Oleh : Imran Haaz
Hukum Yang Paling Utama
Hukum Yang Paling Utama
Bila Jesus bertegas menyatakan hukum yang paling utama
ialah, mengakui dan beriman bahawa Tuhan itu Maha Esa, mereka ini bertegas
mengatakan Tuhan itu Tiga dalam satu.
Jesus mengatakannya di dalam Mark (Markus) Fasal 12 ayat 28
hingga 30.
28 One of the
teachers of the law came and heard them debating. Noticing that Jesus had given
them a good answer, he asked him, “Of all the commandments, which is the most
important?” 29 “The most important one,” answered Jesus, “is this:
‘Hear, O Israel: The Lord our God, the Lord is one 30 Love the Lord your God
with all your heart and with all your soul and with all your mind and with all
your strength.’
Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas mereka ini adalah
pelampau.
Hukum Yang Kedua
Utama
Kemudian apabila Jesus mengatakan hukum yang kedua paling
utama ialah menyayangi jiran-jiran sepenuh jiwa dan raga. Mereka-mereka ini
saban minggu dan hari menyakiti hati dan perasaan jiran-jiran mereka dengan
menghina Tuhan yang disembah jiran-jiran mereka. Nama Allah dihina dan
disyirikkan mereka dengan sabitan-sabitan sifat makhluk yang tidak sepatutnya.
Jesus menyatakannya di dalam Mark (Markus) Fasal 12 ayat 31.
31 The second
is this: ‘Love your neighbor as yourself. There is no commandment greater than
these.”
Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas mereka ini adalah
pelampau.
Hukum Taurat Perlu
Ditegakkan
Apabila Jesus mengatakan bahawa hukum-hukum Tuhan di dalam
Taurat mesti ditegakkan kembali di dunia, mereka berpakat-pakat menghina,
mencebik serta bermati-matian menentang perlaksanaan hukum-hukum Tuhan di muka
bumi ini.
Jesus mengatakannya di dalam Mathhew (Matius) fasal 5 ayat
17 – 19.
17 Think not that I am
come to destroy the law, or the prophets: I am not come to destroy, but to
fulfil. 18 For verily I say unto
you, Till heaven and earth pass, one jot or one tittle shall in no wise pass
from the law, till all be fulfilled. 19 Whosoever therefore
shall break one of these least commandments, and shall teach men so, he shall
be called the least in the kingdom of heaven: but whosoever shall do and teach
them, the same shall be called great in the kingdom of heaven.
Apa itu hukum-hukum Tuhan yang disebut di dalam Taurat? Ia
tidak banyak berbeza dengan hukum Hudud & Qisas yang sedang mahu ditegakkan
semula di Malaysia ini. Malah Rasulullah s.a.w. semasa memerintahkan penzina
muhsan Yahudi dihukum dengan hukuman Taurat, baginda kemudiannya menyatakan
perkara berikut :
“Ya Allah,
sesungguhnya akulah orang yang pertama-tama sekali menghidupkan kembali Sunnah-sunnahMu
setelah mereka hapuskan perintah tersebut.”
Ia diucapkan setelah Abdullah bin Salam r.a.,salah seorang
pendita Yahudi yang memeluk Islam membongkarkan pembohongan golongan agama
Yahudi yang menukar hukum-hukum Tuhan dengan hukum-hukum moderate dan liberal
mengikut hawa nafsu mereka.
Hadis tersebut merupakan hadis yang menjadi Asbabun Nuzul
ayat 41 surah al Maidah dan dicatatkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim 1.
Pelampau Kristian di Malaysia bersatu menentang hukuman
Tuhan. Mereka tidak mengikuti pesan Jesus kepada mereka. Jelas mereka ini
adalah pelampau.
Undang-Undang
Negara Mesti Dihormati
Apabila Jesus mengatakan hak negara mesti diberikan kepada
negara dan dihormati, mereka saban minggu dan hari mencabar dan menentang
undang-undang negara dan memaksa undang-undang negara untuk mengikuti kehendak
mereka.
Jesus mengatakannya di dalam Mark (Markus) fasal 12.
17.
And Jesus said to them, "Render to Caesar the things that are Caesar's,
and to God the things that are God's." And they were amazed at Him.
Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas mereka ini adalah
pelampau.
Elakkan
Konfrontasi
Apabila Jesus memberi pesan supaya mengelakkan konfrontasi,
mereka pula setiap hari, saat dan masa menimbulkan isu-isu tegang supaya
konfrontasi antara golongan Islam dan Kristian dapat terus dipanaskan supaya
mereka boleh menangguk di air yang keruh apabila tiba musim pilihanraya nanti.
Jesus mengatakannya di dalam Matthew (Matius) Fasal 5 ayat
35.
35.
But I say unto you, That ye resist not with evil, but whosoever shall smite
thee on thy right cheek, turn to him the other also.
Inilah dia mereka. Mereka tidak mengikuti pesannya. Jelas
mereka ini adalah pelampau.
Apa Kata Jesus
Mengenai Golongan Ini Di Kemudian Nanti?
Jesus,
di dalam kitab mereka menyatakan akan wujud golongan manusia yang sentiasa
perasan diri mereka berjuang dan melakukan setiap sesuatu atas namanya. Tetapi,
pada hakikatnya, mereka itulah pelaku perbuatan jahat dan kerasukan syaitan.
Jesus
menyatakannya di dalam Matthew fasal 7 ayat 22 hingga 23.
22 On that day many will say to me, ‘Lord,
Lord, did we not prophesy in your name, and
cast out demons in your name, and do many
mighty works in your name?’ 23 And then will I declare to them, ‘I never knew you; depart from me, you workers
of lawlessness.’
Amat
jelas, Jesus sendiri melabelkan mereka sebagai golongan pembuat kejahatan.
Lihat sahaja sikap mereka-mereka ini disekeliling kita. Kewujudan
mereka-mereka ini tidak membawa sebarang kebaikan kepada agama mereka, agama
pihak lain dan negara.
Mereka tidak menghormati hukum dan aturan agama mereka.
Mereka tidak menghormati agama orang lain dan mereka juga meludah undang-undang
negara setiap hari.
Kenapa mereka boleh terus bebas bersikap demikian?
Jawapannya mudah, mereka bukanlah pengikut Jesus dalam erti
kata dan keimanan yang sebenar. Mereka menjadi besar kepala di sini kerana ada
di antara politikus kita di sini, telah sepenuhnya beriman dengan hakikat
bahawa peti undi itulah tuhan yang menentukan jatuh bangun dan naik turun
sesebuah pemerintahan.
Berhenti daripada terus bersikap lembut dengan golongan
pelampau dan melayan semua kehendak-kehendak pelampau mereka.
Pelampau Kristian yang masih berkeras mahu menentang
undang-undang negara, menghina sistem mahkamah, menghina Ke Esaan Allah dengan
menyabitkanNya dengan makhluk tiga dalam satu, sentiasa mengapi-apikan api
kemarahan dan kebencian antara agama dengan sikap keras kepala mereka,
mereka-mereka ini jelas bukan hanya tidak hormat kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara, malah mereka menentang ajaran yang dipesankan oleh Jesus sendiri kepada
mereka sepertimana yang dibentangkan di atas.
Kepada pemerintah, sila ambil tindakan segera ke atas
penghasut-penghasut yang terus menghasut rakyat beragama Kristian untuk terus
menerus menghina Allah dalam cara mencemarkan namaNya yang suci di dalam agama
mereka.
Tidak perlu takut untuk bertindak tegas. Ingat! Peti undi
bukan Tuhan!
Nota kaki :
1)
Al Barra` bin 'Azib dia berkata, "Suatu ketika seorang Yahudi yang
dicat hitam dan didera lewat di hadapan Nabi s.a.w., kemudian beliau memanggil
mereka seraya bersabda: "Beginikah hukuman zina yang kalian dapati dalam
kitab Taurat kalian?" mereka menjawab, "Ya benar." Lalu beliau
memanggil seorang laki-laki yang tergolong dari ulama mereka, beliau bertanya:
"Aku mengharap kamu mau bersumpah dengan nama Allah yang telah menurunkan
kitab Taurat kepada Musa, betulkah begini caranya hukuman zina yang kalian
dapati dalam kitab tauratmu?" dia menjawab, "Tidak, seandainya anda
tidak menyumpahku dengan nama Allah, aku tidak akan mengatakan yang sebenarnya
kepada anda. Dan yang kami ketahui dalam kitab Taurat, hukumannya adalah rajam,
akan tetapi biasanya hukuman itu tidak berlaku bagi pembesar-pembesar kami,
jika yang tertangkap itu dari pembesar, maka kami biarkan begitu saja, akan
tetapi jika yang tertangkap rakyat kecil maka kami tegakkan hukum sesuai
Taurat. Akhirnya kami bermusyawarah, membicarakan hukum yang dapat kami tegakkan
bagi pembesar dan rakyat biasa. Lalu kami putuskan untuk membuat hitam tubuh
dan mendera pelaku zina sebagai pengganti hukum rajam."
Setelah laki-laki itu selesai bicara, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya Allah,
sesungguhnya akulah orang yang pertama-tama menghidupkan kembali sunnah-Mu
setelah mereka hapus perintah tersebut."
Setelah itu, beliau
memerintahkan supaya Yahudi yang berzina itu dihukum rajam, lalu Allah 'azza
wajalla menurunkan ayat: '(Wahai rasul, janganlah kamu merasa sedih, karena
orang-orang yang bersegera menuju kekafiran -hingga firman-Nya- Jika diberikan
ini kepadamu, maka terimalah) ' (Al Maidah: 41).
Orang-orang Yahudi
berkata, "Datanglah kalian kepada Muhammad s.a.w., jika beliau memutuskan
hukuman kepadamu dengan menghitamkan tubuh dan didera, maka terimalah, namun
jika dia berfatwa kepadamu dengan hukuman rajam, maka waspadalah.
Maka Allah Ta'ala
menurunkan ayat: '(Barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang telah di turunkan
Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. Dan barangsiapa tidak
berhukum dengan sesuatu yang telah diturunkan Allah, maka mereka itu adalah
orang-orang yang Zhalim. Dan barangsiapa tidak berhukum dengan sesuatu yang
telah di turunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik' (Qs. Al
Maidah: 44- 47). Hal ini juga berlaku kepada orang-orang kafir semuanya."
Al A'masy dengan isnad
seperti ini sampai kepada perkataannya, "Lalu Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam memerintahkan untuk merajmanya, akhirnya dia pun dirajam." Dan
tidak menyebutkan sesuatu setelahnya seperti turunnya ayat." (Sahih Muslim)