Friday, July 13, 2012

Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg 2

1

Oleh : Imran Haaz/M.I.A.

Antara yang telah biasa dibicarakan ialah perihal ayat yang dimuatkan di dalam kitab Deuteronomy (Ulangan) fasal 18 ayat 17 hingga 22 seperti berikut :

17 And the LORD said unto me, They have well spoken that which they have spoken. 18 I will raise them up a Prophet from among their brethren, like unto thee, and will put my words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him.19 And it shall come to pass, that whosoever will not hearken unto my words which he shall speak in my name, I will require it of him. 20 But the prophet, which shall presume to speak a word in my name, which I have not commanded him to speak, or that shall speak in the name of other gods, even that prophet shall die. 21 And if thou say in thine heart, How shall we know the word which the LORD hath not spoken? 22 When a prophet speaketh in the name of the LORD, if the thing follow not, nor come to pass, that is the thing which the LORD hath not spoken, but the prophet hath spoken it presumptuously: thou shalt not be afraid of him.

Tuhan telah menjelaskan di dalam ayat 18 sepertimana yang dijelaskan di atas, bahawa Dia akan mengirimkan kepada Bani Israel seorang nabi dari kalangan saudara mereka (brethren). Oleh kerana ayat tersebut ditujukan semasa kehadiran semua 12 suku Bani Israel yang hadir hadapan Musa pada ketika itu, maka perkataan ‘saudara’ itu mencadangkan bahawa nabi tersebut akan datang dari suku atau kelompok Bani Ismail yang tidak ada bersama mereka pada ketika itu. Bani Ismail merupakan keturunan sulung kepada Nabi Ibrahim a.s. Terdapat juga ‘saudara’ Bani Israel yang berasal dari suku Esau yang merupakan anak sulung kepada Ishak a.s. Tetapi jurai keturunannya tidak melahirkan nabi sepertimana yang memenuhi kriteria yang disebutkan di dalam ayat Deuteronomy 18 yang menyebut, nabi yang bakal muncul itu perlulah mempunyai perwatakan serta peristiwa-peristiwa yang melingkari kehidupannya lebih kurang sama dengan apa yang dilalui oleh Musa a.s.
Bani Israel pula merupakan jurai keturunan yang berasal dari Nabi Ishak a.s. yang menurunkan keturunan Bani Israel melalui anak keduanya yang bernama Yaakob (Jacob) a.s. Jacob atau Yaakob juga disebut dan dipanggil oleh oleh dengan nama Israel. Ia sepertimana yang disebutkan Allah di dalam surah Ali Imran ayat 93. Baca pembohongan asal usul nama Israel di dalam Bible di sini (http://satuhala.blogspot.com/2007/10/jika-semua-nabi-itu-islam-dari-mana.html)
No
Musa a.s.
Muhammad s.a.w.
Isa a.s.
1
Dilahirkan sepertimana manusia biasa yang lain dilahirkan.
Dilahirkan sepertimana manusia biasa yang lain dilahirkan.
Dilahirkan dengan kelahiran Mukjizat.
2
Tidak dibesarkan oleh ibu sendiri.
Tidak dibesarkan oleh ibu sendiri.
Dibesarkan oleh ibunya sendiri (Siti Maryam)
3
Dibesarkan di dalam kediaman pemimpin besar di kawasan tersebut (Firaun)
Dibesarkan di dalam kediaman pemimpin besar di kawasan tersebut (Abdul Mutallib)
Dibesarkan di dalam jagaan Nabi Zakaria.
4
Berkahwin, berpoligami serta mempunyai anak.
Berkahwin, berpoligami dan mempunyai anak.
Tidak berkahwin dan kekal bujang sehingga diangkat ke langit.
5
Mendapat wahyu pertama ketika berada di tempat tinggi (Gunung Horeb menurut sumber J dan P, Gunung Sinai menurut sumber E dan D – Rujuk penulisan sebelum ini)
Mendapat wahyu pertama di tempat tinggi (Gua Hira’, Bukit Nur).
Sumber Israeliyyat menyatakan wahyu pertama diterimanya di Sungai Jordan. Al Qur'an menjelaskan dan memperbetulkan Isa a.s. menjadi Nabi ketika dia masih bayi dalam dukungan ibunya yang mulia, Maryam. (Maryam ayat 30)
6
Mendapat penentangan pemerintah dan pihak yang berkuasa ditempat asalnya (Mesir)
Mendapat penentangan pemerintah dan pihak yang berkuasa ditempat asalnya (Makkah)
Mendapat penentangan pemerintah dan pihak yang berkuasa ditempat asalnya (BaitulMaqdis)
7
Umat Nabi Musa menyembah berhala sebelum perlantikan Musa sebagai Rasul.
Umat Nabi Muhammad menyembah berhala sebelum perlantikan Muhammad sebagai Rasul.
Umatnya menyembah Allah.
8
Nabi Musa dan umatnya berhijrah keluar dari penindasan Firaun di Mesir.
Nabi Muhammad dan umatnya berhijrah keluar dari penindasan musyrikin Quraisy di Makkah.
Umatnya kekal tinggal di bawah penjajahan Rom.
9
Nabi Musa menerima kitab baharu sebagai panduan untuk umatnya iaitu kitab Taurat.
Nabi Muhammad menerima kitab sebagai panduan serta set perundangan baharu serta membenarkan apa yang terkandung di dalam Taurat dan Injil sebenar.
Menerima Injil yang membenarkan Taurat serta kitab-kitab sebelumnya.
10
Nabi Musa diterima sepenuhnya sebagai pemimpin oleh umat yang dipimpinnya.
Nabi Muhammad diterima sepenuhnya sebagai pemimpin oleh umat yang dipimpinnya.
Diterima hanya oleh sebahagian kecil umatnya dan ditentang majoritidaripada mereka.
11
Nabi Musa dan umatnya terlibat dalam siri-siri peperangan.
Nabi Muhammad dan umatnya terlibat di dalam siri-siri peperangan
Tidak membenarkan pengikutnya terlibat dalam peperangan disebabkan mereka tidak mempunyai kekuatan.
12
Nabi Musa berjaya di dalam memperkukuhkan kekuatan umatnya selepas kewafatannya dan melumpuhkan kekuatan musuh-musuh yang mengancam kekuatan mereka.
Nabi Muhammad berjaya di dalam memperkukuhkan kekuatan umatnya selepas kewafatannya dan melumpuhkan kekuatan musuh-musuh yang mengancam kekuatan mereka.
Umatnya ditindas serta diporak-perandakan sebaik baginda diangkat ke langit.
13
Nabi Musa pusat pemerintahannya berada di luar BaitulMaqdis (Jerusalem).
Nabi Muhammad pusat pemerintahannya berada di luar BaitulMaqdis (Jerusalem)
Tidak pernah menjadi pemerintah kerana tidak ditugaskan pada ketika itu untuk berbuat demikian.
14
Pengikut Musa a.s. (Joshua) menakluk Canaan (Palestin) kini.
Pengikut Muhammad (Umar dan para sahabah) menakluk Palestin.
Pengikutnya diburu dan dihalau keluar dari Palestin.
15
Musa a.s. wafat dengan kewafatan biasa sebagai manusia.
Muhammad s.a.w. wafat dengan kewafatan biasa sebagai manusia.
Kembali kepada Allah untuk dikembalikan ke dunia sekali lagi sebelum kiamat.
Jadual yang dimuatkan di atas menunjukkan antara persamaan-persamaan yang dapat dikenalpasti antara Nabi Musa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. Ia memuaskan syarat sepertimana yang disebut di dalam ayat 18 kitab Deuteronomy fasal 18.
Ada 5 Kriteria sebenarnya disebut di dalam Deuteronomy fasal 18 ayat 18 hingga 22.
1.        Tuhan telah berjanji akan menghantar seorang nabi dari kalangan saudara Bani Israel.
2.       Nabi tersebut mempunyai sifat-sifat serta lingkungan peristiwa yang berlaku disekelilingnya akan sama sepertimana yang dialami Musa a.s.
3.       Tuhan akan mewahyukan kepadanya ayat-ayat Tuhan untuk dia sampaikan.
4.       Setiap dari wahyu Tuhan itu akan disampaikannya atas nama Tuhan.
5.       Jika Nabi itu tidak menyampaikan dengan penuh kebenaran, dia akan dimatikan oleh Tuhan.
Dua dari kriteria tersebut sudahpun dihujahkan pada bahagian penulisan di atas dan di dalam jadual yang telah disediakan.  Kriteria ketiga iaitu nabi tersebut (iaitu Muhammad) akan diberikan wahyu serta perkataan-perkataan dari Tuhan kepada dirinya untuk disampaikan. Ia telah dijelaskan oleh Allah sendiri di dalam al Qur’an di dalam beberapa ayat. Antaranya ialah ayat seperti yang dipetik di bawah ini.
“Sesungguhnya, Kami-lah yang menurunkan al Quran, dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya.” (al Hijr ayat 9)
Sesungguhnya orang-orang yang kufur engkar terhadap al Qur’an ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi) sedang al Qur’an itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya, ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji. (Fussilat ayat 41 hingga 42)
Tidak hanya perakuan yang al Quran yang disampaikan kepada Muhammad s.a.w. adalah ayat-ayat yang diturunkan dari Tuhan yang mencipta serta mentadbir sekelian alam, malah Allah s.w.t. sendiri di dalam perakuan tersebut menyatakan bahawa kitab itu adalah merupakan kitab yang terpelihara serta tidak dapat didatangkan sebarang bentuk kepalsuan sehingga hari kiamat. Dengan, perakuan serta jaminan yang disebut di dalam contoh ayat-ayat di atas, sejak ianya diwahyukan lebih 1,400 tahun yang lalu, kitab ini masih tetap terpelihara dan berterusan mengkagumkan manusia dengan ilmu-ilmu pengetahuan serta panduan yang terdapat di dalamnya. Itu melengkapkan cirri ketiga bagi nabi yang ditunggu-tunggu Bani Israel.
Kalangan orang Nasrani seringkali mendakwa bahawa ayat 18 hingga 22 Deuteronomy fasal 18 tersebut merujuk kepada Jesus yang diperakukan mereka sebagai Tuhan. Dengan akidah yang dipegang mereka yang menganggap Jesus sebagai Tuhan, mereka hanya akan mencampakkan segala yang mereka percaya tentang Jesus di dalam satu putaran kekeliruan yang tidak dapat membuahkan apa-apa hasil yang baik. Mereka akan lebih keliru jika mereka mahu berkeras mendakwa ayat-ayat itu merujuk kepada Jesus.
Pada kriterion pertama lagi mereka sudah menghadapi masalah. Jika mereka mendakwa Jesus itu sebagai Tuhan, mana mungkin Tuhan mengutuskan diriNya sendiri untuk menjadi Nabi di kalangan saudara Bani Israel. Jadi, perkara pertama yang perlu mereka lakukan ialah membuat keputusan samada untuk terus mempercayai Jesus sebagai Tuhan atau sebagai Nabi yang telah dijanjikan Tuhan. Jika masih berkeras mendakwa ayat itu merujuk Jesus yang dipercayai mereka sebagai Tuhan, maka secara tidak langsung mereka mengatakan bahawa Tuhan itu pusat tumpuan pemikirannya sangat bercelaru. Ia ibarat mengatakan Tuhan telah berjanji kepada Musa bahawa pada suatu hari di dalam masa depan yang bakal menjelang kelak, Tuhan akan menghantar dirinya sendiri kepada manusia, lalu mewahyukan kepada diriNya sendiri untuk menyampaikan ajaran atas namaNya.
Kriterion kedua juga gagal mendekati persamaan Muhammad s.a.w. di dalam ciri-ciri serta persekitaran peristiwa yang berlaku ke atas diri mereka jika dibandingkan dengan Musa a.s. Ia boleh dirujuk pada jadual yang telah disediakan di atas.
Kriterion ketiga, jika orang-orang Nasrani menganggap Jesus sebagai seorang manusia biasa yang dilantik sebagai nabi dan rasul, ia bukanlah satu masalah untuk memenuhi syarat yang telah disebutkan. Tetapi agak pelik untuk Jesus yang dianggap sebagai Tuhan untuk berjanji kepada Musa untuk menghantar dirinya sendiri dan memasukkan perkataan-perkataanNya ke dalam diriNya dan mula bercakap di atas namaNya sendiri. Ianya sangat mengelirukan. Tetapi Kriterion ketiga ini, tidak bermasalah dengan Muhammad s.a.w. Setiap surah di dalam al Qur’an, kecuali surah at Taubah, dimulakan dengan kalimah Basmallah. Malah Jesus sendiri sepertimana yang disebut di dalam Bible menyatakan perkara berikut:
Kriterion ke lima sangat-sangat memberikan masalah kepada golongan yang tetap mahu menyatakan Deuteronomy fasal 18 ayat 18 hingga 22 merujuk kepada Jesus yang diimani mereka sebagai Tuhan. Kriterion kelima ini menyatakan bahawa jika Jesus menyampaikan ajarannya secara palsu dan tidak benar, dia akan ditakdirkan oleh Tuhan untuk dibunuh. Bukankah orang-orang Nasrani percaya bahawa Jesus itu nabi yang dijanjikan dalam Deuteronomy fasal 18? Dan bukankah orang-orang Nasrani juga merupakan orang-orang yang berkeras dengan kepercayaan bahawa Jesus dibunuh dengan cara penyaliban yang amat menghinakan di atas palang di Golgotha? Bukankah Deuteronomy 18 menyatakan hanya rasul palsu yang mengaku dirinya menyampaikan perkataan Tuhan, akan dibunuh oleh Tuhan sendiri? Apakah Jesus yang diimani mereka sebagai Tuhan dan Rasul diriNya sendiri telah menyampaikan ajaran tidak benar sehingga menyebabkan dia dibunuh dipalang?
Orang-orang Islam tidak mempunyai masalah dengan kekeliruan demi kekeliruan yang dialami orang-orang Nasrani. Muslim sentiasa percaya bahawa Isa a.s. atau Jesus itu, merupakan salah seorang dari Rasul Allah yang mulia dan hebat di dalam menjalankan tugasan kenabiannya. Muslim juga sentiasa percaya bahawa Isa a.s. tidak dibunuh, tetapi telah diselamatkan Allah dan diangkat ke langit. Dengan kepercayaan Muslim ke atas Jesus dalam versinya sebagai nabi dan rasul yang mulia, kekeliruan akibat doktrin ketuhanan palsu Jesus tidak akan timbul.
Berkenaan Kriterion kelima  ini, Allah s.w.t. telah memberikan amaran kepada setiap nabi dan rasul yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan kebenaran kepada umat mereka, jika mereka menyatakan sesuatu yang bukan dari Allah dan mendakwa ianya dari Allah, nyawa mereka akan diputuskan.
Begitu juga dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda telah diberikan peringatan oleh Allah supaya hanya menyampaikan apa yang Allah wahyukan dengan penuh amanah dan kebenaran. Jika, peringatan ini tidak diendahkan, sepertimana yang telah disebutkan di dalam ayat Deuteronomy fasal 18 ayat 20 di atas, Allah menyatakan bahawa Allah akan menyentap sehingga putus urat jantung Rasulullah s.a.w. dan mematikan baginda.
Bahawa sesungguhnya al Qur’an itu ialah (wahyu dari Kami) yang disampaikan oleh Rasul yang mulia. Dan bukanlah  al Qur’an itu perkataan seorang penyair (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang,) amatlah sedikit kamu beriman. Dan juga bukanlah al Qur’an itu perkataan seorang pawang (sebagaimana yang kamu dakwakan. Tetapi sayang,) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan. (al Qur’an itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekelian alam. Dan kalaulah (Nabi Muhammad yang menyampaikan al Qur’an itu) mengatakan atas nama Kami secara dusta (sebarang kata-kata rekaan).Sudah tentu Kami akan menyentapnya, dengan kekuasaan Kami. Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati serta merta). Maka tidak ada seorangpun di antara kamu yang dapat menghalang (tindakan Kami itu) daripada menimpanya. (al Haqqah ayat 40 hingga 47)
Tetapi perkara itu tidak berlaku. Rasulullah s.a.w. amanah di dalam penyampaiannya. Baginda wafat di dalam kewafatan sepertimana manusia normal lain. Yang membezakan baginda dengan manusia lain, ialah ketakwaan baginda serta kedudukan baginda sebagai nabi dan rasul yang tiada tolok bandingnya. Justeru itu, sangat jelas setiap kriteria yang disebut di dalam Deuteronomy fasal 18 ayat 18 menunjukkan, Muhammad-lah nabi yang dimaksudkan.
Membaca terjemahan Inggeris Bible versi KingJames sepertimana yang dimuatkan di atas, mungkin ianya tidak cukup lagi menyakinkan kepada yang masih skeptik. Ini kerana terjemahan itu dibuat bagi memastikan pusat pemikiran tidak tertumpu kepada sebarang cadangan yang mungkin memberi kelebihan kepada kedudukan Muhammad sebagai nabi yang dijanjikan tersebut.
Justeru itu, menilai Deuteronomy fasal 18 ayat 18 hingga 22 di dalam bahasa Hebrew mungkin boleh memberikan sedikit lagi pencerahan ke atas ayat yang dimaksudkan.


Perhatikan bagaimana terjemahan Bible di dalam Terjemahan Yahudi Ortodoks (Ortodox Jewish Bible-OJB) mengekalkan frasa-frasa tertentu di dalam bahasa asalnya supaya maksud asal ayat tidak dikelirukan. OJB mengekal perkataan Akhim (saudara-saudara) dan juga Bishmi (dengan nama Aku) sebagai antara tanda-tanda yang bakal mengiringi kemunculan nabi yang dijanjikan tersebut. Perhatikan terjemahan berikut untuk Deuteronomy (Kitab Bilangan atau Devarim)  fasal 18 ayat 18 hingga 22:     
15Hashem Eloheicha will raise up unto thee a Navi from among thee, of thy achim, kamoni (like me [Moshe, Ex 32:30]); unto him ye must listen;16According to all that thou desiredst of Hashem Eloheicha in Chorev in the Yom HaKahal, saying, Let me not hear again the voice of Hashem Elohav, neither let me see this eish hagedolah any more, that I die not. 17And Hashem said unto me, They have well spoken that which they have spoken. 18I will raise them up a Navi from among their achim, like unto thee, and will put My words in his mouth; and he shall speak unto them all that I shall command him [Yn 10:18]. 19And it shall come to pass, that whosoever will not listen unto My words which he shall speak Bishmi (in My Name), I will require it of him. 20But the navi, which shall presume to speak a word Bishmi (In My Name), which I have not commanded him to speak, or that shall speak in the shem of elohim acharim, even that navi shall die. 21And if thou say in thine lev, How shall we know the word which Hashem hath not spoken? 22When a navi speaketh b'Shem Hashem, if the thing follow not, nor come to pass, that is the thing which Hashem hath not spoken, but the navi hath spoken it bezadon (in zadon [presumption,arrogance]); thou shalt not be afraid of him. {Terjemahannya :Ha-shem Eloheika (Tuhan Kamu) akan mengangkat seorang Nabi dikalangan kamu, dari saudara kamu, Kamoni (seperti aku), kepadanya nanti harus kamu dengar (dan patuh). Sepertimana yang telah kamu pinta Ha-shem Eloheika (Tuhan Kamu) makbulkan ketika kamu berada di Yom HaKahal (hari perhimpunan) di Chorev (Gunung Horeb) dengan berkata, jangan biarkan kami sekali lagi mendengar suara Hashem Elohav, begitu juga janganlah hendaknya kami melihat Eish Ha-Gadolah (Lelaki Hebat-iaitu Musa) ini, supaya kami tidak mati. & Hashem berkata kepadaku (Musa), “Mereka telah mengatakan perkara sebenar mereka perkatakan. Aku akan mengangkat kepada mereka seorang Nabi dari kalangan achim (saudara-saudara) mereka, seperti kamu (Musa), dan Aku akan memasukkan firmanKu ke dalam mulutnya, dan dia akan menyampaikan kepada mereka segala yang aku perintahkan. Kelak nanti, jika ada sesiapa yang tidak mematuhi firmanKu yang disampaikannya atas Bishmi (namaKu), daripadanya akanKu tuntut pertanggungjawaban. Tetapi, sekiranya Nabi tersebut berani menyampaikan perkataan atas Bishmi (namaKu) yang tidak pernah Aku perintahkan untuk dikatakan olehnya, atau dia menyampaikan perkataan di atas Shem (nama) Elohim Acharim (tuhan-tuhan lainnya), Nabi tersebut akanKu matikan. Jika kamu bertanyakan di dalam lev (hati) kamu, “Bagaimana boleh kami mengetahui samada Nabi tersebut menyampaikan sesuatu yang Ha-shem (Tuhan) tidak wahyukan? Sekiranya seorang Nabi bercakap b’Shem Hashem (dengan Nama Tuhan), tetapi apa yang diperkatakannya itu tidak menjadi kenyataan atau tidak sampai, itulah perkara yang Hashem (Tuhan) tidak wahyukan, tetapi jika  nabi tersebut be-zadon (dengan berani) mengatakannya, kamu tidak perlu takut kepadanya.
Akhim ( אחים ) yang digunakan merupakan kata jamak kepada Akh (אח) yang membawa maksud saudara. Akhim kepada Bani Israel dihadapan Musa ketika itu ialah saudara-saudara mereka. Akhim boleh membawa maksud saudara-saudara sedarah dan juga boleh menggambarkan saudara-saudara seagama sepertimana yang disebut di dalam Isaiah fasal 66 ayat 20 seperti di bawah.

"Then they shall bring  et Kol Ha Eikhem (all your brethren) Mi Kol Ha Goyim (from all the nations) as a grain offering to the LORD, on horses, in chariots, in litters, on mules and on camels, to My holy mountain Jerusalem," says the LORD, "just as the sons of Israel bring their grain offering in a clean vessel to the house of the LORD.

Sepertimana yang telah Tuhan di dalam Bible janjikan kepada Abraham (Ibrahim) di dalam Genesis (Kitab Kejadian) fasal 12 ayat 2, keturunan Abraham akan menjadi sebuah bangsa yang besar (Goyim Ha-Gadol). Ia seperti di bawah:

And I will make of thee Goyim Ha-Gadol (a great nation), and I will bless thee, and make thy name great; and thou shalt be a blessing

Jadi perkataan Et-Kol Ha-Eikhem Mi-Kol Ha-Goyim di dalam Isaiah fasal 66 ayat 22 dengan jelas membawa maksud saudara-saudara kamu dari kalangan pelbagai bangsa yang mencadangkan bahawa Akhim itu adalah termasuk juga di dalam bentuk persaudaraan di dalam agama yang sama. Sepertimana setiap Muslim adalah bersaudara, semua Muslim percaya dan yakin bahawa semua nabi dan rasul yang pernah diutus dan pengikut-pengikut mereka yang tidak terpesong sebelum zaman kelahiran Muhammad s.a.w. juga adalah saudara-saudara seagama mereka.


OJB menggunakan perkataan Ha-Shem untuk menggantikan nama Tuhan yang sudah dilupakan orang-orang Yahudi. Jika Yahudi lain menggantikan  יהוה dengan perkataan Adonai (The Lord), Yahudi Ortodoks menggunakan Ha-Shem (The Name) bagi menggantikan nama Tuhan יהוה yang  telah dilupakan cara menyebutnya oleh ahli kitab.

 Jadi apakah dia Bishmi  (Dengan nama Aku) yang dimaksudkan di dalam Deuteronomy fasal 18 tersebut. Apakah nama Tuhan yang akan digunakan sebagai petanda ia merupakan wahyu Tuhan yang bakal dibawakan oleh nabi yang dijanjikan kepada ahli kitab ini?

Oleh kerana terdapat sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan, InsyaAllah, penulisan akan saya sambungkan pada 26 Julai 2012, tepat jam 6 pagi.

Rujukan :


1. Jalalludin al Mahali & Jalalludin as Suyuthi, Tafsir Jalallain, Jilid 1, (2002), Sinar Baru Algesindo, Bandung.
2. King James Version, The Holy Bible, (2002), Barbour Publishing, Inc.
3. A Phillip Brown II & Bryan W. Smith, A Reader's Hebrew Bible, (2008), Zondervan, Grand Rapids, Michigan. 
4. The Orthodox Jewish Bible, Tanakh and Orthodox Jewish Brit Chadasha, (2011), AFI International Publisher, New York, m/s 192.  (bagi yang berminat untuk membuat kajian, versi pdf boleh dimuat turun dari laman web ini :  http://www.afii.org/OJB.pdf)
5. Dr. Ved Prakash Uphadday, Muhammad In The Hindu Scriptures, (2002), A.S. Nordeen, Kuala Lumpur. 
4

© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda. 

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

1 comment:

Anonymous said...

Kedatangan hamba Allah
"" "" "" "" "" "" "" "" "" "
'Atmak' belum tentu berarti 'yang ku junjung' tapi itu sebenarnya nama

penulisan Atmak adalah אתמך
penulisan Ahmad adalah אחמד

Dalam Yesaya 42:1, Allah berkata
"Lihatlah, 'Hambaku' (diucapkan sebagai Abd-ee), 'yang Ku junjung' (diucapkan sebagai Atmak);

Allah menubuatkan tentang kedatangan hamba-Nya
Lihatlah Hambaku Ahmad (Yesaya 42:1) - dan begitu siapa Ahmad ini? disebut hamba Allah?

Dia tidak lain adalah
Abd-Allah Ahmad (Hamba Allah, Ahmad) - Nabi Muhammad saw