Oleh : Imran Haaz
Di dalam sistem kasta yang diamalkan di
nusantara dan termasuk benua India dahulu, perempuan dari kasta rendah tidak
dibenarkan menutup dada. Hanya wanita dari kasta yang lebih tinggi seperti
Brahmin serta Ksatriya dibenarkan menutup dada sebagai lambang status yang
tinggi di dalam masyarakat.
Jadi kenapakah kini ada manusia Melayu Islam boleh
berbangga memperagakan fesyen dari manusia berkasta rendah di dalam anugerah-anugerah
industri hiburan, peragaan serta pertandingan ratu negara? Apakah memang mereka
berkasta rendah atau pemikiran mereka tergolong di dalam kategori manusia
dengan pemikiran kasta rendah? Tidak cukup dengan itu, bersungguh-sungguh pula mereka mahu mencabar hukum-hukum yang sediada di dalam agama mengenai batasan penutupan aurat seorang wanita. Kita tahu, jika mereka bersendirian, mereka tidak akan seberani ini mencabar undang-undang secara berhadapan.
Ada tangan-tangan terlindung yang menyokong dari belakang. Tetapi, beban kesalahan ini juga harus ditanggung oleh pihak berkuasa yang selama ini tidak pro-aktif menjalankan penguatkuasaan menyeluruh. Selektif tidak bertempat di dalam menjalankan penguatkuasaan serta terlalu banyak syok sendiri merasakan bahawa tiada siapa akan berani mencabar mereka sebagai pihak berkuasa. Ini isu yang malang yang seharusnya boleh dielakkan dari awal.
Isu ini tidak terhad kepada kes-kes individu dan kumpulan-kumpulan tertentu. Banyak juga yang tidak kena dengan media yang menggalakkan perkara itu terus berkembang dan berlaku di dalam masyarakat. Terdapat satu kecenderungan kumpulan wartawan dan
jurugambar hiburan di Malaysia yang berebut-rebut mengambil gambar dan
menyiarkan gambar-gambar manusia berpakaian dan berpemikiran kasta rendah di
dalam penerbitan media mereka. Apakah wartawan, jurugambar dan penerbitan
tersebut juga cuba menunjukkan kepada dunia aras akal fikir mereka yang tidak
mungkin dapat keluar dari hanyir lopak manusia berkasta rendah? Mungkin hanya Tuhan
dan mereka sahaja tahu jawapannya. Wallahua’lam.
Pernah berlaku revolusi di India, pada suatu ketika, sekumpulan wanita dari Kerajaan Travancore menuntut hak untuk berpakaian menutup dada. Mereka ini dari kasta rendah. Mereka dilarang untuk menutup dada mereka hatta di luar rumah. Kemudian mereka melancarkan revolusi menuntut hak untuk menutup bahagian dada. Revolusi yang dilancarkan bertukar menjadi penindasan ganas oleh golongan kasta yang lebih tinggi. Walaubagaimanapun, revolusi yang dilancarkan itu reda bilamana Gabenor Madras mengarahkan Raja Travancore untuk membenarkan kaum wanita Nadar untuk berpakaian menutup dada. Tetapi, pakaian mereka disyaratkan supaya tidak meniru pakaian yang dipakai wanita dari kasta yang lebih tinggi. 1
Wanita di Tarvancore berjuang menuntut hak untuk tidak dieksploitasi. Tetapi malangnya wanita kita di sini pada hari ini, bersungguh-sungguh berjuang supaya mereka boleh dieksploitasi. Inilah pemikiran manusia dari kasta rendah.
Berubahlah. Pakaian serta batas pergaulan yang
menjadi amali sehari-harian mencerminkan siapa diri kita. Tiada salah untuk
seksi jika di dalam rumah sendiri jika keseksian itu tidak sampai kepada
mata-mata yang tidak dibenarkan memandangnya. Begitu juga seksi yang dipamerkan
kepada suami yang telah halal dinikahi. Islam tidak mengurung umatnya di dalam
satu tadbir hukum yang rigid dan keras. Semuanya bertempat di dalam Islam. Ada
tempat boleh seksi dan ada tempat yang tidak boleh.
Semuanya terpulang kepada kehendak diri
sendiri. Terutamanya kepada mereka yang menjadi perhatian dan rujukan
masyarakat awam. Apa yang dilakukan akan diikuti. Pastikan legasi yang
ditinggalkan melalui hasil kerja yang dilakukan memberikan sumbangan pahala dan
kebaikan kepada masyarakat dan diri sendiri.
Jika merasakan puluhan ribu ringgit yang dibayar untuk memperagakan pakaian
dari golongan kasta rendah sedemikian rupa dapat mengganti nikmat-nikmat indah
di syurga nanti, teruskan sahaja berpakaian sedemikian. Kubur masing-masing.
Itu klise kata-kata mereka. Sekurang-kurangnya mereka meyakini destinasi akhir
mereka di dunia akan berakhir di dalam lubang kubur.
Cuma, bukankah tidak masuk akal jika mahu
berjalan ke destinasi jauh, ’beg perjalanan’ dibiarkan kosong?
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.