Wednesday, October 30, 2013

Little Melayu Di Tanah Melayu

4
Oleh : Imran Haaz

Negara ini didirikan di atas 3 asas yang telah dipersetujui secara bersama ketika Merdeka. Islam sebagai agama kepada Persekutuan, Melayu dan etnik asal tempatan sebagai bumiputera dan lain-lain kaum minoriti yang berasal dari negara lain sebelum merdeka diterima sebagai rakyat Malaysia.

Asas ini terpancar jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjadi tulang belakang pembinaan negara ini. Segala yang dilakukan untuk mempotretkan serta mewarnai kanvas tentang apa itu Malaysia harus mencerminkan asas-asas ini.

China Town terwujud di luar negara induk China kerana desakan untuk mengekalkan identiti etnik unik tersebut di negara-negara bukan China. Begitu juga dengan Little India. Ia sentiasa wujud kerana ia sentiasa berkenaan survival etnik tertentu di bumi asing.


Jadi, apa kejadahnya perlu Little Melayu di dalam Tanah Melayu itu sendiri? Bukankah ini sendiri akan mempotretkan ketidakmampuan pemerintah untuk mewarnakan negeri Pulau Pinang ini mengikut acuan dasar serta asas pembinaan negara ini sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah ini hanya satu usaha untuk melepaskan batuk ditepi tangga ketika suara-suara orang Melayu di Pulau Pinang mahukan pemerintah serius menangani ‘pembersihan etnik’ yang sepatutnya menjadi etnik utama di negeri ini?


Melayu di Pulau Pinang dihalau dengan perjanjian sundal pelacur-pelacur politik selama ini. Songkok, kopiah dan serban, sama sahaja tertanggal bilamana perut dan kemaluan mula bergelodak digeletek nafsu terjangkit penyakit wahan. Mereka dihalau dari tanah mereka dengan pampasan sebesar najis tikus. Mana mungkin najis tikus dapat memberikan mereka bumbung , dinding dan lantai ditempat sendiri yang dibangunkan kediaman diperbuat dari emas dan permata. Harga hartanah dan rumah ditempat mereka biasa berpijak dan jatuh bermain serta berdarah melonjak berlipat kaliganda. Mereka dihalau dengan pampasan yang mahukan mereka dihalau selamanya dari tempat asal mereka.

Tanah-tanah mereka dilupus nilai dengan banjir-banjir yang sengaja diadakan. Jika kampung A tidak mahu berpindah dan menerima pampasan, mereka bangunkan kawasan bekas kampung B dan C sehingga menyebabkan banjir berlaku secara kerap di kampung A. Siapa yang bisa tahan dengan banjir yang berlaku saban kali saban tahun? Dengan alasan kekerapan banjir tanah mereka dilucut nilai.

Melayu juga dihalau dengan bantuan dadah saban tahun. Lihat sahaja kampung-kampung Melayu di dalam daerah emas bekas Tanjung Penaga . Anak-anak kepada generasi pemilik hartanah di sini banyak yang terlibat di dalam penagihan dadah. Apabila hartanah itu dipecahkan setelah kematian pemilik pertama, mereka-mereka ini menjual hartanah tersebut dengan harga yang murah yang tidak dapat diterjemahkan dengan simbolik jual tanah dapat tanah, tetapi jual tanah dapat dadah.

Melayu juga dihalau dengan sistem upah dan gaji yang sangat tidak kompetitif di sini. Mereka bekerja dengan upah yang selayaknya diberikan kepada Kunta Kinte . Mungkin hanya di Pulau Pinang ada elaun Bahasa Mandarin atau lain-lain dialek Cina. Mungkin hanya di sini, peluang untuk kenaikan itu bergantung kepada asal tempat DNA Mitochondrial dan Y haplogroups. Mungkin hanya di sini Melayu hanya boleh berjaya jika dua elemen Melayu iaitu Islam pada agamanya dan Melayu jati dirinya ditanggalkan sepenuhnya.

Jika ada pun penempatan di mana Melayu cuba dipusatkan berdekatan pusat bandar negeri ini, maka ketahuilah bahawa tempat itu merupakan tempat di mana harga hartanahnya tidak serendah mana dan segala bentuk bahan buangan penduduk di sini dilemparkan. Seolah-olah ‘pembersihan etnik tanpa melalui pembunuhan’ di Gaza dicerminkan di sini tetapi dalam lukisan yang lebih modern dengan potret ‘kegembiraan’. Lihat sahaja kawasan Sungai Pinang dan Jelutong di bawah. Loji Kumbahan Najis terbesar Pulau Pinang dan Pusat Pelupusan sampah terbesar di dalam daerah pulau di Pulau Pinang diletakkan dalam kawasan majoriti penempatan Melayu. Lihat sahaja di bawah ini bagaimana jalan dan lorong dengan nama Tengku, Hajjah, Masjid dan Madrasah diperosokkan berdekatan dengan loji kumbahan serta pusat pelupusan sampah terbesar berdekatan Pusat Bandar.



Jika ini tidak mengingatkan kita kepada Gaza, maka perhatikanlah apa yang kita makan saban hari dan dari punca mana rezeki yang menjadi makanan kita diambil sehingga menyebabkan mata hati kita tertutup. Jika dengan memandu melalui Lebuhraya Tun Lim Chong Eu sahaja boleh memberikan kita hirupan bau najis yang berpadu dengan bauan sampah yang menjadi simbiosis aroma kepada ‘udara segar’ hirupan anak-anak kecil yang membesar di dalam kediaman-kediaman sempit dikiri dan mungkin juga di kanan jalan, maka bayangkan apa kualiti hidup dan apa masa depan kesihatan mereka-mereka ini yang tinggal di sana.

Jika singgah di sini untuk makan melancong dan membeli belah dan terus belah dan buka facebook memuatkan komen Melayu di sini tidak apa-apa, sila tumbuk diri anda sendiri sehingga berdarah supaya segera bangkit dari khayal tercetus kas kas yang dimasukkan di dalam nasi kandar. Immuniti minda luar terhadap kesan kas kas belum menyamai sistem imun penduduk tempatan. Kerana itu, apa yang sesetengah kami nampak, tidak kelihatan pada mata orang yang singgah sehari dua di sini.

Ini semua harus diperjuangkan oleh pak menteri dan politikus Melayu tempatan. Menyempitkan melayu ke sebuah lebuh dengan nama Melayu yang mungkin sudah tidak ada Melayu di situ hanyalah satu tindakan yang tidak mencerminkan kedudukan Melayu itu sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Tidak apa untuk mempunyai China Town di tanah Melayu. Tiada masalah untuk mempunyai Little India di Tanah Melayu. Tetapi, apabila Melayu memerlukan Little Melayu di Tanah Melayu, maka jelaslah, terdapat satu masalah trajektori keupayaan pemikiran politikus Melayu yang menghirup kemewahan dengan undi Melayu, tetapi memberikan simbiosis aroma paduan najis dan sampah kepada orang Melayu yang menjadi tulang belakang penguasaan politik mereka.

Nasib dan kedudukan Melayu yang seharusnya menjadi perhatian. Bukan meletakkan Melayu sebagai sebuah objek di dalam sebuah ‘persembahan’ sebagai satu simbolik bahawa ‘mereka pernah wujud di situ’.

Jika mahukan warisan Melayu, kenapa tidak bersungguh untuk memperjuangkan kawasan Batu Uban? Tolonglah Encik-Encik dan Puan-Puan Politikus, muak bukan lagi perkataan yang sesuai untuk muntah yang telah berkali-kali tumpah ke lantai. Melayu di sini memerlukan tindakan affirmatif dan bukan meletakkan mereka sebagai watak kepada wayang kulit bekas kewujudan Melayu di Pulau Pinang. Tidak kiralah dengan gelaran apa ia diberikan samada Tindakan Affirmatif atau Diskriminasi Positif, yang jelas Perlembagaan Persekutuan yang mencerminkan asas pembinaan struktur negara ini membenarkan ianya dilakukan.


Sebenarnya kita sudah hampir menjadi majoriti kembali di negeri ini jika tidak kerana ada politikus buangan dari Melaka mengambilalih. Percaturan politik yang tercetus dari candu khayal yang merasakan alternatif pilihan ini lebih baik jelas menghasilkan satu keadaan disebaliknya. Jika tidak tahun 2010, tempohari mungkin menyaksikan orang Melayu sebagai Majoriti di negeri ini. Pertambahan 18,000 sehingga 20,000 orang Melayu di Pulau Pinang sehingga awal tahun 2010, menyaksikan orang-orang Melayu sekali lagi kembali sebagai penduduk majoriti. Itu berita yang dilaporkan Nanyang Siang Pau pada April 2010.


Malang sekali apabila menjelang tahun 2012, berita di atas dimuatkan.  Apabila kerajaan negeri bekas Tanjung Penaga tersebut bertukar tangan, jumlah tambahan 18,000 yang memisahkan kedudukan Melayu sebagai majoriti di negeri ini pada 2010, hilang begitu sahaja. Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sendiri yang mendedahkan tentang perkara ini. Lalu, entah apa yang berlaku, Melayu sekali lagi dibersihkan dari berpeluang menjadi majoriti di tanah tumpah darah mereka sendiri.
Ini harus diperjuangkan kembali. Untuk ianya menjadi kenyataan, segalanya harus diperbetulkan dari pembentukan minda, sahsiah dan keupayaan untuk bermandiri ditempat sendiri. 

Persekitaran di mana anak-anak kecil Melayu ini harus diperbaiki. Kita tidak mensasarkan ianya dapat berlaku dalam sekelip mata, tetapi ianya perlu harus dilakukan pada hari ini supaya kita dapat melihat perubahan sebelum kita menutup mata.


Dengan menghirup paduan aroma najis dan bauan sampah yang dipaksa hidukan sepanjang hari, apakah adil untuk memaksa mereka untuk berjaya mengharungi cabaran hidup dengan kata-kata semangat dari magis abracadabra terpacul dari lisan pak-pak menteri? Jangan harap ia akan berlaku. Semua ini hanya akan berubah jika kiblat pemikiran golongan politikus Melayu tidak lagi berfikir dari dalam tembolok tetapi menggunakan jati diri akal di bawah tengkolok.

2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

4 comments:

kir said...

aduhai tuan, ini lah yang terbenak di dalam hati saya, tapi saya kurang berkemampuan untuk menzahirkan seperti mana tuan lakukan...
perangai kaduk naik junjung dan ulat naik ke mata sangat sangat membuatkan saya semakin memikirkan...
"APA LU MAU LAGI MAAA?"

satuhala said...

Mrk mahu kuasa Kir. rmk mahu org2 Islam berada di bawah telunjuk dan hanya menerima arahan dr mereka.

Mrk tidak suka org Islam berada di atas mereka dengan kuasa.

Tapi sayang sebahagian besar dr kita tak sedar akan kemungkinan2 dan kesudahan yang bakal berlaku jika terlalu banyak memberi muka kepada mereka.

koronez said...

bertambah panas hati ini dikala membaca ap yg tuan zahirkan disini, begitu mendalam sehingga menusuk terus kedalam jantung.terbayang dan terfikir apakah nasib anak-anak nanti yang akan dipimpin oleh politikus yang menghirup udara kotor.. tuan sangat petah berbicara dan bisa membangkitkan semangat anak muda.. teruskan perjuangan tuan dipentas yang lebih besar..KERANA TAKKAN MELAYU HIANG DIDUNIA, SELAGI MELAYU BERPEGANG PADA AGAMA ISLAM...(Dato Laksamana Hnag Tuah)

satuhala said...

Benar saudara Koronez,

Melayu Tidak akan hilang selagi mereka berpegang teguh kepada agama Islam. Itu yang harus kita tekankan. Sama2 kita usaha mengikut keupayaan masing2.. In Sya Allah, sama2 kita boleh perbaiki keadaan ini.