Wednesday, August 1, 2012

Belas, Sekeping Roti & Syahadah bhg. 2

2
Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Bismillahir Rahmanir Raheem.. Isnin yang lepas, saya memuatkan di dalam blog ini kisah seorang pekedai Muslim yang menunjukkan rasa belas kepada seorang lelaki bukan Islam yang merompak kedainya (klik sini). Ketika lelaki itu merayu supaya dia diberikan simpati dan menyatakan dirinya dan keluarganya susah, pekedai tersebut memberikannya $ 40 dan sekeping roti untuk mengalas perut dan pulang kepada keluarganya. Seperti yang diceritakan sebelum ini, perompak itu kemudiannya mahu memeluk Islam kerana terkesan dengan ihsan yang ditunjukkan pekedai Muslim tersebut.


6 bulan kemudian, CNN membuat laporan susulan mengenai pekedai tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Suhail. Mereka ke sana apabila Muhammad Suhail menceritakan bahawa dia baharu sahaja menerima sepucuk surat misteri yang disertakan bersama sekeping not $ 50. Melalui isikandungan yang dinyatakan dalam surat tersebut, jelas yang mengirimkannya merupakan lelaki yang pernah cuba merompak kedainya. Terpana dengan sikap belasnya sebagai Muslim, lelaki malang itu mahu memeluk Islam.

Melalui isikandungan suratnya, dia menyatakan dia benar-benar telah membina hidup baru, mendapat pekerjaan, berhenti dari melakukan kejahatan

Tidak perlu kepada slogan berdegar-degar, lori pick-up dan loud hailer, tidak perlu kepada rostrum dan ceramah jelajah negara sebagai menunjukkan diri itu lebih Islam dari orang lain, hanya dengan menunjukkan rasa belas dan menghulurkan sekeping roti, satu jiwa yang pada awalnya menjadi ancaman kepada manusia lainnya, berubah menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, keluarganya dan negaranya hanya kerana Muhammad Suhail tidak prejudis terhadap syahadah yang diucapkan oleh lelaki di dalam pakaian perompak yang tiba-tiba muncul dihadapannya 6 bulan sebelum itu. Pengakhiran surat tersebut amat menyentuh hati.

Thank you for sparing my life, because of that you change my life... Your Muslim Brother.




Pelik pula dengan sikap mereka-mereka yang mendakwa diri mereka pejuang Islam di sini yang sibuk mahu melihat saudara seagama mereka segera mati, pecah perut, cepat dimuziumkan dan dihantar cepat ke Guillotine hanya kerana mereka merasakan diri mereka itu lebih Islam dari orang yang lain. Jika video ini ada pengajaran yang baik, tentu sahaja ia mengenai rasa belas dan sikap tidak prejudis terhadap syahadah pihak lain walaupun di dalam pakaian seorang perompak.



© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

2 comments:

adila_alim said...

Assalammualaikum wbt tuan,
Post ini sesuai untuk pejuang Islam yang bertopengkan politik. Sudah tiada sikap belas dan ehsan sesama muslim langsung tiada rasa sikap positiv dan sangka baik sesama Islam yang anehnya berbaik sangka dengan bukan Islam. Kerosakan akhlak dalam berbicara semakin tenat. Semua gelap mata disebabkan kaca mata politik. Bagaimana hendak menyatukan orang Islam di Malaysia ini? Balik-balik orang akan salahkan sistem demokrasi itu sendiri, sedangkan jika kita benar-benar amal Islam semua sistem boleh dibaiki. Maaf tuan off topic.

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.r.b.t,
Komen tu bukan off topic tapi selari dgn isikandungan penulisan di atas. Suka dengan pernyataan Adila pasal sistem.. sgt benar, jika kita benar-benar amalkan Islam dan berpegang kepada al Qur'an dan sunnah, semua sistem boleh diperbaiki. Sgt tepat pernyataan ni.

Umat kita rosak sebab kebanyakan urusan agama kita sekarang ni diambil alih oleh sekumpulan manusia perosak. Mereka terkena penyakit wahan. Cinta dunia dan takut mati.

Jd kita perlu mengenali karakter mereka2 ini sebelum kita tertipu dan dirosakkan golongan mereka. cara utk mengenali mereka tidak lain dan tidak bukan ialah dengan cara membandingkan sikap dan perlakuan mereka dengan ayat-ayat al Qur'an dan sikap para nabi dan sahabah nabi.