Friday, March 7, 2014

Hijaberontak

Imran Haaz via Mohd Luttfi (Penulisan Sebelum Ini Dimuatkan Dalam Akaun Facebook Saya)

Hijaberontak :

Oleh : Imran Haaz

Oh.. baru saya tahu. hari ni hari wanita sedunia rupanya.. ingatkan hari-hari hari wanita. Tak habis-habis dengan doktrin Atonement yang sudah dicontextualize meresapi semua aspek kehidupan manusia.

Lupakan, pergunakan, lacurkan, eksploitasikan, bersikap biadap terhadap wanita kamu 364 hari dalam setahun, tetapi jangan kamu lupa ucapkan selamat hari wanita sedunia pada hari ini.

Lupakan, pergunakan, maki hamun, eksploitasikan, bersikap biadap terhadap ibu bapa kamu 364 hari dalam setahun, tetapi jangan kamu lupa ucapkan selamat hari ibu dan bapa sedunia pada hari ibu dan bapa.

Lupakan, pergunakan, lacurkan, eksploitasikan, bersikap biadap terhadap alam dan bumi kamu 364 hari dalam setahun, tetapi jangan kamu lupa tutup lampu selama 2 jam semasa earth hour setiap tahun.

Nescaya semua dosa-dosa kamu melupakan semua itu dalam 364 hari setahun diampunkan. Sama sepertimana doktrin anak tuhan dikorbankan untuk menghapuskan semua dosa manusia agar manusia boleh terus berbuat dosa lagi.

"Bukankah kristus sudah menanggung dosa kita semua?" Kata seorang pendakwah Kristian kepada saya satu ketika dulu.. lalu saya minta dia kirim salam pada Hitler bila dia 'masuk syurga' nanti. Gott Mit Uns kata Hitler. Itu cerita lima tahun lepas. Kalau perjumpaan itu berlaku pada Mac tahun ini, tentu sahaja salam saya minta krimkan kepada individu yang lebih ramai. "Kirim salam pada Hitler, Mujahid dan Ultraman Taro di Syurga ya Encik Pastor," Bukankah agama Ultraman juga membawa kebaikan. Dan bukankah setiap yang membawa kebaikan itu juga menuju jalan ke syurga? Bukankah itu yg dibelit dan disembelitkan dalam rangka dialog antara agama golongan ini ke gereja-gereja?

Mereka ini ketinggalan gerabak. Itu tegas tuan Mohd Luttfi. Benar mereka ketinggalan gerabak. Tiada perjuangan memartabatkan kecantikan dalaman seorang wanita tanpa kemampuan mereka memperjuangkan hak untuk memakai hijab.

Sudah banyak kali saya menulis di dalam blog satuhala tentang hak keistimewaan ini. Tiada perjuangan memperkasa kedudukan wanita akan lengkap tanpa mereka memperjuangkan hak untuk berhijab dan bebas secara total dari eksploitasi lelaki.

Tetapi gerakan dajjal ini sentiasa selangkah lebih bijak. Jika mereka tidak boleh merosakkan muslimah yang tekad dan tegar mahu menutup aurat, mereka cuba memesongkan tafsiran menutup aurat itu supaya mengikut acuan yang mereka mahukan.

Lalu muncullah golongan Hijaberontak. Mereka-mereka ini dipromosikan sebagai muslimah moden, moderate dan diterima dunia melalui media-media bilamana mereka memakai tudung bagai mangkuk cendol di atas kepala, bagai benggali menjagal roti dan pocong bangkit selepas seminggu dikuburkan.

Tidak cukup dengan itu, ada pula majalah fesyen Hijaberontak dan pertunjukan fesyen Hijaberontak dengan model-model berjalan menuntut mata penonton melakukan skrutini kepada liuk longlai tubuh mereka di atas landas peraga.

"My hijab is painted like wings of butterflies," Saya rosakkan lagu Queen dengan menggantikan perkataan soul kepada hijab di dalam lirik Freddie Mercury. Tajuknya, The Show Must Go On...

Ya.. the show must go on and on and on. Berwarna-warni sehinggakan berjuta rama-rama terkeliru mahu hinggap di pokok bunga atau di atas kepala manusia. Salahkah berwarna-warni? Tidak salah sebenarnya, yang salah ialah warna sehingga hijab itu tidak lagi berfungsi menundukkan pandangan manusia kepada si pemakainya. Hijab yang dulu bukan hijab yang sekarang. Dulu hijab menundukkan pandangan orang, kini hijab menuntut pandangan orang, rerama dan beruang. Ya beruang. Kapitalis lubang biawak dalam kategori omnivor. Daging disentap, kangkung pun disebat. Kiri sebat. Kanan pun sebat. Halal pun dia, haram pun dia juga.

Malanglah anak-anak gadis yang berhijab sebegini sekiranya ia tidak membawa sifat hijab sebagaimana yang dianjurkan di dalam An Nur ayat 31. Hijab itu membantu manusia lain menundukkan pandangan daripada memandang kita sebagai objek seksual dan bahan eksploitasi.

Takut nanti gerabak hijaberontak lebih belakang dari gerabak sebahagian "anak-anak Tuhan" di dalam gambar berita ini. Petang-petang Jumaat ini ada baiknya juga kita bacakan sepuluh ayat pertama surah al Kahfi dan hembuskan pada gambar empat wanita ini. Mana tahu, rasa terkesima itu akan segera tertanggal nanti.



Cukuplah. Saya mahu pergi cari air kelapa. Hari makin panas. Hujan sudah tidak turun. Bukankah tahun lepas saya sudah pesankan supaya bersedia dengan tahun-tahun tanpa hujan yang sudah dekat? Perkiraan saya nyata tersasar. Rupa-rupanya ia datang lebih lekas dari yang saya jangka.

_____________

Penulisan Tahun-Tahun Tanpa hujan pada pautan di bawah:
http://satuhala.blogspot.com/2013/04/seks-pembohongan-bodoh-sombong-dan.html

Aurat Muslimah : Penindasan Atau Pembebasan II (Tahun 20 12).
http://satuhala.blogspot.com/2012/05/aurat-muslimah-penindasan-atau.html

Hijab ialah simbol anti penindasan (2012)
http://satuhala.blogspot.com/2012/08/hijab-ialah-simbol-anti-penindasan-ke.html

Aurat Muslimah : Penindasan Atau Pembebasan I (Tahun 2007)
http://satuhala.blogspot.com/2007/07/aurat-muslimah-satu-penindasan-atau.html


  © 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email