Thursday, August 2, 2012

Azan Membungakan Harapan Kepada Setiap Makhluk

5
Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahrir Rahmanir Raheem.. Azan yang dilaungkan dengan ikhlas memuji kebesaran Allah, tidak hanya membungakan serta menerbitkan kerinduan kepada Yang Maha Pencipta dalam jiwa setiap makhluk yang bernama manusia, tidak kira mereka Muslim atau bukan Muslim. Malah makhluk seperti bunga di dalam laporan CNN itu turut berkembang merindui Tuhan yang menciptakannya. Semoga rindu kepada Allah juga turut hadir dalam hati kita setiap kali mendengarkan seruan Azan, lantas kaki segera melangkah menuju tempat untuk melepaskan rindu kepada Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Sama-sama kita memperbaiki diri sedikit demi sedikit. Wallahua'lam.





© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

5 comments:

WanJumaa said...

Tuan, tanpa kita sedar juga - kalau bayi baru lahir, kita azan... Nak keluar rumah hantar orang pi mekah, juga kita azan... Ada puting beliung, kita azan.., dulu2 masa sy sekolah menengah, kalau ada yg histeria, pasti ada ustaz yang azan... Subhanallah, buat saya tersedar azan bukan saja dilaungkan masa sampai waktunya solat saja, tapi tanpa sempadan waktu juga atas beberapa sebab. Apapun waktu dan sebabnya, ianya memang sebuah pengharapan kita kepada-Nya.

Terima kasih Tuan.

satuhala said...

Juma,
lebih menarik lagi apabila kalimah azan itu sendiri dihadirkan Allah dalam bentuk ilham ke dalam mimpi 2 orang sahabah Rasulullah s.a.w. ketika mereka sedang mencari kaedah terbaik untuk panggilan solat.

Apa yg Juma perkatakan tu benar. Malah tiada satu detik dalam hayat putaran bumiini, tidak dihiasi panggilan azan ketika bumi sedang berputar dalam pergerakan seolah mentawaf matahari yang juga mentawaf pusat galaksi.

TQ atas komen dan perkongsian.

bugBear said...

menarik artikel2 tuan, lama tak melawat blog ni. tuan pernah buat kajian tentang syiah di Malaysia yg semakin menular akhir2 ni? azan mereka pun lain dari azan ASWJ. Selepas membaca artikel mengenai kerjasama dan pakatan Iran,US,Zionis Israel dan sekutu2 mereka saya ada melihat klip video di youtube. dua klip video berkenaan syiah yang berbeza, seperti di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=LKVvaLkMUGM

http://www.youtube.com/watch?v=EdNbld95E5o

Saya cuba berlapang dada dan setelah melihat video2 tersebut yang kurang memuaskan hati saya terutama perdebatan sunni vs syiah Melayu, saya teliti pula komen2 yg di pos,ramai ahli syiah yang menyokong akidah dan pegangan mereka dengan hujah dan dalil2 dari Al-Quran dan Hadis2 dari kitab2 hadis Sohih yg seolah-olah bertentangan antara perbuatan/amalan Saidina Umar r.a dengan yang di bawa Rasulullah s.a.w dan Al-Quran. hujah2/dalil begini sangat bahaya. Minta pendapat tuan.

bugBear said...

menarik artikel2 tuan, lama tak melawat blog ni. tuan pernah buat kajian tentang syiah di Malaysia yg semakin menular akhir2 ni? azan mereka pun lain dari azan ASWJ. Selepas membaca artikel mengenai kerjasama dan pakatan Iran,US,Zionis Israel dan sekutu2 mereka saya ada melihat klip video di youtube. dua klip video berkenaan syiah yang berbeza, seperti di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=LKVvaLkMUGM

http://www.youtube.com/watch?v=EdNbld95E5o

Saya cuba berlapang dada dan setelah melihat video2 tersebut yang kurang memuaskan hati saya terutama perdebatan sunni vs syiah Melayu, saya teliti pula komen2 yg di pos,ramai ahli syiah yang menyokong akidah dan pegangan mereka dengan hujah dan dalil2 dari Al-Quran dan Hadis2 dari kitab2 hadis Sohih yg seolah-olah bertentangan antara perbuatan/amalan Saidina Umar r.a dengan yang di bawa Rasulullah s.a.w dan Al-Quran. hujah2/dalil begini sangat bahaya. Minta pendapat tuan.

satuhala said...

Slmt kembali BugBear,
Pengetahuan saya mengenai isu ini, tiada keupayaan kepadasaya melainkan sedikit. Saya tidak mempunyai kapasiti yg cukup untuk memberi justifikasi yg lebih adil terhadap pertanyaan saudara.. Atas kelemahan saya dalam isu ini, saya memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan permintaan saudara.. mungkin rujukan dengan mereka yang biasa dan lebih arif tentang permasalahan Sunni-Syiah ini boleh memberikan pencerahan.. TQ atas kunjungan..maaf sekali lagi atas kelemahan saya..