Saya sedang berkira-kira mahu membuat keputusan
samada merujuk Perdana Menteri merangkap pemerintah negara ini di bawah
lantikan Yang diPertuan Agong sebagai Mohd Najib Tun Razak ataupun dengan nama
manja yang disukainya Ah Jib Gor.
Semuanya bergantung kepada bagaimana tahap kasih
sayangnya kepada pasangan biadab pelantak haiwan yang diet hariannya memakan
najis dan sisa-sisa buangan haiwan dan manusia lain di bawah ini.
Jika mahu terus dikenali dan dihormati dengan
nama Mohd Najib bin Tun Abd. Razak, maka tolonglah pastikan tiada undang-undang
di dalam negara ini dengan sewenang-wenangnya dilanggar dan pelanggarnya
terlepas begitu sahaja selepas sesi mengambil keterangan. Pastikan semua yang
bersalah tidak kira apa jua kaumnya, pegangan agamanya dan kecenderungan
politiknya dibawa ke muka pengadilan untuk mendapatkan perbicaraan yang adil
dan didakwa sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.
Tetapi jika ingin terus disanjung sebagai Ah Jib
Gor, ingatlah tuan bahawa tuan bersama gendang yang tuan mainkan awal tahun ini
telah dicampakkan keluar dari radar kasih sayang mereka.
Harus juga diingat bahawa bukanlah mereka yang
mengeluarkan Pak Lah dari puncak pemerintahan suatu ketika dahulu. Yang mengeluarkan
Pak Lah dari kuasa puncak ialah akar umbi orang-orang Islam di dalam parti tuan
yang melihat pemerintah mereka pada waktu itu tidak serius dan terlalu
berlembut sehingga membiarkan maruah umat Islam dipijak-pijak sepanjang
pemerintahannya.
Ingatlah juga kepada apa yang berlaku kepada PAS
ketika pemimpin mereka leka mahu menawan hati golongan ini dengan membiarkan
Islam menjadi karung tinju. Akar umbi mereka yang membentuk golongan Islam yang
tidak mempunyai apa-apa kepentingan selain dari mahu melihat Islam kuat dan
kukuh di negara ini, turut mengirimkan parti mereka ke tepi lubang kubur.
Turut tanamkan di dalam ingatan bahawa golongan
non partisan seperti saya dan ramai lagi, menyelamatkan tuan dan parti tuan
dari daerah kejatuhan yang hina, bukanlah kerana kami sukakan kepada parti dan
dokongan barisan tuan. Tetapi kami memilih tuan kerana kami menilai barisan tuan
sebagai mudarat kecil di antara dua mudarat. Hitungan kami sentiasa meletakkan
Islam dan semua aspek yang ditegaskan di dalam agama Islam sebagai kayu ukur
menentukan sokongan. Kami bukanlah pentaksub dan penjilat mana-mana penguasa
parti serta kami boleh bergerak ke kiri dan ke kanan mengikut penilaian yang
kami lakukan setiap masa.
Diluah
Mati Emak Ditelan Mati Bapak
Tuan, kami tahu dan kami lihat jelas bahawa
tiada kenyataan keras dikeluarkan dari pihak pembangkang mengenai isu ini. Ini
tidak mengejutkan. Kerana mereka telah bermati-matian di dalam pemilihan yang
lepas untuk melepaskan semua kecenderungan mereka kepada Islam dan Melayu
supaya dapat mengumpulkan redha dan sokongan golongan bukan Islam di dalam
negara ini. Kerana penilaian inilah kami menolak untuk memberikan sokongan
kepada mereka.
Keadaan ini, diibaratkan seperti ditelan mati
emak, diluah mati bapa kepada pihak tuan. Dalam perkiraan penasihat-penasihat
tuan, jika ambil tindakan, takut pula hilang sokongan golongan mereka nanti. Jika
tindakan diambil, nanti yang mendapat untung ialah lawan kepada pihak tuan yang
berdiam diri bagai teransang syahwat melihat perbuatan pasangan tersebut. Tetapi
lupakah tuan, bahawa mereka telah pun menunjukkan dengan jelas bahawa persoalan
‘bagaimana keadaannya jika mereka menolak untuk menyokong tuan’ sudah pun
mereka sendiri berikan jawapan tentang akibat kepada hilangnya sokongan mereka.
Tuan tidak tumbang di dalam PRU 13, hanya terkena percikan air longkang perbuatan
mereka.
Jelas ia bukan Tsunami. Jika Tsunami, tuan sekarang berada di kerusi
ketua pembangkang.
Bagi kami rakyat biasa yang membentuk majoriti
golongan non partisan beragama Islam, kami melihat dan menilai satu-persatu
perkara yang dilakukan oleh kedua-dua pihak. Kami hanya cenderung kepada
mereka-mereka yang cenderung untuk mempertahankan Islam. Kami juga percaya akar
umbi majoriti orang-orang Islam di dalam parti tuan dan parti PAS juga
cenderung dengan perkara yang sama. Tuan harus ingat akar umbi kepada parti
tuan telah membuktikan bahawa sekiranya aspirasi Islam dan Melayu di dalam
tanahair ini menjadi taruhan, mereka tidak akan teragak-agak menolak hatta
pemimpin tertinggi mereka untuk dikeluarkan tanpa belas dan kasihan. Lihat
sahaja apa yang berlaku kepada Datuk Onn Jaafar, Tunku Abd. Rahman dan Pak Lah.
Selaku orang Islam kami tidak akan menentang
tuan sebagai pemerintah sehinggalah tuan dan pemerintahan tuan melakukan
perkara-perkara yang membenarkan kami untuk mengambil tindakan untuk tidak lagi
bersama tuan. Kami akan terus patuh dan menyokong pemerintah di dalam hal-hal
yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya. Kami akan terus
berdiri dibelakang tuan, menyokong tuan dan menegur tuan di mana yang perlu
kami tegur. Kami juga berharap tuan mendengar luahan hati kami ini semasa kami
mahu tuan mendengar luahan kami. Akan sampai masanya nanti, semasa hampir
penggal pemerintahan tuan hampir tamat, tuan bersama jentera pilihanraya tuan
pula akan mencari kami ke segenap bandar, pekan dan kampung, dari pintu pagar hingga
ke ceruk dapur. Bayangkan jika telinga kami ini kami tutup dari mendengar
rayuan jentera tuan pada ketika itu kerana terkenang betapa rayuan kami
dipekakkan tuan semasa kami mahu didengari.
Demokrasi
Tuan, bagi mereka yang mahu mengikut jalan ASWJ,
mereka tidak akan bergerak menentang tuan selagi tuan tidak melakukan
perkara-perkara yang membolehkan kami menentang tuan. Selagi tuan sebagai
pemerintah yang mana Islam selamat dan kukuh di dalam pemerintahan tuan,
mentaati tuan menjadi sebahagian dari tanggungjawab kami. Tetapi, kami tidak
taat dengan membabi buta. Kami menilai tuan dalam setiap perbuatan dan tingkah
laku. Kami mengumpulkan pemerhatian untuk dicongakkan sehingga datang hari yang
ditunggu-tunggu.
Demokrasi bukanlah sistem yang agung dan
terbaik. Malah ia sebuah sistem yang dipenuhi nanah. Tetapi demokrasi juga
mempunyai kelebihannya sendiri. Sistem demokrasi yang diamalkan mewujudkan satu
suasana pemerintahan vakum selama 60 dari tempoh pembubaran Parlimen. Sebaik
pembubaran parlimen dilakukan, secara teknikalnya, tiada kerajaan dan
pemerintah yang secara rasmi memerintah. Tiada pemerintah berkerajaan untuk
ditaat pada ketika itu. Yang ada hanyalah dua pilihan. Satu, samada untuk kami
berterusan kekal memilih tuan. Dua, mengenepikan tuan sebagai pilihan kami.
Sehingga ke saat itu tiba, saya sediakan dua
pencongak masa di bawah ini untuk memberi ingatan kepada diri saya tentang apa
sebenarnya kecenderungan tuan dalam memberi keutamaan di dalam negara ini.
Pencongak pertama menunjukkan lamanya tempoh dari laporan polis pihak MCA ke
atas pasangan tersebut sehingga ke hari mereka dibicarakan dan ditetapkan
keputusan. Ia mencongak ke atas.
Pencongak kedua pula ialah berapa lama lagi masa
yang mungkin tuan ada sehingga penggal kali ini berakhir, dijangka pada 15 Mei 2018.
Manusia ada banyak jenis tingkat
kesabarannya. Takut-takut nanti bilamana undang-undang negara ditafsirkan
sebagai tidak lagi berfungsi dengan agensi penguatkuasaan yang takut dan
penakut, manusia-manusia muslim yang mempunyai tingkat kesabaran paling minimum
mungkin akan melakukan tindakan sendiri bagi mendapatkan keadilan yang gagal
diberikan pemerintah. Tolong elak dari perkara itu berlaku dengan memastikan
undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang berfungsi sebaik-baiknya.
Saya
berjanji akan memadamkan pencongak masa pertama tersebut sebaik pasangan biadab
ini didakwa dan dijatuhkan hukuman sekiranya mereka benar-benar bersalah. Dan harapan
saya, janganlah dicari pula akta-akta yang tidak sepadan dengan perbuatan
mereka untuk melepaskan batuk ditangga. Sehingga mereka didakwa, pencongak masa
itu akan terus kekal di dalam blog ini, untuk mengingatkan saya nanti mengenai
pilihan yang akan saya buat sebaik penggal baru tuan ini berakhir pada 2018.
Semuanya terpulang kepada tuan.