Tuesday, July 16, 2013

Ah Jib Gor atau Mohd Najib Tun Razak?

8
Saya sedang berkira-kira mahu membuat keputusan samada merujuk Perdana Menteri merangkap pemerintah negara ini di bawah lantikan Yang diPertuan Agong sebagai Mohd Najib Tun Razak ataupun dengan nama manja yang disukainya Ah Jib Gor.

Semuanya bergantung kepada bagaimana tahap kasih sayangnya kepada pasangan biadab pelantak haiwan yang diet hariannya memakan najis dan sisa-sisa buangan haiwan dan manusia lain di bawah ini.



Jika mahu terus dikenali dan dihormati dengan nama Mohd Najib bin Tun Abd. Razak, maka tolonglah pastikan tiada undang-undang di dalam negara ini dengan sewenang-wenangnya dilanggar dan pelanggarnya terlepas begitu sahaja selepas sesi mengambil keterangan. Pastikan semua yang bersalah tidak kira apa jua kaumnya, pegangan agamanya dan kecenderungan politiknya dibawa ke muka pengadilan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan didakwa sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.

Tetapi jika ingin terus disanjung sebagai Ah Jib Gor, ingatlah tuan bahawa tuan bersama gendang yang tuan mainkan awal tahun ini telah dicampakkan keluar dari radar kasih sayang mereka.


Harus juga diingat bahawa bukanlah mereka yang mengeluarkan Pak Lah dari puncak pemerintahan suatu ketika dahulu. Yang mengeluarkan Pak Lah dari kuasa puncak ialah akar umbi orang-orang Islam di dalam parti tuan yang melihat pemerintah mereka pada waktu itu tidak serius dan terlalu berlembut sehingga membiarkan maruah umat Islam dipijak-pijak sepanjang pemerintahannya.

Ingatlah juga kepada apa yang berlaku kepada PAS ketika pemimpin mereka leka mahu menawan hati golongan ini dengan membiarkan Islam menjadi karung tinju. Akar umbi mereka yang membentuk golongan Islam yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain dari mahu melihat Islam kuat dan kukuh di negara ini, turut mengirimkan parti mereka ke tepi lubang kubur.

Turut tanamkan di dalam ingatan bahawa golongan non partisan seperti saya dan ramai lagi, menyelamatkan tuan dan parti tuan dari daerah kejatuhan yang hina, bukanlah kerana kami sukakan kepada parti dan dokongan barisan tuan. Tetapi kami memilih tuan kerana kami menilai barisan tuan sebagai mudarat kecil di antara dua mudarat. Hitungan kami sentiasa meletakkan Islam dan semua aspek yang ditegaskan di dalam agama Islam sebagai kayu ukur menentukan sokongan. Kami bukanlah pentaksub dan penjilat mana-mana penguasa parti serta kami boleh bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut penilaian yang kami lakukan setiap masa.

Diluah Mati Emak Ditelan Mati Bapak
Tuan, kami tahu dan kami lihat jelas bahawa tiada kenyataan keras dikeluarkan dari pihak pembangkang mengenai isu ini. Ini tidak mengejutkan. Kerana mereka telah bermati-matian di dalam pemilihan yang lepas untuk melepaskan semua kecenderungan mereka kepada Islam dan Melayu supaya dapat mengumpulkan redha dan sokongan golongan bukan Islam di dalam negara ini. Kerana penilaian inilah kami menolak untuk memberikan sokongan kepada mereka.

Keadaan ini, diibaratkan seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa kepada pihak tuan. Dalam perkiraan penasihat-penasihat tuan, jika ambil tindakan, takut pula hilang sokongan golongan mereka nanti. Jika tindakan diambil, nanti yang mendapat untung ialah lawan kepada pihak tuan yang berdiam diri bagai teransang syahwat melihat perbuatan pasangan tersebut. Tetapi lupakah tuan, bahawa mereka telah pun menunjukkan dengan jelas bahawa persoalan ‘bagaimana keadaannya jika mereka menolak untuk menyokong tuan’ sudah pun mereka sendiri berikan jawapan tentang akibat kepada hilangnya sokongan mereka. Tuan tidak tumbang di dalam PRU 13, hanya terkena percikan air longkang perbuatan mereka. 

Jelas ia bukan Tsunami. Jika Tsunami, tuan sekarang berada di kerusi ketua pembangkang.

Bagi kami rakyat biasa yang membentuk majoriti golongan non partisan beragama Islam, kami melihat dan menilai satu-persatu perkara yang dilakukan oleh kedua-dua pihak. Kami hanya cenderung kepada mereka-mereka yang cenderung untuk mempertahankan Islam. Kami juga percaya akar umbi majoriti orang-orang Islam di dalam parti tuan dan parti PAS juga cenderung dengan perkara yang sama. Tuan harus ingat akar umbi kepada parti tuan telah membuktikan bahawa sekiranya aspirasi Islam dan Melayu di dalam tanahair ini menjadi taruhan, mereka tidak akan teragak-agak menolak hatta pemimpin tertinggi mereka untuk dikeluarkan tanpa belas dan kasihan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Datuk Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman dan Pak Lah.

Selaku orang Islam kami tidak akan menentang tuan sebagai pemerintah sehinggalah tuan dan pemerintahan tuan melakukan perkara-perkara yang membenarkan kami untuk mengambil tindakan untuk tidak lagi bersama tuan. Kami akan terus patuh dan menyokong pemerintah di dalam hal-hal yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya. Kami akan terus berdiri dibelakang tuan, menyokong tuan dan menegur tuan di mana yang perlu kami tegur. Kami juga berharap tuan mendengar luahan hati kami ini semasa kami mahu tuan mendengar luahan kami. Akan sampai masanya nanti, semasa hampir penggal pemerintahan tuan hampir tamat, tuan bersama jentera pilihanraya tuan pula akan mencari kami ke segenap bandar, pekan dan kampung, dari pintu pagar hingga ke ceruk dapur. Bayangkan jika telinga kami ini kami tutup dari mendengar rayuan jentera tuan pada ketika itu kerana terkenang betapa rayuan kami dipekakkan tuan semasa kami mahu didengari.

Demokrasi
Tuan, bagi mereka yang mahu mengikut jalan ASWJ, mereka tidak akan bergerak menentang tuan selagi tuan tidak melakukan perkara-perkara yang membolehkan kami menentang tuan. Selagi tuan sebagai pemerintah yang mana Islam selamat dan kukuh di dalam pemerintahan tuan, mentaati tuan menjadi sebahagian dari tanggungjawab kami. Tetapi, kami tidak taat dengan membabi buta. Kami menilai tuan dalam setiap perbuatan dan tingkah laku. Kami mengumpulkan pemerhatian untuk dicongakkan sehingga datang hari yang ditunggu-tunggu.

Demokrasi bukanlah sistem yang agung dan terbaik. Malah ia sebuah sistem yang dipenuhi nanah. Tetapi demokrasi juga mempunyai kelebihannya sendiri. Sistem demokrasi yang diamalkan mewujudkan satu suasana pemerintahan vakum selama 60 dari tempoh pembubaran Parlimen. Sebaik pembubaran parlimen dilakukan, secara teknikalnya, tiada kerajaan dan pemerintah yang secara rasmi memerintah. Tiada pemerintah berkerajaan untuk ditaat pada ketika itu. Yang ada hanyalah dua pilihan. Satu, samada untuk kami berterusan kekal memilih tuan. Dua, mengenepikan tuan sebagai  pilihan kami.

Sehingga ke saat itu tiba, saya sediakan dua pencongak masa di bawah ini untuk memberi ingatan kepada diri saya tentang apa sebenarnya kecenderungan tuan dalam memberi keutamaan di dalam negara ini. Pencongak pertama menunjukkan lamanya tempoh dari laporan polis pihak MCA ke atas pasangan tersebut sehingga ke hari mereka dibicarakan dan ditetapkan keputusan. Ia mencongak ke atas.



Pencongak kedua pula ialah berapa lama lagi masa yang mungkin tuan ada sehingga penggal kali ini berakhir, dijangka pada 15 Mei 2018.



Manusia ada banyak jenis tingkat kesabarannya. Takut-takut nanti bilamana undang-undang negara ditafsirkan sebagai tidak lagi berfungsi dengan agensi penguatkuasaan yang takut dan penakut, manusia-manusia muslim yang mempunyai tingkat kesabaran paling minimum mungkin akan melakukan tindakan sendiri bagi mendapatkan keadilan yang gagal diberikan pemerintah. Tolong elak dari perkara itu berlaku dengan memastikan undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang berfungsi sebaik-baiknya.

Saya berjanji akan memadamkan pencongak masa pertama tersebut sebaik pasangan biadab ini didakwa dan dijatuhkan hukuman sekiranya mereka benar-benar bersalah. Dan harapan saya, janganlah dicari pula akta-akta yang tidak sepadan dengan perbuatan mereka untuk melepaskan batuk ditangga. Sehingga mereka didakwa, pencongak masa itu akan terus kekal di dalam blog ini, untuk mengingatkan saya nanti mengenai pilihan yang akan saya buat sebaik penggal baru tuan ini berakhir pada 2018. Semuanya terpulang kepada tuan.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

8 comments:

rizal hass said...

Assalamualaikum Tuan, nampaknya kita kena tukar kapal sekali lagi. Memang dah Van Der Wick dah separa tenggelam. Nakhoda dah kena ubat pelali!

PEMIKIR said...

Pasangan merpati 2 biadap ni memang patut diberi pelajaran. Harap2 kerajaan lekas bertindak sebelum luka di hati semakin berdarah.

Unknown said...

Semoga ALLAH taala memberikan hidayah pada semua pemimpin supaya patut perintah ALLAH dan RasulNya..aku hrp sgt bg 2cina ni dihukum teruk.semacam mau menjolok sarang tebuan.

Unknown said...

Semoga cina 2ekoq ni diberi balasan yg setimpalnya di dunia ni.boar hidupnya sentiasa gelisah..
Org iSlam semua kena bersatu!

Unknown said...

Biaq cina tu kena hukum.kita tak kacau pun agama dia...sure dia gelisah sampai mati.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.b.t. Tuan Rizal Hass,

Jika pilihan menggantikan Van Der Wijck hanyalah tongkang berasal dari negeri bukan di Bawah Angin, maka tinggallah kita perlu berusaha memperbaiki bahtera ini sebelum tempoh karamnya sampai.

Belum jelas ada pilihan bahtera lain yg lebih selamat dari bahtera yang ditumpang buat masa sekarang. Kena terus perbaiki supaya sama2 tidak tenggelam.

satuhala said...

Pemikir,

Benar.. bukan lagi setakat berdarah, tetapi sudah timbul cakap2 di kedai kopi menganjurkan org2 Islam perlu bertindak sendiri krn pemerintah dan penguatkuasa dilihat terlalu takut utk menyentuh mereka.

Kita tidak mahu sampai perkara seumpama itu berlaku.. tetapi siapa boleh menahan perasaan mereka2 yg marah jika remedi yg ditawarkan utk merawat luka hati, hanyalah garam pencetus luka yg lebih pedih.

satuhala said...

Kojai,

Semua berlaku krn mrk mentafsirkan kita sbg lemah dan tiada upaya. Jd penghinaan yg menjadi2 lewat ini, boleh jadi disebabkan Ah Jib Gor telalu tunduk kepada pelbagai desakan bg melonggarkan tali kekang yg membendung kejadian seumpama ini dr berlaku.

Dibandingkan dengan pemerintahan yang lepas-lepas, situasi spt yg dihadapi pada hari ini adalah sangat langka dari berlaku.

Kita perlu memperbaiki kedudukan persaudaraan kita supaya mrk kembali menterjemahkan kita sebagai berpadu dan bukan sepatu yg boleh dipijak2.