Oleh : Imran Haaz
Ramadhan ini bulan yang mulia. Sebuah nikmat kurniaan Allah kepada umat manusia. Bulan yang dirindukan. Bulan yang ditunggu-tunggukan. Bulan di mana manusia mahu kembali dekat dan ingat kepada Tuhan mereka. Bulan di mana manusia kembali bertatih dan berebut demi Tuhan dan bukan yang lain.
Ramadhan kita jangan dihantui dongeng dan perebutan di luar tabii
ibadah yang lurus. Hanya yang Lurus itu akan melorongkan tulus. Hanya bilamana
tulus itu dikecapi, barulah itu membuahkan nikmat yang menular di dalam
denyutan setiap rongga pembuluh darah. Bekas arus laluan lebuh raya yang
dikosongkan syaitan di dalam tubuh anak-anak Adam.
Kita memandang Ramadhan sebagai sebuah perlumbaan. Kita melakoni watak
persis malaikat sepurnama di dalam tahun hitungan sang suria. Ke mana pula
sifat malaikat kita selepas tenggelam mentari hari Ramadhan terakhir pada
hitungannya yang terkadang 29 dan terkadang pula 30.
Semoga semua yang diperlakukan suci di
bulan mulia ini, tidak berakhir dengan jelmaan tiba-tiba rupa paras
sebenar kita yang telah terantai kerana berlaparan sebulan. Jangan kita bermula
dengan semangat dan berakhir dengan jiwa yang kembali kotor.
Ramadhan itu titik perubahan. Bukanlah ia sebuah fragmen representasi
satu sisi sementara kewujudan jasad dan ruh yang dapat bertenang terhadap
godaan sang dunia. Tetapi jadikan ia sebagai satu titik mula kepada perubahan
yang berakar kukuh di jiwa.
Mari kita menjadikan Ramadhan ini medan untuk kita singkirkan nanah-nanah
jiwa. Kita bergerak dari satu bentuk ke satu bentuk yang lain yang lebih baik. Allah
tidak menuntut kita berubah 180 darjah di dalam sekelip mata. Manusia tidak disuruh
Allah mencari hakikat hidup bertuhan dengan menggarap diri untuk melalui
perubahan yang melulu. Lakukan ia dengan bertenang.
Nenda kita, Adam a.s., diuji
Allah dengan hanya satu ujian permulaan sebagai manusia pertama. Jangan
menjamah buah Khuldi. Adam a.s., hidupnya berkeliling dengan makhluk-makhluk
Allah yang taat dan hebat di dalam perlakuan ibadah. Baginda melihat kedudukannya sebagai tidak melakukan
sesuatu yang cukup untuk menandingi ibadah para malaikat. Lalu ibadah malaikat
kepada Allah dicemburui. Sedangkan perbandingan itu, dilaraskan pengiraannya
kepada perhitungan aras tuntutan ibadah yang tidak sama.Manusia harus beribadah
seperti manusia. Malaikat seperti malaikat. Justeru kerana mahu merebut redha
Allah dalam kepantasan yang singkat, Adam a.s. mendedahkan dirinya kepada tipu
daya licik sang Iblis. Adam a.s. tidak bersalah. Dia hanya melakukan apa yang
dia percaya bakal mendekatkan dirinya lebih dekat kepada cinta Allah. Cinta
kepada Allah membuatkannya terpesona dengan janji dusta si penipu licik. Lalu
perubahan mahu dilakukan baginda di dalam satu pelompatan aras lebih tinggi
dari yang dituntut Allah dari manusia.
Allah hanya menuntut Adam a.s.,
melakukan satu ritual ibadah mudah, tetapi ianya tergagal dilakukan kerana
merebutkan sesuatu yang lebih besar. Lebih besar dari upaya yang dituntut Allah
dari makhlukNya yang bernama manusia. Berakhirlah kita semua di sini, di luar
dari Jannah bagi menjalani pilihan yang telah ditetapkan ke atas kita.
Ingatlah, perubahan harus dilakukan bertingkat-tingkat. Melompat aras
mengundang kegoncangan kepada fondasi kekuatan diri.
Nasihat ini, ialah kepada diri sendiri. Bukanlah apa yang ditulis di
dalam penulisan ini dapat diangkat kepada sebuah kompendium yang merangkumi
semua jalan-jalan usaha berubah diri mengambil kesempatan sempena Ramadhan. Ia
hanya sebuah peringatan kepada diri yang sentiasa merasa kerdil bila
berkeliling dengan mereka-mereka yang lebih hebat dan keras di dalam perlumbaan
mengejar peluang-peluang ibadah di dalam bulan yang mulia ini. Terkadang itu,
apa yang dilakukan insan-insan hebat ini, terlihat mustahil untuk dicapai
dengan segala kekangan yang sentiasa menawarkan diri sebagai alasan halangan.
Jiwa memberontak mahu melompati semua halangan tersebut dengan sekali lompatan.
Tetapi, setiap perubahan harus dilakukan dengan sedar diri akan keupayaan untuk
menjalankannya tanpa timbul kemungkinan rasa mahu menyerah kalah yang dipatuk
picunya separuh jalan. Tanpa tilikan yang menyuluh keupayaan sebenar, berkemungkinan tingkat perubahan yang cuba dijalankan, akan rontok dari kekuatan ruh sebaik tamat Ramadhan.
Biar diri bertatih perlahan, semoga apa yang ditatihkan itu dapat
dipertahan. Allah tidak menghitung bilangan dengan redha yang lapang. Tetapi Allah
menghitung istiqamah yang kerdil berbanding ibadah yang dibilang-bilang. Kepada Allah
jua kita meminta kekuatan, dan kepadaNya jualah kita meminta jiwa dan ruh yang
dikuasai keteguhan. Semoga kita semua istiqamah dalam semua perubahan positif
yang dilakukan di dalam bulan mulia ini. Yang terbaik sentiasa dari Allah..
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.