Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

8
Alhamdulillah, umur kita masih dipanjangkan Allah untuk sekali lagi diberi peluang bertemu dengan bulan yang teramat mulia ini. Sungguh, malam pertama Ramadhan itu, suasana berbeza dan amat menyamankan. Ia segera mengingatkan saya kepada segala kekurangan usaha dan amal yang telah menghiasi peluang nikmat Ramadhan pada tahun yang lepas.

Boleh dikatakan, jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang berada disekeliling saya, kejaran saya terhadap amal di bulan Ramadhan adalah antara usaha yang paling perlahan dan terlalu jauh untuk dikatakan cukup. Kesibukan itu satu alasan yang sentiasa diungkapkan oleh manusia-manusia yang lemah. Mereka yang lemah ini, termasuklah diri saya sendiri.

Ramadhan berbeza impak kedatangannya kepada setiap individu mengikut apa kecenderungan matlamat di dalam hidup mereka. Ada yang sudah sejak awal mengosongkan jadual kesibukan bagi memastikan ianya terisi dengan pelbagai perkara berfaedah bagi mencari jalan-jalan menuju redha Allah. Ada yang semakin sibuk mencari rezeki kerana di dalam bulan yang berkat ini, rezeki menjadi berlipat kali ganda. Tidak salah mencari rezeki lebih di bulan ini kerana mencari rezeki atas niat mencari redha Allah itu juga merupakan ibadah. Jika keutamaan diletakkan kena pada tempatnya, apa yang diusahakan itu akan membawa keberkatan. Untungnya umat Islam kerana setiap perkara yang dilakukan dengan niat kerana Allah akan mendapat balasan pahala. Cuma rugilah sekiranya, sesetengah perkara yang hanya datang bersama bulan yang diberkati ini seperti solat sunat tarawih terlepas begitu sahaja. Kita cuba memperbaiki apa yang kurang dan tidak kena dengan Ramadhan yang lepas. Semoga Allah mempermudahkan semua termasuk diri saya sendiri. Ramadhan ini juga harus digunakan sebagai kesempatan untuk memperbaiki hubungan sesama umat Islam dan berusaha kepada penyatuan umat Islam negara ini merentas sempadan politik. Jika itu tidak dapat direalisasikan, kesudahan yang buruk telah dijanjikan Allah untuk kita semua. Menilai semua tanda-tanda yang telah dijelaskan Rasulullah s.a.w. mengenai akhir zaman, kemungkinan kita akan bersolat dalam keadaan begini sudah tidak terlalu jauh dan lama.



Milik Allah segala pengetahuan mengenai masa depan. Doa kita untuk semua Mujahidin yang berjuang di jalan yang hak serta benar. Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari penipuan Dajjal dan gerakan yang didokong proksinya. Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut serta mengimarahkan Ramadhan ini untuk semua sahabat pengunjung. 

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

8 comments:

...Juwita Maya... said...

Salam saudara, selamat menyambut ramadhan. Syukur dipertemukan lagi dengan bulan yang mulia ini..seperti saudara, saya juga punya kenangan manis di bulan yang mulia ini, bulan yang memberi satu kesedaran emosi pada saya sehingga saya bertekad tinggalkan segala yang indahnya dunia dan kembali mencari diri saya yang hilang, sehingga sekarang, subhanallah, Allah berikan saya kekuatan. Bulan inilah bermulanya saya menutupi apa sahaja yang tidak patutnya terlihat pada diri saya. sehinggakan saya malu sendiri bila mengenangkan. malu bila disuruh mentup aurat memberi alasan tidak sampai seru sedangkan ALLAH dah menyeru saya menutup aurat itu sejak beribu tahun dahulu..salam ramadhan dan semoga bulan ramadhan kali ini kita mendapat keampunan dari yang maha esa..wallahualam :)

hasanah said...

Salam Ramadhan al Mubarak pada saudara.. syukur ke hadrat illahi sy dipertemukan dgn blog saudara yg sememangnya sudah lama sy ingin mencari kebenaran yg tidak terjawab sejak zaman sekolah dahulu.. walaupun dilahirkan dlm keadaan Islam tp Islam hny pd nama shj tidak cukup tanpa iman dan ihsan.. sejak kali pertama sy membaca novel SGA pd thn lalu sukar digambarkan kepiluan hati bila mengimbau perbuatan yg lalu yg penuh dgn dosa2.. sejak dr itu hingga skrg sy cuba untuk memperbaiki diri utk mjadi insan yg lebih baik.. smoga ramadhan pd tahun ini adalah yg terbaik dr thn2 sebelumnya.. InsyaAllah..

Anonymous said...

Assalammualikum wbt Tuan, Alhamdulillah akhirnya disampaikan kita ke bulan Ramadhan semoga dapat juga kita sempurnakan ibadah hingga ke akhirnya dan berterusan InsyaAllah. Semoga Allah berikan kekuatan iman dan kefahaman agama kepada kita.
Merujuk kepada gambar tuan, semoga Allah beri perlindungan kepada Malaysia untuk tidak terjadi seperti itu, sungguh. Tapi melihat tahap sayang kepada agama sangat kurang dalam diri mungkin perkara itu akan terjadi juga. Umat Islam akan bersatu dan berjaya jika mereka taat, patuh dan sayang pada agama jika tidak Allah akan cabut segala keistimewaan orang Islam yang mana dahulu orang sangat menghormati Islam sekarang sudah menjadi bahan lawak jenaka walaupun hanya berkisar menutup aurat.
Adila_alim

shamsadis said...

selamat berpuasa sahabat

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.r.t. Juwita,
Benar, seruan itu berusia ribuan tahun lamanya. Tetapi malang, ramai antara kita masih terkial-kial menanti sesuatu yang sudah pun berada di depan mata. Syukur kepada Allah, jika kerana kita disedarkan Allah. Satu langkah baik di bulan mulia. Semoga dapat beristiqamah dalam amalan kerana istiqamah itulah yang paling disukai Allah.

Selamat Berpuasa.. semoga sebaik dilengkapkan Ramadhan tahun ini, sekurang2nya kita menjadi manusia yang lebih baik selangkah dari diri kita yang sebelumnya.. Amin..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.r.t. Hasanah,
Segala Puji Bagi Allah.. perubahan positif yg berlaku kepada Hasanah adalah di dorong oleh perlakuan-perlakuan baik serta ikhlas yg pernah Hasanah lakukan dlm hidup walaupun Hasanah tak pernah menyedarinya. Allah melorongkan petunjuk dan hidayah kepada sesiapa sahaja dikehendakiNya dan menyesatkan sesiapa sahaja yg dikehendakiNya. SGA itu hanya sebuah naskah kecil. Perlakuan baik yg prnah Hasanah lakukan sebelum inilah yg memberi peluang serta lorongan hidayah kepada Hasanah. Semoga perubahan diri ini kekal dan Hasanah terus Istiqamah dalam memperbaiki apa yg kurang dengan sabar pada setiap masa. Harap Ramadhan kali ini lebih baik untuk kita semua berbanding Ramadhan yg lepas.. & semoga kita semua kekal di dalam Rahmat serta mendapat hidayah Allah sehingga ke akhir hayat.. Amin.. TQ Hasanah.. sgt melapangkan bila SGA yg ditulis hampir 6 tahun dulu, sedikit sebanyak beri manfaat kepada yg membacanya dan yg menulis dan menerbitkannya juga.. TQ.

satuhala said...

Shamsadis...
Selamat Berpuasa dan menjadi selangkah lebih baik dari diri kita yang telah diperbaiki pada Ramadhan yg lepas..

satuhala said...

Wa'alaikumsalam w.r.t. Adila_Alim,
Semoga kita semua dijauhkan dari keadaan tersebut.. kena pereratkan silaturrahim antara umat Islam negara ini supaya kita semua dapat kembali menjadi satu jemaah yang kukuh.

Betul pemerhatian Adila, kita serta agama kita dipermain2kan kerana perbuatan kita sendiri. Anak2 muda semakin ramai sudah tidak mengenal agama kerana lahir dalam keluarga yg juga tidak mengenal agama.

muncul byk org2 bernama Islam itu sendiri kini yg mempermain2kan Islam. Lantas mereka menjadi alat untuk menikam umat Islam itu sendiri bagi memberi keuntungan kepada bukan Islam. Kita sentiasa terkepung selagi kita tidak dapat bersatu. kita tidak akan dapat bersatu selagi kita tidak faham akan tuntutan al Qur'an dan sunnah. Kita tidak akan faham selagi terdapat golongan yang mendakwa diri mereka pewaris nabi,tetapi bersikap seperti ahli-ahli kitab dalam menyelewengkan agama demi keuntungan dunia yang sedikit.. Untuk mengatasi semua ini, kita harus mengenal siapa mereka yang berpakaian seperti pewaris nabi tetapi bersikap semakin lama semakin hampir dengan golongan ahli kitab. Ia memerlukan pemerhatian yg tajam dan membuang sifat ketaksuban supaya kita boleh menyelematkan diri kita, orang sekeliling kita dan umat ini dengan segera... Semoga Ramadhan ini akan menjadikan kita segera sedar untuk memperbaiki semua keadaan ini.. InsyaAllah.. Selamat Berpuasa dan menyambut Ramadhan al Mubarak..