Oleh : Imran Haaz
Apabila ditanyakan kepadanya, bagaimana gerakan dajjal dapat
mempengaruhi manusia, dengan ringkas, Syeikh Imran Hossein menjawab, “Melalui
bisikan.” Lalu dia membacakan surah an Nas. Sebuah surah yang dianjurkan untuk
perlindungan manusia dari gangguan-gangguan halus. Berikut surahnya.
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Aku
berlindung kepada (Allah) Tuhan yang memelihara sekalian manusia.
[ 2] Yang Menguasai sekalian manusia.
[ 3] Tuhan yang berhak disembah manusia.
[4] Dari kejahatan pembisik yang datang dan
menghilang.
[5] Yang melemparkan bisikan ke dalam hati
manusia.
[6] (Iaitu pembisik) dari kalangan jin dan
manusia
Pemikiran Melayu tipikal akan menyempitkannya kepada elemen
serta entiti halus. Gangguan Jin dan syaitan kerap kali disebut sebagai
gangguan yang dimaksudkan. Santau, sihir dan sebagainya turut dipukalkan
sekali. Mereka berkata benar. Tetapi sayang mereka menyempitkannya sehingga
kekuatan kefahaman ayat ini menjadi sempit.
Bukankah di dalam ayat terakhir di dalam surah tersebut
turut menyebut mengenai bisikan dari kalangan Jin dan Manusia. Jin, sepertimana
kita tahu dapat meresapi pembuluh darah. Dia boleh membisik perkara-perkara
jahat kepada pemikiran dan nafsu kita tanpa kita sedar.
Kerana itu, Allah berpesan, jika mahu membaca al Qur’an,
harus mulainya dengan bertaa’wudz. Ia disebut dengan jelas dan tidak
dipertikaikan di dalam surah an Nahl ayat 98 seperti berikut. Jika membaca al
QUr’an sekalipun,tanpa ta’awudz kita tetap terdedah kepada bisikan-bisikan
jahat syaitan yang cuba memesongkan kefahaman kita dari maksud sebenar yang
Allah mahu kita fahamkan.
Apabila Tuan Mohd Lutfi di dalam akaun facebooknya berkongsi sebuah video yang memperlihatkan ayat-ayat al Qur’an dibaca sebelum sebuah konsert orkestra dimulakan, lantas saya teringat mengenai catatan-catatan lama yang pernah saya buat berkenaan bisikan-bisikan syaitan ini.
Oleh itu, apabila engkau
membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan
kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam. (an Nahl ayat 98)
Apabila Tuan Mohd Lutfi di dalam akaun facebooknya berkongsi sebuah video yang memperlihatkan ayat-ayat al Qur’an dibaca sebelum sebuah konsert orkestra dimulakan, lantas saya teringat mengenai catatan-catatan lama yang pernah saya buat berkenaan bisikan-bisikan syaitan ini.
Saya menyelak buku-buku nota saya mengenai ‘bisikan-bisikan
syaitan’. Jin dan Syaitan, kita tahu cara mereka. Tetapi bagaimana pula Syaitan
dari kalangan manusia membisik idea-idea serta pemikiran-pemikiran jahat kepada
manusia?
Pernah dengar tentang keupayaan minda bawah sedar manusia?
Subconsious mind di dalam bahasa Inggeris. Ia boleh dihasut dan dibentuk tanpa
diri manusia itu sendiri sedar bahawa pemikiran mereka sedang dibentuk tanpa
rela mereka. Manusia boleh dibentuk untuk berfikir dalam cara orang lain mahu
mereka berfikir.
Dalam zaman ini, siapa diri anda ditentukan bukan oleh kemahuan
diri anda. Tetapi siapa diri anda dibentuk oleh apa yang disuapkan ke minda
bawah sedar anda pada setiap hari. Apa yang anda baca, apa yang anda tonton,
apa yang anda dengar dan segala apa yang berada disekeliling anda akan
memberikan bisikan-bisikan mereka tentang bagaimana anda akan berpersepsi di dalam kehidupan nanti. Ingat, anda disini
hari ini bukanlah anda sepertimana yang anda mahukan. Kecuali orang-orang yang
ikhlas di dalam menjalankan tuntutan-tuntutan Allah. Mereka, pemikiran mereka,
hati mereka tidak akan dapat disentuh oleh mana-mana bisikan syaitan tidak kira
samada datang daripada Jin dan Manusia.
Apabila menonton filem Constantine, anak saya, Mifthahul
Jannah, 5 tahun, bertanyakan tentang benarkah adanya perjanjian antara Tuhan
dengan Iblis sepertimana yang disebut di dalam filem tersebut. Saya menjelaskan
kepadanya, bahawa memang terdapat perjanjian antara Tuhan dengan Iblis. Tetapi
bukanlah di dalam bentuk yang digambarkan di dalam filem itu, di mana kuasa
Iblis sama kuat dengan kuasa Tuhan. Ini adalah dogma dualism yang cuba
dibisikkan ke dalam hati manusia melalui filem tersebut.
Apabila Iblis dilaknat Allah, dia memohon umurnya dipanjangkan supaya dia boleh menggoda manusia. Allah membenarkannya. Tetapi, bukan semua jenis manusia yang dapat digoda Iblis. Golongan yang mukhlis, yang ikhlas beribadat dan melakukan segala-galanya kerana Allah tidak akan berjaya dihasut dan dirosakkan Iblis.
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,- kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya). Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat. (al Hijr ayat 39 hingga 42)
Apabila Iblis dilaknat Allah, dia memohon umurnya dipanjangkan supaya dia boleh menggoda manusia. Allah membenarkannya. Tetapi, bukan semua jenis manusia yang dapat digoda Iblis. Golongan yang mukhlis, yang ikhlas beribadat dan melakukan segala-galanya kerana Allah tidak akan berjaya dihasut dan dirosakkan Iblis.
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,- kecuali hamba-hamba Engkau yang mukhlis di antara mereka". Allah berfirman: "Ini adalah jalan yang lurus, kewajiban Aku-lah (menjaganya). Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap mereka, kecuali orang-orang yang mengikut kamu, yaitu orang-orang yang sesat. (al Hijr ayat 39 hingga 42)
Iblis
berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka
dibangkitkan".Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk
orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan
waktunya (hari Kiamat)". Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku
akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara
mereka. (Sad ayat 79 hingga 83)
Bagaimana dengan nasib golongan yang tidak ikhlas di dalam
beribadat dan melakukan segala-galanya kerana Allah? Mereka-mereka inilah yang
akan menjadi mangsa program minda bawah sedar oleh bisikan-bisikan syaitan dari
kalangan Jin dan Manusia.
Persoalannya, apa yang cuba mereka capai dengan melakukan
gesture membenarkan ayat-ayat al Qur’an dialunkan sebelum permulaan konsert orkestra
seumpama itu? Sekali lihat, ramai yang akan terkesima dengan gesture terbabit. Seolah-olah
Islam sedang diiktiraf dan diberi kedudukan baru di dalam pemikiran mereka.
Tetapi, persoalan yang bermain di dalam mana-mana minda
Muslim yang waras, apa yang mahu mereka capai dari situ? Paranoid? Kita
bukanlah paranoid. Malah kita juga bukanlah terlalu naïf sepertimana yang
mereka sangka. Biar saya jelaskan, apa yang mahu mereka capai dengan gesture
seumpama itu.
Bagi saya yang telah berperang dengan mereka hampir 10 tahun
lamanya, saya telah melihat modus operandi dilakukan berkali-kali saban tahun.
Dalam keadaan Islam merupakan agama yang paling pantas
berkembang di dalam dunia, mereka-mereka yang memusuhi Islam tidak mempunyai
jalan lain selain daripada merosakkan Islam dari dalam. Untuk mereka-mereka
yang berada di luar agama Islam, mereka akan cuba merosakkan persepsi manusia
di luar Islam supaya memandang Islam ini hanya sebagai salah satu deviasi dan
pilihan-pilihan yang ada di dalam beragama. Mereka cuba meletakkan Islam
sebaris dengan seni, doktrin, dogma, aliran pemikiran, falsafah dan segala
perkara lain ciptaan manusia.
Mereka telah cuba mengebom dan membunuh orang-orang Islam di
negara-negara Islam. Pada perkiraan
mereka, umat Islam akan hancur sebaik negara mereka hancur. Tetapi, apa yang
berlaku adalah sebaliknya. Cita-cita awal ini gagal. If you can’t beat them,
join them. Itu kata-kata biasa yang diulangungkapkan oleh mereka.
Apabila negara-negara Islam dihancurkan, umat-umat Islam ini berpindah secara beramai-ramai memasuki negara mereka. Mereka kini sedang diancam kebanjiran umat Islam di dalam negara mereka. Apabila kehadiran terlalu ramai umat Islam di negara mereka sendiri, maka kewujudan agama Islam itu semakin menjadi signifikan dan ternampak di mana-mana. Orang-orang luar akan mula bertanya tentang Islam. Orang-orang luar Islam akan mula berminat untuk menyelidiki tentang Islam.
Apabila negara-negara Islam dihancurkan, umat-umat Islam ini berpindah secara beramai-ramai memasuki negara mereka. Mereka kini sedang diancam kebanjiran umat Islam di dalam negara mereka. Apabila kehadiran terlalu ramai umat Islam di negara mereka sendiri, maka kewujudan agama Islam itu semakin menjadi signifikan dan ternampak di mana-mana. Orang-orang luar akan mula bertanya tentang Islam. Orang-orang luar Islam akan mula berminat untuk menyelidiki tentang Islam.
Jadi sebelum mereka-mereka yang berminat untuk menyelidiki
Islam ini membulatkan pendapat bahawa Islam ini merupakan agama yang benar dari
Tuhan Sekelian Alam, maka golongan dari gerakan dajjal ini akan memastikan
mereka-mereka ini akan ditanamkan dengan satu bentuk preconceived idea (praanggapan) tentang Islam.
Lalu ditanamkan melalui pelbagai usaha termasuk di dalam
filem-filem, penerbitan-penerbitan, bahan-bahan pembacaan dan sebagainya bahawa
Islam hanyalah sekadar sebuah idea lain yang sama seperti idea-idea pemikiran
lain. Mereka cuba meletakkan semua keindahan segala aspek yang terdapat di
dalam Islam di dalam kategori perkara yang sama yang mampu dilakukan manusia.
Keindahan alunan ayat-ayat al Qur’an tidak lebih dari sebuah
ekspresi seni dari satu cabang seni yang lain, iaitu Islam, yang boleh mereka
nikmati tanpa perlu mengambil serius tentang apa yang ayat-ayat itu mahu
sampaikan. Maksud-maksud ayat disampaikan tidak lebih dari terjemahan kepada “lirik
karya seni” yang sedang dipersembahkan.
Jika al Qur’an hanya dipersembahkan sebagai salah satu
pecahan cabang seni, mereka akan menerimanya di dewan konsert terbabit.
Tetapi apabila al Qur’an disampaikan sebagai ayat-ayat seruan Tuhan kepada manusia di dalam dewan-dewan konsert sebelum atau selepas konsert mahu dijalankan, maka yang menyampaikannya akan ditahan dan mungkin dianggap sebagai pengganas. Lihat pula video di bawah:
Bukankah ini sebuah hypocrisy
at its best?
Pernah menonton V for Vendetta? Filem kesukaan saya. Wachowsky
Brothers (Sekarang Wachowsky brothers & sister), menghasilkan filem-filem
hebat. Saya mengkaji karya-karya mereka kerana mereka bijak memasukkan elemen
program kepada minda bawah sedar manusia-manusia yang menontonnya. Hampir
setiap filem mereka memasukkan elemen perjuangan LGBT dan mahu mengangkat LGBT
sebagai salah satu pilihan yang dipilih manusia. Tetapi subjek tersebut
merupakan sebahagian kecil dari subjek perjuangan besar yang dimasukkan ke
dalam filem-filem mereka. Dari the Matrix hingga ke Cloud Atlas, tema
perjuangan menentang penindasan dan sikap berbuat baik dibalas baik cuba
diterapkan di dalam filem-filem mereka.
Tidak percaya filem-filem mereka berjaya memasukkan elemen
bawah sedar ke dalam pemikiran khalayak yang menontonnya? Lihat sahaja
budak-budak Melayu yang mana junjung mereka dipijak kaduk merasakan diri mereka
sebagai sedang berjuang menetang kezaliman dengan memakai topeng Guy Fawkes di
dalam demonstrasi-demonstrasi yang dijalankan. Mereka tidak sedar, bahawa
kezaliman yang ditentang mereka itu sebenarnya bersama mereka. Mereka tidak
sedar mereka sedang dipreralatkan untuk meruntuhkan batu penghalang kepada
gagasan hegemoni gerakan dajjal di bumi bertuah ini. Bukankah filem itu berjaya
mendidik khalayak yang menontonnya untuk bangkit memberontak? Sekurang-kurangnya
V dan Evey Hammond watak di dalam filem itu tahu apa yang mereka perjuangkan. Mereka
bertindak setelah minda mereka dibersihkan dari sebarang program minda bawah
sedar manusia-manusia yang cuba memperhambakan pemikiran mereka.
Dalam filem tersebut, ada sebuah babak di mana watak Gordon
Deitrich membawa Evey Hammond masuk ke bilik rahsianya. Dalam bilik tersebut,
terdapat pelbagai simpanan perkara-perkara yang diharamkan oleh kerajaan
Fascist pimpinan parti Norsefire. Antaranya terdapat sebuah naskhah al Qur’an
kurun ke 14.
Evey Hammond apabil ternampak naskhah al Qur’an tersebut, dia
menjadi terkejut dan bertanyakan Deitrich samada dia tidak takut memilikinya di
dalam simpanannya. Apabila Deitrich menjawab bahawa dia tidak takut, lalu Evey
bertanyakan kepadanya, samada dia seorang Muslim. Untuk soalan itu, Dietrich
menjawab :
“I don’t have to be Muslim to find the images beautiful, poetry moving..”
“I don’t have to be Muslim to find the images beautiful, poetry moving..”
Yang menarik tentang objek-objek haram yang disimpan Deitrich ialah sebuah bendera Gabungan Amerika dan Britain dengan fahaman Nazi, sebuah potret anti Establishment dan gambar seni erotik homoseksual. Seluruh babak itu bergerak dari bendera Nazi, kemudian poster anti establishment dan kemudian kepada babak dialog al Qur’an tersebut. Selepas babak al Qur’an terbabit, Deitrich terlihat Evey memandang gambar seni erotic homoseksual yang disimpannya. Dia mengaku dirinya seorang homoseksual. Seluruh babak ini seolah-olah ingin menyampaikan tiga maksud.
Yang pertama, maksud yang jelas. Maksud yang jelas ialah
maksud yang mahu disesuaikan dengan keseluruhan naratif filem tersebut. Semua perkara-perkara
yang mengancam golongan pro establishment, akan diharamkan di bawah sistem
pemerintahan Totalitarian dan Fascist.
Yang kedua, maksud tersirat. Al Qur’an dan apa yang ada di
dalamnya adalah sebaris dengan fahaman-fahaman Neo Nazi, anti Establishment
barat dan aktiviti LGBT yang ditakuti barat satu ketika dulu.
Yang ketiga, program kepada minda bawah sedar. Anda tidak
perlu menjadi seorang muslim untuk mengagumi aspek keindahan Islam. Ini kerana,
Islam sebagaimana perkara-perkara yang lain dalam simpanan Deitrich adalah
bentuk-bentuk deviasi pemikiran sama seperti idea-idea pemikiran manusia yang
lain.
Bukankah alunan al Qur’an di konsert terbabit dan juga
naskah al Qur’an di dalam filem V for Vendetta hanya di situ adalah
diprogramkan untuk dinikmati sebagai salah satu dari pecahan cabang-cabang seni
manusia? Mesejnya, anda tidak perlu untuk menjadi seorang Muslim untuk
menikmati semua itu. Ia hanyalah sebuah karya seni. Sama seperti lagu-lagu yang
akan dipersembahkan seterusnya. Sama seperti karya-kara seni dalam himpunan
Deitrich di dalam filem V tersebut.
Sentiasa ingat pesan ini. Jangan biarkan orang lain menentukan cara anda berfikir dan memahami dunia. Ingat, hanya orang-orang yang mukhlis akan terselamat dari menjadi objek bisikan-bisikan syaitan. Tidak kira samada dari kalangan Jin atau manusia.
Entah Apa lagi yang Mujahid mahu sebagai bukti?
Sentiasa ingat pesan ini. Jangan biarkan orang lain menentukan cara anda berfikir dan memahami dunia. Ingat, hanya orang-orang yang mukhlis akan terselamat dari menjadi objek bisikan-bisikan syaitan. Tidak kira samada dari kalangan Jin atau manusia.
Entah Apa lagi yang Mujahid mahu sebagai bukti?
Wallahua’lam.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.