Oleh : Imran Haaz
Negara ini didirikan di atas 3 asas yang telah dipersetujui
secara bersama ketika Merdeka. Islam sebagai agama kepada Persekutuan, Melayu
dan etnik asal tempatan sebagai bumiputera dan lain-lain kaum minoriti yang
berasal dari negara lain sebelum merdeka diterima sebagai rakyat Malaysia.
Asas ini terpancar jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan
yang menjadi tulang belakang pembinaan negara ini. Segala yang dilakukan untuk
mempotretkan serta mewarnai kanvas tentang apa itu Malaysia harus mencerminkan asas-asas
ini.
China Town terwujud di luar negara induk China kerana
desakan untuk mengekalkan identiti etnik unik tersebut di negara-negara bukan
China. Begitu juga dengan Little India. Ia sentiasa wujud kerana ia sentiasa berkenaan
survival etnik tertentu di bumi asing.
Jadi, apa kejadahnya perlu Little Melayu di dalam Tanah
Melayu itu sendiri? Bukankah ini sendiri akan mempotretkan ketidakmampuan
pemerintah untuk mewarnakan negeri Pulau Pinang ini mengikut acuan dasar serta asas
pembinaan negara ini sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Apakah ini hanya satu usaha untuk melepaskan batuk ditepi tangga
ketika suara-suara orang Melayu di Pulau Pinang mahukan pemerintah serius
menangani ‘pembersihan etnik’ yang sepatutnya menjadi etnik utama di negeri
ini?
Melayu di Pulau Pinang dihalau dengan perjanjian sundal
pelacur-pelacur politik selama ini. Songkok, kopiah dan serban, sama sahaja
tertanggal bilamana perut dan kemaluan mula bergelodak digeletek nafsu terjangkit
penyakit wahan. Mereka dihalau dari tanah mereka dengan pampasan sebesar najis
tikus. Mana mungkin najis tikus dapat memberikan mereka bumbung , dinding dan
lantai ditempat sendiri yang dibangunkan kediaman diperbuat dari emas dan
permata. Harga hartanah dan rumah ditempat mereka biasa berpijak dan jatuh
bermain serta berdarah melonjak berlipat kaliganda. Mereka dihalau dengan
pampasan yang mahukan mereka dihalau selamanya dari tempat asal mereka.
Tanah-tanah mereka dilupus nilai dengan banjir-banjir yang
sengaja diadakan. Jika kampung A tidak mahu berpindah dan menerima pampasan,
mereka bangunkan kawasan bekas kampung B dan C sehingga menyebabkan banjir
berlaku secara kerap di kampung A. Siapa yang bisa tahan dengan banjir yang
berlaku saban kali saban tahun? Dengan alasan kekerapan banjir tanah mereka
dilucut nilai.
Melayu juga dihalau dengan bantuan dadah saban tahun. Lihat
sahaja kampung-kampung Melayu di dalam daerah emas bekas Tanjung Penaga . Anak-anak
kepada generasi pemilik hartanah di sini banyak yang terlibat di dalam
penagihan dadah. Apabila hartanah itu dipecahkan setelah kematian pemilik
pertama, mereka-mereka ini menjual hartanah tersebut dengan harga yang murah
yang tidak dapat diterjemahkan dengan simbolik jual tanah dapat tanah, tetapi jual
tanah dapat dadah.
Melayu juga dihalau dengan sistem upah dan gaji yang sangat
tidak kompetitif di sini. Mereka bekerja dengan upah yang selayaknya diberikan
kepada Kunta Kinte .
Mungkin hanya di Pulau Pinang ada elaun Bahasa Mandarin atau lain-lain dialek
Cina. Mungkin hanya di sini, peluang untuk kenaikan itu bergantung kepada asal
tempat DNA Mitochondrial dan Y haplogroups. Mungkin hanya di sini Melayu hanya
boleh berjaya jika dua elemen Melayu iaitu Islam pada agamanya dan Melayu jati
dirinya ditanggalkan sepenuhnya.
Jika ada pun penempatan di mana Melayu cuba dipusatkan berdekatan pusat bandar negeri ini, maka ketahuilah bahawa tempat itu merupakan tempat di mana harga
hartanahnya tidak serendah mana dan segala bentuk bahan buangan penduduk di sini
dilemparkan. Seolah-olah ‘pembersihan etnik tanpa melalui pembunuhan’ di Gaza
dicerminkan di sini tetapi dalam lukisan yang lebih modern dengan potret ‘kegembiraan’.
Lihat sahaja kawasan Sungai Pinang dan Jelutong di bawah. Loji Kumbahan Najis
terbesar Pulau Pinang dan Pusat Pelupusan sampah terbesar di dalam daerah pulau
di Pulau Pinang diletakkan dalam kawasan majoriti penempatan Melayu. Lihat sahaja
di bawah ini bagaimana jalan dan lorong dengan nama Tengku, Hajjah, Masjid dan
Madrasah diperosokkan berdekatan dengan loji kumbahan serta pusat pelupusan
sampah terbesar berdekatan Pusat Bandar.
Jika ini tidak mengingatkan kita kepada Gaza, maka
perhatikanlah apa yang kita makan saban hari dan dari punca mana rezeki yang
menjadi makanan kita diambil sehingga menyebabkan mata hati kita tertutup. Jika
dengan memandu melalui Lebuhraya Tun Lim Chong Eu sahaja boleh memberikan kita hirupan
bau najis yang berpadu dengan bauan sampah yang menjadi simbiosis aroma kepada ‘udara
segar’ hirupan anak-anak kecil yang membesar di dalam kediaman-kediaman sempit
dikiri dan mungkin juga di kanan jalan, maka bayangkan apa kualiti hidup dan
apa masa depan kesihatan mereka-mereka ini yang tinggal di sana.
Jika singgah di sini untuk makan melancong dan membeli belah
dan terus belah dan buka facebook memuatkan komen Melayu di sini tidak apa-apa,
sila tumbuk diri anda sendiri sehingga berdarah supaya segera bangkit dari
khayal tercetus kas kas yang dimasukkan di dalam nasi kandar. Immuniti minda
luar terhadap kesan kas kas belum menyamai sistem imun penduduk tempatan. Kerana
itu, apa yang sesetengah kami nampak, tidak kelihatan pada mata orang yang
singgah sehari dua di sini.
Ini semua harus diperjuangkan oleh pak menteri dan politikus
Melayu tempatan. Menyempitkan melayu ke sebuah lebuh dengan nama Melayu yang mungkin
sudah tidak ada Melayu di situ hanyalah satu tindakan yang tidak mencerminkan
kedudukan Melayu itu sendiri di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Tidak apa untuk mempunyai China Town di tanah Melayu. Tiada masalah untuk
mempunyai Little India di Tanah Melayu. Tetapi, apabila Melayu memerlukan
Little Melayu di Tanah Melayu, maka jelaslah, terdapat satu masalah trajektori
keupayaan pemikiran politikus Melayu yang menghirup kemewahan dengan undi
Melayu, tetapi memberikan simbiosis aroma paduan najis dan sampah kepada orang
Melayu yang menjadi tulang belakang penguasaan politik mereka.
Nasib dan kedudukan Melayu yang seharusnya menjadi
perhatian. Bukan meletakkan Melayu sebagai sebuah objek di dalam sebuah ‘persembahan’
sebagai satu simbolik bahawa ‘mereka pernah wujud di situ’.
Jika mahukan warisan Melayu, kenapa tidak bersungguh untuk
memperjuangkan kawasan Batu Uban? Tolonglah Encik-Encik dan Puan-Puan Politikus,
muak bukan lagi perkataan yang sesuai untuk muntah yang telah berkali-kali
tumpah ke lantai. Melayu di sini memerlukan tindakan affirmatif dan bukan
meletakkan mereka sebagai watak kepada wayang kulit bekas kewujudan Melayu di
Pulau Pinang. Tidak kiralah dengan gelaran apa ia diberikan samada Tindakan
Affirmatif atau Diskriminasi Positif, yang jelas Perlembagaan Persekutuan yang
mencerminkan asas pembinaan struktur negara ini membenarkan ianya dilakukan.
Sebenarnya kita sudah hampir menjadi majoriti kembali di negeri ini jika tidak kerana ada politikus buangan dari Melaka mengambilalih. Percaturan politik yang tercetus dari candu khayal yang merasakan alternatif pilihan ini lebih baik jelas menghasilkan satu keadaan disebaliknya. Jika tidak tahun 2010, tempohari mungkin menyaksikan orang Melayu sebagai Majoriti di negeri ini. Pertambahan 18,000 sehingga 20,000 orang Melayu di Pulau Pinang sehingga awal tahun 2010, menyaksikan orang-orang Melayu sekali lagi kembali sebagai penduduk majoriti. Itu berita yang dilaporkan Nanyang Siang Pau pada April 2010.
Malang sekali apabila menjelang tahun 2012, berita di atas dimuatkan. Apabila kerajaan negeri bekas Tanjung Penaga tersebut bertukar tangan, jumlah tambahan 18,000 yang memisahkan kedudukan Melayu sebagai majoriti di negeri ini pada 2010, hilang begitu sahaja. Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang sendiri yang mendedahkan tentang perkara ini. Lalu, entah apa yang berlaku, Melayu sekali lagi dibersihkan dari berpeluang menjadi majoriti di tanah tumpah darah mereka sendiri.
Ini harus diperjuangkan kembali. Untuk ianya menjadi kenyataan,
segalanya harus diperbetulkan dari pembentukan minda, sahsiah dan keupayaan
untuk bermandiri ditempat sendiri.
Persekitaran di mana anak-anak kecil Melayu
ini harus diperbaiki. Kita tidak mensasarkan ianya dapat berlaku dalam sekelip
mata, tetapi ianya perlu harus dilakukan pada hari ini supaya kita dapat
melihat perubahan sebelum kita menutup mata.
Dengan menghirup paduan aroma najis dan bauan sampah yang
dipaksa hidukan sepanjang hari, apakah adil untuk memaksa mereka untuk berjaya
mengharungi cabaran hidup dengan kata-kata semangat dari magis abracadabra terpacul
dari lisan pak-pak menteri? Jangan harap ia akan berlaku. Semua ini hanya akan berubah jika kiblat pemikiran golongan politikus Melayu tidak lagi berfikir dari dalam tembolok tetapi menggunakan jati diri akal di bawah tengkolok.
2013 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.