Oleh : Imran Haaz.
Bila saya bercakap mengenai Pulau Pinang sebagai microcosm
masa depan Malaysia, ramai yang mencebik. Bila saya menulis bahawa hak-hak umat
Islam serta kedudukan status quo kedudukan Islam sebagai agama negara apatah
lagi negeri sedang dihakis dengan pantas, ramai pula yang cuba menjadi jaguh
mempertahankan daulah sang khalifah yang dipuja-puji siang dan malam sehingga basah mimpi-mimpi mereka
jika dapat bertemu klon rosak Umar Abd. Aziz.
Ada pula di antara mereka dengan hanya melancong sehari dua
ke Pulau Pinang, ia sudah cukup untuk mereka mengetahui segalanya tentang Pulau
Pinang semenjak zaman purbawala. Islam menurut pemerhatian sehari dua mereka,
tidak terjejas di Pulau Pinang malah semakin tinggi. Entahlah, jika dicarut-carutkan
serta dikasut-kasutkan mereka di sini, kurang pula rasanya pahala puasa.
Biarlah.
Pujalah dia sampai dia menjelma setiap malam di dalam mimpi-mimpi
indah. Peluklah dia dengan erat dan penuh kasih sayang. Jangan lepaskan dia. Bawalah
dia bersama ke mana sahaja di dalam ingatan. Kelak, bila terhumban ke longkang di
masa depan yang tidak berapa panjang nanti, sekurangnya pernah merasa bertemu
dan berteduh kasih dengan sang 'khalipah'.
Terbaru, di dalam
bulan Ramadhan yang mulia, umat Islam di Pulau Pinang diuji sekali lagi dengan
pencabulan ke atas hak beragama mereka. Salah seorang exco kerajaan negeri
telah melantik seorang lelaki Islam yang berpewatakan ‘mak nyah’ , sebagai salah
seorang setiausahanya.
Ia berikutan cadangan Jawatankuasa mengenai isu-isu
transeksual dipersetujui ditubuhkan di dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
baru-baru ini.
Pertama, ingin saya tegaskan di sini bahawa, saya tidak
menentang sekiranya hasrat untuk mendekati golongan transeksual tersebut
dilakukan bagi tujuan membimbing semula mereka ke pangkal jalan.
Beberapa program
anjuran JAKIM seperti program mukhayyam untuk membimbing semula, membantu
golongan ini membuat penyesuaian diri semula ke dalam masyarakat serta membantu
kebajikan mereka-mereka yang mahu melakukan perubahan ke arah jalan yang benar,
amatlah disokong.
Tetapi, saya menentang segala hasrat untuk membiarkan manusia
Islam di dalam golongan ini berterusan hanyut di dalam dunia penuh kekeliruan
dan membiarkan mereka menjalani kehidupan yang songsang di dalam hayat mereka.
Ingin saya tegaskan di sini bahawa perlantikan tersebut bagi
tujuan selain dari pendekatan memulihkan adalah satu bentuk pencabulan kepada
undang-undang Islam yang sediada di
dalam negeri Pulau Pinang. Antaranya seperti berikut :
ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN
JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III -
KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA
Seksyen
12. Pendapat yang bertentangan dengan fatwa.
Mana-mana orang yang
memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran
Islam, Hukum Syara' atau apa-apa yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang
sedang berkuatkuasa di Negeri Pulau Pinang adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN IV -
KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUSILAAN
Seksyen 28. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana lelaki
yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana
tempat awam atas tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan
dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN VI -
PENYUBAHATAN DAN PERCUBAAN
Seksyen 47.
Percubaan.
(1) Mana-mana orang
yang cuba-
(a)
melakukan sesuatu
kesalahan yang boleh dihukum di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan Hukum Syara'; atau
(b) menyebabkan kesalahan itu
dilakukan,
dan dalam percubaan
itu melakukan apa-apa perbuatan ke arah pelakuan kesalahan itu boleh, jika tiada
peruntukan nyata dibuat dalam Enakmen ini atau undang-undang bertulis lain itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi hukuman yang diperuntukkan bagi
kesalahan itu.
(2) Apa-apa tempoh pemenjaraan yang dikenakan
sebagai hukuman bagi suatu percubaan untuk melakukan suatu kesalahan atau untuk
menyebabkan suatu kesalahan dilakukan tidak boleh melebihi satu perdua daripada
tempoh maksimum pemenjaraan yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
Perlembagaan Persekutuan juga jelas pada perkara ini di
dalam Perkara-Perkara Berikut :
Perlembagaan Persekutuan:
Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi
Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan
aman dan damai di mana-mana Bahagian
Persekutuan.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan
Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
hendaklah masing-masing membuat
peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong
kedudukan sebagai Ketua agama
Islam di Negeri itu.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2),
(3) dan (4)—
(a)
tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b)
semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c)
semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui
undang-undang mengenakan—
(a)
ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya
perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan
atau
mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain,
ketenteraman awam atau prinsip moral
dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk
melindungi keistimewaan Parlimen atau
mana-mana Dewan Undangan atau untuk
membuat peruntukan menentang penghinaan
mahkamah, fitnah,
atau pengapian
apa-apa
kesalahan.
Perkara 11. Kebebasan beragama.
Perkara 11 Fasal (4)
(4) Undang-undang Negeri dan
berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang
persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau
kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam. (Nota : Pulau Pinang
masih belum membentangkan serta mewartakan perkara ini di dalam undang-undang
syariah negeri)
Perkara 11 Fasal (5)
Perkara ini tidaklah membenarkan
apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana mana undang-undang am yang
berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Perkara 121 perkara (1A) Mahkamah
yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan
apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.
Yang DiPertuan Agong merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri
Pulau Pinang. Sumpah perjawatannya di dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan
jelas mengikat baginda untuk memeliharakan
pada setiap masa Agama Islam.
Perlakuan perlantikan ini akan mendorong satu situasi di
mana Yang DiPertuan Agong diletakkan di dalam satu keadaan di mana kedudukan
baginda sebagai Ketua Agama Islam negeri Pulau Pinang tidak dihormati malah
mencabar kedudukan diri baginda sebagai Ketua yang memelihara Agama Islam di
negeri ini.
Berita perlantikan seorang lelaki Islam yang didakwa sebagai
golongan ‘mak nyah’ oleh Malaysiakini bagi membantu exco negeri di dalam
hal-hal transeksual yang bertentangan dengan agama Islam adalah amat dikesali. Ia
mengundang rasa tidak senang umat Islam melihat satu persatu kedudukan mereka
dan kesucian agama mereka dicabar. Lebih biadab lagi, ianya dilakukan pada
bulan yang suci ini.
Kecuali jika ia berbentuk program seperti program Mukhayyam
anjuran JAKIM, segala usaha untuk memberikan legitimasi kepada perlakuan lelaki
berpakaian wanita dan sebaliknya, adalah tetap dianggap sebagai satu penghinaan
kepada status agama Islam di dalam negeri Pulau Pinang.
Islam melarang perbuatan seumpama itu. Malah perbuatan
seumpama itu juga diharamkan di dalam Kitab Bible yang menjadi anutan gerakan evangelis yang berdiri teguh dibelakang pemain-pemain utama politik negeri ini.
Deuteronomy 22
ayat 2
A woman must not
wear men's clothing, nor a man wear women's clothing, for the LORD your God
detests anyone who does this.
Jadi, saudara A. Malik Kasim yang bertanggungjawab
sebagai Exco Agama Islam negeri, sila buat pembetulan dan penjelasan dengan
segera. Saudara sebagai Exco Agama Islam negeri adalah bertanggungjawab
sekiranya perkara ini dibiarkan berlaku tanpa sebarang penentangan mengikut
saluran undang-undang sah sediada.
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.