Thursday, July 26, 2012

Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg 3


Setiap surah di dalam al Qur’an dimulakan dengan kalimah Basmalah kecuali surah at Taubah. Kalimah Basmalah inilah yang menjadi antara tanda-tanda yang telah disebutkan akan mengiringi sifat serta bukti kenabian Muhammad s.a.w. pada akhir zaman nanti. Kalimah tersebut bukanlah pertama kali digunakan Muhammad s.a.w.. tetapi, kalimah tersebut merupakan sesuatu yang telah biasa digunakan oleh para nabi dan rasul yang dilantik Allah semenjak zaman nabi-nabi dan rasul-rasul Bani Israel. Ia terbukti apabila Allah sendiri mewahyukan kisah bagaimana Nabi Sulaiman mengutuskan surat kepada Raja Perempuan negeri Saba’ dengan memulakan kepala suratnya dengan kalimah Basmalah tersebut. Ia disebut di dalam surah an Naml ayat 29 hingga 30 seperti di bawah :

(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia. "Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Amat jelas, apabila disebutkan di dalam Deuteronomy fasal 18 ayat 19 bahawa rasul dan nabi yang djanjikan itu akan datang membawa ajaran serta perintah-perintah Allah di atas nama Allah, hanya Muhammad s.a.w. sahaja yang memenuhi kriteria ini. Bani Israel dan orang-orang Kristian telah lama lupa dan tidak mengetahui apa nama Tuhan mereka yang sebenar. Mereka dilarang menyebutnya sehingga menyebabkan mereka lupa akan nama Tuhan yang sebenar. Malah pernah di dalam sebuah kisah yang disebutkan di dalam Bible, seorang lelaki dihukum mati hanya kerana kerana kesalahannya menyebut nama Tuhan yang diharamkan mereka menyebutnya. Peristiwa tersebut dicatatkan di dalam Leviticus fasal 24 ayat 10 hingga 16. Saya pernah menulis tentang tafsir perkara tersebut di sini

Oleh kerana telah menjadi kesalahan yang besar bagi Bani Israel dan Kristian untuk menyebut nama Tuhan yang sebenar, bagaimana mungkin mereka mengharapkan bahawa nabi yang dijanjikan di dalam Deuteronomy fasal 18 ayat 18 hingga 22 itu mampu datang untuk membawakan ajaran dari Tuhan atas namaNya sedangkan namaNya sendiri tidak mereka ketahui?


Sebagaimana kebiasaan yang dijalankan oleh nabi-nabi serta rasul dari kalangan Bani Israel, Rasulullah s.a.w. turut juga menggunakan kalimah Basmallah bagi tujuan surat-surat rasmi baginda atas nama Allah kepada kerajaan-kerajaan luar bagi menjemput mereka memeluk Islam. Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman a.s., surat-surat baginda kepada Kaisar Rom dan lain-lain ketua kerajaan seperti di bawah ini, menggunakan kalimah Basmallah sebagai permulaan surat. Gambar di bawah ini merupakan gambar naskah asal surat-surat yang diutus baginda kepada ketua-ketua kerajaan yang wujud pada ketika itu. Ia ditulis oleh para sahabah baginda dilantik sebagai jurutulis.








Sebelum ini telah dijelaskan yang Deuteronomy fasal 18 ayat 18 hingga 22 berkenaan seorang Nabi yang akan dihantar ke dunia menurut perancangan Tuhan. Orang-orang Nasrani mendakwa bahawa lelaki seperti Musa yang dijanjikan di dalam ayat tersebut merujuk kepada Jesus (Isa). Sebagaimana yang telah dibuktikan di dalam penulisan di dalam bahagian sebelum ini, nabi yang dijanjikan melalui lisan Moses sepertimana yang direkodkan di dalam Bible tersebut, adalah lebih mirip kepada perwatakan serta personaliti Muhammad s.a.w.

Ia telah dibentangkan di dalam jadual perbandingan yang dimuatkan di dalam penulisan sebelum ini. Walaubagaimanapun, umat Nasrani masih lagi bertegas bahawa ianya tetap merujuk kepada Jesus. Menilai keadaan ini, kita bawakan kehadapan mereka fakta yang diambil dari bahagian Perjanjian Baru yang dianggap mereka sebagai Injil.

Jesus (Isa a.s.) sendiri di dalam Kitab John (Yuhana) fasal 16 menyebut tentang perkara berikut. Ia berkenaan berita mengenai masa depan yang akan menyaksikan kemunculan seorang nabi dan rasul. Nabi dan rasul ini akan membawa bersamanya beberapa tugasan yang menyamai seperti tugasan serta sifat-sifat yang telah disebutkan oleh Moses (Musa a.s.) di dalam Deuteronomy fasal 18 ayat 18 hingga 22. Jesus juga menyatakan bahawa nabi dan rasul yang bakal muncul ini akan membawa bersama tugasan berat iaitu memperbetulkan fitnah ahli kitab ke atas dirinya, memperbetulkan kefahaman tentang dosa yang telah diselewengkan, menunjukkan jalan kebenaran dan beberapa ciri lagi seperti dalam petikan ayat John fasal 16 ayat 7 hingga 15 di bawah :

But very truly I tell you, it is for your good that I am going away. Unless I go away, the Advocate will not come to you; but if I go, I will send him to you. When he comes, he will prove the world to be in the wrong about sin and righteousness and judgment: about sin, because people do not believe in me;10 about righteousness, because I am going to the Father, where you can see me no longer; 11 and about judgment, because the prince of this world now stands condemned. 12 “I have much more to say to you, more than you can now bear. 13 But when he, the Spirit of truth,comes, he will guide you into all the truth. He will not speak on his own; he will speak only what he hears, and he will tell you what is yet to come. 14 He will glorify me because it is from me that he will receive what he will make known to you. 15 All that belongs to the Father is mine. That is why I said the Spirit will receive from me what he will make known to you.”

 {Terjemahannya : 16:7 Tetapi aku mengatakan yang benar kepadamu: Lebih baik untuk kalian, kalau aku pergi; sebab kalau aku tidak pergi, Penolong itu tidak akan datang kepadamu. Tetapi kalau aku pergi, aku akan mengutus dia kepadamu. 16:8 Kalau dia datang, dia akan menyatakan kepada dunia arti sebenarnya dari dosa, dari apa yang benar, dan dari hukuman Tuhan. 16:9 Dan perkara mengenai dosa, ini kerana mereka tidak mempercayai akan diriku.  16:10 tentang kebenaran sebenarnya, karena aku pergi kepada Bapa dan kalian tak akan melihat aku lagi; 16:11 dan bahwa Tuhan sudah mulai menghukum, sebab penguasa dunia ini sudah dihukum. 16:12 Banyak lagi yang mau Kukatakan kepadamu, namun sekarang ini kalian belum sanggup menerimanya. 16:13 Tetapi kalau Roh itu datang, yaitu Dia yang menyatakan kebenaran tentang Allah, kalian akan dibimbing-Nya untuk mengenal seluruh kebenaran. Ia tidak akan berbicara dari diri-Nya sendiri tetapi mengatakan apa yang sudah didengar-Nya, dan Ia akan memberitahukan kepadamu apa yang akan terjadi di kemudian hari. 16:14 Ia akan mengagungkan Aku, sebab apa yang disampaikan-Nya kepadamu, diterima-Nya daripada-Ku. 16:15 Semua yang ada pada Bapa adalah kepunyaan-Ku. Itu sebabnya Aku berkata bahwa apa yang disampaikan Roh kepadamu, diterima-Nya dari Aku."}

Nabi dan Rasul yang dimaksudkan disebutkan di dalam John tersebut, pada teks Codex Sinaiticus iaitu antara teks tertua yang boleh dikatakan lengkap, menyebutnya dengan perkataan Greek Paracletos. Paraklete membawa maksud Pembela, Penolong, Penguat malah sebagai Penenang.

Di dalam terjemahan Today’s International Version di atas, perkataan Paraclete diterjemahkan sebagai Advocate iaitu Pembela. Beberapa terjemahan Bible Bahasa Inggeris di bawah menterjemahkan perkataan Paracletos sebagai yang dinyatakan berikut:

1)       Duoay-Rheimes                                : Tidak menterjemahkan perkataan tersebut &  menggunakan perkataaan Paraclete di dalam terjemahan Bible mereka.

2)      King James                         : Paraclete diterjemahkan sebagai Comforter.

3)      English Standard Version : Paraclete diterjemahkan sebagai the One.

Jika melihatkan terjemahan-terjemahan yang digunakan di atas, walaubagaimana sekalipun mereka cuba membuat manipulasi di dalam penterjemahan, semua terjemahan yang digunakan itu tetap tidak dapat menjauhkan sifat-sifat yang ada pada Muhammad dengan perkataan Paraclete.


Syeikh Rahmatullah Kairanvi menjelaskan bahawa perkataan Paraclete yang disebutkan beberapa kali di dalam Gospel of John ini sebenarnya merupakan suatu kesilapan yang telah lakukan di dalam gerakan penterjemahan Bible. Samada ianya disengajakan atau pun tidak, ianya tidak dapat dipastikan.

Pertama, di dalam menterjemahkan mana-mana teks, satu perkara yang tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana penterjemah ialah menterjemahkan nama-nama khas seperti nama milik individu, tempat atau lokasi dengan perkataan yang hampir sama di dalam bahasa yang ingin diterjemahkan. Ia merupakan suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan dilakukan oleh mana-mana penterjemah. Jelas di sini, Paraclete yang disebutkan di dalam terjemahan Bible yang sedia ada merupakan satu terjemahan yang dilakukan terhadap nama khas yang merujuk kepada individu yangtelah dijanjikan Jesus (Isa) kepada para pengikutnya. Beliau turut menyatakan bahawa perkataan Greek yang sepatutnya mengambil tempat di dalam terjemahan Greek yang dibuat bukanlah Paraclete tetapi perkataan Peryklytos yang membawa maksud ‘Yang Terpuji’.  

Bahasa asal di mana semua ajaran Isa a.s. disampaikan merupakan Bahasa Ibrani. Jerusalem pada waktu tersebut, merupakan sebuah tempat di mana pelbagai bahasa pertuturan bercampur aduk. Bahasa yang digunakan secara meluas pada ketika itu ialah Bahasa Aramaik (salah satu bahasa Semitik yang mirip serta dekat kepada Bahasa Ibrani dan Arab). Bahasa Greek dikatakan digunakan secara meluas untuk tujuan perdagangan serta ekonomi. Oleh kerana Isa a.s., diutuskan untuk memperbetulkan kembali ajaran sebenar yang telah diselewengkan pendita-pendita Yahudi, tentu sahaja bahasa yang digunakan Isa a.s. merupakan bahasa yang dipertuturkan oleh golongan pendita Yahudi dan bahasa yang digunakan di dalam kitab-kitab mereka iaitu Bahasa Ibrani. al Qur'an di dalam surah Ibrahim ayat 4 menyatakan perkara berikut :


Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Manuskrip-manuskrip tertua Bible yang digunakan sebagai rujukan untuk gerakan penterjemahan Bible yang dijalankan sejak kurun ke 15, merupakan manuskrip-manuskrip yang telah pun diterjemahkan ke dalam Bahasa Greek. Ke tiga-tiga  kitab Sypnotical Gospel iaitu Matthew, Mark, dan Luke yang diterjemahkan merupakan kitab-kitab yang sudah pun ditulis di dalam bahasa Greek di dalam manuskrip tertua mereka.

Sarjana Bible berbeza pendapat dalam menyatakan penulis-penulis asal kitab Synoptical Gospel ini berkemungkinan merujuk satu sumber penulisan asal yang telah hilang. Antara teori yang dikemukakan ialah Markan Priority, Lukan Priority dan Sumber Q.

Markan Priority merupakan satu teori yang dikemukakan dengan menjelaskan bahawa Kitab Mark  (Gospel of Mark)merupakan yang tertua antara ke tiga-tiga Synoptical Gospel tersebut. Mereka yang mendukung teori ini menjelaskan penulis-penulis Matthew dan Luke menggunakan Kitab Mark tersebut sebagai rujukan kepada penulisan mereka.

Lukan Priority pula merupakan teori yang menyatakan bahawa rekod awal berkenaan kitab-kitab yang didakwa sebagai Injil merupakan rekod yang dicatatkan serta disampaikan di dalam bahasa Hebrew. Teori ini diketengahkan bagi mencari penyelesaian kepada pencarian asal sumber yang membentuk rujukan kepada kepada penghasilan Kitab Matthew dan Luke yang dipercayai ditulis bersandarkan rujukan kepada satu sumber yang dikenali sebagai sumber Q. Sumber Q dikatakan telah hilang. Pengemuka teori ini iaitu Robert Lisle Lindsey, menyatakan terdapat kemungkinan penulis Luke, Matthew dan mungkin juga penulis Mark mengetahui mengenai kewujudan satu sumber lain yang dinamakannya sebagai antologi yang memuatkan kata-kata, sifat, sajak, perlakuan,  nasihat,serta cerita-cerita ringkas mengenai Jesus yang ditulis dan disampaikan di dalam bahasa Hebrew. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat kemungkinan yang penulis Mark, merujuk Luke dan antologi ini untuk menghasilkan Kitab Mark. Manakala penulis Matthew pula dinyatakan menggunakan Kitab Mark dan antologi tersebut. Luke dan Matthew berkemungkinan tidak mengetahui kewujudan kitab penulisan mereka masing-masing, tetapi menggunakan antologi tersebut sebagai sumber rujukan.

Sumber Q atau dikenali juga sebagai Q Gospel merupakan satu cadangan bersifat hipotesis bersandarkan kajian yang dilakukan para sarjana Bible terhadap sumber asal yang berkemungkinan digunakan oleh penulis-penulis Synoptical Gospel Luke dan Matthew. Sumber ini telah hilang. Terdapat kemungkinan yang penulis Luke dan Matthew menggunakannya di dalam menghasilkan kitab mereka. Kitab Mark tidak menunjukkan yang ianya menggunakan sumber Q di dalam penulisannya.

Walaupun terdapat pelbagai perbezaan pendapat berkenaan teks asal yang menjadi rujukan Synoptical Gospel, kesemua sarjana tersebut memperakui bahawa teks-teks di dalam Matthew, Mark dan Luke bukanlah teks asal dan bukan ditulis di dalam bahasa asal sepertimana yang dipertuturkan oleh Jesus itu sendiri.


Terdapat pendapat yang turut menyatakan bahawa Gospel of Matthew yang asal merupakan kitab yang ditulis di dalam bahasa Ibrani. 

Malah Maulana Rahmatullah Kairanvi memetik catatan yang terdapat di dalam The Encyclopedia Brittanica  vol. 19 di dalam kitab Izharul Haq:

Every book of the New Testament was written in Greek except the Gospel of Matthew and the Epistle to the Hebrews. It is certain, on the ground of sound arguements, that these two books were written in Hebrew language.1

Kitab Matthew yang asal dikatakan ditulis di dalam bahasa Hebrew (Ibrani). Matthew yang asal telah hilang dan musnah akibat gangguan campur tangan manusia yang berkepentingan tertentu di dalam abad pertama perkembangan Kristian 2. Walaubagaimanapun, tradisi Islam menunjukkan bahawa Kitab yang di dakwa sebagai Injil (yang mungkin hampir sama dengan kitab Matthew) di dalam bahasa Hebrew (Ibrani), masih lagi di dapati wujud dikalangan golongan Yahudi dan Nasrani yang mendiami tanah Arab. Ia akan saya jelaskan sebentar lagi.

Manakala untuk Kitab John (Gospel of John) pula, teks terawal kitab tersebut ditarikhkan pada tahun 125 Masihi. Bahasa yang digunakan ialah Greek. Hanya sekeping kecil pecahan kitab tersebut terselamat dan kini tersimpan di Perpustakaan John Rylands, Manchester. Pecahan kecil teks pada manuskrip tersebut hanya mengandungi kurang dari 114 huruf pada tulisan bahagian depan dan belakang manuskrip terbabit. Manuskrip ini dinamakan sebagai P52. P digunakan kerana teks tersebut dicatat di atas kepingan kertas papyrus.

Kitab John ini dikumpulkan sekali dengan Synoptical Gospel yang tiga tadi (Matthew, Mark dan Luke) bagi membentuk apa yang digelarkan oleh para sarjana Bible sebagai Canonical Bible. John, dikatakan ditulis pada penghujung kurun pertama masihi dan ianya merupakan teks yang ditulis dan disiapkan setelah melalui pelbagai peringkat dan ditulis oleh beberapa individu.

Oleh kerana Greek bukanlah di dalam bahasa yang dipertuturkan oleh Jesus semasa mengembangkan ajarannya kepada para pengikutnya, terdapat kemungkinan Gospel of John ini juga merupakan susunan kitab yang dibuat bersandarkan peristiwa yang melingkari kehidupan Jesus bersama para pembantunya. Sebagaimana masalah yang sentiasa menghantui mana-mana tradisi lisan, ketepatan mengenai apa yang disampaikan serta kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan di dalam bahasa yang lain dari sumber asalnya tentu sahaja boleh diragukan. Seawal abad kedua dan ketiga Masihi, sumber-sumber yang menjadi sandaran kepada penghasilan ke empat-empat Canonical Gospel sentiasa diperdebatkan.

Catatan para sarjana Bible menyatakan bahawa selepas dari Sidang Nicea (Council of Nicea) pada tahun 325 Masihi, boleh dikatakan hampir semua teks-teks asal Bible termasuk kitab-kitab yang tidak diperakui sebagai kitab sebenar doktrin Kristian yang dipegang oleh Maharaja Constantine, telah dimusnahkan. Dikatakan beratus-ratus buah Kitab yang dilihat tidak menyokong doktrin Trinity yang dibawakan oleh St. Paul serta keinginan Constantine kepada simbiosis lancar peralihan pegangan empayar mereka kepada Kristian di dalam versi yang tidak jauh dan drastik di dalam perbezaan dengan agama pagan yang dianutinya sebelum itu dimusnahkan.

 Walaupun tradisi Kristian menyatakan bahawa Injil di dalam bahasa Ibrani iaitu bahasa yang dipertuturkan Jesus (Isa a.s.) sudah dimusnahkan selepas Sidang Nicea (325 M) dan Sidang Chalcedon (451 M), tradisi Islam merekodkan perkara sebaliknya. Tradisi Islam merekodkan bahawa masih terdapat Injil di dalam Bahasa Ibrani yang masih disimpan pendita-pendita Yahudi dan Nasrani terutamanya di Jazirah Arab.

Salah satu riwayat yang terkenal ialah sebuah riwayat hadis panjang yang menceritakan peristiwa kejadian pertama di mana Muhammad s.a.w. menerima wahyu sehingga menyebabkan diri baginda menjadi terlalu takut dan gementar. Telah dicatatkan di dalam kitab Sahih Bukhari, bagaimana Siti Khadijah r.a. membawa Muhammad s.a.w. untuk bertemu sepupunya yang juga merupakan seorang pendita Nasrani untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku terhadap Rasulullah di dalam Gua Hira’ . Hadis tersebut sebagai berikut :

Dari Aisyah, Ummul Mu’minin r.a. katanya: “ Wahyu yang mula-mula turun kepada Rasulullah saw. Ialah berupa mimpi-baik waktu beliau tidur. Biasanya mimpi itu terlihat jelas oleh beliau, seperti jelasnya cuaca pagi. Semenjak itu hati beliau tertarik hendak mengasingkan diri ke Gua Hira. Di situ beliau beribadat beberapa malam, tidak pulang ke rumah isterinya. Untuk itu beliau membawa bekalan secukupnya. Setelah perbekalan habis, beliau kembali kepada Khadijah, untuk mengambil lagi perbekalan secukupnya. Kemudian beliau kembali pula ke Gua Hira, hingga suatu ketika datang kepadanya Al-Haq (kebenaran atau wahyu), yaitu sewaktu beliau masih berada di Gua Hira itu.”
Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!”
Jawab Nabi, “ Aku tidak pandai membaca.”
Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah !” katanya.
Jawabku, “ Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca. “Bacalah.!” Katanya.
Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata:
“Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min’allaq. Iqra’ ! Wa rabbukal akram.
(bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia.)
Setelah itu Nabi pulang ke rumah Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!”
Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya.
Kata Nabi saw. Kepada Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”
Kata Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakan Anda. Anda selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”
 Setelah itu Khadijah pergi bersama Nabi menemui Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Uzza, yaitu anak paman Khadijah, yang telah memeluk agama Nasrani (Krintian) pada masa jahiliyah itu. Ia pandai menulis buku dalam bahasa Ibrani. Maka disalinnya Kitab Injil dari bahasa Ibrani seberapa dikehendaki Allah dapat disalinnya.  Usianya telah lanjut, dan matanya telah buta.
Kata Khadijah kepada Waraqah, “ Hai anak pamanku! Dengarkanlah khabar dari Anak Saudara Anda Muhammad) ini.”
Kata Waraqah kepada Nabi. “Wahai Anak Saudaraku ! Apakah yang telah terjadi atas diri Anda?”
Lalu Rasulullah saw, menceritakan kepadanya semua peritiwa yang telah dialaminya.
Berkata Warakah, “Inilah namus (Malaikat) yang pernah diutus Allah kepada Nabi Musa. Wahai, semoga saya masih hidup ketika itu, yaitu ketika Anda diusir oleh kaum Anda.”
Maka bertanya Nabi saw. “Apakah mereka akan mengusirku?”
Jawab Waraqah, “ Ya, betul! Belum pernah seorang juapun yang diberi wahyu seperti Anda, yang tidak dimusuhi orang. Apabila saya masih mendapati hari itu, nescaya saya akan menolong Anda sekuat-kuatnya.”
Tidak berapa lama kemudian, Waraqah meninggal dunia dan wahyu pun terputus untuk sementara waktu.
Kata Ibnu Syihab, Abu Salamah bin Abdurrahman mengabarkan kepadanya, bahawa Jabir bin Abdullah al Anshari menceritakan tentang terputusnya wahyu, katanya Nabi saw berkata dalam hadisnya: “Pada suatu waktu, ketika aku sedang berjalan-jalan, tiba-tiba kedengaran olehku suatu suara dari langit. Maka kuangkat pandanganku kearah datangnya suara itu. Kelihatan kepadaku malaikat yang pernah datang kepadaku di Gua Hira dahulu. Dia duduk di kursi antara langit dan bumi. Aku terperanjat kerananya dan terus pulang. Aku berkata kepada Khadijah, “selimutkan Aku!” Lalu Allah swt. Menurunkan ayat:
“Hai, orang yang berselimut! Bangunlah! Maka berilah peringatan! Dan besarkanlah Tuhanmu! Dan bersihkanlah pakaianmu! Dan jauhilah berhala!” (Al Muddatstsir, 74:1-5)
Maka semenjak itu wahyu selalu turun berturut-turut.

Dalam hadis yang dipetik di atas, Siti Khadijah r.a. membawa Rasulullah s.a.w. bertemu Waraqah bin Naufal. Waraqah di dalam hadis tersebut dinyatakan sebagai seorang pendita Nasrani yang sedang melakukan kerja-kerja penterjemahan Kitab Injil dari Bahasa Ibrani ke Bahasa Arab. Apa yang lebih menarik lagi ialah kenyataan yang diberikan Waraqah kepada Rasulullah s.a.w., bahawa baginda akan dihalau keluar oleh orang-orang Mekah sebagaimana yang pernah berlaku kepada nabi-nabi lain sebelumnya yang dihalau serta dimusuhi oleh masyarakat mereka sendiri.

Setelah meneliti kata-kata Waraqah, penelitian yang dibuat ke atas teks Bible menunjukkan seolah-olah Waraqah merujuk kepada ayat yang hampir sama sepertimana yang terdapat di dalam Kitab Matthew fasal 13 ayat 57.

And they took offense at him. But Jesus said to them, “A prophet is not without honor except in his hometown and in his own household.”

Ayat yang hampir sama juga diulang di dalamg Luke fasal 4 ayat 24, John fasal 4 ayat 44 dan Mark fasal 6 ayat 4. Petikan sepertimana berikut :

And he said, “Truly, I say to you, no prophet is acceptable in his hometown. (Luke 4 : 24)
And Jesus said to them, “A prophet is not without honor, except in his hometown and among his relatives and in his own household.” (Mark 6 : 4)
(For Jesus himself had testified that a prophet has no honor in his own hometown.) (John 4 : 44)
Melalui rekod hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari ini, masih jelas kepada pengetahuan kita, pada ketika zaman Rasulullah s.a.w., masih lagi wujud kitab-kitab Injil di dalam bahasa Ibrani walaupun percubaan untuk memusnahkannya secara total telah dijalankan secara besar-besaran. Justeru itu, tidaklah pelik apabila masih ada ramai penditaYahudi dan Nasrani mengenalpasti Muhammad sebagai Nabi terakhir yang dijanjikan kepada umat manusia.

Walaubagaimanapun, telah direkodkan bahawa seawal tahun kedua kemunculan Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul, pihak Yahudi melalui Jewish Council mereka telah memulakan gerakan serta perancangan mengubah kitab mereka supaya berita tentang Muhammad dapat dipadamkan dari pengetahuan awam 3.

Itu bukanlah kali pertama mereka melakukannya. Malah berita-berita tentang kemunculan Isa a.s. (Jesus) lebih 500 tahun sebelum kemunculan Muhammad s.a.w. juga telah dipadamkan serta diselewengkan di dalam kitab-kitab mereka 4. Apa sahaja perkara yang tidak menguntungkan kedudukan mereka serta cita-cita mereka terhadap kuasa akan dilumpuhkan mereka melalui pelbagai helah dan tipu muslihat sehinggakan ayat-ayat dari Tuhan pun mereka sanggup selewengkan. Dan Rasulullah s.a.w. telah berpesan kepada kita bahawa kita sebagai Muslim juga akan menghadapi situasi di mana golongan-golongan yang mendakwa diri mereka pewaris nabi akan sedikit demi sedikit mengikuti jejak langkah golongan ahli kitab ini di dalam menyelewengkan agama, menyembunyikan ayat-ayat al Qur’an yang tidak menguntungkan perjuangan serta menyampaikan dengan tidak benar agama demi menurut citarasa hawa nafsu mereka terhadap cinta mereka yang sangat mendalam terhadap dunia ini.

InsyaAllah, jika tiada apa-apa halangan, penulisan di bawah tajuk ini akan saya sambung  pada pagi Nuzul Qur’an (6 Ogos 2012). Beberapa rahsia yang terlindung dari pengetahuan kita sejak ribuan tahun lamanya, InsyaAllah, akan dibongkarkan sedikit demi sedikit menurut ketetapan Allah. Penulisan lain di bawah tajuk lain akan turun dimuatkan mengikut kelapangan yang ada. InsyaAllah..


Rujukan :
InsyaAllah saya muatkan bila sempat nanti..

Berminat.. Sebarkan Supaya Manfaatnya Lebih Meluas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Follow by Email