Oleh : Imran Haaz
Kali terakhir POTUS (President of the US) turun Malaysia, ialah pada 1966. Lyndon B Johnson, menawarkan dirinya kepada pelobi Yahudi untuk menggantikan JFK di dalam kempen-kempennya.
Israel dan pelobi Yahudi tidak sukakan JFK kerana JFK menolak untuk memberikan bantuan persenjataan lebih berat kepada Israel termasuk teknologi Nuklear. Malah JFK menolak pembabitan CIA di Asia Tenggara.
Halangan ini dihapuskan mereka dengan butiran peluru yang menamatkan riwayat JFK. LBJ dinaikkan sebagai POTUS. Israel mendapat apa yang diidamkan mereka. CIA mula masuk ke Asia Tenggara.
Dekad 60 an, ancaman komunis sedang melanda hampir seluruh Asia Tenggara. Amerika terlibat di dalam perang Vietnam. Kata mereka, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis dari terus berkembang di seluruh Asia Tenggara. Teori Domino dijadikan Phantom of the Opera mereka.
LBJ turun ke Malaysia. Amerika perlu membuat hubungan dengan Malaysia atas kepentingan Malaysia sebagai sebuah negara yang memiliki kedaulatan ke atas laluan Selat Melaka serta mahu Malaysia tidak menjadi salah sebuah negara yang jatuh ke dalam pengaruh Komunis China. Itu kata mereka.
Bermula dari kedatangan LBJ, hubungan kaum dinegara ini menjadi lebih tegang daripada sebelumnya. Api perkauman dikipaskan dengan deras. Tiga tahun sesudah itu, berlaku peristiwa 13 Mei 1969.
POTUS kedua yang turun ke Malaysia ialah Obama. Dia datang di saat hubungan Amerika dan China sedang berada dipersimpangan pertembungan perebutan menjadi kuasa ekonomi dan militari dunia. Jika dulu LBJ turun ke sini untuk menyekat perkembangan serta penguasaan politik komunis China di Asia Tenggara, POTUS kedua ke sini juga, turun dengan niat yang sama. China merupakan ancaman kepada Amerika.
Malaysia yang masih memegang kedaulatan ke atas Selat Melaka dan sebahagian Laut China Selatan tidak pernah menjadi sekutu Amerika yang jelas. Malaysia berbaik-baik dengan Amerika dalam keadaan bepada-pada. Tetapi hubungan Malaysia dengan China berbeza keakrabannya. Bukan kerana redha dengan fahaman komunis China, tetapi ia bersandarkan hubungan bilateral yang merentas beratus2 tahun lamanya dengan China sebelum wujudnya negara Amerika.
Malaysia lebih cenderung berbaik dengan China berdasarkan track rekod ini. Walaupun China pernah menolak untuk membantu memerangi Portugis ketika diminta oleh saudara Sultan Mahmud satu ketika dahulu, tetapi hubungan Malaysia dan China di dalam era moden ini memberikan banyak kelebihan kepada Malaysia.
Apabila berlaku peristiwa MH370, hubungan ini sedikit berantakan. Bukan antara kerajaan dan kerajaan tetapi atas desakan rakyat Cina yang dikipaskan kemarahan mereka.
Apabila POTUS kedua turun ke sini minggu lepas, di saat Malaysia sedang terluka dengan perbuatan pihak-pihak tidak bertanggungjawab di China, POTUS kedua ini menghadirkan dirinya dalam rupa seorang sahabat. Seorang sahabat yang boleh diharapkan di dalam susah dan senang. Itu yang cuba dipotretkan melalui kehadiran POTUS kedua.
Hasilnya, pendekatan kerajaan menjadi sedikit lunak dengan Amerika. Sahabat Malaysia, China, pada ketika itu sedang merajuk dengan Malaysia. Inilah peluang yang dinantikan US bersama POTUSnya. Walaupun Obama mengatakan lawatannya ke negara-negara Asia Pasifik bukan bertujuan untuk mengekang kemaraan China secara ekonomi dan pengaruh kuasa, tetapi sikap dan perlakuan Amerika mencadangkan itulah yang cuba dilakukan mereka. Lebih-lebih lagi apabila antara ucapan-ucapan akhirnya di Filipina berisi amaran kepada China dalam peranan mereka dirantau ini.
3 tahun selepas POTUS pertama ke sini, Malaysia menjadi huru hara. Semoga tahun-tahun selepas POTUS kedua turun ke sini, Malaysia sudah dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku dan kekal aman untuk tahun-tahun mendatang.
"History repeats itself because no one was listening the first time" - Tanpa Nama..
Kita sudah biasa dengan frasa ini. Bagi yang menyatakan bahawa kedatangan POTUS kedua ke sini bukanlah pengulangan perkara yang sama yang berlaku semasa 1966, mungkin frasa dari Mark Twain boleh menjelaskan kepada mereka, benar ia tidak akan menjadi sama seperti dahulu, tetapi naratifnya tetap sama di dalam tahun-tahun mendatang..
“History doesn't repeat itself, but it does rhyme.”
― Mark Twain.
Entah apa khabarnya dengan MH370? Hero sudah pun sampai dan pulang.... Yang jelas, kebanyakan kita masih belum faham apa maksud yang mahu disampaikan oleh gerakan Dajjal dengan mengatakan penerbangan tersebut menuju Antartika. Bukan destinasi itu yang mereka mahu kita cari, tetapi mereka sedang membuat satu pernyataan besar tentang apa kemampuan mereka di dunia ini. Esok saja saya tulis tentangnya. In Sya Allah.

© 2007 - 2014 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.