Wednesday, July 24, 2013

4 Penghinaan Dalam 10 Hari Pertama Ramadhan.

2
oleh : Imran Haaz

Bermula dengan Kerajaan Joseph melantik seorang Mak Nyah sebagai setiausaha yang diiktiraf kerajaan negeri, kemudian campur tangan Apostle Nuncio, juga Joseph, dalam hal dalaman negara berkenaan Kalimah Allah. Kemudian ditambah dengan tindakan penghinaan oleh pasangan Alvavi. Beberapa hari lepas muncul pula kes ratu cantik. Kesemua mereka tahu dan faham mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Kesemua mereka tahu bahawa tindakan mereka itu bertentangan dengan undang-undang serta menyentuh perkara sensitif mengenai anutan penganut majoriti di negara ini.

Apabila tahu dan masih mahu melakukan perkara seumpama demikian, ia ditafsirkan sebagai satu perbuatan yang sengaja dilakukan dengan motif tertentu. Kita melihat, mereka sengaja mahu memaksa umat Islam mengambil tindakbalas keras ke atas mereka. Ia supaya Islam akan terus dilihat sebagai agama kepolisan serta mengongkong umatnya di dalam serba serbi perkara yang ditafsirkan mereka sebagai satu kebebasan. Tetapi kebebasan yang  ditafsirkan mereka ialah kebebasan yang hanya memenjarakan daya intelektual manusia dan mengembalikan manusia ke zaman lebih jauh ke belakang dari zaman batu. 

Dari mengelirukan manusia mengenai jantina manusia, ke perlakuan seks bebas dan mulut lancang tidak bertempat, kepada mengelirukan penganut agama mereka sendiri dengan nama tuhan yang mereka sembah dan memperkosa daya intelektual wanita ke tahap menjadi barang pameran untuk diambil kesempatan membuat untung. Semua yang ditafsirkan bebas ini hanya memenjarakan daya intelektual manusia. Islam menentang semua perkara yang meletakkan maruah manusia sebagai makhluk yang mulia untuk berkelakuan seperti makhluk dari alam haiwan.



Walaubagaimanapun, setelah didesak dengan keras, pemerintah sekurang-kurangnya  mengambil inisiatif untuk membawa pasangan Alvavi ke muka pengadilan. Walaupun Namewee, Patrick Teo, Melissa Gooi, The Star dengan iklan juadah babi semasa ramadhan dan rakan-rakan seperjuangan mereka masih bebas tidak didakwa, sekurang-kurangnya pendakwaan ke atas pasangan lucah ini memberikan satu mesej bahawa pemerintah tahu masa depan mereka akan kelam jika dibiarkan perkara seumpama ini berterusan berlaku. Dengan pendakwaan ini, mereka-mereka yang bercita-cita untuk menyahut lolongan puak-puak dengan kiblat pemikiran durjana ini, akan membuat satu antisipasi bahawa tindakan undang-undang yang lebih tegas menanti perlakuan mereka.


Walaupun tindakan mereka-mereka ini kelihatan seolah-olah mahu membuatkan umat Islam bertindak balas dengan mereka dan mahu tindakbalas tersebut akan mempotretkan Islam sebagai agama kepolisan, tetapi apakah kerana takutkan persepsi sedemikian rupa, kita tidak mahu menegakkan undang-undang sediada bagi mengawal perlakuan biadab tersebut? Dengan tidak mengambil tindakan, mereka akan lebih berani mentafsirkan kita sebagai lemah.

Sekurang-kurangnya dengan tindakan jelas yang dilakukan dengan mendakwa Alvavi, mesej itu sampai kepada pusat pemikiran mereka-mereka ini, bahawa telah muncul sedikit keseriusan di pihak pemerintah untuk menjaga hati dan perasaan umat Islamyang diabaikan selama ini. Jika tidak, tentukan sahaja penganjur pertandingan ratu cantik tersebut akan terus berkeras tidak mahu membatalkan penyertaan umat Islam di dalam pertandingan tersebut. Kita telah melihat perkara ini berlaku di dalam pertandingan ratu cantik Borneo tidak lama dahulu. Jadi kita sangat pasti jika tiada tindakan tegas dari pihak pemerintah, perkara seumpama itu akan berulang di dalam kes ratu cantik Malaysia terbaru ini. sebuah pertandingan yang cuba dipotretkan sebagai mengangkat martabat wanita tetapi pada hakikatnya tidak membawa pemenangnya ke mana-mana selain dari menjadi hamba abdi kepada sistem eksploitasi buat selama-lamanya jika tidak sedar.

Harapan kita semua ialah supaya pemerintah sentiasa menangani semua tindakan seumpama ini dengan cara yang betul mengikut undang-undang yang sah serta mesti bertegas setiap masa. Jika pemerintah ditafsirkan sebagai lembut dengan hanya memberikan amaran demi amaran tanpa sebarang tindakan tegas yang jelas, maka tunggulah kebencian kepada perkataan ‘amaran’ yang diulangungkapkan itu berubah mencetus AMARAH rakyat jelata.

Yang menaikkan serta menjatuhkan mana-mana pemerintah ialah Allah s.w.t., intsrumen pelaksananya adalah pelbagai. Dalam kes Malaysia, telah dibuktikan berkali-kali, antara instrumen yang menjadi faktor penting kepada kedudukan pemerintah ialah sentimen serta pergerakan sokongan umat Islam. Sentiasa ingat dengan perkara ini. Wallahua’lam.

© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

2 comments:

PEMIKIR said...

Tepat sekali. Pemerintah yang mengaku ini negara Islam wajarlah bertindak tegas selaras dengan tuntutan agama.

satuhala said...

Pemikir..
Benar.. hanya itu sahaja jaminan survival kedudukan pemerintah pada tampuk kuasa mana-mana tempat yang terdapat pada muka bumi milik Allah ini.