Monday, August 13, 2012

Pekak, Buta dan Bisu Tetapi Berjaya

2

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Saya sepatutnya memuatkan sambungan penulisan Muhammad Di Dalam Bible Bhg. 5 tepat pada waktu ini. Tetapi, terdapat sedikit masalah dengan video yang cuba saya muatkan. Saya akan cuba atasi masalah tersebut dalam waktu terdekat dan jika boleh sebelum malam 17 Ogos 2012. Mohon maaf atas masalah ini.. saya gantikan dengan cerita ringkas mengenai seorang insan luar biasa bernama Hellen Keller.

Bismillahir Rahmanir Raheem...

Hellen Keller. Tidak ramai yang kenal dengan personaliti ini. Dilahirkan sebagai bayi normal. Namun apabila usianya mencecah 19 bulan, dia diserang satu penyakit yang menyebabkannya menjadi pekak, buta dan bisu. Dalam dunia tanpa sebarang input indera, Keller hanya berkomunikasi dengan tidak kurang 60 bentuk yang difahami sebagai cara beliau untuk menyatakan sesuatu. Ketika usianya 6 tahun, seorang guru pendidikan khas diutus ke rumahnya bagi tujuan mengajar cara berkomunikasi. Anne Sullivan dihantar supaya membantu Keller supaya dapat keluar dalam dimensi dunianya yang gelap dan sunyi. Bayangkan situasi kesukaran yang dihadapi dan bayangkan bagaimana untuk memecah kebuntuan tersebut untuk menyatakan serta menyampaikan idea komunikasi kepada Keller yang tidak dapat mendengar, melihat dan bercakap.



Percubaan demi percubaan dilakukan dengan Sullivan cuba menyentuh tangan Keller dengan membentuk gerakan jari jemari bagi memberikan idea kepada Keller bahawa setiap suatu objek yang berada disekelilingnya mempunyai nama. Semua percubaan itu menemui jalan buntu sehinggalah pada suatu hari apabila Sullivan mengalirkan air ke atas telapak tangan Keller dan sebelah tangannya lagi membentuk isyarat yang cuba menyampaikan bahawa apa yang dialirkan itu dinamakan air.

Keller memberikan respons dan dia mulai sedar akan idea segala yang wujud dan disedari disekelilingnya mempunyai nama. Dia mulai faham akan apa itu komunikasi dan bahasa. Lalu kegembiraan itu mencetus rasa ingin tahu yang lebih mendalam lantas Keller menyentuh setiap suatu yang ada disekelilingnya dan meminta Sullivan mengajarkannya nama perkara-perkara tersebut. Sullivan mengakui dia sangat letih dengan permintaan Keller yang ingin tahu. Keller menmui cahaya dan lisannya pada hari yang indah itu.
Tidak menganggap kekurangannya sebagai halangan, Keller setelah dewasa berjaya mendapatkan Ijazah di  dalam bidang kesusasteraan. Dia kemudiannya menjadi penulis dan seorang aktivis bagi gerakan sosialis di Amerika. Disebalik segala kekangan yang melibatkan aspek kesempurnaan dirinya sebagai manusia, dia bangkit menunjukkan kepada kita yang celik, dapat mendengar dan bercakap bahawa tanpa indera, manusia masih berupaya bangkit dan berdiri sebaris dengan manusia normal yang lain.

Satu kata-katanya yang memberikan kesan ‘It’s a terrible things to see and have no visions.’ Pekak, buta dan bisu fizikal, tetapi berjaya. Malulah kita yang normal ini jika dengan segala indera yang Allah berikan kepada kita, tetapi kita  tidak mampu menyelamatkan kita dari terus dilembukan untuk kepentingan manusia lain. Hellen Keller mempunyai satu lagi pesan yang berbunyi hampir sama dengan kata-kata yang saya petik awal permulaan perenggan ini.

The only thing worse than being blind is having sight but no vision.

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 


Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

2 comments:

Anonymous said...

Salam..

teringat satu cerita hindustan berjudul BLACK lakonan amitabh bchan mungkin watak Anne Sullivan dan rani mukerji sbg Hellen Keller yang mungkin diinspirasi dr kisah di atas...

tak sangka plak based on true story

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.r.b.t.,
Saya tak pernah tonton filem tu.. tp. satu fakta yg menarik utk dikongsi.. mgkin juga based on cerita ni.. TQ atas perkongsian..