sarcozy sekarang setelah dijatuhkan sebagai Presiden Peranchis. Mungkin sekarang ini dia sedang menyesali tindakannya mengharamkan Niqab. Jika tidak tentu sahaja dia boleh bersembunyi dibelakang penutup muka bagi menutup malunya dihinakan Allah dengan kekalahan perebutan jawatan Presiden. Allah telah menunjukkan satu persatu. Tindas umat Islam, anda akan dimalukan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Thaksin Shinawatra. Sampai ke saat ini dia diharamkan memijak bumi Thailand setelah doa-doa mangsa peristiwa Tak Bai, 24 Oktober 2004, dimakbulkan Allah. Tidak sampai 2 tahun, pada 19 September 2006, tentera merampas kuasa dan jadilah dia pemimpin terbuang dan tidak dapat memijak bumi Thailand sehingga kini.


Video dialog antara Hebah Ahmed dan Mona Eltahawy seperti di bawah. Artikel tulisannya di dalam I Speak For Myself boleh dibaca di sini. (Klik) Perhatikan wajah sugul Mona diakhir bahagian video tersebut. Allah Maha Besar, dan apabila Allah mengatakan di dalam surah al Baqarah ayat 14 dan 15, yang Dia akan memperolok-olokkan golongan sebegini, ketahuilah janjiNya amat benar. Jadi, jangan takut untuk mempertahankan hak sebagai muslim. Jangan risau dengan penghinaan, cercaan serta label yang cuba mereka lemparkan. Hujah-hujah dangkal yang digunakan Mona kita dapat kenal menjadi zikir harian kumpulan liberasi feminisme di dalam negara ini. Tidak perlu takut untuk menentang mereka. Kemenangan itu milik orang yang bersolat dan sabar. InsyaAllah..




© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

11 comments:

Salam saudara MIA.

Baru-baru ini saya terbaca di bog OutSyed (26/05/2012) tentang kajian PhD AlAzhar yg menyatakan hijab itu bukan fardhu kerana tidak dinyatakan dalam Al-Quran.

Reaksi penulis blog terhadap kajian tersebut seolah berbunyi "hah! i told you so!" Penulis blog turut mencabar semua untuk tunjukkan ayat yang menyatakan rambut adalah aurat wanita. Tapi sebenarnya yang paling sedih ialah komen-komen pembaca yang rata-rata memperlekehkan hijab/tuntutan menutup aurat ini.

Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu sama ada ia ada disebut atau tidak. Walau bagaimanapun, pada hemat saya, kalaupun ia tak dinyatakan secara jelas, "hijab" adalah 'a means to an end', di mana 'end'nya ialah menutup aurat. Oleh kerana ketika solat wanita dikehendaki metutup seluruh tubuhnya kecuali meka dan tapak tangan, maka hijab ialah satu 'means' yg praktikal utk menutup aurat.

Saudara MIA, apa pandangan saudara terhadap blogpost tersebut?
 
pada saya menutup aurat itu adalah sunnah yg nabi terapkan pada perempuan. Kerana aurat/hijab itu dapat menghindar fitnah(kekacauan).

Sebagai contoh baju juga adalah hijab pada tubuh yang melindungi auratnya. Dan baju dipakai baik lelaki maupun perempuan. Jadi mengapa mesti kita berbaju. Jawapannya tentulah untuk kita merasa tenteram dan nyaman.

Jadi sekiranya hijab itu perlu diletakkan pada muka dgn sebab mau merasa tenteram dan aman, maka perkara hijab ini tidak perlu jadi persoalan
 
InsyaAllah, Allah akan sentiasa bersama mereka-mereka yang ikhlas...
 
itulah sebabnya kita perlu berilmu dan memahami konsep menutup aurat yang telah termaktub di dalam al quran. Alangkah malu apabila orang bertanya "surah mana yang disuruh kita menutup aurat?" dan kita tidak boleh menjawabnya.
 
Wa'alaikumsalam wrt saudara Dzareth,

Saya ada meninggalkan komen ke penulisan Tuan Syed. Dia seperti juga saya, tuan dan muslim-muslim lain, cuba untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk Islam. Cuma terkadang dalam kita ghairah untuk melakukannya, mungkin ada kalanya langkah yang kita ambil membuatkan kita tersadung. Sebagai Muslim, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran perlu dibuat supaya kita semua mendapat tempat sebagai manusia-manusia yang diredhai di dunia dan akhirat. berikut Komen saya yang saya hantarkan ke ruangan komen milik tuan syed tersebut:


Tuan Syed yang dihormati,
Terima kasih atas artikel tuan sebelum ini di atas tajuk ‘Slavery In The Bible, Shariah And Quran’ tuan sebelum ini. Ia sangat membantu dalam menjawab isu sikap Islam terhadap sistem perhambaan di dunia. Semoga Allah memberikan lebih rahmat dan kefahaman kepada tuan bagi menghasilkan penulisan-penulisan sedemikian lagi di dalam hayat tuan yang masih berbaki ini. Amin.

Tetapi mohon saya untuk berbeza pandangan di dalam isu aurat ini. ‘See I told you so?’ diluahkan tuan apabila seorang yang menghasilkan tesis di al Azhar, atau segelintir kecil orang yang bersungguh menyatakan bahawa aurat seorang wanita tidak merangkumi bahagian rambutnya. Sedangkan disepanjang jarak 1400 tahun lebih sejarah umat Islam, telah berkata lebih ratusan ribu ulama’, imam-imam mazhab serta sarjana-sarjana Islam yang menyatakan dengan tegas bahawa rambut itu termasuk dalam aurat yang perlu dilindung oleh wanita. Ia ibarat bunyi seekor cengkerik di tengah keriuhan stadium Etihad ketika mereka diangkat menundukkan lawan mereka baru-baru ini.

Konsensus serta kolektif persetujuan ratusan ribu ulama di dalam jeda masa 1400 tahun tidak mungkin tersilap.

0.000001%. Cuma ijtihad sarjana tersebut menjadi besar kerana diaruhkan liputan media. Biasalah media, cerita anjing gigit orang tempatnya di muka 16, cerita orang gigit anjing wajib diletakkan di muka depan.

Jika dalam kes batasan aurat ini, kecenderungan tuan untuk hinggap di atas satu ranting rapuh pendapat dan ijtihad tersebut mengingatkan saya kepada satu lagi kes berkenaan liberasi aurat yang pernah difatwakan di institusi yang sama. Sebelum itu, biar saya simpulkan kecenderungan tuan untuk berpihak kepada pendapat tersebut mungkin dibuat atas 2 faktor penilaian berikut . Yang pertama niat tuan untuk melihat wanita-wanita Islam ‘lebih bebas bergerak’ di dalam masyarakat tanpa risaukan berkenaan aurat rambut mereka. Kedua, kecenderungan itu dibuat atas faktor yang mengeluarkan tesis tersebut, seorang sarjana yang menyiapkan tesis tersebut di al Azhar. Dua faktor ini akan saya gunakan sebagai silogisme yang mungkin boleh menunjukkan kecenderungan yang mungkin tuan ambil dalam satu lagi kes liberasi aurat yang pernah hangat di al Azhar idak lama dulu.

Masih ingat dengan kes Dr. Izzat Atiyya? Dia telah memfatwakan bahawa bagi memudahkan seseorang wanita Islam untuk bergerak dikalangan rakan sekerja bukan mahram, wanita tersebut bolehlah menyusukan rakan-rakan sekerjanya sebanyak lima kali kenyang. Ia bagi membolehkan mereka semua menjadi mahram kerana hubungan susuan tersebut. Dr. Izzat Atiyya ialah sarjana di al Azhar dan fatwanya ialah bagi memberikan ruang kebebasan bergerak untuk wanita Islam di tempat kerja. 2 faktor yang hampir sama dengan sikap yang diambil tuan dalam mempromosikan tesis yang dibuatkan di al Azhar.

(samb. di bawah)
 
(samb. dari sebelumnya)


Dalam kes fatwa menyusui rakan sekerja lelaki yang difatwakan di al azhar, dan dengan menggunakan kaedah silogisme berkenaan kecenderungan tuan untuk memihak kepada 2 faktor yang dinyatakan, Apakah saya boleh nyatakan tuan Syed merelakan isteri dan anak-anak perempuan tuan syed menyusukan rakan-rakan sekerja lelaki mereka untuk membatalkan batasan aurat hanya kerana yang menyatakan pendapat tersebut seorang ulama’ al Azhar? Saya percaya tuan tidak cenderung berbuat demikian.

Benar Dr. Izzat Atiyya seorang ulama’ al Azhar tetapi dia hanya berseorangan dalam hal sedemikian di al Azhar. Malah dia juga gagal memahami bahawa sempadan had umur di mana epigenetics di dalam tubuh seseorang terhenti memberi kesan kepada modifikasi genetik. Hadis dari Siti A’isyah r.a. yang dirujuknya mempunyai sempadan.
Dalam hal rambut sebagai aurat ini, satu persoalan yang ingin tuan Syed jelaskan. Ketika Allah mewahyukan ayat 59 surah al Ahzab, bagaimana Rasulullah s.a.w. mentafsirkan ayat tersebut di dalam perlakuan serta arahan berpakaian kepada para isterinya yang mulia? Perbuatan serta perlakuan Rasulullah s.a.w. menunjukkan bagaimana sikap dan had yang diambil dalam mematuhi peraturan aurat ini. Bukankah yang terbaik mentafsirkan al Qur’an ialah Rasulullah s.a.w. sendiri? Bukankah Rasulullah s.a.w. itu sendiri digelarkan sebagai ‘the Walking Qur’an’? Jika tuan Syed dapat menunjukkan di mana-mana dalam sikap dan perbuatan Rasulullah s.a.w. selepas turunnya ayat tersebut yang menunjukkan isteri-isteri baginda yang mulia tidak menutup rambut dan menganggapnya sebagai bukan aurat, maka tuan bolehlah memberikan legitimasi kepada sikap yang diambil tuan dalam mempercayai serta beriman kepada tesis tersebut. Tidak mahu kira aspek perbuatan dan sikap Rasulullah s.a.w. di dalam hadis bagi memahami ayat-ayat yang diturunkan ibarat seorang ahli fizik yang menolak matematik sebagai jalan untuk menjelaskan penemuan-penemuannya.
Kita telah mempunyai panduan lengkap berkenaan isu ini yang sudah pun diputuskan dengan jelas sejak lebih ribuan tahun lamanya. Umat Islam tidak akan ke mana-mana jika masih tidak mahu bergerak ke hadapan dan sibuk mengorek lubang dan mengambusnya berkali-kali. Isu ini telah diselesaikan ribuan tahun yang lama. Tugas kita ialah terus mara ke hadapan dan berhenti menjadi algojo. Saya menghormati Tuan Syed dan saya harap tuan Syed akan lebih banyak menulis sepertimana di dalam artikel ‘Slavery In The Bible, Shariah And Quran’ yang pernah tuan Syed tulis sebelum ini. Entah sudah berpuluhan kali saya menggunakan hujah tuan untuk berhujah dengan golongan yang mengatakan Islam menggalakkan perhambaan dan mereka terdiam apabila dihadapkan dengan fakta-fakta garapan tuan Syed. Semoga semua kebaikan dari hasil kerja tuan Syed itu, memberikan ganjaran-ganjaran yang membahagiakan di dunia dan akhirat. Amin.

Tetapi dalam hal rambut sebagai bukan aurat ini, saya mohon untuk berbeza pandangan dan memilih untuk berkata ‘See, I told you so..” kepada tuan bersama ratusan ribu ulama sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Sesungguhnya keriuhan Stadium Etihad pada 13 May lalu tidak mungkin membolehkan bunyi sang cengkerik didengari kecuali oleh sang Entemologis yang berada di salah tempat, masa dan ketika untuk mengkaji sifat cengkerik.
 
Siroth,

Niqab itu adalah pilihan. Jika mahu boleh sahaja pakai. Terkadang mungkin ada keadaannya sehingga terpaksa dipakai sekiranya kehidupan seorang wanita menjadi kelam kabut kerana perhatian yang berlebihan dan membawa mudarat kepada kehidupannya yang diberikan kepadanya. Malah pernah terjadi satu kes di mana Saidina Umar r.a. membotakkan kepala seorang lelaki yang terlalu handsome supaya daya tarikannya tidak menimbulkan fitnah dan kekacauan dalam masyarakat. Lelaki itu kemudiannya dibuang daerah supaya keharmonian di kawasan tersebut terjamin. Jika si lelaki yang berwajah terlalu handsome pun 'dikenakan niqab' dalam bentuk membotakkan kepalanya supaya mengurangkan daya tarikannya, apatah lagi wanita yang terlalu cantik sehingga boleh menyebabkan berlakunya masalah setempat.

batasan Aurat ialah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh syarak. Oleh kerana kita bermazhab Syafie, maka rujuklah batasan yang telah ditetapkan. Sesungguhnya pakaian yang terbaik ialah sifat takwa.
 
Benar tuan Rizal Hass,
Allah sentiasa bersama orang-orang yang ikhlas. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan hamba-hambaNya yang sentiasa ikhlas dalam perjuangan dan perbuatan. Amin.
 
Juwita,
Kadang-kadang mereka terlupa yang ayat-ayat al Qur'an itu disampaikan dalam satu pakej bersama seorang Rasul yang akan menafsirkan setiap ayat tersebut melalui perbuatan dan lisannya. Menolak tafsiran Rasulullah s.a.w. terhadap ayat-ayat perintah Allah di dalam al Qur'an ialah ibarat mencabut memandu laju kereta tanpa mahu memegang stereng.
 
Salam saudara MIA.

Saya telah membaca komen saudara di blogpost berkenaan. Sebenarnya apa yg saya ingin tahu adalah memandangkan penulis menyatakan tiada ayat dalam al-Quran yang menyatakan rambut (bagi wanita) adalah aurat, dan beliau turut menyatakan undang-undang manusia (mazhab) bukan undang-undang Islam, adakah penulis berpendapat wanita perlu menutup rambut atau tidak?

Di kalangan umat Islam ada yang berpegang kepada al-Quran dan menolak hadith, ulamak dsb, adakah wanita dari kumpulan ini solat tanpa menutup rambut?

Saya telah membuat komen di blogpost tersebut baru2 ini tetapi jawapan yg diperolehi tidak jelas. Malah, post kedua saya pada 16/06 juga telah dikeluarkan, where I explicitly asked soalan di perenggan pertama di atas.

Kerisauan saya bila banyak komen di blogpost tersebut menyatakan hijab itu backwards dan restrictive, sedangkan penulis tidak menulis sedemikian. Keengganan penulis menjelaskan pandangan beliau memberi gambaran beliau berpandangan rambut bukan aurat dan tidak perlu ditutup, memandangkan beliau melihat mazhab sebagai bukan undang-undang Islam.

Nevertheless, saya memohon maaf sekiranya telah menyusahkan saudara dalam hal ini. Kepada Dia jugalah saya memohon agar dilindungi daripada perkara-perkara yg menyesatkan.
 
Wa'alaikumsalam Dzareth,
Saya sendiri telah melihat bagaimana teguran dan jawan yang diberikan kepada komen anda.

Komen saya kepadanya juga dipadamkan sebahagiannya.

Lebih malang lagi apabila dia dengan secara jelas mendakwa hanya dirinya sebagai manusia yang paling faham dengan ayat-ayat al Qur'an. Tiada manusia lain sehebat dirinya dan semua orang lain adalah bodoh dan tidak layak untuk memahamial Qur'an poada tahap kefahamannya.

Tetapi sangat pelik apabila melihatkan sikapnya yang mendakwa dirinya satu-satunya manusia yang faham tentang al Qur'an apabila dia dengan mudah memaki hamun manusia lain yang tidak sependapat dengannya dengan gelaran bodoh, rirasuk iblis, keldai dan sebagainya. Sikapnya tidak mencerminkan kefahaman yang didakwanya.

Dalam al Qur'an telah jelas ayat mengenai batasan aurat. Ia hanya dapat difahami dengan bagaimana Rasulullah s.a.w. dan generasi sahabat melakukan praktis hasil dari pemahaman ayat tersebut. Tetapi beliau menolak untuk merujuk kepada Rasulullah s.a.w. dan menolak sebarang komen yang mahukan dirinya merujuk kepada bagaimana praktis rasulullah s.a.w. apabila ayat tersebut diwahyukan.

beliau tetap berkeras menyuruh setiap yang bertentangan pendapat dengannya mencari perkataan rambut sebagai aurat di dalam al Qur'an. Sedangkan al Qur'an memang merujuk kepada perbuatan menutup kepala (bahagian rambut)di dalam surah an Nur ayat 31. Huraian berkenaan tefsir perkataan Khimar di dalam link di bawah:

http://www.onislam.net/english/ask-the-scholar/morals-and-manners/dress-and-adornment/169332.html?Adornment=

Oleh kerana si penulis itu tadi telah mengambil keputusan yang semua manusia lain di dalam dunia ini bodoh serta buta al Qur'an, jadi untuk mengelakkan dia dari berterusan melakukan perbuatan demikian, maka menjauhkan diri daripada berdebat dgnnya merupakan jalan yg terbaik. Ia bukan kerana takut atau tidak mampu, ia dilakukan supaya dia tidak menambahkan lagi kemudaratan atas dirinya dan mereka-mereka yang berdebat dengannya. Satu cara yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan kekeliruan yang ditimbulkan ialah dengan menulis serta memuatkan ke dalam internet penulisan yang menyentuh tentang subjek Khimar ini. Berdebat serta bertegang leher dengan orang yang melantik dirinya sendiri sebagai terhebat dan mulia adalah satu perbuatan yang amat sia-sia. Dzareth sendiri telah mencuba dan saya juga ada melakukannya. Responsnya tidak menggambarkan akhlak al Qur'an yang sehrusnya ada pada orang2 benar2 memahani al Qur'an.

Dia hanya berkeras mahukan perkataan rambut disebut dengan jelas. Jika demikian keadaan pemikiran seumpama itu, maka di mana pula disebutkan di dalam al Qura'n yang muslim tidak boleh memakan anjing? Jika ditanyakan kepadanya apakah boleh dimakan anjing dengan menggunakan hujah bahawa perkataan haram memakan anjing itu tidak disebut di dalam al Quran, saya pasti Dzareth sendiri akan tahu bagaimana reaksi yang akan ditunjukkan olehnya...

Oleh kerana dia seorang yang tidak terbuka dengan pendapat pihak lain dan memadam komen2 yg tidak memihak kepada pemikirannya, adalah satu perbuatan yang saya kira membazirkan masa berhujah dengannya. Yang perlu dilakukan ialah memuatkan penulisan2 yang menjelaskan perkara sebenar supaya bagi setiap yang mencari maklumat mengenai perkara tersebut, akan dapat menemui penjelasan yang betul serta mengikut jalan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabah baginda.

Tiada masalah dengan percubaan menegurnya dan Dzareth tak perlu meminta maaf. Kita telah mencuba dan kita dihidangkan dengan petunjuk yang menunjukkan sisi-sisi perwatakan si penulis tersebut. Ia sudah cukup untuk memberikan panduan untuk mengetahui langkah seterusnya yang seharusnya diambil. TQ atas usaha anda juga.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email