Bismillahir Rahmanir Raheem.. Blog ini sentiasa menyatakan bahawa, jika seorang wanita Muslim, tidak menyahut seruan untuk menutup aurat, dia akan tercampak ke dalam satu bentuk penipuan serta kejaran sebuah fantasi yang sangat meletihkan untuk dikejar.
Sepertimana di dalam penulisan sebelum ini "Why be you When You Can Be New", lihat sahaja bagaimana tafsiran kecantikan serta apa tuntutan dunia terhadap wanita yang memilih untuk dunia menentukan apa yang terbaik bagi diri mereka. Sedangkan Allah, telah memberikan panduan supaya anak gadis serta para wanita dapat melayari kehidupan tanpa sebarang bentuk paksaan untuk mereka tunduk kepada nilai-nilai serta statistik wajah dan tubuh yang langsung tidak masuk akal boleh dicapai. Jika boleh dicapai sekalipun, ianya menuntut pengorbanan yang terlalu tinggi sehingga merosakkan kemampuan diri mereka sebagai wanita.
Perhatikan Video di bawah ini. Bagaimana imej-imej model yang dipaparkan saban hari di dalam media, telah melalui proses suntingan sehingga model-model tersebut mencapai satu bentuk imej yang dimahukan
Sampai bila wanita harus membiarkan dunia menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka? Bukankah ianya satu bentuk penindasan apabila saban hari pemikiran mereka diprogramkan untuk merasakan diri mereka 'tidak mengikut standard' yang telah ditentukan dunia? Perhatikan bagaimana media mempotretkan wanita-wanita dengan standard-standard tertentu sebagai wanita-wanita yang berjaya. Perhatikan bagaimana media menetapkan, wajah-wajah yang cantik harus mempunyai dagu, kulit, kening, leher, rambut, ukuran pinggul, panjang kaki, hidung, gigi serta serba-serbi yang menyebabkan setiap hari wanita terpaksa membelek 'kekurangan' diri sendiri untuk 'conform' dengan imej-imej kesempurnaan yang ditunjukkan di dalam media. Menonton video di bawah ini, akan menyedarkan bahawa sederas mana mereka cuba berlari untuk memperbaiki 'kekurangan' diri mereka sendiri, yang tetap akan kalah dan mengalami keletihan ialah golongan wanita itu sendiri. Bukankah Allah s.w.t., di dalam surah An Nur ayat 31 menyatakan bahawa dengan menutup aurat itu, wanita akan selamat? Bukan hanya selamat di negeri akhirat, tetapi juga selamat dari penindasan di dalam dunia dipenuhi manusia yang tamak haloba ini.
Terpulanglah. Samada untuk terus membiarkan diri diprogramkan atau kembali berpaksi kepada dunia yang nyata dengan melawan penindasan ini dengan menutup aurat. Jika di tahun-tahun 60 -an, gerakan Feminis barat membakar coli sebagai simbol menentang penindasan ke atas wanita. Sedangkan perjuangan mereka itu hanya mencampakkan diri mereka lebih jauh lagi ke dalam penindasan dunia ke atas mereka.
Muslimah tidak perlu melakukan perbuatan membuang masa dan merosakkan maruah sepertimana yang dilakukan Feminis barat di tahun-tahun 60 an. Cukup dengan berhijab, dengan berbuat demikian itu, mereka menunjukkan kepada dunia bahawa mereka menolak penindasan ke atas wanita seperti ini dengan penuh bermaruah dan cukup bergaya. Hijab itu tidak hanya sebagai pakaian yang menunjukkan diri mereka Muslim yang patuh kepada perintah Allah, malah Hijab itu adalah simbol bagaimana mereka menentang penindasan dunia ke atas wanita. Simpatilah kepada mereka yang tertindas. Bawa mereka ke jalan yang bebas dan merdeka dengan cara yang baik dan bersopan tanpa melakukan sebarang penghinaan. Jika baru seminggu dua bertudung, janganlah pula menghinakan rakan-rakan yang belum tergerak untuk insaf, sebaliknya hulurkanlah tangan kepada mereka supaya nikmat kebahagian dalam kehidupan dunia dan akhirat itu dapat dikecapi bersama. Allah itu Maha Kaya. Syurga itu tetap luas sekiranya semua makhluk Allah tempat habuan mereka di dalam syurga. Perhatikan video ini dengan akal yang memerhati.
Ramadhan ini, terjemahkan ia sebagai peluang untuk membuat perubahan. Wallahua'lam.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
atlet amerika pecah rekod menang pingat, tapi orang tweet kutuk rambut dia...sedih dan kesian, atlet arab saudi dan muslim lain yang berhijab bangun pagi, mandi, pakai hijap, siap boleh pi bertanding sukan...takpayah nak makeup atau photoshop segala...haha
Wa'alaikumsalam w.r.b.t. Rizal Hass, Pautan yg sgt menarik.. betapa atlet Muslimah terhindar dari segala fitnah serta kata nista dan keburukan yg menjadi hidangan yg harus disantap mereka2 ini.. menang pun kena kritik sbb tak conform dgn kehendak society...