Bismillahir Rahmanir Raheem..
Alhamdulillah, kita diberikan umur yang
panjang untuk kembali bertemu dengan bulan yang amat diberkati ini. Bulan yang
sangat indah dan menggembirakan mana-mana jiwa yang rindukan kepada penciptanya
dan pesuruhNya. Bulan di mana produktiviti umat Islam seharusnya meningkat
mendadak.
Ramadhan datang bersama rahmat yang berlipat
kali ganda. Di dunia lagi kita melihat bagaimana rahmat dan kebaikannya
melimpah ruah di dalam datangnya ketenangan, rapatnya kembali persaudaraan
dengan bertambahnya jemaah ke rumah Allah,
Begitu juga dengan para peniaga. Bulan ini
ditunggu-tunggu kerana keuntungan di dalam berniaga di dalam bulan yang penuh
keberkatan ini juga datang berlipat kali ganda. Ada yang hanya berniaga sebulan
dalam setahun di dalam bulan ini. Untungnya membolehkan mereka melakukan
sesuatu yang lain sepanjang bulan-bulan lain di dalam tahun tersebut. Berniaga juga
adalahibadah jika dilakukan dengan betul dan melakukannya kerana mahu mencari
rezeki halal kerana Allah. Mencari rezeki halal untuk diberikan kepada keluarga
juga salah satu faktor penting di dalam pembentukan diri ahli keluarga. Tanpa makanan
dan minuman bersumberkan sumber halal yang masuk ke dalam perut, bagaimana
mungkin kekuatan rohani dan pertahanan diri kepada gangguan luar dapat
dikubukan dengan kukuh.
Walaubagaimanapun, kerap kali, terdapat mereka
yang berniaga pada bulan yang mulia ini melakukan tindakan yang terlalu
berorientasikan keuntungan. Makanan basi sebelum berbuka, harga terlalu mahal,
kualiti makanan yang tidak seberapa dan kualiti khidmat pelanggan yang tidak
mesra, menjadikan pasar-pasar ramadhan meninggalkan pengalaman buruk untuk
majoriti umat Islam di negara ini. saya juga tidak terkecuali. Beberapa tahun
yang berlalu, saya telah bertekad untuk mengurangkan aktiviti ke pasar
ramadhan, kecuali ke gerai-gerai peniaga jujur yang menawarkan kepada
penggunanya tawaran barang niagaan yang berkualiti dan berniaga dengan etika
perniagaan yang baik.
Dalam sibuk berniaga, jangan pula ibadah di
dalam bentuk mencari rezeki menghalang diri daripada melakukan amal tambahan
yang lain di bulan puasa. Solat tarawikh juga hanya datang sebulan di dalam
satu tahun. Pahala lain-lain ibadah juga datang di dalam bentuk berkali-kali ganda
balasan pahalanya sekali bulan ini di dalam setahun. Jangan kita persia-siakan.
Suatu lagi perkara yang saya suka mengenai Ramadhan
ialah, bulan ini merupakan bulan di mana ramai dari umat Islam mahu memulakan
fasal baru di dalam kehidupan mereka.
Mereka memilih Ramadhan sebagai titik
tolak untuk melakukan perubahan. Ada yang mula berjaya bangun pagi dan bersolat
subuh bermula pada Ramadhan yang bertahun lepas. Ada yang memulakan langkah
bertudung dan menutup aurat mengambil kesempatan atas suasana berebut-rebutnya
umat Islam melakukan amal ibadat di bulan Ramadhan. Ada yang mahu melangkah ke
masjid tetapi malu-malu sebelum ini, menggunakan kesempatan berpusu-pusunya
manusia lain ke masjid, untuk memulakan langkah baru di dalam hidup mereka
untuk terus istiqamah bersolat jemaah. Ini indahnya Ramadhan. Muslim tidak
menunggu 1 Januari untuk melakukan perubahan. Mereka sentiasa tertunggu-tunggu
akan bulan ini untuk mereka berubah. Ramadhan ialah peluang untuk memperbaiki
diri dan membuat kebaikan.
Dalam kita menikmati bulan indah ini, jangan
kita lupa kepada saudara kita di seluruh dunia yang telah ditipu oleh gerakan
Dajjal. Iraq, Afghanistan, Syria, Libya dan terbaru Mesir sekali lagi sedang
bermandi darah. Mereka bergaduh sesama sendiri membiarkan nasib diri mereka
dicaturkan kuasa-kuasa barat. Mereka bergaduh tanpa mereka sedar mereka telah
diprogramkan untuk bergaduh dn berpecah. Kita juga hampir sahaja mengalami
peristiwa seumpama itu, Mujur Allah memberikan kesedaran kepada ramai di antara
kita untuk tidak mengikut telunjuk proksi dajjal yang mahu melancarkan revolusi
bagi memuaskan syahwat politiknya. Sudah lebih 40 tahun rasanya rakyat Malaysia
membuang masa melayan dirinya mengumbar syahwat tanpa kendali. Segala perkara
dan jenis manusia menjadi sentuhan syahwatnya. Hampir sahaja kita berperang
sesama saudara kerana kesombongan dirinya.
Kesombongan,hedonisme dan kegilaan
terhadap duniawi menyebabkan dia tidak memberi peduli kepada kesan yang mungkin
akan berlaku kepada rakyat jelata. Mujur Allah menghantar debu-debu jerebu berterbangan
di udara menghentikan revolusi yang dinantikannya untuk merosakkan tatanan
negeri. Semua yang cuba dia cederai, terselamat disebalik rahmat terlindung di
dalam tiupan debu yang berlaku beberapa minggu lepas.
Bukanlah ini kali pertama debu dikirim Allah
sebagai rahmat pelindung daripada kebinasaan umat. Perang khandak dengan
pakatan ahzab suatu ketika dahulu juga dihentikan dengan tiupan debu ribut
padang pasir. Mungkin ada yang berdoa di antara kita yang mana doa mereka Allah
makbulkan. Ketika seluruh negara menterjemahkan kejadian jerebu tempoh hari
sebelum Ramadhan sebagai satu musibah, saya melihat kejadian tersebut berlaku sebagai
rahmat yang terselindung. Segala puji bagi Allah. Jerebu reda sebaik proksi
dajjal kecewa. Jika tidak, kita mungkin sedang bergaduh sesama sendiri dan
berakhir menjadi catur permainan yang dikawal minda dan gerakan oleh tangan-tangan
luar yang terlindung. Cuma malang bagi saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan
bumi bergolak lain.
Percayalah, negara mereka tidak akan aman
sehingga kiamat. Ini kerana mereka memilih untuk meruntuhkan pemerintah sebelum
ini dengan jalan kekerasan. Rasulullah s.a.w. telah berpesan, jika sesebuah
pemerintahan Islam dijatuhkan (tidak kira apa jua kecenderungan politik mereka)
dengan pedang (keganasan), maka negara itu tidak akan aman sehingga hari kiamat
datang menjelang. Ibnu Kathir di dalam kitabnya,al nihayah fi al Fitan wa al
Malahim, memetik hadis berikut :
Dari
Tsauban r.a., dia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya
Allah telah menghimpunkan bumi untukku, maka aku dapat melihat sebelah timur
dan baratnya dan bahawasanya kekuatan umatku akan sampai pada hujung salah
satunya, serta diberikan kepadaku dua perbendaharaan, emas dan perak, dan aku
memohon kepada Tuhanku agar tidak menghancurkan, umatku satu tahun secara
keseluruhan, dan agar mereka tidak tertindas oleh musuh yang berasal dari kalangan
mereka lalu mereka menghinakan kerajaan mereka, dan adalah Tuhanku berfirman:
“Wahai
Muhammad, sesungguhnya aku telah memutuskan satu ketetapan, maka ia tidak akan
ditarikbalik kembali, dari Aku memakbulkan kepadamu serta umatmu agar mereka
tidak dihancurkan dalam setahun secara keseluruhan, dan mereka tidak akan
tertindas oleh musuh yang berasal dari kalangan mereka sehingga kekuasaan mereka
dihinakan, walaupun berkumpul beberapa pasukan dari pelbagai penjuru sehingga
sebahagian daripada mereka menghancurkan sebahagian yang lain dengan saling
berebut,” adapun yang aku takutkan atas umatku pemimpin-pemimpin yang sesat dan
jika umatku telah dihinakan dengan pedang, tidak akan diangkat kehinaan itu
sehingga hari kiamat.
Dan
tidak akan tiba hari kiamat sehingga kumpulan-kumpulan dari umatku mengikut
orang-orang musyrik sehingga kumpulan-kumpulan dari umatku menyembah
patung-patung dan akan ada pada umatku para pendusta, sebanyak 30 jumlahnya.
Setiap mereka mengaku bahawa dia adalah Nabi, dan aku adalah penutup segala
nabi dan tidak akan ada nabi sesudahku dan akan sentiasa segolongan dari umatku
berada di atas kebenaran. Tidak berbahaya bagi mereka, orang-orang yang
menyelisihi mereka sampai datang ketetapan Allah.” (Riwayat
Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majjah dari pelbagai jalur. Tirmizi menyatakan
hadith ini hasan shahih)
Segala puji dan syukur kepada Allah kerana
menyedarkan kita semua akan bahaya perpecahan. Redanya perpecahan ini buat
sebentar waktu, bukanlah satu jaminan untuk kita terus berkeadaan begini
selama-lamanya. Keharmonian ini akan terus dikacau ganggu sehingga kita
membunuh sesama sendiri. Kita perlu terus berusaha mengikat tali silaturrahim. Semoga
nikmat Ramadhan yang dinimati aman pada tahun ini akan terus kita dapat nikmati
pada tahun-tahun mendatang. Harus ingat, sepertimana yang telah disebutkan di
dalam hadis di atas, kehancuran umat Islam itu tidak berlaku sekaligus, tetapi
ia berlaku peringkat demi peringkat, tahun demi tahun. Ia benar-benar telah
berlaku mengikut susunan satu persatu negara-negara di timur tengah. Cuma kita
pada kali ini masih terselamat. Untuk itu, kita bersyukur kepada Allah dan
terus berusaha, berdoa dan bertawakkal agar kita kekal aman sehingga ketetapan
Allah ke atas kita datang kelak.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersama kita lenyapkan permusuhan sesama kita. Wallahua’lam.
Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersama kita lenyapkan permusuhan sesama kita. Wallahua’lam.
© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.