Oleh : Imran Haaz
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara. Perlembagaan itu jugalah yang memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu untuk diterima atas prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di dalam negara. Perlembagaan itu jugalah yang memberikan hak kerakyatan kepada kaum bukan Melayu untuk diterima atas prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia.
Kerana menghormati Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial
yang membentuknya, orang-orang Melayu tidak mempertikaikan hak-hak yang
diberikan kepada insan-insan seperti Uthaya Sankar dan lain-lain golongan minoriti
sebagai warganegara di dalam negara ini. Ini dinamakan toleransi. Perlembagaan
Persekutuan memberikan untuk bersuara, menjadi warganegara dan kebebasan
beragama kepada insan-insan seperti Uthaya Sankar. Itu prinsip yang orang-orang
Melayu Islam hormati.
Perlembagaan Persekutuan juga memberikan hak-hak
keistimewaan serta kedudukan istimewa kepada agama Islam dan orang Melayu. Negara
dan negeri di dalam Perlembagaan Persekutuan kerap dirujuk dengan nama
Persekutuan Tanah Melayu atau
Negeri-Negeri Tanah Melayu. Oleh kerana negara ini asalnya Tanah Melayu, dan
orang-orang Melayu semasa ditekan oleh penjajah bersetuju dengan syarat-syarat
untuk mendapat Kemerdekaan, maka pihak mereka terpaksa berkompromi dengan
sesetengah syarat-syarat yang mereka sendiri tidak mahukan . tetapi persetujuan
itu diberikan dengan bersyarat, iaitu hak pribumi asal tidak boleh dinafikan
dan pribumi asal mesti diberikan hak-hak keistimewaan di atas hak-hak
berkompromi yang perlu diberikan. Ini adalah sebuah perjanjian yang dibuat di
dalam situasi ditekan atau di dalam keadaan ‘duress’. Tetapi sehingga kini,
orang-orang Melayu Islam menghormatinya. Ini dinamakan toleransi.
Jika orang Melayu boleh menghormati semangat Perlembagaan,
kenapa orang-orang bukan Islam tidak boleh melakukan perkara yang serupa?
Perlembagaan Persekutuan menetapkan di dalam Artikel 11
tentang ketetapan-ketetapan berikut yang selalunya dilupakan oleh golongan yang
tidak tahu atau tidak memahami Perlembagaan:
Artikel 11 Perkara 1
11 (1) Tiap-tiap orang adalah
berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada fasal (4) mengembangkan ugamanya.
Artikel 11 Perkara 3(a)
11 (3 a)Tiap-tiap kumpulan ugama adalah
berhak –
(a) Menguruskan hal-ehwal ugamanya
sendiri;
Artikel 11 Perkara 4
11 (4) Undang-undang Negeri dan
mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,
undang-undang persekutuan boleh
mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama
antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
Artikel 11 Perkara 5
11 (5) Perkara ini tidaklah
membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam,
kesihatan awam atau akhlak.
Apabila orang-orang Islam melihat pencerobohan terhadap
Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri yang diwartakan mengikut
peruntukan Perlembagaan Persekutuan berlaku, maka sebagai orang-orang
bertamadun yang tahu menghormati undang-undang negara, mereka memilih untuk
menyuarakan perkara tersebut melalui forum-forum ilmiah.
Mereka memilih lokasi yang mencerminkan sikap penghormatan
terhadap ilmu dan menyampaikan perasaan resah mereka dengan sikap serta
pencabulan satu segmen masyarakat ke atas Perlembagaan Persekutuan dan
Undang-Undang Negeri. Mereka tidak memilih untuk memberontak dan melakukan
keganasan ke atas agama lain sepertimana yang pernah dilakukan di Gujarat oleh
agama majoriti di sana. Mereka juga
tidak memilih untuk bertindak ganas dan melakukan keganasan ke atas agama
minoriti oleh agama majority sebagaimana yang berlaku di Arakan. Sebagai
orang-orang yang bertamadun dan tahu menghormati undang-undang negara, mereka
memilih forum ilmiah untuk menyampaikan rasa resah mereka kepada pencabulan ke
atas Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.
Kanun Keseksaan (Akta 574) Seksyen 298 A Perkara 6 menyatakan
perkara berikut :
Akta 574 Seksyen 298 A Perkara 6 (a), (b) dan
Perkara 8
Section 289A (6)
The foregoing provisions of this section shall not apply to-
(a) Anything done by any religious authority established,
constituted or appointed by or any written law and conferred by written law
with power to give or issue any ruling or decision on any matter pertaining to
the religion in respect of which the authority is established, constituted or
appointed; or
(b) Anything done by any person which is in
pursuance of, or which accords with, any ruling or decision given or issued by
such religious authority, whether or not such ruling or decision is in writing,
and if in writing, whether or not it is published in the Gazette.
Section 289A (8)
If in any proceedings under this section, any question arises with
regard to the interpretation of any respect of, or any matter in relation to,
any religion, the Court shall accept the interpretation given by any religious
authority referred to in subsection (6), being a religious authority in respect
of that religion.
Apabila forum ilmiah yang dijalankan di institusi ilmiah
tersebut menyebut mengenai ancaman satu segmen minoriti pelampau di dalam
sebuah agama yang telah berkali-kali melakukan penghinaan ke atas Perlembagaan
Persekutuan, maka apa yang telah dijalankan mereka-mereka dan Majlis Agama di
dalam forum tersebut adalah mengikut hak-hak yang telah diberikan kepada mereka
oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sediada.
Tidak perlu menggunakan manipulasi serta publisiti murahan
di media untuk menegakkan benang yang basah.
Tahniah kepada mereka-mereka di dalam forum tersebut yang
mengambil sikap bertamadun yang cuba menangani isu pencabulan ke atas
Perlembagaan Persekutuan dengan cara ilmiah dan tidak memilih cara yang
dilakukan agama majoriti di Gujerat dan Arakan ke atas agama minoriti.
Rasa resah mereka adalah benar kerana pencabulan ke atas
Perlembagaan Persekutuan Artikel 11(4) memang direkodkan telah berkali-kali
berlaku.
Mungkin keratan akhbar di bawah ini boleh memberi pencerahan:
Malaysia akan lebih aman jika undang-undang dihormati dan sikap pelampau dan segmen pelampau di dalam masyarakat tidak dipertahankan.
Sekian, harap lain kali faham keadaan ini.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.