Oleh : Imran Haaz
Islam ialah sebuah agama yang hebat untuk
manusia-manusia dengan sempadan cita-cita kemanusiaan yang hebat.
Justeru itu Islam meletakkan asas supaya
umat manusia yang menganut satu-satunya agama yang diredhai Allah di dalam satu
bentuk persediaan untuk menuju kehebatan.
Ra’maah Ebrahim dipertontonkan melalui
screenshot di bawah berasa geli dengan tudung yang wajib dipakai Muslimah.
Jangan marah kepada dirinya. Jangan juga marah kepada anak-anak yang mendapat
didikannya. Islam tidak menggalakkan penganutnya agama hebat ini untuk mencaci
murka manusia-manusia yang rendah telahan dan cita-cita kemanusiaannya.
Betulke Muslim ni...? Heheh.. Network Kami Kenal Siapa Ra'maah ini... |
Jangan marah kepadanya kerana dia hanya
mahukan sesuatu yang mediocre/ sederhana/moderate untuk menjadi sasaran
cita-citanya dan cita-cita untuk anak-anaknya. Kerana itu, tidak hairanlah kita
semua hanya mengenali susuk tubuh ini melalui perkongsian screenshot laman
sosialnya sahaja.
Lama dahulu, saya menulis tentang aturan
Hijab yang menyediakan wanita-wanita muslimah dalam satu persediaan menuju
kehebatan.
Jika anda seorang wanita dan hanya berupaya
menjadi wanita biasa-biasa sahaja, maka bertudung bukanlah satu keperluan untuk
anda.
Tetapi jika anda merupakan seorang wanita
yang bercita-cita luar biasa dan tidak gentar untuk mencabar sempadan langit
tertinggi, lautan terdalam, gurun paling panas dan kutub yang paling sejuk,
tidak dapat tidak, anda perlu membiasakan diri anda untuk menjadi seorang
wanita yang wajib mengenakan hijab.
Biar gambar-gambar ini berbicara. Wanita-wanita berhijab ialah wanita-wanita dengan keupayaan manusia luarbiasa.
Dan biarkan Ra’maah dan anak-anaknya
menjadi manusia mediocre tanpa cita-cita memecah sempadan wanita-wanita hebat
di dunia dan di akhirat.
Jangan marahkan manusia-manusia dari bawah
tempurung kelapak ini.
P/S : Entah kenapa Ra’maah klik like pada
page “Jesus Is Lord” (1).
Dan kasihan pula pada Mendiang Mother Teresa. Orang sepertinya dihapakkan likers Jesus seperti Ra'maah Ebrahim kerana bertudung kepala menurut ajaran Bible.
Rujukan :
(1)https://www.facebook.com/JesusIsLordOfAllLords/photos/a.291476574314339.64624.291456834316313/627250020736991/?type=1#_=_
Dan kasihan pula pada Mendiang Mother Teresa. Orang sepertinya dihapakkan likers Jesus seperti Ra'maah Ebrahim kerana bertudung kepala menurut ajaran Bible.
Rujukan :
(1)https://www.facebook.com/JesusIsLordOfAllLords/photos/a.291476574314339.64624.291456834316313/627250020736991/?type=1#_=_