Friday, July 26, 2013

Defensif, Ofensif atau Positif?

Sekian lama blog ini ditulis di dalam nada defensif dan tekadangnya ofensif. Bukan disengajakan, tetapi dinukilkan sesuai dengan keadaan. Keadaan di mana kita tidak boleh membiarkan ramai dikalangan kita terleka dengan delusi bahawa Islam dan umat Islam selamat di negara ini.

Mana mungkin tidak defensif jika agama yang diagungkan diri diterjang bertubi ke aras asfal. Mana mungkin senyum, jika sehari-hari disogokkan dengan segolongan muslim yang seolah tenggelam dalam tekanan golongan yang hanya berjumlah sedikit tetapi berupaya mengapung diri di atas permukaan tanahair.

Tidak berdaya sebenarnya untuk berselindung pada maya yang kelabu demi menuntun trafik dan gerak pembaca. Itu bukan kiblat yang dicari. Apa yang perlu dinyatakan, akan dinyatakan. Tiada apa yang menjadi alasan melainkan takut diherdik Pemilik hari muka. Munafik, hipokrit, sekerat ular dan sekerat belut. Apa itu disanggupi sebagai label rujukan Pemilik Seru Sekelian alam nanti? Na’uzubillahi Min Dzaalik.

Kita tidak bersembahyang mencari akal dan rukuk memasang kira-kira. Apa yang dilakukan, ialah sedaya upaya cuba memainkan peranan watak kecil di celah-celah manusia yang pelbagai warna dan rupa. Bukan mudah mahu merempuh kejalangan manusia. Lebih lagi yang berselindung dibalik perisai santun dan pakaian malaikat. Manusia-manusia yang sentiasa berkelambu pada legitimasi persalinan, takut digigit nyamuk-nyamuk yang mula tersedar perlakuan sumbaleweng mereka. Apa yang dilihat matahati bagai lusuhan itu, dilihat sorga oleh khalayak murba.

Terlalu defensif terkadang menyebabkan yang membacanya berkerut. Jika yang membacanya berkerut, ingatlah sentiasa, kerutan itu turut juga menjadi cerminan kepada apa yang berlaku kepada yang menukilkannya.

Memandangkan Ramadhan yang berbaki separuh purnama, ingin sahaja tona defensif ini dikuarantinkan buat sementara waktu. Biar ia beku sebelum ia dibakar kembali. Sekurang-kurangnya memberi ruang kepada blog ini meneruskan apa yang biasa ia perbuat selama ini. Menunaskan semula pemikiran-pemikiran terkehadapan Islam untuk direjuvenasikan semula.  

InsyaAllah, jika tiada berlaku mana-mana tekanan mendesak, warna penulisan blog ini akan kembali normal sama sepertimana ia bermula 6 tahun sudah. 304 artikel dalam tempoh 6 tahun, bukanlah satu jumlah yang banyak. Tetapi, Alhamdulillah ia tetap berjalan walaupun merangkak.


Defensif, Ofensif atau diwarnakan positif, semuanya bergantung kepada keadaan. Cuma di dalam Ramadhan yang berbaki ini, ingin nanti blog ini dilakar dengan tona sepertiman ia biasa dilagukan. In Sya Allah..


4 comments:

Apa yang benar itulah yang harus dijuangkan. Meskipun dicemuh dan dihina itu bukanlah penghalang bagi pendakwah yang berhati ikhlas dan berjiwa kental menyebarkan risalah dakwah. Saya berharap di kemudian hari saya pun berupaya mengolah sesuatu isu dengan pendekatan yang terampil dan terkesan di hati, akal dan jiwa.
 
be ofensif, defensif, positif..

be massiv & agresif

just dun b pasif

we = supportif

we support u

 
InsyaAllah Pemikir..
Anda sudah berada di track yg betul..
merangkak perlahan itu lebih baik dari tidak bergerak langsung..
 
Tanpa nama July 29, 2013 at 7:06 PM,

TQ atas sokongan.. jgn sampai pasif sudah.. saya setuju dgn itu.
 

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email