Monday, October 14, 2013

Perihal Manusia Suci & Tuhan Yang Maha Suci bhg. 2

0
And thus I clothe my naked villany
With odd old ends stol'n out of holy writ,
And seem a saint, when most I play the devil.

Shakespeare menamatkan Richard III act I sebaik ia memulakan dengan petikan di atas. Itu sudah memadai. Terdapat pula kata-kata pepatah di dalam bahasa Inggeris seperti berikut yang menghampiri kisah bagaimana Richard menggunakan facade persona dan penampilan zahirnya yang cuba diperlihatkan sebagai baik, untuk menutupi segala kejahatannya yang cuba diselindungkan. Ia bagi membolehkan dirinya mencapai cita-cita memegang tampuk kuasa sebagai seorang raja.

What is worse than a wolf in a sheep clothing..

Pepatah yang mempunyai akar kepada perkataan Jesus yang memberi amaran tentang kemunculan nabi-nabi palsu di kemudian nanti. Nabi-nabi palsu yang akan merosakkan jalan tauhid yang cuba diperbetulkan dirinya pada waktu itu. Petikan yang menjadi asal kepada pepatah tersebut boleh dirujuk kepada petikan berikut:

Beware of false prophets, which come to you in sheep's clothing, but inwardly they are ravening wolves. (Matthew fasal 7 ayat 15)



Secara konsisten, amaran yang sama turut disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai pedoman kepada kita, umat akhir zaman pada hari ini, supaya berhati-hati dan berjaga-jaga dengan kemunculan golongan berpakaian agama, tetapi mempunyai hati seperti serigala.

Dari Abu Hurairah Ra. ia berkata: Rasulullah s.a.w.  bersabda. “Akan keluar di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat dari kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang banyak, dan perkataan mereka lebih manis dari gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang buruk). Allah s.w.t.  berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku ? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepada-Ku? Demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).” (HR. Tirmizi)

Esok,  9 Dzulhijjah 1434 Hijrah bersamaan 14 Oktober 2013 merupakan hari yang amat penting di dalam kalendar perhatian umat Islam di Malaysia. Bukan kerana ia merupakan satu hari sebelum Aidil Adha. Bukan juga kerana ia satu hari selepas pemilihan UMNO. 14 Oktober 2013 telah ditetapkan sebagai hari di mana keputusan rayuan isu kalimah Allah akan diputuskan.

Islam sudah mula bertapak di Nusantara sejak dari zaman sahabat Rasulullah s.a.w. Sudah hampir 1400 tahun nama Allah merujuk kepada Tuhan yang satu di muka bumi Nusantara ini. Tetapi, hakikatnya pada ketika ini, hanya Semenanjung Tanah Melayu dan Brunei Darus Salam merupakan satu-satunya tempat di bumi Nusantara ini yang masih mengekalkan keadaan tersebut seperti ia dipertahankan selama ini. Jadi, apa yang bakal diputuskan esok akan menjadi sesuatu yang amat ditunggu dengan penuh debaran.

Blog ini telah secara konsisten memperjuangkan isu ini sejak dari 2008. Biar pun sebahagian parti dan manusia-manusia yang sibuk mencari makan dan kedudukan dengan memakai pakaian agama secara flip flop menyatakan pendirian di dalam perkara ini. Boleh, jika ia memberikan perbatuan politik dan ruang membuat untung. Tidak boleh, bilamana isu ini tidak menguntungkan perbatuan politik dan tidak memberi untung. Kita tidak perlu meniru mereka. Inilah golongan yang sentiasa Rasulullah s.a.w. pesan akan muncul di akhir zaman. Golongan zombi wahan. Mencintai dunia dan takut mati.

Kita mencintai Allah dan rasulNya bukan hanya apabila cinta kita kepada Allah dan rasulNYa menguntungkan kita. Kita memilih untuk berharap supaya kita akan sentiasa mencintai Allah dan rasulNya secara konsisten di dalam masa susah dan masa senang. Terus  menyintai biarpun pada ketika ianya kelihatan menguntungkan dan mendapat tekanan.

Rasulullah s.a.w. pernah berpesan :

Suatu hari, sebagaimana yang diceritakan oleh Ibn Ma’bad bin Abdillah dari datuknya, bahwasanya datuknya (Abdullah ibn Hisyam) pernah bersama Rasulullah s.a.w. dan ketika itu beliau s.a.w. memegang tangan Umar ibn Al Khaththab r.a . Maka Umar r.a .pun berkata, Demi Allah, ya Rasulullah. Sungguh engkau lebih aku cintai dari segala sesuatu kecuali diriku.”  Maka Rasulullah s.a.w. pun menanggapi, “Demi Zat Yang jiwaku di tangan-Nya. Sampai aku engkau cintai melebihi dirimu sendiri.” Kemudian Umar pun berkata, “Sejak saat ini engkau lebih aku cintai dari pada diriku sendiri.” Maka Rasulullah s.a.w.pun menyambut, “ Ya begitu, Umar.” -(Hadis Riwayat  Bukhari)

Mencintai Rasulullah s.a.w. bererti turut mencintai Allah.

“Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihimu dan mengampuni dosa-dosamu.” (Ali Imran: 31)

Dan mencintai Allah dan rasulNya bererti meletakkan sepenuhnya jiwa raga mencintai keduanya melebihi cinta kita kepada segala yang lain termasuk diri sendiri.

(Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari pada Allah  dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-NYA, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan Nya.” Dan Allahtidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.) (At-Taubah: 24)

Terdapat sebilangan tokoh manusia berpakaian agama dan berakidah politik memandang jelek dan rendah kepada perjuangan mempertahankan kalimah Allah. Mereka menganggap hanya Melayu Muslim sibuk mahu mempertahankannya. Mereka menyindir bahawa semua ini merupakan Mazhab Melayu kerana menahan golongan Kristian daripada menghina Allah dan menggunakan namanya yang indah dan mulia di dalam penerbitan mereka.



Bagi mereka jika nama Allah ingin dimasukkan ke dalam konteks kristianisasi sebagaimana di dalam Bible berbahasa Melayu, maka ia seharusnya dibenarkan. Bagi mereka lagi, hanya muslim yang berjuang di dalam Mazhab Melayu dangkal sahaja akan menentangnya. Bagi diri mereka, tidak apa untuk nama Allah dikristiankan. Tetapi, apabila nama dan imej mereka sendiri cuba dikristiankan, dengan segera mereka mendakwa dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan. Saman menjadi makanan ruji mereka. Nama dan imej mereka yang dikristiankan perlu dihentikan kerana ia mencemar nama baik mereka di dalam perbatuan politik dan mata umum.




Pelik bin ajaib wal takjub. Mereka mendakwa diri mereka dan golongan yang bersama mereka sebagai mencintai Allah. Tetapi bagaimana pula mereka boleh membiarkan namaNya dicemari tetapi dalam masa yang sama, kesucian nama mereka tidak boleh disentuh dan dihinakan. Mereka mendakwa diri mereka mencintai Allah, tetapi mereka boleh pula membenarkan nama Allah digunakan di dalam penerbitan Kristian. Sedangkan apabila nama mereka sendiri digunakan di dalam dengan imej Kristian, mereka memulakan tindakan saman. Benarkah mereka ini golongan yang mencintai Allah dan berjuang dijalan Allah? Jika benar, kenapa mereka marah ketika nama mereka dicemari tetapi boleh bersikap selamba apabila nama Allah dihinakan? Bukankah mencintai Allah dan RasulNya bererti mencintai keduanya dalam semua aspek melebihi cinta kita kepada diri sendiri? Bukankah Allah tidak suka dan tidak rela namanya digunakan di dalam konteks Triniti?

Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya). (An Nisaa’ ayat 171) 

Entahlah. Allah sahaja yang layak untuk mengadili sikap dan siapa mereka sebenarnya. Kekal nama mereka lebih suci dan lebih utama untuk dipertahankan berbanding Allah.

Pada kali pertama penulisan di bawah tajuk ini dipaparkan, saya telah memberikan amaran bahawa seorang tokoh yang sibuk menggunakan nama Allah sebagai komoditi tukaran untuk undi golongan Kristian di Malaysia ini bakal dimalukan Allah. Ia kelihatan kemudiannya benar-benar berlaku. Semua perlakuan sumbangnya terbongkar menjadi tatapan umum. Sibuk dia kemudiannya melakukan tai chi untuk membersihkan namanya yang tercemar teruk. Tetapi manusia, tetap manusia. Apabila dikuasai nafsu untuk mendapatkan keuntungan dan kuasa, mereka melupakan semua ini. Allah s.w.t. menyuruh manusia untuk memikirkan apa perasaan mereka jika mereka turut diperlakukan perkara yang serupa. Ia boleh dibaca di dalam surah ar Ruum ayat 28 seperti di bawah:

Ia mengemukakan kepada kamu satu misal perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya dengan penerimaan kamu itu, mereka dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian dengan orang-orang yang berkongsi dengan kamu - yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahaminya. (Ar Ruum ayat 28)


Jelas, apabila nama dan imej mereka cuba dikristiankan, mereka menggelupur mahu mengambil tindakan. Seolah-olah kini mereka pula yang menganut Mazhab Melayu seperti yang cuba disindirkan kepada kumpulan yang tidak bersama mereka.


Jadi, jika tidak boleh berkompromi dengan kesucian nama sendiri yang dicemarkan, apa pula dengan Allah yang Maha Suci. Lebih suci maruah dan nama mereka dari Tuhan mereka sendiri. Mungkin juga selepas ini Allah membiarkan mereka sendiri berusaha keras tanpa pertolongan Allah mencuci nama mereka sepertimana dibiarkannya Allah dicaci dan dihinakan manusia. 

Semoga keputusan hari esok akan menyebelahi umat Islam yang masih berpegang kepada al Qur’an dan Sunnah. Semoga tiada hujah akan digunakan pada hari esok untuk menuntut umat Islam berkorban merelakan nama Allah digunakan golongan Kristian dengan menggunakan alasan semangat Hari Raya Korban yang akan jatuh sehari sesudah keputusan diumumkan. Semoga Allah memberikan yang terbaik kepada umat Islam di negara ini. Ameen.

© 2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

No comments: