(artikel ini merupakan bahagian ketiga dari artikel bertajuk Bolehkah kita melihat Allah? Untuk membaca bahagian pertamanya, sila klik sini.)
Kesimpulannya, jika penglihatan dijadikan kayu ukur untuk menidakkan akan kewujudan Allah, maka methodology ini sangatlah tidak boleh diguna pakai. Ini sepertimana yang telah dijelaskan di atas bahawa seumur hidup kita, kita telah 'ditipu' oleh penglihatan kita sendiri. Kesemua kelemahan penglihatan di atas hanya dapat di atasi dengan menggunakan berbagai jenis bantuan dalam bentuk peralatan-peralatan dan sebagainya. Begitu juga dengan Allah, kita sangat memerlukan bantuan bagi kita untuk dapat melihat Allah. Bentuk bantuan yang diperlukan kita ialah iman. Dalam Islam Rukun iman dinyatakan dengan jelas dalam sebuah hadis :
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : “Bertanyalah kepadaku!” kerana itu para sahabat berebut hendak bertanyanya. Tetapi sekonyong-konyongnya datang seorang lelaki, lalu dia duduk dekat lutut Nabi s.a.w. dan bertanya. “Apakah yang dikatakan Islam?”
Jawab Nabi s.a.w. “ (1) Jangan mempersekutukan sesuatu dengan Allah. (2) Tegakkan solat. (3) Bayarkan zakat; dan (4) Puasa bulan Ramadhan,"
Kata orang itu, “Engkau benar!” lalu dia bertanya pula, “Ya, Rasulullah! Apakah yang dikatakan Iman?”
Jawab Nabi s.a.w., “(1) Iman dengan Allah; (2) Iman dengan para malaikatNya; (3) Iman dengan kitab-kitabNya, (4) Iman hendak bertemu denganNya; (5) Iman dengan para RasulNya; (6) Iman dengan berbangkit; (7) Iman dengan Qadar semuanya,
“Engkau benar!” ujar orang itu.
Tanyanya pula, “Ya Rasulullah! Apakah yang dikatakan Ihsan?”
Jawab Rasulullah s.a.w. “Hendaklah engkau takut kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekalipun engkau tidak melihatNya, sesungguhNya Dia melihatmu,"
“Engkau benar!” katanya.
Tanyanya pula, “Ya Rasulullah! Bilakah terjadinya kiamat?”
Jawab Rasulullah s.a.w., “Orang yang ditanya tentang itu, tidak lebih tahu daripada yang menanyanya. Tetapi akan kuterangkan tanda-tandanya: (1) Apabila engkau lihat budak perempuan melahirkan majikannya, itu salah satu dari tanda-tandanya; (2) Apabila engkau lihat orang-orang bodoh yang miskin menjadi Raja di bumi; itu termasuk tanda-tandanya; (3) Apabila engkau lihat gembala-gembala ternak telah bermewah-mewah di gedung-gedung nan indah; yang demikian itu juga termasuk tanda-tandanya,"
Kemudian, ada lima perkara ghaib yang tidak dapat diketahui orang selain Allah. Lalu Rasulullah s.a.w. membacakan ayat : “Sesungguhnya Allah, hanya Dia sajalah yang mengetahui tentang hari kiamat; Dialah yang menurunkan hujan; dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim; dan tiada seorang pun yang akan mengetahui dengan pasti apa yang akan dikerjakannya pada hari esok; dan tidak seorang pun pula mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal," (Luqman ayat 29)
Kemudian orang itu pergi. Maka bersabda Rasulullah s.a.w., “Panggillah orang itu kembali!” Para sahabat berusaha mencarinya, tetapi mereka tidak mendapatkannya lagi. Maka bersabda Rasulullah s.a.w., “Itulah Jibril! Dia sengaja datang hendak mengajarkan agama kepada anda sekalian, kerana anda tidak menanyakannya,"
(Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis di atas, diterangkan mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Terdapat beberapa hadis lagi yang diriwayatkan oleh beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. dalam perkara yang sama. Dalam semua rukun iman yang disebut, hanya satu sahaja yang dapat kita pegang, rasa dan nampak iaitu Kalamullah, Al-Qur’anul Karim. Kitab-kitab terdahulu daripadanya kebanyakannya sudah tercemar dengan pengubahsuaian yang dilakukan manusia, tetapi ini tidak bermakna bahawa wahyu-wahyu Allah di dalam kitab-kitab sebelum ini iaitu dalam Zabur, Taurat dan Injil sudah tidak wujud lagi. Ianya masih ada dan dipelihara Allah bahagian-bahagiannya atas sebab-sebab yang hanya Allah s.w.t. tahu. Tidak dipeliharaNya kitab-kitab ini juga atas sebab yang hanya Dia saja yang mengetahuinya. Saya ada menjelaskan beberapa sebab setakat yang boleh difahami akal fikiran manusia di dalam eBook Syahadah saya. Menolak sama sekali kitab-kitab ini, menunjukkan kita ini Muslim yang sembrono dan sangat malas dalam mencari kebenaran dan ilmu serta tidak mahu memahami apa yang disampaikan Allah kepada kita melalui RasulNya Muhammad s.a.w. Tidak semua yang Israeliyyat itu hasil tangan manusia, masih terdapat ayat-ayat dan peraturan-peraturan yang Allah s.w.t. pelihara di dalamnya. Cara untuk mengenalnya ialah dengan membuat perbandingan dengan Al-Qur’an. Ini kerana Al-Qur’an itu merupakan pelengkap yang mengandungi ajaran-ajaran Zabur, Taurat dan Injil. Untuk mengetahui bagaimana cara membezakan ayat-ayat dari Allah dan ciptaan mansusia, cuma kita perlukan bandingkan dengan firman-firman Allah dalam Al-Qur’an, sekiranya terdapat percanggahan, maka ayat dari kitab-kitab sebelum Al-Qur’an yang bercanggah tersebut seharusnya ditolak kerana besar kemungkinan ianya hasil garapan tangan manusia itu sendiri. Begitu juga jika fakta-fakta yang terdapat dalam kitab-kitab sebelum Al-Qur’an yang bercanggah dengan fakta sebenar sains, sejarah dan apa-apa pengetahuan tepat mengenai sesuatu perkara yang sudah sedia kukuh kebenarannya dalam ilmu tersebut. Maka seharusnya ditolak ayat-ayat sebegini kerana ayat-ayat dari Allah tidak akan sama sekali mengandungi apa-apa kesalahan fakta atau bercanggah dengan apa jua keadaan. Dalam Al-Qur’an Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-An’aam ayat 115:
Al An’aam ayat 115
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.
Begitu juga dalam kitab Bible (New Testament) telah menjelaskan bahawa Tuhan itu bukanlah pencetus kekeliruan dan kekacauan.
For God is not the author of confusion, but of peace... (Kerana Tuhan itu bukanlah pengarang kekeliruan (kekacauan), tapi keamanan,)
1 Corinthians 14 ayat 33
Jelas sekali, sekiranya terdapat apa-apa kekeliruan dengan mana-mana ayat dalam kitab-kitab sebelum Al-Qur’an, maka ianya bukanlah dari Allah tetapi dari hasil garapan tangan manusia yang berkepentingan. Boleh saja membuat apa jua perbandingan dengan Al-Qur’an, ianya tetap kekal sebagai sumber ilmu yang paling benar dan tidak tersangkal kebenarannya dan ketepatannya. Lebih 1400 tahun yang lalu ianya diwahyukan, kebenarannya kekal tak tersangkal sehingga kini dan sudah pastinya sehingga kiamat. Banyak lagi ilmu yang tidak diterokai terkandung dalam Al-Qur’an. Carilah.. pasti akan ketemuinya. Berbanding dengan kitab-kitab sebelumnya yang tidak dijamin dipelihara Allah, buka saja isikandungannya yang dikatakan wujud kini, terhambur deras kekacauan dan ketidakseragaman serta fakta-fakta yang membuatkan akal seperti tidak perlu digunakan kerana banyaknya perkara di dalamnya di luar batasan lojik dan tidak dapat dijelaskan. Beberapa contoh telah saya muatkan dalam Syahadah.
Segalanya mengenai lima lagi rukun iman seperti yang tersebut dalam hadis di atas telah dijelaskan dengan cukup dalam Kitabullah bagi yang beriman dengannya. Jadi bagaimana untuk beriman dengan yang tidak nampak sekiranya satu-satunya perkara dalam rukun iman yang kita nampak, dibuat-buat tak nampak. Tanyalah kepada majoriti pengantin yang menggunakan Al-Qur’an sebagai hantaran perkahwinan mereka, pernahkah mereka buka dan membacanya serta menghargainya? Atau apakah ia kekal terbalut cantik dalam almari perhiasan sehingga cicitnya menjumpainya tersimpan kemas lalu menjualnya ke muzium atas nilai antiknya yang tak pernah disentuh selama ratusan tahun sejak ia dihadiahkan? Bagaimana untuk beriman dengan Allah dan Malaikat yang tak pernah kita nampak sedangkan Kitabullah yang kita nampak pun entah di mana disimpannya?
Inilah penyakit yang bakal mengundang kemunculan Al Masih Dajjal. Saya akan huraikan perihal Dajjal ini setelah saya siapkan posting yang menunggu giliran.
Dari kitabullah kita mengenali Allah, para malaikatNya, para rasulNya, hari kiamat, Qada’ dan Qadar dan sebagainya. Segalamnya jelas dan tidak meragukan serta menimbulkan kekeliruan apabila kita rajin membaca serta menghayati isikandungan Al-Qur’an. Di bawah ini saya berikan satu contoh ringkas bagaimana Al-Qur’an itu dapat membantu setiap yang beriman mengenali serta ‘melihat’ Allah. Dalam contoh ini, saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana kesan Al-Qur’an terhadap iman setiap manusia. Di dalam contoh tersebut juga saya akan membawa kepada anda jawapan kepada persoalan mengapa masih terdapat manusia yang mempertikaikan tentang Wujudnya Allah. Saya akan membahagikan manusia kepada 3 kategori. Pertama yang kufur, kedua yang munafik dan golongan ketiga pula ialah golongan mukmin.
Contoh ini saya tulis dalam bentuk satu cerita ringkas. Ceritanya mengisahkan tentang seorang ibu bernama Salmah yang menyuruh anaknya yang bernama Amran membeli pisang goreng. Baca petikannya di bawah.
Saalmh ada seaorng aank beranma Aamrn. Sautu peatng, Saalmh tearsa laapr lalu disuurhyna Aamrn pergi ke gerai uuntk mmbeeli piasng goerng. Aamrn pun mengayuh baiskal ke gerai teersbut. Seadng dia mengayuh, tiba-tiba daatng sekeor ajning mengeajrnya. Disebbkaan takut, Aamrn meangyuh laju baiskalnya lalu dia terajtuh. Ajning itu tiba dan teurs menggiigt kakiyna. Aaamrn menejrit memnita tolong. Oelh kearna teerkjut deangn jeirtannya, ajning itu pun melaarikn drii.
Cerita ringkas yang tragik ini :) akan menunjukkan kepada anda bagaimana ilmu dan ‘iman’ itu membantu manusia memahami sesuatu. Sengaja saya ejakan majoriti perkataan dalam cerita tersebut dengan ejaan yang salah. Ejaan yang salah ini hanya akan memberikan masalah kepada dua golongan manusia untuk memahami jalan ceritanya. Tetapi ianya bukan satu masalah pula bagi satu golongan manusia lagi. Golongan pertama yang akan mengalami masalah ialah golongan yang tak pernah belajar membaca apatah lagi mengeja atau pendek kata golongan buta huruf. Golongan ini, jika diberikan kepada mereka cerita tersebut untuk dibacakan, nescaya tiada mampu mereka untuk membacanya kerana mereka tiada ilmu. Apa kejadian yang menimpa Amran, watak dalam cerita tersebut, tidak langsung mereka tahu kerana mereka tidak tahu membaca. Sama ada diberikan cerita tersebut kepada mereka atau pun tidak, mereka akan kekal dalam keadaan tidak mengetahui kesudahan cerita itu kecuali jika dibantu mereka untuk belajar membacanya oleh golongan yang celik huruf. Golongan pertama inilah merupakan golongan kafir yang tiada kefahaman langsung terhadap isikandungan Kitabullah yang membawa manusia dalam mengenal Allah. Jika hurufnya tidak dikenal, maka bagaimana mereka hendak menghayati isikandungannya bagi membantu mereka memahami dan mengenali siapa itu Tuhan Sekelian Alam ini. Sebagaimana yang kita ketahui, golongan kafir terutamanya atheist merupakan antara golongan yang paling keras penentangannya terhadap kewujudan Tuhan iaitu Allah Yang Maha Esa. Mereka menolak segala bukti dan penerangan mengenai kewujudan Tuhan oleh kerana mereka ini tiada pengetahuan kukuh mengenainya. Mereka ini tidak boleh disalahkan 100% kerana penentangan mereka. Ini kerana sebagai Muslim, apakah kita telah berusaha untuk membantu mereka dan menjalankan tanggungjawab kita dengan berdakwah? Sebenarnya kita ini antara umat yang paling malas dalam berdakwah. Tak percaya? Pergi solat Jumaat dan tengok kiri kanan anda, sekiranya muka yang di sebelah kiri, kanan, depan dan belakang anda sangat tipikal dengan ciri-ciri yang ada pada wajah anda, ini bermakna masyarakat Islam dalam kariah anda tersebut merupakan antara yang paling malas berdakwah. Si Imam hanya bising dan pandai berhujah bila elaunnya lambat masuk. Mana dia mukmin berwajah cina? Mana pula mukmin berwajah India? Mana dia Punjabi dan Orang asli muslim? Sanggup kita biarkan mereka dibakar selamanya dalam neraka kerana kemalasan kita? Sanggup kita buncit dengan elaun tadbir masjid dalam kariah tanpa ada usaha mendekatkan Islam kepada yang bukan Islam dan anak-anak muda Islam? Yang kita di pejabat pula, sanggup kita hantarkan email lawak-lawak bodoh, lucah dan merapu kepada mereka tapi tak sekalipun email yang mengandungi pelawaan kepada mereka untuk melihat kebenaran Islam kita hantarkan. Kita bising di sini hendak menegakkan hudud, tapi kita tak pernah langsung cuba mengurangkan kesan tentangan terhadapnya dengan mengurangkan bilangan kafir dengan berdakwah kepada mereka. Bukankah apabila ramai dari mereka kembali kepada Islam, tentangan terhadap usaha kita akan semakin berkurangan. Jika 90% rakyat negara ini mukmin, tiada keberatan kepada kerajaan untuk menimbangkan untuk menegakkan kembali perlembagaan Allah yang merupakan perundangan asal tanah ini sebelum dari kehadiran golongan-golongan yang tak tahu bersyukur ini. Mereka berani meludah ke muka kita kerana kita semua berpenyakit!!! Kurap dan kudis wahn (Cinta dunia dan takut mati) yang digaru sedap ini menimbulkan tanpa sedar kepada kita nanah-nanah masak yang menunggu masa untuk pecah. Bila sakit nanah hampir pecah barulah sibuk nak berpencak. Inilah dia janji Rasulullah yang harus kita telan atas kealpaan kita sendiri. Satu per satu belang golongan ini di negara kita mula dipertunjukkan kepada kita. Bercakap perkara ini mengundang emosi, jadi ada baiknya dihentikan setakat ini.
Golongan kedua pula ialah golongan yang baru belajar membaca. Seperti kanak-kanak yang baru belajar mengeja di tadika (kindergarten). Golongan ini pastinya sukar untuk membaca sesuatu yang di eja dalam bentuk sedemikian. Ini kerana mereka kurang pendedahan dan skill membaca mereka masih belum ditajamkan. Skill pembacaan hanya dapat ditajamkan apabila semakin kerap kanak-kanak tersebut membuat latihan penulisan dan pembacaan. Apabila semakin dewasa dan semakin banyak mereka belajar membaca dan menulis, maka kemahiran mereka akan semakin hari semakin tajam. Tetapi sebaliknya pula akan terjadi kepada golongan yang malas membaca dan belajar menulis. Mereka ini akan kekal dalam kebodohan mereka selama-lamanya. Bagi yang memajukan diri dan kerap membuat latihan, mereka akan mencapai tahap golongan ketiga apabila mereka semakin maju dalam pembacaan dan penulisan. Jadi, cerita Amran itu tadi tidak akan susah bagi mereka membacanya. Golongan kedua inilah merupakan golongan Islam, yang mengaku diri mereka Islam, tapi tak pernah mengamalkan ajaran Islam. Pada sisi mereka ada Kitabullah dan ilmu-ilmu yang tak pernah dimanfaatkan dan dipraktikkan. Mereka inilah golongan yang amat mudah dipesongkan akidah mereka kerana mereka tidak pernah tahu manfaat mendalami ilmu agama itu sendiri. Mereka membiarkan diri mereka jahil, hasilnya apabila kebodohan disogokkan kepada mereka, mereka akan terue menerimanya tanpa banyak soal. Sebab itulah akhir-akhir ini, terlalu banyak ajaran sesat yang dilaporkan berlaku dan pengikutnya pula ramai dari kalangan Islam dari golongan kedua ini. Berdakwah dan beramal hanya atas dasar dengar-dengar cakap orang dan tidak bersandarkan sumber yang sah seperti Al-Qur’an dan hadis.
Golongan ketiga pula ialah golongan yang suka membaca, kerap membaca dan mahir dalam pembacaan. Bagi mereka, tiada masalah bagi mereka untuk memahami cerita Amran tersebut, meskipun keseluruhan cerita itu dieja dengan menggunakan pendekatan yang luar dari kebiasaan. Apakah anda mengalami masalah membaca cerita tersebut walaupun ia dieja dengan sedemikian rupa? Tidak kan? Begitulah ilmu serta pengetahuan tentang Allah kepada mereka yang sentiasa dekat dengan ayat-ayat Allah dalam Al-Qur’an. Mereka kerap membacanya dan memahami maksud-maksud bacaannya. Jadi masalah yang timbul kepada dua golongan awal tadi, tidak timbul kepada golongan ketiga ini. Sebagaimana cerita tersebut tidak menyukarkan anda untuk membacanya, sebegitulah juga dengan orang-orang yang beriman dengan Kitabullah.
Bersambung pada bahagian 4 (bahagian terakhir).. klik sini
© Disember 2007 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987.
eNovel dari Muhammad Ibn 'Az pemilik blog satuhala... Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...
Dapatkan juga CD-ROM kitab-kitab agama dunia untuk di buat kajian dan perbandingan... untuk mendapatkannya, klik banner di bawah...(stok adalah terhad)