Wednesday, April 15, 2015

Ra'maah Ebrahim & Wanita Di Bawah Tempurung Kelapak

6
Oleh : Imran Haaz

Islam ialah sebuah agama yang hebat untuk manusia-manusia dengan sempadan cita-cita kemanusiaan yang hebat.

Justeru itu Islam meletakkan asas supaya umat manusia yang menganut satu-satunya agama yang diredhai Allah di dalam satu bentuk persediaan untuk menuju kehebatan.


Betulke Muslim ni...? Heheh.. Network Kami Kenal Siapa Ra'maah ini...
Ra’maah Ebrahim dipertontonkan melalui screenshot di bawah berasa geli dengan tudung yang wajib dipakai Muslimah. Jangan marah kepada dirinya. Jangan juga marah kepada anak-anak yang mendapat didikannya. Islam tidak menggalakkan penganutnya agama hebat ini untuk mencaci murka manusia-manusia yang rendah telahan dan cita-cita kemanusiaannya.

Jangan marah kepadanya kerana dia hanya mahukan sesuatu yang mediocre/ sederhana/moderate untuk menjadi sasaran cita-citanya dan cita-cita untuk anak-anaknya. Kerana itu, tidak hairanlah kita semua hanya mengenali susuk tubuh ini melalui perkongsian screenshot laman sosialnya sahaja.

Lama dahulu, saya menulis tentang aturan Hijab yang menyediakan wanita-wanita muslimah dalam satu persediaan menuju kehebatan.

Jika anda seorang wanita dan hanya berupaya menjadi wanita biasa-biasa sahaja, maka bertudung bukanlah satu keperluan untuk anda.

Tetapi jika anda merupakan seorang wanita yang bercita-cita luar biasa dan tidak gentar untuk mencabar sempadan langit tertinggi, lautan terdalam, gurun paling panas dan kutub yang paling sejuk, tidak dapat tidak, anda perlu membiasakan diri anda untuk menjadi seorang wanita yang wajib mengenakan hijab.


Biar gambar-gambar ini berbicara. Wanita-wanita berhijab ialah wanita-wanita dengan keupayaan manusia luarbiasa.





Dan biarkan Ra’maah dan anak-anaknya menjadi manusia mediocre tanpa cita-cita memecah sempadan wanita-wanita hebat di dunia dan di akhirat.

Jangan marahkan manusia-manusia dari bawah tempurung kelapak ini.



P/S : Entah kenapa Ra’maah klik like pada page “Jesus Is Lord” (1). 




Dan kasihan pula pada Mendiang Mother Teresa. Orang sepertinya dihapakkan likers Jesus seperti Ra'maah Ebrahim kerana bertudung kepala menurut ajaran Bible.




Rujukan :

(1)https://www.facebook.com/JesusIsLordOfAllLords/photos/a.291476574314339.64624.291456834316313/627250020736991/?type=1#_=_



Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

6 comments:

Anonymous said...

Cuba komen sikit tentang agama yang 'indah' ni..
http://www.aljazeera.com/news/2015/04/nigeria-boko-haram-150414043301574.html

tebing tinggi said...


Semoga terbuka pintu hatinya untuk melihat yang benar.

Hasanah said...

moga Allah buka pintu taufik n hidayah pd dia n anak2nya..

Anonymous said...

Kalau orang tak ikut agama yang indah ini dah mengikut hawa nafsu , bukan salah agama tapi salah individu itu sendiri..adakah jika kita jahat, patutkah orang mengatakan ibubapa kita juga jahat???

...Juwita Maya... said...

tak nak komen nak 'Like' je he he he...tulis lah lagi..rindu plak hehe

noni said...

Lama x dtg melawat..still inspires people 😊