oleh : Imran Haaz
Ia wujud sebagai sebuah entiti politik mewakili segmen satu bangsa. Ia mempunyai jasa-jasa yang tidak dipertikaikan. Tetapi apabila ia mula mempertikaikan kedudukan pihak yang terlalu banyak berjasa kepada mereka, maka masa untuk berhadapan dengan kebenaran yang pahit perlu mereka hadapi.
Ia wujud sebagai sebuah entiti politik mewakili segmen satu bangsa. Ia mempunyai jasa-jasa yang tidak dipertikaikan. Tetapi apabila ia mula mempertikaikan kedudukan pihak yang terlalu banyak berjasa kepada mereka, maka masa untuk berhadapan dengan kebenaran yang pahit perlu mereka hadapi.
Ketika segmen bangsa yang diwakili mereka menempatkan entiti
tersebut ke dalam longkang yang menuju loji kumbahan, maka entiti politik
tersebut terkontang kanting terbuang tanpa sebarang nilai yang boleh dinilaikan
sebagai berguna. Intan tidak. Permata juga tidak. Malah, kaca pecah yang
dilemparkan ke dalam tong sampah lebih bernilai dari nilai kekuatan yang boleh
mereka berikan.
Mereka kini merayau-rayau meracau membuat kacau demi mencari
sedikit tujuan relevansi kewujudan mereka. Bagai polong tidak bertuan mereka
dihalau dan dipulau segmen bangsa yang mereka cuba wakili. Lalu mengemis mereka
kepada pengundi-pengundi Islam bagi mendapatkan undi simpati.
Mereka perlukan simpati untuk mengelak mati yang sudah
hampir menuju pasti. Berikan mereka sedekad dengan sikap sedemikian rupa, tidak
lama lagi mereka akan berkubur di dalam lohong hitam parti-parti politik yang
sudah tidak dipedulikan.
Sebagai peminta sedekah dan junkie subsidi kuasa orang
Melayu, mereka harus sedar diri tentang kedudukan diri mereka yang mengharapkan
undi-undi orang-orang Islam untuk mengekalkan mereka dengan merit yang berada di
bawah paras minimum.
Mereka cuba meniru sebuah entiti cauvinis yang lain dengan
cuba menjadi juara meninju rakan parti dari kalangan Melayu Islam. Mereka melihat
apabila Pas terbirit diinjak-injak entiti politik pencetus budaya apartheid ke
atas orang-orang Melayu-Islam, kejayaan entiti politik apartheid tersebut
dicemburui kerana berjaya menarik sokongan segmen bangsa yang selama ini
diwakili Mca untuk menyokong mereka. Lalu,
bagaikan kanak-kanak riang yang menonton filem Superman, lantas mereka mengenakan
seluar dalam mereka diluar, memanjat tingkap dan terus terjun dari bangunan
untuk cuba meniru aksi Superman Entiti Apartheid tersebut. Bijakkah tindakan
sedemikian rupa?
Mca, sebuah parti yang bergendang tentang meritokrasi sedang
meminta sedekah untuk menerima diri mereka yang tidak mempunyai sebarang merit
untuk dipandang nilai suara mereka. Jika mereka fikir dengan meninju hukum
Islam di dalam agama Islam seolah ia loceng waktu makan yang membawa cauvinis,
ekstremis dan golongan rasis biadab yang sedang lapar untuk kembali kepada
mereka secara berbondong-bondong, maka ketahuilah bahawa tindakan itu adalah
strategi yang salah sama sekali.
Beggars can’t be choosers. Sentiasa Ingat perkara ini wahai peminta sedekah! Dengan suara yang
kecil dan tanpa merit, seekor cacing takkan bisa menjadi naga.
Semua subsidi kuasa politik ke atas golongan bukan Islam
yang bersikap apartheid terhadap Islam dan Melayu harus dihentikan! Jangan sampai cacing naik ke mata.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.