Sunday, April 22, 2007

Cara Pembelian eBook Syahadah

Untuk makluman tuan-tuan, ebook ini telah pun diterbitkan di dalam bentuk Novel di bawah label PTSIslamika Sdn. Bhd. Ia sudah memasuki pasaran sejak April 2010. Tuan-tuan boleh mendapatkannya melalui kedai-kedai buku seperti Popular, MPH, Gramedia dan sebagainya. Atas penerbitan ini, saya sacara rasminya menghentikan penjualan eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist mulai April 2010. Novel dalam bentuk buku diterbitkan dengan nama 'Syahadah Gadis Ateis'.



Antara Isikandungan Syahadah Gadis Ateis.
Persoalan-persoalan berikut dijawab dalam bentuk dialog pertanyaan dan jawapan dalam
Syahadah Gadis Ateis.

1. Ramai Atheist (golongan tidak mempercayai Tuhan) menyatakan, tubuh badan
mereka adalah milik mutlak mereka. Jadi hala tuju hidup dan takdir mereka
ditentukan oleh mereka sendiri. Benarkah kenyataan mereka tersebut?

2. Siapakah Dia Tuhan?

3. Kenapa kita mesti menyembah Tuhan?

4. Bolehkah kita melihat Dia?

5. Bagaimanakah hendak membezakan antara tuhan-tuhan palsu dan Tuhan yang sebenarnya?

6. Siapakah Dia Allah?

7. Bagaimana untuk meyakinkan yang ‘tuhan-tuhan’ yang disembah selain Allah itu
palsu?

8. Setiap agama ada kitab sucinya, apakah beza Al-Qur’an dengan kitab-kitab suci
yang lain?

9. Bagaimana hendak membuktikan yang Al-Qur’an itu memang dari Allah Tuhan
Sekelian Alam?

10. Bagaimana pula untuk meyakinkan yang kitab-kitab selain Al-Qur’an itu sudah
tercemar? Bagaimana hendak membuktikannya?

11. Kitab Zabur, Taurat dan Injil tercemar dengan pengubahsuaian yang dilakukan
manusia. Tapi Al-Qur’an dipelihara Allah sampai kiamat. Kenapa Al-Qur’an saja
dipelihara sedangkan kitab Zabur, Taurat, Injil dan selainnya yang diwahyukan
Allah tidak Dia pelihara?

12. Jika hanya Al-Qur’an yang dijanjikan Allah s.w.t. akan dipelihara, kenapakah
tidak diturunkan saja Al-Qur’an bermula dari zaman Nabi Adam a.s.?

13. Kenapakah orang bukan Islam digelar sebagai Kafir, bukankah kasar begitu?

14. Jika sujud kepada mana-mana makhluk selain Allah bererti syirik dan murtad,
kenapakah Allah menyuruh para malaikat dan iblis sujud kepada Nabi Adam a.s.?

15. Jika sujud kepada mana-mana makhluk selain Allah bererti syirik dan murtad,
kenapakah Allah menyuruh para manusia sujud di depan Kaabah?

16. Jika Allah s.w.t. Maha Penyayang dan Maha Adil, adilkah Dia membakar orangorang
kafir selama-lamanya dalam neraka?

17. Benarkah Islam agama yang mendiskriminasi wanita?

18. Poligami dalam Islam sesuatu yang tidak adil?

19. Kenapakah hanya lelaki dibenarkan berkahwin sampai empat sedangkan wanita
diharamkan berbuat demikian, adilkah sebegitu?

20. Benarkah hukum aurat menindas wanita?

21. Benarkah wanita dalam Islam dibenarkan kepada suami mereka untuk memukul
mereka?

22. Wanita dalam Islam kelas dua jika disbanding dengan lelaki?

23. Benarkah taraf seorang saksi lelaki bersamaan dengan dua orang saksi wanita?

24. Benarkah pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak adil kepada wanita?

25. Benarkah hukum hudud itu tidak bertamadun?

26. Jika tiada paksaan dalam beragama, kenapakah mereka yang murtad akan
dihukum mati?

27. Hukuman hudud kejam terhadap pesalah, hukuman undang-undang yang dibuat
manusia lebih berperikemanusiaan. Benarkah begitu atau pun sebaliknya?

Semua jawapan kepada persoalan di atas dijawab sepenuhnya dalam novel tersebut. Pada harga RM 16.00, ianya dijual dikedai-kedai buku yang terdapat berdekatan bandar-bandar tempat tinggal anda. Jangan lupa dapatkan Syahadah Gadis Ateis..
Terima kasih.

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email