Wednesday, July 10, 2013

Lenyapkan Permusuhan & Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Bismillahir Rahmanir Raheem..

Alhamdulillah, kita diberikan umur yang panjang untuk kembali bertemu dengan bulan yang amat diberkati ini. Bulan yang sangat indah dan menggembirakan mana-mana jiwa yang rindukan kepada penciptanya dan pesuruhNya. Bulan di mana produktiviti umat Islam seharusnya meningkat mendadak.


Ramadhan datang bersama rahmat yang berlipat kali ganda. Di dunia lagi kita melihat bagaimana rahmat dan kebaikannya melimpah ruah di dalam datangnya ketenangan, rapatnya kembali persaudaraan dengan bertambahnya jemaah ke rumah Allah,
Begitu juga dengan para peniaga. Bulan ini ditunggu-tunggu kerana keuntungan di dalam berniaga di dalam bulan yang penuh keberkatan ini juga datang berlipat kali ganda. Ada yang hanya berniaga sebulan dalam setahun di dalam bulan ini. Untungnya membolehkan mereka melakukan sesuatu yang lain sepanjang bulan-bulan lain di dalam tahun tersebut. Berniaga juga adalahibadah jika dilakukan dengan betul dan melakukannya kerana mahu mencari rezeki halal kerana Allah. Mencari rezeki halal untuk diberikan kepada keluarga juga salah satu faktor penting di dalam pembentukan diri ahli keluarga. Tanpa makanan dan minuman bersumberkan sumber halal yang masuk ke dalam perut, bagaimana mungkin kekuatan rohani dan pertahanan diri kepada gangguan luar dapat dikubukan dengan kukuh.


Walaubagaimanapun, kerap kali, terdapat mereka yang berniaga pada bulan yang mulia ini melakukan tindakan yang terlalu berorientasikan keuntungan. Makanan basi sebelum berbuka, harga terlalu mahal, kualiti makanan yang tidak seberapa dan kualiti khidmat pelanggan yang tidak mesra, menjadikan pasar-pasar ramadhan meninggalkan pengalaman buruk untuk majoriti umat Islam di negara ini. saya juga tidak terkecuali. Beberapa tahun yang berlalu, saya telah bertekad untuk mengurangkan aktiviti ke pasar ramadhan, kecuali ke gerai-gerai peniaga jujur yang menawarkan kepada penggunanya tawaran barang niagaan yang berkualiti dan berniaga dengan etika perniagaan yang baik.

Dalam sibuk berniaga, jangan pula ibadah di dalam bentuk mencari rezeki menghalang diri daripada melakukan amal tambahan yang lain di bulan puasa. Solat tarawikh juga hanya datang sebulan di dalam satu tahun. Pahala lain-lain ibadah juga datang di dalam bentuk berkali-kali ganda balasan pahalanya sekali bulan ini di dalam setahun. Jangan kita persia-siakan.

Suatu lagi perkara yang saya suka mengenai Ramadhan ialah, bulan ini merupakan bulan di mana ramai dari umat Islam mahu memulakan fasal baru di dalam kehidupan mereka. 

Mereka memilih Ramadhan sebagai titik tolak untuk melakukan perubahan. Ada yang mula berjaya bangun pagi dan bersolat subuh bermula pada Ramadhan yang bertahun lepas. Ada yang memulakan langkah bertudung dan menutup aurat mengambil kesempatan atas suasana berebut-rebutnya umat Islam melakukan amal ibadat di bulan Ramadhan. Ada yang mahu melangkah ke masjid tetapi malu-malu sebelum ini, menggunakan kesempatan berpusu-pusunya manusia lain ke masjid, untuk memulakan langkah baru di dalam hidup mereka untuk terus istiqamah bersolat jemaah. Ini indahnya Ramadhan. Muslim tidak menunggu 1 Januari untuk melakukan perubahan. Mereka sentiasa tertunggu-tunggu akan bulan ini untuk mereka berubah. Ramadhan ialah peluang untuk memperbaiki diri dan membuat kebaikan.

Dalam kita menikmati bulan indah ini, jangan kita lupa kepada saudara kita di seluruh dunia yang telah ditipu oleh gerakan Dajjal. Iraq, Afghanistan, Syria, Libya dan terbaru Mesir sekali lagi sedang bermandi darah. Mereka bergaduh sesama sendiri membiarkan nasib diri mereka dicaturkan kuasa-kuasa barat. Mereka bergaduh tanpa mereka sedar mereka telah diprogramkan untuk bergaduh dn berpecah. Kita juga hampir sahaja mengalami peristiwa seumpama itu, Mujur Allah memberikan kesedaran kepada ramai di antara kita untuk tidak mengikut telunjuk proksi dajjal yang mahu melancarkan revolusi bagi memuaskan syahwat politiknya. Sudah lebih 40 tahun rasanya rakyat Malaysia membuang masa melayan dirinya mengumbar syahwat tanpa kendali. Segala perkara dan jenis manusia menjadi sentuhan syahwatnya. Hampir sahaja kita berperang sesama saudara kerana kesombongan dirinya. 

Kesombongan,hedonisme dan kegilaan terhadap duniawi menyebabkan dia tidak memberi peduli kepada kesan yang mungkin akan berlaku kepada rakyat jelata. Mujur Allah menghantar debu-debu jerebu berterbangan di udara menghentikan revolusi yang dinantikannya untuk merosakkan tatanan negeri. Semua yang cuba dia cederai, terselamat disebalik rahmat terlindung di dalam tiupan debu yang berlaku beberapa minggu lepas.
Bukanlah ini kali pertama debu dikirim Allah sebagai rahmat pelindung daripada kebinasaan umat. Perang khandak dengan pakatan ahzab suatu ketika dahulu juga dihentikan dengan tiupan debu ribut padang pasir. Mungkin ada yang berdoa di antara kita yang mana doa mereka Allah makbulkan. Ketika seluruh negara menterjemahkan kejadian jerebu tempoh hari sebelum Ramadhan sebagai satu musibah, saya melihat kejadian tersebut berlaku sebagai rahmat yang terselindung. Segala puji bagi Allah. Jerebu reda sebaik proksi dajjal kecewa. Jika tidak, kita mungkin sedang bergaduh sesama sendiri dan berakhir menjadi catur permainan yang dikawal minda dan gerakan oleh tangan-tangan luar yang terlindung. Cuma malang bagi saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan bumi bergolak lain.

Percayalah, negara mereka tidak akan aman sehingga kiamat. Ini kerana mereka memilih untuk meruntuhkan pemerintah sebelum ini dengan jalan kekerasan. Rasulullah s.a.w. telah berpesan, jika sesebuah pemerintahan Islam dijatuhkan (tidak kira apa jua kecenderungan politik mereka) dengan pedang (keganasan), maka negara itu tidak akan aman sehingga hari kiamat datang menjelang. Ibnu Kathir di dalam kitabnya,al nihayah fi al Fitan wa al Malahim, memetik hadis berikut :

Dari Tsauban r.a., dia berkata telah bersabda Rasulullah s.a.w. : “Sesungguhnya Allah telah menghimpunkan bumi untukku, maka aku dapat melihat sebelah timur dan baratnya dan bahawasanya kekuatan umatku akan sampai pada hujung salah satunya, serta diberikan kepadaku dua perbendaharaan, emas dan perak, dan aku memohon kepada Tuhanku agar tidak menghancurkan, umatku satu tahun secara keseluruhan, dan agar mereka tidak tertindas oleh musuh yang berasal dari kalangan mereka lalu mereka menghinakan kerajaan mereka, dan adalah Tuhanku berfirman:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya aku telah memutuskan satu ketetapan, maka ia tidak akan ditarikbalik kembali, dari Aku memakbulkan kepadamu serta umatmu agar mereka tidak dihancurkan dalam setahun secara keseluruhan, dan mereka tidak akan tertindas oleh musuh yang berasal dari kalangan mereka sehingga kekuasaan mereka dihinakan, walaupun berkumpul beberapa pasukan dari pelbagai penjuru sehingga sebahagian daripada mereka menghancurkan sebahagian yang lain dengan saling berebut,” adapun yang aku takutkan atas umatku pemimpin-pemimpin yang sesat dan jika umatku telah dihinakan dengan pedang, tidak akan diangkat kehinaan itu sehingga hari kiamat.

Dan tidak akan tiba hari kiamat sehingga kumpulan-kumpulan dari umatku mengikut orang-orang musyrik sehingga kumpulan-kumpulan dari umatku menyembah patung-patung dan akan ada pada umatku para pendusta, sebanyak 30 jumlahnya. Setiap mereka mengaku bahawa dia adalah Nabi, dan aku adalah penutup segala nabi dan tidak akan ada nabi sesudahku dan akan sentiasa segolongan dari umatku berada di atas kebenaran. Tidak berbahaya bagi mereka, orang-orang yang menyelisihi mereka sampai datang ketetapan Allah.” (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majjah dari pelbagai jalur. Tirmizi menyatakan hadith ini hasan shahih)


Segala puji dan syukur kepada Allah kerana menyedarkan kita semua akan bahaya perpecahan. Redanya perpecahan ini buat sebentar waktu, bukanlah satu jaminan untuk kita terus berkeadaan begini selama-lamanya. Keharmonian ini akan terus dikacau ganggu sehingga kita membunuh sesama sendiri. Kita perlu terus berusaha mengikat tali silaturrahim. Semoga nikmat Ramadhan yang dinimati aman pada tahun ini akan terus kita dapat nikmati pada tahun-tahun mendatang. Harus ingat, sepertimana yang telah disebutkan di dalam hadis di atas, kehancuran umat Islam itu tidak berlaku sekaligus, tetapi ia berlaku peringkat demi peringkat, tahun demi tahun. Ia benar-benar telah berlaku mengikut susunan satu persatu negara-negara di timur tengah. Cuma kita pada kali ini masih terselamat. Untuk itu, kita bersyukur kepada Allah dan terus berusaha, berdoa dan bertawakkal agar kita kekal aman sehingga ketetapan Allah ke atas kita datang kelak.

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak. Bersama kita lenyapkan permusuhan sesama kita. Wallahua’lam.

© 2007 - 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

2 comments:

selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak..!! moga Malaysia masih kekal aman sampai tiba hari kiamat.. moga kita semua masih bersatu padu dalam menentang gerakan Dajal laknatullah.. amin..!!!
 
Selamat Menyambut Ramadhan kembali Hasanah....

Ameen untuk doa tersebut..
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email