-->
Bismillahir Rahmaanir Raheem… Sebelum 31 Disember 2009, terdapat 3 buah tempat di dalam dunia diberikan keistimewaan oleh Allah s.w.t. untuk mengagungkan namaNya yang Maha Suci tanpa dibenarkan sebarang bentuk pencemaran ke atas nama tersebut dengan apa jua sabitan bersifat makhluk dan penghinaan.
Sebelum 31 Disember 2009, 2 buah kota dan sebuah negara diberikan Allah satu kelebihan melebihi semua tanah-tanah yang dipijak manusia dengan satu bentuk nikmat. Ianya tidak diberikanNya kepada mana-mana tempat kecuali kepada dua buah kota dan sebuah negara di atas muka bumi ini. Makkah dan Madinah menjadi dua buah kota di mana nama Allah tidak disabitkan dengan segala bentuk penghinaan dan sabitan-sabitan bersifat makhluk yang lemah. Satu-satunya negara yang dimaksudkan ialah Malaysia. Di Malaysia sebelum 31 Disember 2009, Allah merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala suatu dantiada yang setara dengan-Nya.
Terima kasih kepada pelacur-pelacur politik muslim yang dijangkiti kurap wahan dan blogger-blogger sondol yang terus mengotorkan jongor dengan menyondol tanpa usul periksa. Malang benar, belum disogok dengan perempuan dan harta, sudah terkangkang terlondeh iman mereka disapa lembut seorang dua raheeb bermuka dua.
Terima kasih kepada mereka ini kerana menyokong supaya Allah kini boleh disabitkan dengan Tuhan Tiga dalam satu, Tuhan yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala suatu untuk survival dirinya dan Tuhan yang menghalalkan ba alif ba ya untuk dimakan.
Sejarah penggunaan nama Allah sejak dari zaman sebelum Islam dilengkapkan Muhammad s.a.w., belum pernah dihinakan nama tersebut sebagaimana nama itu dihinakan di Nusantara ini kini. Sebelum Muhammad s.a.w. membawa Islam untuk dilengkapkan, bangsa Arab menggunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan yang paling berkuasa dan tidak pernah disabitkan mereka dengan segala sesuatu bentuk, rupa, perkara atau pun objek. Tiada satu pun bentuk berhala dikhususkan mereka sebagai merujuk kepada Allah. Ini kerana mereka sendiri tahu bahawa Allah itu tidak boleh digambarkan dan tidak boleh dibayangkan pancaindera manusia.
Tanyakan kepada orang-orang Nasrani, apa dia nama sebenar Tuhan mereka sebagaimana yang dicatatkan di dalam kitab yang diimani mereka? Nescaya mereka akan menjawab, nama sebenarnya kami tidak tahu. Jika ditanyakan kepada mereka kenapa mereka tidak tahu, mereka akan menjawab bahawa nama itu sudah pun dilupai oleh orang-orang Yahudi. Jika ditanyakan kepada orang-orang Yahudi kenapa nama Tuhan itu boleh dilupakan? Maka jawab orang-orang Yahudi, bahawa nama tersebut diharamkan pendeta-pendeta kami untuk menyebutnya satu ketika dulu supaya tidak mencemarkan kesuciannya. Jika ditanyakan lagi kepada mereka, bukankah di dalam Tanakh, Tuhan telah beberapa kali mengumumkan nama-Nya, apakah kamu sengaja melupakan? Lalu mereka akan menjawab, itu adalah nama yang ditulis di dalam kitab, tetapi tiada pengetahuan bagi kami bagaimana cara sebutannya yang sebenar.
Lalu tanyakan lagi kepada mereka, bukankah Moses pernah bertanyakan Tuhan apa nama sebenarNya ketika dia bertemu Tuhan dicelah semak berduri sebagaimana yang dicatatkan di dalam Exodus (kitab keluaran) 3: 13 – 14, lalu Tuhan menjawab di dalam bahasa pertuturan Moses dengan nama berikut Ehyeh asher ehyeh (Aku adalah Aku). Bukankah di dalam Exodus fasal 3 ayat 15 Tuhan kamu menyatakan bahawa inilah nama-Nya yang kekal untuk selama-lamanya? Kenapa tidak mahu sebut nama itu? Lalu mereka menjawab, bahawa kami tidak tahu cara bagaimana untuk menyebutnya dengan betul dan kami tidak mahu mencemarkan nama itu dengan kesilapan lisan kami. Lalu tanyakan lagi kepada mereka, bukankah Tuhan kamu sekali lagi berjanji kepada Moses untuk mengajarkan 13 nama-nama-NYa untuk diserukan oleh kaumnya bilamana mereka mahu berdoa dan memanggil Tuhan dan Tuhan kemudian mengumumkan nama-Nya semasa Moses dipanggil naik ke Gunung Sinai untuk tablet Decalogue kedua? Bukankah Dia menyatatakan dengan jelas nama-Nya di dalam Exodus (kitab keluaran) fasal 34 ayat 5 sekali lagi? Kenapa kamu semua tidak mahu menggunakan nama itu? Kenapa? Apakah kerana YHWH@ IOUO sukar disebut atau benar kamu tidak tahu bentuk sebutannya yang sebenar? Bukankah Tuhan kamu juga di dalam Bible memperkenalkan diri-Nya dengan beberapa nama lagi bagi kamu memilih untuk menyebutnya di masa-masa yang sesuai? Kenapa tidak sahaja gunakan salah satu dari kesemua 17 nama itu? Bukankah kesemua nama di bawah ini nama yang disebut sebagai nama-nama yang dimiliki Tuhan kamu di dalam Bible? Cuba kamu perhatikan:
- Elohim (Yang Maha Berkuasa) di dalam Genesis 1:1
- Adonai di dalam lebih kurang 300 tempat dalam Old Testament & Despot (alih bahasa ke Greek) di dalam New Testament.
- El (Yang Maha Kuat) di dalam Exodus 6:3
- El-Elyon (Tuhan Yang Maha Tinggi) di dalam Genesis 14:18-22.
- El-Shaddai (Tuhan Yang Mencukupkan DiriNya sendiri) di dalam Genesis 17:1
- El-Olam (Tuhan Kekal Abadi) di dalam Genesis 21:33
- YHWH@Yahweh@Yahuwah@Jehovah (Maha Hidup Dengan SendiriNya) di dalam Exodus 3:14.
- YHWH-Elohim (Tuhan Maha Pencipta) di dalam Genesis 1:26.
- YHWH-Jireh (Tuhan Yang Mencukupkan) Genesis 22:13-14.
- YHWH-Rapha@Rophe (Tuhan Yang Menyembuhkan) di dalamExodus 15:25.
- YHWH-Nissi (Tuhan Panji Kami) di dalam Exodus 17:15.
- YHWH-Shalom (Tuhan Yang Mengamankan) di dalam Judges 6:24.
- YHWH-Shammah (Tuhan Yang Ada) di dalam Ezekiel 48:35.
- YHWH-Tsidkenu (Tuhan Yang Maha Benar) di dalam Jeremiah 33:16.
- YHWH-Raah@Rohi (Tuhan Pembimbing Kami) di dalam Psalm 23:1.
- YHWH-Sabaoth (Tuhan Maha Pelindung) di dalam Psalm 46:7.
- YHWH-M’Kaddesh (Tuhan Yang Mengkuduskan) di dalam Leviticus 20: 7-8.
Dengan sedemikian banyak pilihan untuk nama Tuhan sebagaimana yang disebut di dalam kitab yang diimani kamu, kenapa masih lagi kamu mahu menggunakan nama yang lain untuk merujuk kepada-Nya? Jika itu pertanyaan yang diajukan kepada mereka, berikut ini jawapan yang bakal diterima. ‘Bahawa kami tahu akan nama-nama Tuhan yang disebutkan di atas, tetapi kami takut akan laknat-Nya jika kami tersilap sebut akan nama-Nya yang suci. Jadi untuk mengelakkan kami mencemarkan nama-Nya yang suci itu, kami tukarkan nama-Nya kepada nama yang lain, supaya apa saja bentuk pencemaran dan noda yang terhasil atas lisan kami yang salah, maka nama sebenar Tuhan kami tidak akan dicemari kesilapan kami. Yang tercemar nanti cuma nama tumpangan yang kami gunakan. Atas sebab itu, kami menggunakan Allah sebagai nama yang kami tukarkan.
Mereka takut untuk mencemarkan nama sebenar Tuhan sepertimana yang yang dicatatkan di dalam kitab yang diimani mereka kerana disebutkan di dalam Leviticus fasal 24 ayat 16 seperti berikut :
And he that blasphemeth the name of the LORD, he shall surely be put to death, and all the congregation shall certainly stone him: as well the stranger, as he that is born in the land, when he blasphemeth the name of the Lord, shall be put to death. (Dan dia yang mencemarkan nama Tuhan, akan dihukum mati, dan semua di dalam jemaah hendaklah merejamnya dengan batu: begitu juga bagi orang asing, sepertimana orang yang dilahirkan dinegeri ini, bilamana dia mencemari nama Tuhan, dia akan dihukum bunuh.)
Satu peristiwa dicatatkan di dalam Bible sebagai merujuk kepada pelaksanaan hukum tersebut. Di dalam Leviticus fasal 24 ayat 10 hingga 16 dikisahkan mengenai seorang lelaki bernama Shelomith. Shelomith berbapakan seorang lelaki Mesir yang mengahwini ibunya seorang Bani Israel dari keturunan Dan. Disebutkan bahawa Shelomith telah terlibat di dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki Bani Israel. Dalam panas pergaduhan tersebut, Shelomith telah dengan sengaja menyebut dan bersumpah dengan nama Tuhan (YHWH). Lalu dia ditangkap dan dihadapkan mereka kepada Moses. Dia diikat sambil menunggu apa bentuk hukuman yang akan Tuhan turunkan terhadapnya. Leviticus fasal 24 ayat 16 di atas merupakan putusan Tuhan di dalam Bible ke atasnya kerana mencemar nama Tuhan dengan menyebutnya. Hanya mereka dari keturunan Levi dibenarkan menyebut nama Tuhan pada setiap Yom Kippur.
Jadi, menyebut nama sebenar Tuhan bagi mereka, perbuatan itu sebenarnya bakal mengundang hukuman mati sebagai ultimatum mencemarkan kesucian nama-Nya yang suci. Tetapi perlukah hak mereka untuk beragama sehingga ke tahap demi untuk menjaga kesucian nama Tuhan mereka, nama Allah digunakan pula untuk diperkotak-katikkan?
Kenapa ia dikatakan diperkotak-katikkan? Salah satu daripada sebabbya sudah saya jelaskan di atas tadi. Tetapi pencemaran terhadap nama Allah tidak berhenti setakat itu. Jika di dalam Bible terjemahan Arab, berhala-berhala akan dirujuk sebagai Aliha (plural kepada Ilah), tetapi di dalam Bible terjemahan Indonesia, berhala-berhala ini dinamakan sebagai allah juga dengan a huruf kecil. Sebagai contoh saya muatkan perbandingan ini. Perhatikan versi bahasa Arab Bible di dalam grafik yang disediakan bersama terjemahan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu/Indonesia yang digunakan di Malaysia :
Exodus 12 : 12
12:12 Sebab pada malam ini Aku akan menjalani tanah Mesir, dan semua anak sulung, dari anak manusia sampai anak binatang, akan Kubunuh, dan kepada semua allah di Mesir akan Kujatuhkan hukuman, Akulah, TUHAN.
1 Kings 12:28.
Sesudah menimbang-nimbang, maka raja membuat dua anak lembu jantan dari emas dan ia berkata kepada mereka: "Sudah cukup lamanya kamu pergi ke Yerusalem. Hai Israel, lihatlah sekarang allah-allahmu, yang telah menuntun engkau keluar dari tanah Mesir."
Galatians 4:8
Dahulu, ketika kamu tidak mengenal Allah, kamu memperhambakan diri kepada allah-allah yang pada hakekatnya bukan Allah.
Jelas nama Allah telah dihinakan dan diberikan pula nama itu kepada segala bentuk berhala yang ada. Jika menulis nama Allah dengan huruf 'a' kecil di hadapan sudah dikira sebagai menghina, apatah lagi menggunakannya sebagai nama kepada berhala-berhala, firaun dan tuhan-tuhan buatan manusia! Semua ini bermula dengan kesilapan, tetapi malangnya kesilapan ini masih mahu mereka pertahankan. Maka jelas di sini, para penterjemah Bible dalam bahasa Melayu dan Indonesia masih lagi mengulangi kesilapan penterjemah-penterjemah awal mereka, dengan menterjemahkan kata nama Khas YHWH kepada Allah. Ini merupakan satu bentuk kesilapan yang seharusnya diperbetulkan dan bukannya diperjuangkan bermati-matian untuk mengekalkan terus kesilapan lampau dalam gerakan penterjemahan mereka satu ketika dulu. Kata Nama Khas di dalam apa jua bentuk gerakan penterjemahan tidak boleh digantikan dengan apa jua perkataan yang dirasakan mempunyai maksud yang dirasakan sinonim dengan nama tersebut.
Sebagai contoh, jika diberikan kepada anda untuk menterjemahkan frasa ayat berikut, Michael J. Fox catches a fox behind George Bush’s backyard. Lalu diterjemahkan anda menjadi sebegini Mikail Jin Musang menangkap musang di belakang halaman rumah George Semak Samun. hanya tauke Cina tahun panggung wayang tahun 80 an sanggup melakukan terjemahan sedemikian rupa. Jadi itu masalahnya jika nama khas turut diterjemahkan. Kesalahan yang tidak mahu diperakui ini menimbulkan masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan teks terjemahan yang mengandungi kesilapan tersebut untuk mengadaptasikan diri dan kepercayaan mereka dengan merujuk nama Tuhan kepada nama yang selain dari apa yang biasa mereka imani. Kita bersimpati tetapi bertegas bahawa kesilapan itu tetap satu bentuk kesilapan dan harus ia diperbaiki. Jika mereka merupakan individu berhemah dan bermaruah tinggi, tentu sahaja untuk mengakui bahawa kesilapan telah dilakukan sejak lama dulu harus diperbaiki merupakan satu perkara yang mudah untuk dilakukan. Tetapi jika mereka mempunyai agenda tertentu dengan bermain seputar isu ini, maka janganlah diharap bahawa majoriti orang-orang Islam akan berkompromi dengan beralah. Allah s.w.t. menegaskan di dalam surah al Maidah dan ditegaskan-Nya sebanyak 3 kali seperti ayat-ayuat yang saya petik berikut :
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al Maidah ayat 17.
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". Al Maidah ayat 72.
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Al Maidah ayat 73.
Menyokong tindakan mereka ini tanpa usul periksa mengundang masalah akidah yang besar buat umat Islam. Dengan menyokong tindakan mereka, ia bemakna kita bersetuju untuk membenarkan kata mereka bahawa Allah itu beranak pinak dan merupakan Tuhan satu dalam Tiga dan menjelma dalam rupa bentuk manusia. Na’uzubillah. Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekali pun berkompromi dalam hal ini. Baginda sentiasa menegaskan bahawa Allah itu tiada sekutu bagi-Nya dan tidak layak untuk disabitkan dengan mana-mana sifat makhluk yang lemah lagi bergantung kepada segala sesuatu untuk survival diri-Nya.
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa apa yang berlaku semalam merupakan salah satu dari beberapa objektif halatuju gerakan Kristian di Malaysia bagi menjayakan projek D.A.W.N. (Discipling A Whole Nation – Mengkristiankan Seluruh Negara). Objektif utama yang diletakkan keutamaanya ialah dengan menjadikan PAS sebuah parti yang kuat memperjuangkan Islam, menjadi sebuah parti yang lembut dan lebih dormant. Lembutkan PAS dan lemahkan UMNO. Priority ini sudah pun dicapai mereka sejak dua tahun kebelakangan ini. Saya beberapa kali menulis bahawa PAS sudah ditembusi kolum kelima untuk melembutkannya dan menukar sifat perjuangannya. Begitu juga UMNO yang sudah lama berulat dengan kumpulan kolum kelima di dalam parti mereka. Remedi bagi masalah ini ialah dengan mereka kembali ke meja rundingan untuk bersatu demi Allah dan kemaslahatan Islam. Persetankan semua suara yang dirasuk dan berkurap dengan penyakit wahan. Apa yang berlaku semalam merupakan jatuhan domino pertama kepada serangkaian isu yang bakal dibangkitkan bermula tahun 2010 ini. Percayalah, jika kita tidak mengumpulkan kekuatan, kita akan melihat satu demi satu ‘pakaian’ Islam dan umatnya ditanggalkan dan akhirnya Islam di Malaysia akan menjadi Islam Ayam Togel. Beberapa objektif yang mereka gariskan di dalam projek D.A.W.N. pernah saya sentuh di dalam posting sebelum ini (klik) http://satuhala.blogspot.com/2008/04/bila-belanda-berherokan-si-bebal.html
Isu nama Allah ini saya pernah komen dalam posting Mereka Ingin Meminjam Allah pada 2008. Klik sini untuk ke sana.
Jika sebelum 31 Disember 2009, Allah di Malaysia merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, Tidak beranak dan diperanakkan, Tidak bergantung kepada segala sesuatu dan tiada yang setara dengan-Nya. Maka kini, 1 January 2010, semua itu berubah. Allah di Malaysia bakal merujuk kepada Tuhan Tiga Dalam Satu, Tuhan Yang beranak dan diperanakkan, Tuhan yang bergantung kepada segala sesuatu, Tuhan yang ada makhluk lain yang serupa denganNya dan lebih malang lagi, namaNya yang suci disabitkan dengan berhala-berhala buatan manusia. Ini merupakan satu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang Arab sebelum zaman Rasulullah, semasa zaman Rasulullah dan selepas zaman Rasulullah. Mereka tidak pernah sekalipun menyabitkan Allah dengan berhala-berhala kaku.
Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:
Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama -ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Persoalannya di sini, penggunaan kalimah Allah di dalam mana-mana terjemahan Bible Kristian dan penerbitan mereka di dalam bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mempunyai asas yang kukuh di dalam agama mereka dan bukan sebahagian dari agama. Dan ia tidak boleh disabitkan sebagai sebahagian dari agama mereka. Tiada wujud di dalam Bible di dalam bahasanya yang asal Hebrew-Aramaic dan NT (Greek) ayat-ayat yang merujuk nama Tuhan di dalam Bible sebagai Allah. Tidak wujud ayat-ayat di dalam Bible ayat-ayat yang membentuk pernyataan dari Tuhan itu sendiri bahawa namaNya ialah Allah. Yang ada cuma ayat-ayat dan nama-nama yang sudah saya nyatakan di atas. Berbeza dengan al Qur'an, di dalam surah Taha ayat 14, dinyatakan dengan jelas di dalam al Qur'an seperti berikut :
"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.
Al Qasas ayat 30:
Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.
Jadi tiada asas bagi mereka untuk mendakwa menggunakan nama Allah itu merupakan sebahagian dari hak mereka untuk beragama secara bebas dengan menggunakan nama Tuhan yang merujuk kepada Tuhan yang disembah agama lain. Ia boleh mengundang masalah.
Sebagai contoh, apabila seorang Muslim terbeli sebuah buku yang disasarkan kepada Kristian berkenaan soal jawab di dalam amalan agama mereka, apabila memasuki satu bab berkenaan makanan yang dibenarkan, terdapat kenyataan berikut. "Khinzir dihalalkan bagi kamu oleh Allah setelah Perjanjian Lama dilupuskan." Bukankah ia bakal menimbulkan kekeliruan dan masalah bagi muslim yang tidak mengetahui dan memahami bahawa Allah di dalam buku itu tidak merujuk kepada Allah Tuhan di dalam agama Islam. Bukankah ia mengundang satu bentuk masalah kepadanya nanti dengan jabatan-jabatan agama Islam yang melaksanakan enakmen syariah di dalam mana-mana negeri apabila tindakan dikenakan ke atasnya atas sebab kekeliruan ini. Lupakah kita dengan polemik kes Kartika yang menimbulkan masalah besar kepada negara kerana masyarakat umum diluar tidak faham akan cara pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia? kes tersebut menyebabkan Malaysia seketika berada di dalam keadaan 'panas'. Ini adalah fakta dan bukan khayalan. Semua ini mengundang rasa tidak aman kepada penganut Islam dan menimbulkan satu bentuk sentimen penolakan dan prejudis kepada umat-umat agama lain.
Kita menghormati hak agama lain jika mereka mahu beramal di dalam lingkungan sebenar agama mereka. Tetapi jika kesilapan penterjemahan kitab mereka mahu dipaksakan untuk orang-orang Islam menelannya, di bawah Artikel 3 (1), ianya sangat tidak masuk akal. Kita tidak mempersoalkan kebijaksanaan hakim yang membuat keputusan, tetapi kita mahu pihak jabatan-jabatan agama Islam dan Menteri Dalam Negeri membuat rayuan mengikut saluran undang-undang yang ada supaya keputusan ini dapat disemak semula.
Ini kerana beberapa isu yang bakal menimbulkan keadaan kucar kacir kepada sistem beragama seterusnya mengancam kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan kedudukan sistem undang-undang syariah dinegara kita. Artikel 10 (1) a Perlembagaan Persekutuan adalah tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4) sebagai sekatan. Tetapi ia masih berlegar seputar isu hak-hak mereka untuk beramal dalam apa bentuk agama mereka yang asal. Tetapi apa yang berlaku ini menimbulkan satu lagi masalah iaitu bagaimana ajaran sesuatu agama itu akan didefinasikan. Jika sesuatu yang tidak langsung mempunyai asas di dalam agama dan kekhilafan penterjemahan kitab-kitab agama boleh diberikan hak untuk menikmati status sebagai agama sah , yang diiktiraf di dalam Artikel 3 (1), ia akan membuka ruang pula kepada kumpulan-kumpulan ajaran sesat seperti Ayah Pin, Ajaran Rasul Kahar, Kumpulan-kumpulan Liberal, Plural, Gerakan Feminisme Songsang, kumpulan anti-hadis dan sebagainya untuk membuat tafsiran sesuka hati mereka terhadap kitab al Qur'an dan mendakwa bahawa itu merupakan sebahagian dari agama yang mereka imani (biarpun tersasar dan tersesat jauh tafsiran mereka). Kes ini merupakan satu bentuk precedent yang boleh dianggap sebagai Kuda Trojan, yang bakal membuka pintu seluas-luasnya kepada segala bentuk ajaran yang mengancam kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan jika diberikan hak-hak mereka untuk menafsirkan Islam sesuka hati mereka. Ia juga bakal menjadi antara paku-paku kepada keranda yang dipersiapkan kepada sistem Syariah negara ini, kerana selepas ini pihak berkuasa agama Islam akan terikat tangan mereka daripada dapat mengambil tindakan kepada semua bentuk kesesatan yang dirancang ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Di dalam banyak forum dan media anti Islam, sudah lama dibincangkan dan disuarakan supaya kes-kes seperti ajaran sesat ayah Pin, Rasul Kahar dan sebagainya dihalalkan atas nama kebebasan beragama. Persoalannya ialah, sampai bila orang-orang Islam mahu berdiam diri berpeluk tubuh dan bergaduh sesama sendiri pada ketika ancaman demi ancaman kepada survival kedudukan agama mereka diratah anai-anai dari hari ke hari?
Apa yang berlaku ini amatlah menyedihkan. Jika masih ada ruang bagi memperbetulkan segalanya, jika masih ada peluang mengikut saluran undang-undang yang betul, saya berdoa dan berharap bahawa apa yang diperjuangkan ini, akan disambung dan diberikan semangat perjuangan yang baru. Yang penting, saya berdoa dan berharap agar pihak-pihak berkuasa agama Islam, Jabatan Perdana Menteri tidak terus berputus asa dengan ‘kaki yang tersadung sekali’. Jika jatuh pada halangan pertama sudah pun mengangis terisak-isak, jangan gelarkan diri pejuang di jalan Allah. Ayuh bangun.. kita terus mara kerana hanya masa yang memisahkan kita dari bertemu Allah untuk dipertanggungjawabkan di atas segala perbuatan kita. Saya akhiri dengan 2 ayat dari surah al A’raf ;
Mereka berkata: "Adakah engkau datang kepada kami supaya kami hanya menyembah Allah semata-mata, dan meninggalkan apa yang pernah disembah oleh datuk nenek kami? (Kami tidak akan menurut) maka datangkanlah azab yang engkau janjikan kepada kami, jika betul engkau dari orang-orang yang benar". Nabi Hud menjawab: "Sesungguhnya telah tetaplah kamu akan ditimpa azab dan kemurkaan dari Tuhan kamu. Adakah kamu hendak berbahas denganku mengenai nama-nama yang hanya kamu dan nenek moyang kamu menamakannya, sedang Allah tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya? Maka tunggulah (kedatangan azab itu), sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang turut menunggu bersama-sama kamu". (Al A’raf 70-71)
Tuan-tuan… apa lagi yang ditunggu kala semboyan sudah berbunyi?
-->
Rujukan :
1) Edward McNall Burns, Western Civilizations (Fourth Edition) Their History & Their Culture; Rutgers University.
2) Karen Armstrong, A History of God (The 4000 Years Quest of Judaism, Christianity and Islam), Ballantine Books, New York.
3) Tafsir Jalallain berikut Asbaabun Nuzul Ayat, Jilid 2, Sinar Baru Algensindo.
4) Tafsir al Azhar, Prof. Dr. Hamka, Juzu’ 4-5-6, Pustaka Panjimas, Jakarta.
5) Peter Lemesurier, The Armageddon Script (The Power of Prophecy and The Secret Life of Jesus), Element.
6) King James Version, Barbour.
7) Nathan Stone, Names of God, Moody Press, Chicago.
8) Mark Water, Bible Study Made Easy, John Hunt Publishing Limited.
9) Albert Hourani, A History of the Arab Peoples, Faber and Faber Limited.
10) Van Dyke Arabic Bible, Softcopy.
11) Robert Wright, The Evolution of God, Litle, Brown and Company.
12) Patrick Johnstone, Operation World,
13) Maureen K.C. Chew I.J., The Journey of The Catholic Church in Malaysia : 1511 – 1996, Catholic Research Centre, Kuala Lumpur
14) Perlembagaan Persekutuan, International Law Book Services.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.