Oleh : Imran Haaz/M.I.A.
Bismillahir Rahmanir Raheem..
Bermula dari pengangkatan mantan pemerintah
Tanah Melayu yang lemah sebelum ini, Islam dan Melayu menjadi objek sasaran
serangan golongan bukan Islam di dalam pelbagai sudut dan hal. Pemerintah
sebelum ini, cuba menunjukkan dasar-dasar terbuka tanpa berfikir panjang.
Lantas, dengan pantas dia ditunjukkan pintu keluar oleh parti yang mendukungnya
naik ke atas. Sekurang-kurangnya mereka berani membuat perubahan hatta
melibatkan pemimpin tertinggi parti mereka.
Kemudian beliau diganti oleh pakar pemain
gendang tarian naga. Seorang yang cuba melunturkan elemen bangsanya supaya dia dilihat mesra supaya mudah mengemis sokongan. Seorang yang masih mencuba mempotretkan diri dengan dasar
lebih mesra dan terbuka kepada semua. Ini tidak salah. Cuma sekadar
mengingatkan, Mikhail Gorbachev juga pernah bereksperimen dengan dasar
Perestroika (keterbukaan).
USSR kemudiannya hancur tidak lama sesudah itu.
Pemerintah
harus diingatkan akan apa keutamaan dan siapa yang perlu diutamakan di dalam
Tanah Melayu. Setelah puas terhibur dan bersorak sorai gembira dihiburkan
pemerintah pengganti tadi dengan persembahan pukulan gendang tarian naga, selepas
PRU 13, dia bersama gendangnya dicampak ke longkang. Setelah bertahun-tahun
cuba menjadi jester penghibur kepada cucu cicit bekas immigran, mereka
menghukumnya dengan tindakan yang mengecewakan harapannya.
Mujur orang-orang Islam mengutipnya semula dari
lemas dalam longkang kehinaan. Kekal dia menjadi pemerintah. Samada dia mahu
sedar atau terus mahu mencuba nasib bermain Bolang
Gu pula selepas ini bagi menghiburkan hati mereka-mereka yang telah
melongkangkannya, kita sama-sama saksikan nanti.
Satu perkara yang mesti
pemerintah ini tahu, orang-orang Islam, tidak akan akan membiarkan diri mereka
dipatuk ular dari satu lubang dua kali. Pemerintah Islam tidak harus dipatuk
dua kali, begitu juga dengan orang-orang Islam yang menyelamatkan maruahnya
juga tidak akan membiarkan diri mereka dipatuk dua kali. Saya menulis, dari
perspektif saya sebagai muslim non-partisan.
Igauan kecewa kerana dibuang setelah bertahun
cuba menghiburkan mereka, membuatkannya meracau beberapa kali. Pada malam
pertama terkeciwa, dia menyebut tentang Tsunami. Lalu berbaris manusia pembodek
turut sama menyanyikan baris korus yang sama. Seolah-olah mereka ini telah
diprogramkan untuk mengiakan sahaja tanpa memberikan suntikan penenang kepada nakhoda
mereka.
Tuan pemerintah, jika benar Tsunami berlaku,
tentu sahaja tuan bersama keseluruhan jentera kerajaan tuan, sudah lama tumbang
dan hancur berderai meninggalkan tulang-tulang berserakan. Tetapi ini tidak
berlaku. Walaupun lebih 90% dari mereka tidak bersama tuan, kerajaan tuan tidak
tumbang dan dalam masa yang sama ia membuktikan, di dalam keadaan orang-orang Islam
berpecah sekalipun, kekuatan orang Islam sukar digugat. Bayangkan keadaannya
jika orang-orang Islam bersatu.
Dengan kekuatan politik, serta kekuatan ekonomi
orang-orang Islam yang semakin mencarah pecahan kek milik mereka, mereka kini
menjadi semakin panik. Mereka sedar destini mereka ialah ke arah kehilangan. Peniaga-peniaga
melayu kini mula perlahan-lahan menguasai perniagan kain, baju, kosmetik,
runcit, kejuruteraan dan beberapa bidang yang lain. Semua itu merupakan sektor
perniagaan yang selama ini dikuasai mereka.
Mereka melihat semua ini sebagai
satu vektor yang sedang bergerak semakin laju dengan daya dan magnitud yang
berkemungkinan menyebabkan mereka akan ketinggalan di dalam tempoh satu atau
dua dekad tidak lama lagi. Tanpa kuasa politik, semua ini tidak dapat
dihentikan. Kita melihat bagaimana trajektori daya dan magnitud vektor ini cuba
diperlahankan di dalam negeri-negeri yang dikuasai mereka. Mereka selindungkan perlakuan
ini dengan statistik-statistik tidak jujur. Untung mereka, kita punyai lebai
kaduk yang cukup ramai untuk mudah terdelusi.
Segalanya yang diperlukan mereka, telah
diusahakan serta diberikan kepada mereka oleh parti politik kanan mereka yang
tidur sebantal dengan tuan pemerintah. Dari dasar pemisahan aparteid pilihan
mereka yang memisahkan diri dan memulaukan diri sendiri dari khalayak umum
melalui tidak bercampurnya mereka di dalam sekolah, aktiviti sukan dan
pekerjaan, kemudian kepada pelonggaran segala yang menunjukkan melayu sebagai tuan
dimuka bumi bertuah ini, sehingga kepada semua tuntutan pemberian biasiswa,
liberasi ekonomi, bantuan kewangan kepada sekolah yang melanggar tuntutan
Perlembagaan Persekutuan dan sebagainya, parti yang telah berjasa besar kepada
mereka ini kemudiannya telah ditongsampahkan.
Semuanya kerana Politburo tempatan
yang menjadi rujukan mereka menyatakan bahawa semua madu dari parti tersebut
sudah habis disedut dan yang tinggal hanya sepah. Oleh kerana parti tersebut
tidak mampu untuk memberikan mereka puncak kuasa, maka dengan sepah yang tinggal,
Politburo mengarahkan mereka untuk turut melongkangkan parti ini.
Rekonsiliasi nasional tidak akan berlaku tanpa
keberanian menyentuh dasar pendidikan satu sekolah. Tanpa menyentuh perkara
ini, ia hanya menerbitkan rasa dugal kepada mereka-mereka yang memerhati
tindakan ini. Ia tidak lain dari satu tindakan yang hanya mahu mengambil hati. Tiada
antiemetik akan dapat memadamkan rasa dugal ini. Bukanlah bijak untuk terus memberikan
hati ketika mereka membiarkan tuan meratah tulang. Inilah rekonsiliasi racau
dan nyinyir!
Tidak perlu menunggu armada galeon, brederode dan anjiman
untuk meruntuhkan kerajaan tuan, cukup sekadar mengangkat secara silap
sekumpulan pancalongok sebagai penasihat. Bromocorah yang berkiblat kepada
orgasma kelamin dan isi perut. Bandit peliwat harapan bangsa ketika bangsa ini bersusah
mengutip tuan dari longkang buangan. Kaum perewa yang memakai pakaian penasihat
ini melihat ketidaktegasan tuan sebagai satu isyarat untuk terus melakukan
pembulian. Pancalongok dikeliling harus diwaspadai. Jala mereka dan pandui
mereka ke pintu keluar. Pacul keluar mereka dari busung supaya tidak sempat jauh mengampul.
Tuan harus berhenti meracau. Ini bukan tsunami. Jika
tsunami, tuan sudah lama tumbang. Ia sekadar percikan air longkang. Percikan air
longkang hanyir golongan tersebut. Jika sebelum ini, semua hitungan tindakan
politik bermula dengan congakan ‘Bagaimana
jika mereka memilih untuk tidak menyokong kita?’. Persoalan ‘bagaimana’ itu
telah pun terjawab dengan 90% daripada mereka tidak menyokong tuan. Semua antisipasi
telah terjawab. Tiada kesan yang terlalu besar yang boleh menggugat. Jadi kenapa
masih lagi takut-takut? Apakah ada bagasi silam yang menjadikan setiap langkah
itu longlai dan teragak-agak?
Tuan harus kembali memandang kepada sejarah. Bagaimana
mantan pemerintah terdahulu dibuang umat Melayu kerana tidak tertahan dengan
dasar-dasar dan polisi ala Perestroika dan Glasnost hasil cernaan kumpulan
pancalongok yang berkeliling kepadanya. Dengan nasionalisme terkikis, mereka menghakis percaya rakyat kepada pemerintah.
Mereka bercakap mengenai sasaran global bagai layang-layang yang mahu
diterbangkan. Tetapi mereka memutuskan Teraju lelayang itu dari tiga benang
kawalannya. Islam, Melayu dan Tanahair.
Tuan, Hang Tuah
harus berkeris dan bukan bergendang. Sepertimana yang telah
diungkapkan sebelum ini, jika berterusan memberikan mereka yang menyelamatkan
tuan dengan ratahan tulang, maka tunggulah jentikan domino pertama.
Jika mereka terus membuat bising, ketahuilah
tuan bahawa air yang beriak itu tandanya tidak dalam. Ia telah terbukti di
dalam pemilihan lepas. Tetapi, berhati-hatilah dengan air yang sentiasa
menunjukkan pergerakan tenang. Dalam dasarnya tidak terduga. Lemas jadinya bila
ketenangan itu diambil mudah.
Berikan mereka hati dan terus berikan kami tulang,
ujilah kesabaran kami dengan polisi digarisi kaum perewa berpakaian Tuan
Penasihat Kassim Patalan. Kami bukanlah jamadat yang kaku dan kejur yang boleh
diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa menerbitkan rasa untuk melancarkan
retaliasi. Ingat kami, kami ingat pada tuan. Lupa kami, kami akan padamkan nama
tuan dari segala rekod bits dan baits memori.
Bukanlah kami meminta semua
sehingga menindas hak yang lain sebagai manusia dan rakyat pura ini. Apa yang
patut mereka nikmati sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan,
maka berikanlah kepada mereka walaupun wujudnya mereka tidak disebut dengan
nama di dalam kitab perlembagaan tersebut. Yang kami mahu ialah pemerintah tahu
apa itu keutamaan, mengikut dasar-dasar Perlembagaan dan memperbaiki
kelemahannya serta membuang segala tindakan yang selama ini menggugat dasar
pembentukan sebuah negara Malaysia yang ditadbir jaya, stabil dan harmoni.
Biar nada penulisan di dalam masa terhimpit ini
ditulis dalam nada terkadang keras dan terkadangnya melankoli. Ia supaya rondo
nyanyiannya disuatu hari nanti berubah menjadi rapsodi gembira supaya anak cucu
kita dapat nikmati. Itu sahaja untuk kali ini.
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.