Bismillahir Rahmanir Raheem.. Hampir semua
ayat-ayat yang jelas mengenai kemunculan Muhammad s.a.w. di dalam kitab-kitab
samawi telah dipadamkan serta diubah maksudnya sebaik Muhammad s.a.w. dilantik
sebagai nabi dan kemudian rasul selepas baginda berusia40 tahun. Ahli-ahli kitab dikalangan bangsa
Yahudi dan penganut Nasrani menafikan baginda-lah insan yang telah dijanjikan
kepada mereka sejak sekian lama.
Berita kemunculan Muhammad s.a.w. sebagai
penutup serta pelengkap kenabian bukan hanya disebut di dalam kitab-kitab
samawi seperti Taurat, Zabur dan Injil, malah ia terdapat di dalam kitab-kitab Sruti
yang merangkumi empat Veda. Berita kemunculan Muhammad s.a.w. juga disebutkan
dengan jelas di dalam sebahagian dari 18 kitab Smriti, dalam sebahagian kitab-kitab
Itahasas (Ramayana, Yogavashista, Mahabharata dan Harivamsa), kitab-kitab
Purana serta atau Dharma Shastras Hindu.
Dalam kitab-kitab ini, Muhammad dikenali sebagai Kalki Avatar, Antim Rishi, Narashangsa,
Eelit, Mamaha, Ahamidhi dan malah disebut dengan jelas di dalam beberapa Veda,
Muhammad dirujuk sebagai Ahmad. Nama Ahmad ini disebut di dalam Rigveda (8: 6
:10), Atharva Veda (20:115:1), Sama Veda (ayat 150 dan 1500) dan Bhavishwa
Purana, Penciptaan bahagian 3 Fasal 4. Dr. Ved Prakash Upphadday menjelaskan mengenai perkara ini di dalam bukunya, "Muhammad In The Hindu Scripture" (M.I.A. - Buku milik saudara Rizal Hass dari Islam1st.org yang telah diarkibkan di dalam perpustakaan peribadi saya. Terima kasih tuan, nanti saya kembalikan.).
Malah Tripitaka yang disabitkan dengan Buddha
juga menjelaskan mengenai berita tentang bakalnya muncul seorang penghulu
segala nabi yang dikenali melalui pelbagai gelaran. Antaranya Muhammad dikenali
sebagai Maitreya Buddha dan Antim
Buddha.
Hanya ahli kitab yang takut serta mementingkan
penguasaan harta serta kuasa politik menafikan yang Muhammad merupakan insan
yang telah dirancangkan Allah untuk dilahirkan pada kurun ke 5 Masihi dan bakal
dilantik secara rasmi menjadi Nabi dan Rasul ketika usianya 40 tahun. Muhammad sejak
ribuan tahun lamanya merupakan insan istimewa yang ditunggu-tunggu oleh
manusia-manusia yang mendekatkan diri kepada Tuhan. Muhammad bukanlah seperti
mat-mat kampung yang hanya dikesan bakatnya oleh Allah ketika baginda berusia
40 tahun. Malang sekali, perkara yang berlaku kepada ahli kitab yang
menghinakan kehebatan serta kesucian nabi dan rasul agung ini, berlaku kepada
umat Islam yang sentiasa didewa-dewakan pengikutnya. Lebih malang lagi apabila
perkara yang menghinakan Muhammad s.a.w., disebut atas dasar untuk menyucikan
dosa Josef yang mahu kewujudan umat Islam di Pulau Pinang disimpan
serta disembunyikan di dalam kotak. Muhammad s.a.w. dirujuk sebagai mat-mat
kampung hanya kerana mahu menyucikan perbuatan diskriminasi si Josef yang
diangkat setaraf Umar bin Abd Aziz. Taksubnya mereka dengan puncak kuasa
sehinggakan sanggup menghinakan Rasulullah s.a.w.. Dari manusia yang hebat
dihinakan sebagai budak-budak kampung yang biasa. Entah kenapa mereka
membiarkan sahaja si dewa itu berterusan didewa-dewakan. Malah yang empunya diri
juga senang menghirup pendewaan dirinya tanpa mahu memberikan teguran.
Menafikan Muhammad semenjak sebelum lahir lagi
telah diberikan kedudukan istimewa berbanding manusia biasa dan hanya dikesan
bakatnya untuk sesuai dijadikan nabi selepas usianya 40 tahun, samalah juga
dengan menafikan ayat 6 di dalam surah as Saf sebagai ayat yang benar. Hina
perkataanya sehingga menggambarkan seolah-olah, Allah itu tidak tahu apa yang
Dia rancangkan sehingga memerlukan Allah bertindak sepertimana si pencari bakat
bagi mengisi jawatan pelengkap segala nabi dan rasul.
Dan
(ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibn Maryam berkata: "Wahai Bani
Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran
Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita
gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku -
bernama Ahmad. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir
yang jelas nyata!" (as Saff ayat 6)
Antara ayat yang dekat dengan butir penyampaian
berita oleh Nabi Isa a.s. mengenai bakalnya muncul Muhammad s.a.w. ialah ayat
yang terdapat di dalam John fasal 14 ayat 16. Paraclete yang disebut di dalam
teks Greek kitab tersebut ialah sebuah perkataan yang disebut dengan perkataan
Manahma di dalam bahasa asal Isa a.s. iaitu bahasa Aramaik. Ia membawa maksud
seorang ‘Yang Terpuji’ dan bukan ‘Si penolong’ sebagaimana yang telah
diterjemahkan di dalam Injil Bahasa Melayu dan Indonesia seperti di bawah:
14:16 Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan
kepadamu Penolong lain, yang akan tinggal bersama kalian untuk selama-lamanya.
Ia telah dikelabukan bagi menyembunyikan
identiti penghulu segala nabi yang bakal muncul selepas zaman Isa a.s. Manahma
sangat dekat dengan maksud kepada Ahmad yang ditafsirkan sebagai Yang Terpuji.
Sangat pelik apabila nama khusus bagi manusia diterjemahkan dalam usaha
penterjemahan. Boleh jadi ia satu kesilapan ataupun satu kesilapan yang
disengajakan.
Kelahiran Muhammad s.a.w. ke dunia ini, bukan
sahaja sesuatu yang dinanti-nantikan sejak ribuan tahun lamanya, malah hari kelahiran
baginda merupakan kemuncak kepada segala hari dan masa yang pernah wujud di
alam dunia di dalam kesedaran manusia ini. Jika hari yang sedemikian hebat dan
ditunggu-tunggu boleh diperlekehkan begitu sahaja, tentu sahaja ada sesuatu
yang tidak kena dengan kiblat pemikiran orang-orang yang sanggup menghinakan
manusia mulia ini hanya kerana keuntungan dunia yang sedikit. Yang nyata, Josef
yang disamakan dirinya dengan Umar bin Abd. Aziz, tidak perlu bersusah payah ke
Vatican untuk pengampunan dosanya.
Yang jelas, Allah s.w.t. telah menjelaskan
mengenai perancanganNya dan telah secara jelas juga memberitahukan
perancanganNya untuk mengutus Muhammad s.a.w. sejak ribuan tahun lamanya. Mengetahui
kemunculan Muhammad tidak menguntungkan hala tuju penguasaan politik dan
ketaksuban yang mereka nikmati selama ini, maka berita-berita serta ayat-ayat
di dalam Taurat dan Injil yang menyebut tentang ciri-ciri dan sifat Muhammad
dengan jelas, telah dipadamkan, dihilangkan serta ditukar ayat-ayat tersebut
supaya ia tidak menggambarkan kemuliaan Muhammad sebagai nabi dan rasul
terakhir.
Maka kecelakaan besar bagi orang-orang menulis Alkitab
dengan tangan mereka sendiri, lalu mereka katakan : “Ini dari Allah” dengan
maksud untuk memperdagangkannya dengan harga yang murah. Maka seksaan beratlah
bagi mereka kerana apa yang ditulis oleh tangan mereka dan seksaan beratlah
bagi mereka disebabkan apa yang mereka kerjakan.( Al Baqarah ayat 79)
Dalam Tafsir Jalallain, telah dimuatkan Asbabun
Nuzul (sebab turun ayat) ayat tersebut yang dipetik dari riwayat Nasa’ie dan
Ibnu Abu Hatim. Ia dipetik seperti berikut :
Diketengahkan
oleh Nasaie, dari Ibnu Abbas, katanya: “Ayat ini diturunkan mengenai Ahli
Kitab.”
Diketengahkan
oleh Ibnu Abu Hatim, dari jalur Ikrimah, dari Ibnu Abbas, katanya : Ayat ini
turun mengenai pendita-pendita Yahudi. Mereka menemukan sifat-sifat Nabi s.a.w.
tercantum di dalam Taurat sebagai berikut: “Biji-biji matanya hitam, tinggi
badannya sedang, rambutnya kerinting dan wajahnya rupawan.” Kerana dengki dan
irihati, lukisan ini mereka hapus lalu mereka ganti menjadi : “Kami temui
tanda-tandanya sebagai seorang yang tinggi, biru matanya serta berambut lurus.”
Malah orang-orang Yahudi yang menempatkan diri
mereka di Madinah sebelum dari kemunculan Muhammad s.a.w. , telah mewar-warkan
kepada penduduk Madinah bahawa masanya untuk Nabi terakhir dihantar ke dunia
sudah hampir. Mereka menceritakan kepada penduduk-penduduk Madinah tentang
sifat-sifat serta perwatakan nabi tersebut. Penduduk Madinah tahu tentang
perkara itu. Orang-orang Yahudi menceritakannya kerana mereka mahu
berbangga-bangga atas kemuliaan sifat dan diri mereka yang mereka rasakan
sebagai satu umat yang dipilih Tuhan. Mereka merasakan diri mereka itu terlalu
mulia jika dibandingkan dengan orang-orang Arab jahilliah pada ketika itu.
Malang sekali apabila Muhammad s.a.w. dilantik sebagai nabi dan rasul, mereka
menolaknya dan mengubah ayat-ayat di dalam kitab-kitab di dalam tangan mereka
supaya Muhammad s.a.w. tidak kelihatan seperti nabi dan rasul terakhir yang
telah dijanjikan.
Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul
Kami (iaitu Muhammad), menjelaskan kepada kamu ketika terputusnya pengiriman
rasul-rasul (selepas Isa a.s.) agar (tidak) kamu katakan : “Tidak ada datang
kepada kami pembawa berita gembira dan tidak pula pembawa peringatan”, kerana
sesungguhnya telah datang kepadamu pembawa berita gembira maupun pembawa
peringatan itu. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (al Maidah ayat 19)
Asbabun Nuzul ayat ini menurut kitab Tafsir
Jalallain, ialah berkenaan penafian golongan Ahli Kitab (Yahudi) yang menetap
di Madinah akan perihal sifat-sifat Muhammad yang selama ini mereka ceritakan
kepada penduduk Madinah. Mereka menafikan Muhammad sebagai nabi dan rasul
terakhir yang dijanjikan. Walaubagaimanapun penipuan mereka ini dibantah oleh
penduduk-penduduk Islam di Madinah. Asbabun Nuzul dipetik seperti berikut :
Ibnu
Ishaq telah meriwayatkan pula, bahawa Rasulullah s.a.w. mengajak orang-orang
Yahudi untuk masuk Islam tetapi mereka menolak. Kemudian Muadz bin Jabal dan
Sa’ad ibnu Ubadah berkata kepada mereka : “Hai orang-orang Yahudi, bertakwalah
kamu kepada Allah, demi Allah sesungguhnya kamu mengetahui bahawa dia (Nabi
s.a.w.) adalah Rasul Allah. Sesungguhnya kamu sendirilah yang telah
menceritakan kepada kami sebelum ia diutus dan kamu juga yang menceritakan tentang ciri-ciri khasnya kepada kami.” Lalu
Rafi’ ibnu Huraimalah dan Wahb ibnu Yahudza menjawab : “Kami tidak pernah
mengatakan hal itu kepada kamu. Allah tidak menurunkan Alkitab sesudah Nabi
Musa dan tidak akan mengutus seorang pembawa berita gembira dan seorang pembawa
peringatan sesudahnya.” Kemudian Allah menurunkan untuk ditujukan kepada Ahli
Kitab. “Telah datang kepadamu utusan Kami untuk menjelaskan kepadamu ....
(Surah al Maidah ayat 15 hingga 32).
Rafi’ ibnu Huraimalah dan Wahb ibnu Yahudza
nyata berbohong apabila berkata, selepas Musa a.s., tidak akan ada lagi nabi
dan rasul yang akan diutus membawa kitab yang lebih sempurna. Kalangan ahli
kitab cuba menjalankan tipu daya dengan
segera memadamkan serta menyembunyi segala ayat yang dilihat mereka
dapat menyokong keterangan bahawa Muhammad s.a.w. merupakan nabi dan rasul yang
terakhir yang akan dikirimkan kepada umat manusia.
Malah yang lebih menarik mengenai kerja-kerja
pembohongan yang cuba dilakukan mereka dengan penuh teliti, mereka masih tidak
dapat memadamkan sepenuhnya ciri-ciri tentang kemunculan Muhammad s.a.w. yang
dilindung Allah dari perhatian mata mereka dan perbuatan mereka.
Apa yang lebih menarik lagi, jika ditelitikan di
dalam kitab-kitab mereka pada hari ini, bagaimana perancangan Allah yang Maha
Hebat telah menyebabkan mereka terlepas pandang akan banyak ayat-ayat lain
yang menceritakan tentang perihal kedatangan Muhammad s.a.w. secara tidak
langsung. Ia hanya dapat difahami dengan displin ilmu yang pelbagai serta
melalui ilham yang diberikan oleh Allah. Tidak sedikit para ilmuan Islam telah
berjaya menggali ayat-ayat tersebut dan berhasil menjumpainya.
Malah pembohongan Rafi’ dan Wahb sepertimana di
dalam asbabun nuzul ayat 15 hingga 32 surah al Maidah itu juga, bukan setakat
ditegur oleh Allah, malah Allah s.w.t. sendiri memberikan petunjuk kepada umat
Islam di mana di dalam kitab yang berada ditangan Ahli Kitab itu, terdapat
berita-berita mengenai perihal Muhammad serta para sahabatnya yang terlindung
dari eksploitasi golongan Ahli Kitab.
Bermula ayat 20 sehingga 26 surah al Maidah,
Allah menceritakan kembali bagaimana peristiwa arahan Allah kepada Musa a.s.
dan Bani Israel untuk memasuki Canaan (wilayah Palestin kini), ditolak oleh
Bani Israel kerana mereka merupakan bangsa yang pengecut.
Peristiwa itu berlaku apabila Musa a.s.
menghantar sepasukan 12 orang pengintip yang dikerah untuk memantau serta
merisik tanah Canaan sebelum Bani Israel memasukinya. Kesemua mereka kemudian
mengikuti arahan tersebut. Apabila sampai di sana, mereka melihatkan keadaan
umat yang mendiami kawasan itu merupakan umat-umat yang gagah serta sangat kuat
dan tidak terdaya dilawan oleh mereka. Maka, mereka pun pulang membawa
berita-berita yang menakutkan untuk Bani Israel. Arahan Musa a.s. diketepikan
mereka. Mereka berkumpul dan menceritakan kepada Bani Israel yang Bani Israel
akan menerima mala petaka sekiranya mereka bertindak mengikut arahan Musa a.s. untuk
memasuki Canaan.
Tetapi dikalangan 12 orang pengintip yang dihantar oleh Musa,
hanya 2 orang yang cekal serta bersemangat untuk terus menurut setiap arahan
yang diberikan Allah melalui Musa .a.s. Nama mereka direkodkan sebagai Yusha’
bin Nun (Joshua) dan Khalib bin Jephunneh (Caleb son of Jephunneh).
Sebagaimana yang direkodkan di dalam Bible di
dalam Numbers (kitab Bilangan) fasal 14 ayat 7 hingga 9 ayat serta disahkan
cerita tersebut melalui ayat 23 surah al Maidah seperti berikut:
7 And they spake unto all
the company of the children of Israel, saying, The land, which we passed
through to search it, is an exceeding good land. 8 If theLorddelight in us, then he will bring us into this land,
and give it us; a land which floweth with milk and honey. 9 Only rebel not ye against
theLord, neither fear ye the
people of the land; for they are bread for us: their defence is departed from
them, and theLordis with us: fear them not.(Numbers 14 : 7 hingga 9)
Berkatalah dua orang lelaki di antara orang-orang yang
takut, dan Allah telah memberi kedua mereka nikmat, “Serbulah mereka melalui
pintu gerbang, apabila kamu memasukinya, nescaya kamu akan beroleh kemenangan,
dan kepada Allah-lah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang
beriman.” (al Maidah ayat 23)
Bani Israel yang bersikap biadab dan penakut tidak
mempercayai kata-kata kedua mereka. Lantas mereka berkumpul dan mengambil
keputusan untuk mengarahkan Musa dan Allah pergi berperang bagi pihak mereka.
Mereka mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat kemenangan yang bakal dicapai
Musa dan Tuhannya. Lantas, atas kebiadaban ini, Allah mengharamkan mereka
memasuki Canaan selama 40 tahun. Hanya Yusya’ bin Nun dan Khalib dari generasi
manusia yang dianggap biadab itu dibenarkan memasuki Canaan selepas 40 tahun.
Sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam blog
ini sebelum ini ,
Bani Israel kemudiannya turut memfitnah Musa a.s. sebagai turut tidak layak
memasuki Canaan kerana baginda telah difitnah sebagai bersikap biadab dengan
Bani Israel. Isu tersebut telah disentuh dan diperjelaskan di dalam penulisan
sebelum ini.
Rafi’ dan Wahb, kedua orang Yahudi yang telah
mengatakan Allah tidak akan mengirimkan mana-mana nabi sesudah Musa, mungkin
terlupa yang terdapat banyak ayat-ayat di dalam Taurat dan Injil yang tidak diketahui
mereka turut merujuk kepada Muhammad s.a.w. dan perkara-perkara yang bakal
berlaku disekelilingnya.
Penulisan berkenaan perihal ini, InsyaAllah akan
disambung pada bahagian 2 tepat jam 8 malam 13 Julai 2012. InsyaAllah.
Rujukan :
1. Dr. Ved Prakash Uphadday, Muhammad In The Hindu Scriptures, (2002),A.S. Nordeen, Kuala Lumpur.
2. Alan Sponberg & Helen Hardacre, Maitreya, The Future Buddha, (1988), Cambridge University Press, Cambridge.
3. Jalalludin al Mahali & Jalalludin as Suyuthi, Tafsir Jalallain, Jilid 1, (2002), Sinar Baru Algesindo, Bandung.
4. King James Version, The Holy Bible, (2002), Barbour Publishing, Inc.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.
semuanya sama-kisah pendita-pendita agama yang sudah lupa diri, terasa diri lebih pandai, lebih baik, lebih mulia daripada yang lain apabila dihormati khalayak ramai kerana kepandaian mereka beragama, dan memberitakan dengan patuh ajaran-ajaran Tuhan, pada mulanya. Tetapi apabila diberitakan sesuatu yang tidak selari dengan agenda mereka, walaupun berita itu datang daripada Maha Pencipta sekalipun, mereka mula pura-pura tidak faham, menukar cerita menjadi berita, mengadu domba, merekacipta musuh yang tiada, kafir-mengkafirkan mereka-mereka yang tidak sependapat dengan mereka, either you are with us or against us, kepada mereka tiada lagi jalan tengah, kalau tidak sokong kami, kamu semua akan masuk neraka seperti mereka, mereka lupa, atau sengaja buat=buat lupa, kedudukan, prestij atau kerusi (atau meja) adun atau parlimen adalah kurniaan Allah subhanawataala, bukannya sentimen khalayak ramai semata-mata. Namun tidak dinafikan akan ada juga yang takut dan terpengaruh dengan ugutan mereka kerana kurang iman contohnya, dan percaya Tuhan itu Maha Kejam, Maha Zalim, Maha Pencarut, lalu mendaftar nama masuk kumpulan mereka kerana dijanjikan surga, memangkah memilih mereka contohnya kerana jika tidak akan ke naraka...semuanya sama, kisah manusya vyasa mendevakan pandit-pandit agama sudah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau, wallahualam...salam sejahtera keatas mu wahai tuan pengarang, simpan dulu, hamba nak tumpang sedikit pahala tuan. amin ya rabbalamin
Rizal Hass, Apa yang diusahakan di atas belum tentu menghadirkan dirinya dalam bentuk pahala di hari muka..
Sebagai manusia yg berusaha, kita cuma tahu apa kesudahan perkara yg kita usahakan bila ia dibawa dihadapan Allah di akhirat nanti.. samada Allah meredhainya atau tidak, segalanya di atas kehendak Allah..
Yang paling ditakuti bila, apabila dipersembahkan usaha-usaha keras ini kelak dihadapan Allah, ianya dilemparkan kembali ke wajah ibarat kain-kain buruk yang tiada nilai hanya kerana segalanya dilakukan tidak ikhlas, dicemari sifat takbur dan sebagainya..
Sehingga hari itu, yang boleh dilakukan ialah, berterusan mengharap segalanya diredhai Allah dan semua usaha ini tak terseilap langkah..
Hanya setelah adanya redha itu, barulah ada bahagian-bahagian yang membahagiakan untuk saya dan saudara serta setiap yang membantu dalam penyebarannya serta menyokongnya diakhirat nanti.. Allah sahaja Yang Maha Mengetahui..
The prophecy said Ahmad; 'Servant of God' will war in bringing judgement, to correct the wrongs. He will also liberate Arabia from worshiping molten images. Wilderness (desert), villages and cities will glorify God. This is what happen today. Whole of Arabia worshiping God daily.
And we continue reading Isaiah 42:18 - 25; Children of Israel will still be deaf and blind as they neglect the message brought by the 'Servant of God'. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
In Isaiah 42:1, this cannot be a coincidence. If we look at the writing of אתמך (Atmc) אחמד (Ahmad). Not to mentioned אתמך (Atmc) is a term used only once throughout. [Scribes copying error or indeed an intended error?] And the word before אתמך (Atmc), is עבדי (Abedi~My Servant). It is indeed indicating Ahmad; Abedallah (Ahmad; Servant of God).
Children of Israel had been foretold by the coming of Ahmad.