Oleh : M.I.A./Imran Haaz
Penulisan ini merupakan sambungan kepada penulisan bertajuk Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg. 6. (Klik sini untuk membacanya)
Jika melihat kepada ayat 6 kitab Isaiah fasal 9 bilamana disebut nama nabi terakhir tersebut sebagai Wonderful, Counsellor, The mighty God, The everlasting Father, The Prince of Peace, (Pele-joez-el-gibbor-Abi-ad-sar-shalom;) kita tidak perlu menjadi sepandai saintis roket untuk mengetahui bahawa nama-nama tersebut merupakan sifat-sifat yang disabitkan kepada Muhammad s.a.w. yang telah pun diubah. Mereka berusaha mengubah yang tersurat dan jelas sepertimana nama baginda dan bentuk rupa fizikal baginda yang diterangkan, tetapi perancangan Allah yang Maha Hebat menyebabkan mereka seolahnya buta bilamana tidak menyedari sifat serta maklumat-maklumat mengenai Muhammad s.a.w. yang boleh didapatu secara tersirat masih tersimpan kukuh di dalam kitab-kitab mereka. Ia hanya menunggu masa untuk dibongkarkan. Apa yang dicatatkan di sini hanya sebahagian yang telah dikenalpasti serta diyakini tafsiran-tafsiran yang boleh disandarkan kepada Muhammad s.a.w.
Penulisan ini merupakan sambungan kepada penulisan bertajuk Muhammad dan Sahabah di dalam Bible bhg. 6. (Klik sini untuk membacanya)
Ayat 4 Isaiah Fasal 9 : Saat
Hidayah dan Kelahiran Nabi Akhir Itu Hampir.
4 For
thou hast broken the yoke of his burden, and the staff of his shoulder, the rod
of his oppressor, as in the day of Midian.
Ayat
4 dari Isaiah fasal 9 ini sebenarnya merujuk kelegaan kepada hati dan perasaan
suku-suku Arab tersebut yang diberikan hidayah. Seolah bebanan serta
ketidakadilan yang selama ini ditimpakan ke atas mereka oleh golongan Bani
Israel yang tidak bertanggungjawab dan tidak amanah di dalam beragama, akan
diangkat. Mereka akan kembali dimuliakan oleh Tuhan dengan hidayah yang
diberikan.
Sesuatu
yang tidak pernah dijelaskan sehingga kini sejak ribuan tahun lamanya ialah,
kenapakah ayat 4 ini merujuk perasaan lega tersebut datang kepada mereka. Kegembiraan itu seolah-olah sama seperti kegembiraan yang pernah berlaku kepada umat pilihan Tuhan di hari-hari
kemenangan di Midian (Madyan) suatu ketika dahulu.
Pertama,
untuk memahami ayat ini dan apa yang dimaksudkan sebagai hari-hari kemenangan
di Midian, kita perlu meneliti tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada
manusia-manusia pilihan Tuhan di Midian?
Peperangan Bani Israel Menentang
Midian
Kisah
ini diceritakan di dalam kitab Judges fasal 7. Berkenaan tentera Bani Israel
yang dipimpin Gideon. Dia mempunyai pasukan tentera yang sangat besar bagi
menghadapi pasukan Midian. Dijumlahkan pada awalnya, pasukan mereka mempunyai
32,ooo orang tentera. Tetapi apabila Tuhan melihatkan keadaan mereka yang tidak
mempunyai kekuatan hati dan perasaan, Tuhan mengarahkan Gideon untuk membuat
tawaran kepada Bani Israel. Tawaran yang diberikan ialah supaya sesiapa yang berasa sangsi dan takut, mereka
boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Adat bangsa penakut dan
bacul, 22,000 orang daripada mereka meninggalkan medan sebelum sampai ke
destinasi perjuangan.
Maka
tinggallah baki 10,000 orang yang mahu meneruskan perjuangan bersama Gideon.
Tetapi, Tuhan lebih mengetahui bahawa jumlah sedemikian banyak itu akan
memudaratkan perjuangan pasukan Gideon. Lalu, Gideon diarahkan Tuhan supaya
membawa pasukannya ke sebatang sungai. Ia bagi menguji mereka samada mereka
yang berbaki ini merupakan manusia-manusia yang sanggup menahan diri demi
mengikuti perintah Tuhan. Mereka dilarang untuk minum dengan cara menjilat
secara langsung air tersebut sepertimana anjing meminum air dan mereka hanya
dibenarkan untuk mencangkung sambil mangambil dengan tangan air tersebut untuk
diminum.
Hasilnya, daripada 10,000 orang tersebut, hanya 300 orang yang mengikuti arahan Tuhan. Berikutan dengan ini, hanya 300 orang pejuang tersebut dibawa Gideon untuk berjuang bersama-sama dengannya untuk menentang Midian. Walaupun jumlahnya kecil, ia tidak pernah menjadi satu alasan bagi mereka untuk tidak berjuang dan takut kepada kekalahan. Ini kerana mereka tahu bahawa, bukanlah usaha mereka yang membolehkan kemenangan itu dicapai. Tetapi, segala bantuan yang datang dari Tuhan itulah yang akan menjaminkan kemenangan berpihak kepada mereka. Mereka memenangi perjuangan tersebut biarpun jumlah mereka hanya 300 orang.
Hasilnya, daripada 10,000 orang tersebut, hanya 300 orang yang mengikuti arahan Tuhan. Berikutan dengan ini, hanya 300 orang pejuang tersebut dibawa Gideon untuk berjuang bersama-sama dengannya untuk menentang Midian. Walaupun jumlahnya kecil, ia tidak pernah menjadi satu alasan bagi mereka untuk tidak berjuang dan takut kepada kekalahan. Ini kerana mereka tahu bahawa, bukanlah usaha mereka yang membolehkan kemenangan itu dicapai. Tetapi, segala bantuan yang datang dari Tuhan itulah yang akan menjaminkan kemenangan berpihak kepada mereka. Mereka memenangi perjuangan tersebut biarpun jumlah mereka hanya 300 orang.
Membaca
kisah yang disebut di dalam Judges fasal 7 ini, mereka yang biasa dengan al
Qur’an akan segera menangkap bagaimana penyusun kitab Judges ini telah secara keliru
mensabitkan peristiwa 300 orang perajurit yang ditapis oleh Tuhan bagi
menyertai perjuangan menentang Midian itu kepada peristiwa yang berlaku kepada pasukan Gideon.
Peristiwa
sebenar dan konteks sebenar peristiwa itu sebenarnya berlaku kepada pasukan
Bani Israel yang dipimpinThalut (Saul) yang menentang pasukan Jalud (Goliath).
Al Qur’an menjelaskan perkara ini di dalam surah al Baqarah ayat 242 hingga
ayat 252. Bukan Gideon dan pasukannya yang diuji Allah ditepi sungai tersebut,
tetapi Thalut (Saul) dan pasukannya yang sebenarnya diuji.
Kitab Judges Yang
Bercelaru
Saya
boleh menulis satu posting panjang berkenaan kecelaruan kitab Judges. Diizinkan
Allah melalui kelapangan masa, kesihatan serta ekonomi, saya boleh tunjukkan
bagaimana al Qur’an sebagai al Furqan bukan hanya setakat boleh mengesahkan
ayat-ayat Allah yang masihada di dalam Bible serta menafikan ayat-ayat yang
dimasukkan oleh ahli-ahli kitab, malah Al Qur’an sebagai al Furqan itu sendiri
boleh digunakan bagi mengenalpasti konteks peristiwa serta latar belakang zaman
kepada peristiwa tersebut berlaku. Contoh mudah ialah di dalam kisah peperangan
pasukan Gideon dan Midian di atas. Kisah ujian di sungai tersebut seharusnya
merupakan kisah yang disabitkan dengan perjuangan Thalut(Saul) menentang Jalud
(Goliath) dan bukan Gideon menentang Midian.
Ada
beberapa lagi kisah yang dimasukkan ke dalam penceritaan kitab Judges ini yang
dimuatkan luar dari konteks peristiwa dan zaman sebenarnya. Semua itu diketahui apabila al Qur'an menjelaskan konteks zaman kepada beberapa peristiwa yang berlaku dan disebut di dalam beberapa tempat di dalam Bible terutamanya kitab Judges ini. Oleh kerana saya tidak mahu memanjangkan penulisan ini, InsyaAllah, mungkin nanti ada kesempatan yang lain, saya akan menjelaskan serba sedikit kepincangan konteks zaman di dalam Kitab Judges yang kembali dapat diperbetulkan dengan membuat rujukan kepada al Qur'an.
Berbalik
kepada konteks pemahaman ayat 4 Kitab Isaiah fasal 9. Apabila Tuhan menyatakan
bahawa beban yang ditanggung oleh ketidakadilan yang ditimpakan selama ini
kepada suku-suku jahiliah tersebut akan diangkat sama sepertimana hari kemenangan yang
diperolehi seratus peratus atas bantuan Tuhan suatu ketika dahulu di Midian, ayat
tersebut sebenarnya memberitahu kepada Bani Israel bahawa saat dan ketika
hidayah yang dijanjikan itu akan diberikan kepada suku Arab ialah apabila mereka melihat
bantuan Tuhan datang membantu mereka dengan cara yang luar biasa dan tidak
terduga.
Ayat
4 kitab Isaiah fasal 9 bukan hanya memberitahu apa perasaan yang bakal dirasai
oleh suku Arab yang diberikan hidayah, tetapi ayat tersebut juga memberitahu kepada hali kitab apa bentuk petanda serta saat yang tepat tentang hampirnya datang hidayah kepada suku Arab.
Hidayah
itu akan datang bersama seorang Putera Kedamaian (Sar Shalom). Saat datangnya
Putera Kedamaian tersebut, ditandai dengan berlakunya satu peristiwa yang
menghampiri peristiwa kemenangan agama yang diredhai Tuhan atas bantuan Tuhan
itu sendiri. Sepertimana Tuhan membantu Gideon (seperti yang disebut di dalam
Bible mereka) dengan bantuan kemenangan. Begitu jugalah dengan suku-suku Arab
yang bakal mendapat hidayah nanti.
Jika
tuan-tuan menjangkakan peristiwa perang Badar itu yang menjadi rujukan serta
petanda suku-suku Arab menepati kriteria ayat 4 kitab Isaiah fasal 9, pendapat
itu adalah tidak tepat samasekali.
Rujukan
kepada peristiwa Badar hanya benar di dalam konteks masa yang berlaku selepas mereka-mereka ini
(suku-suku Arab ini) beriman kepada nabi terakhir. Setelah beriman kepada Sar Shalom, mereka akan mempunyai semangat serta ketulusan
perjuangan yang memungkinkan mereka di dalam jumlah sedikit dapat mengalahkan
pasukan tentera yang lebih besar. Ia terbukti, apabila orang-orang Arab ini
yang menerima hidayah daripada Allah dan memeluk Islam, memenangi Perang Badar
dengan jumlah pasukan yang hampir sama dengan pasukan Thalut@Saul (dalam Judges
ianya disabitkan secara salah kepada watak Gideon). Dengan 313 orang pejuang dan
kelengkapan peperangan yang jauh sekali daripada boleh dianggap sebagai pasukan
perang yang benar-benar bersedia, medan Badar dimenangi dengan bantuan daripada
Allah. Sama seperti apa yang berlaku semasa Thalut berjuang menentang pasukan
Jalud (Goliath).
Tetapi
petanda kemenangan atas bantuan Tuhan seperti yang disebut di dalam ayat 4
Kitab Isaiah fasal 9 di atas sebenarnya merujuk kepada satu peristiwa
kemenangan agama Tuhan sebelum Sar
Shalom yang merujuk kepada tidak lain dan tidak bukan, Muhammad s.a.w.
dilahirkan.
Jika
Badar al Kubra bukan peristiwa yang dirujuk di dalam ayat 4, jadi apakah
peristiwa yang dijadikan sebagai petanda bahawa waktu untuk kelahiran nabi dan
rasul terakhir sudah hampir?
Untuk
itu, kita perlu mengkaji serta memahami konteks ayat 5 kitab Isaiah fasal 9.
Ayat 5 Kitab Isaiah
fasal 9 : Muhammad s.a.w. akan lahir tidak lama selepas Abrahah dikalahkan
Tentera-Tentera Ababil Allah s.w.t.
5 For
every battle of the warrior is with confused noise, and garments rolled in
blood; but this shall be with burning and fuel of fire.
Jika
di dalam perang serta kemenangan di Midian, perjuangan itu menyaksikan hiruk
pikuk peperangan serta pertumpahan darah yang sangat hebat, tetapi peristiwa
yang bakal menandai dekatnya hari kelahiran nabi dan rasul akhir zaman itu
merupakan sebuah perang yang berbeza dengan perang-perang yang lain.
Ayat
ini tidak lain dan tidak bukan merujuk kepada peristiwa serangan tentera
bergajah Abrahah, seorang Kristian dari Yaman yang mahu menghancurkan Kaabah.
Maka bertempiaran larilah semua orang-orang Arab di Mekah apabila pasukan
Abrahah datang dengan ketumbukan tentera yang tidak terlawan.
Berkatalah
Abdul Mutalib, datuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Rumah Allah, Allah lah yang
akan pertahankan,” Yakin beliau kepada Allah tidak goyah. Dia hanya mahu
menyelamatkan apa yang menjadi miliknya. Kaabah bukan miliknya, ia milik Tuhan
yang menciptakan serta mentadbir seluruh alam. Kalau Dia berkehendakkan
rumahNya itu runtuh, maka akan dibiarkanNya dihancurkan Abrahah. Tetapi apabila
Dia mahu mempertahankan rumah tersebut untuk menyatukan kiblat dan hati umat
Islam yang bakal menjadi hamba-hambaNYa selepas kelahiran Muhammad, maka
apabila Dia mempertahankannya, tiada satu kuasa yang jika segalanya bergabung
untuk menentangNya dapat berbuat demikian. Allah mengingatkan kembali kepada
kita di dalam al Qur’an surah al Fiil
ayat 1 hingga 5.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada
angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan
Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan
yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka
(rombongan) burung berpasuk-pasukan, Yang melontar mereka dengan batu-batu dari
sejenis tanah yang dibakar keras, Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai
seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
Lalu
hancurlah Abrahah al Ashram bersama pasukannya dikerjakan serangan udara yang
sunnahnya tidak pernah mahu dipelajari oleh orang-orang Islam. Hancurnya
Abrahah membawa satu petanda kepada golongan ahli kitab. Mereka tahu saat
kelahiran nabi dan rasul terakhir sudah terlalu hampir.
Lalu
mereka berpusu-pusu bergerak semakin dekat ke Madinah. Persoalannya pula,
bagaimana mereka tahu bahawa Rasul tersebut akan menjadikan Madinah tempat
bermastautin nabi tersebut?
Kenapa Yahudi Berkumpul
di Yathrib dan Kawasan Utara Yathrib, Tetapi Tidak di Mekah?
Untuk
persoalan tersebut, kita merujuk pula wahyu yang diberikan kepada seorang lagi
nabi yang sepertimana yang dicatatkan di dalam Bible. Namanya Habakkuk. Dia sejak
kurun ke 7 Sebelum Masihi telah memberitahu kepada Bani Israel, bahawa nabi dan
rasul terakhir tersebut akan datang dari kawasan Pergunungan di Paran dan akan
datang dari selatan (Teyman).
Habakkuk
Fasal 3
3 God
came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered
the heavens, and the earth was full of his praise.
4 And
his brightness was as the light; he had horns coming out of his hand: and there
was the hiding of his power.
5 Before
him went the pestilence, and burning coals went forth at his feet.
6 He
stood, and measured the earth: he beheld, and drove asunder the nations; and
the everlasting mountains were scattered, the perpetual hills did bow: his ways
are everlasting.
Sedikit
penjelasan tentang Habakkuk. Beliau merupakan salah seorang di antara nabi-nabi
yang diutus kepada Bani Israel mengikut apa yang diimani mereka. Dia dikatakan menetap
di dalam Kerajaan Judah. Ada yang menyatakan dia berketurunan Levi (Lawi) yang
berkhidmat sebagai pemain muzik di rumah ibadat. Tetapi penelitian yang dibuat
ke atas teks di dalam fasal ketiga kitabnya yang dibuat para sarjana Bible,
dakwaan bahawa beliau berketurunan Levi adalah ditolak. 2
Teyman
(ditulis Teman) (תימן) di
dalam ayat 3, merupakan perkataan Hebrew yang membawa maksud ‘selatan’. Hampir
semua terjemahan Bible moden secara sengaja tidak menterjemahkan perkataan
Teyman itu kepada ‘selatan’. Seolah-olah perkataan Teyman itu digunakan mereka
sebagai kata nama khas yang merujuk nama sesuatu tempat. Sedangkan Bible di
dalam terjemahan yang lebih tua seperti Duoay-Rheimes yang digunakan golongan
Katolik, mentafsirkan ayat tersebut seperti berikut:
Douay-Rheims
Bible
God will come from the south, and the holy one from mount Pharan: His glory covered the heavens, and the earth is full of his praise.
God will come from the south, and the holy one from mount Pharan: His glory covered the heavens, and the earth is full of his praise.
Dari
sini difahami dengan jelas, bahawa Habakkuk juga menyatakan bahawa nabi yang
dijanjikan sebagai penyelamat yang bakal muncul nanti, lokasinya ialah dari
selatan kepada lokasi tempat Habakkuk bermastautin.
Dengan
jelas Habakkuk menyatakan bahawa nabi atau penyelamat yang bakal datang dari
selatan (Teyman) itu pula, dia berasal dari Gunung Paran.
Tidak
perlu berhujah panjang untuk menentukan lokasi di mana Pergunungan Paran serta
Gurun Paran berada. Cukup dengan membentangkan ayat 17 hingga 21 dari Kitab Genesis fasal
21, semua orang Islam tahu bahawa kawasan Gurun Paran dan Pergunungan Paran itu
merujuk kepada Semenanjung Tanah Arab secara umum dan lembah Mekah yang diapit
gunung ganang secara khusus. Genesis fasal 21 ayat 17 hingga 21 memberikan
ultimatum mudah kepada yang beriman dengan al Qur’an.
17 God
heard the boy crying, and
the angel of God called
to Hagar from heaven and
said to her, “What is the matter, Hagar? Do not be afraid; God has
heard the boy crying as he lies there. 18 Lift
the boy up and take him by the hand, for I will make him into a great nation.”
19 Then
God opened her eyes and
she saw a well of water. So she went
and filled the skin with water and gave the boy a drink.
20 God
was with the boy as
he grew up. He lived in the desert and became an archer. 21 While
he was living in the Desert of Paran, his mother
got a wife for him from
Egypt.
Semua
orang Islam beriman dengan fakta bahawa Nabi Ismail a.s. dan keturunannya tinggal
di sebuah lembah yang dikenali sebagai Mekah. Sebuah lembah yang diapit oleh
pergunungan dan gurun/ padang pasir yang luas. Apabila Genesis fasal 21 menyebut
bahawa Ishmael dan keluarganya menetap di Gurun Paran, maka sangat jelas dan
tidak dapat disangkal lagi, bahawa Paran itu turut meliputi daerah dan lembah
yang dinamakan sebagai Mekah. Ini sudah cukup. Boleh sahaja menghujahkan
perkara mengenai lokasi Paran ini dengan panjang lebar menggunakan lain-lain
ayat yang boleh dirujuk di dalam Bible, tetapi ianya memakan ruang dan masa.
Jika terdapat keperluan bagi menjelaskannya secara terperinci, InsyaAllah saya akan
melakukannya. Tetapi, saya melihat tiada keperluan untuk berbuat demikian oleh
kerana ayat 17 hingga 21 di dalam Genesis fasal 21 ini sudah cukup untuk
menguatkan hujah bahawa nabi terakhir yang ditunggu-tunggu Habakkuk itu ialah
Muhammad s.a.w., yang akan berhijrah dari selatan kepada arah lokasi Kerajaan Judah di utara dan berasal dari kawasan Pergunungan Paran.
Berasal
dari Pergunungan Paran bukanlah bermaksud berasal dari tempat di atas gunung,
tetapi ia membawa maksud berasal dari tempat di mana pergunungan dengan nama tersebut
dikenali. Sama juga situasinya dengan penduduk Bukit Mertajam di tempat saya.
99.99 peratus penduduk Bukit Mertajam di sini, tidak tinggal di atas bukit
tersebut. Tetapi mereka tetap dirujuk sebagai penduduk Bukit Mertajam. Apabila ditanyakan
kepada mereka dari mana mereka berasal, tentu sahaja jawapan yang menunjukkan
mereka berasal dari Bukit Mertajam diberikan. Begitu juga dengan saya, apabila
ditanyakan saya berasal dari mana, jawapan biasa yang saya berikan ialah, saya
berasal dari Tanjung. Jawapan berasal
dari Tanjung itu diberikan kerana generasi datuk, nenek serta ibu bapa saya
merujuk Georgetown sebagai Tanjung. Adat negeri yang dijajah, nama tempatnya ditukar
sesuka hati. Jangan Georgetown bertukar pula menjadi Zhang Zhou Ha Shalom pula
selepas ini, Nauzubillahi min Dzaalik.
Ayat
3 Kitab Habakkuk fasal 3 di atas telah menjelaskan perjalanan yang akan
ditempuh oleh lelaki mulia tersebut (Muhammad s.a.w.) selepas baginda dilantik
sebagai Nabi dan Rasul. Baginda akan memulakan perjalanan dari Mekah menuju ke
arah utara. Tidak cukup dengan itu, saat di mana Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. akan
berlaku juga telah dijelaskan.
Isra’ & Mikraj :
Petanda Hijrah Baginda Semakin Hampir
Ayat
3 Kitab Habakkuk fasal 3 menjelaskan perkara berikut :
3 God
came from Teman, and the Holy One from mount Paran. Selah. His glory covered
the heavens, and the earth was full of his praise.
Jika
di dalam bahagian di atas, sudah dihujahkan lokasi dari mana manusia mulai ini
akan memulai perjalanan dan arah destinasinya, untuk bahagian ini, saya akan
menjelaskan saat hijrah itu akan berlaku.
Apabila
pada bahagian kedua ayat 3 tersebut, telah disebutkan bahawa nama manusia mulia
itu harum pada penduduk langit dan bumi. Sebenarnya di dalam konteks asal yang
tersebut itu, ia membawa maksud bahawa nabi akhir zaman tersebut, akan
diberikan Tuhan akan kemuliaan yang meliputi langit dan bumi.
Kemuliaan
meliputi langit dan bumi secara jelas merujuk kepada bagaimana Rasulullah
s.a.w. dimuliakan Allah dengan menjemputnya melalui satu perjalanan terhebat
meliputi daerah-daerah di bumi sehingga sampai ke Baitulmaqdis dan kemudian
diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah di Sidratul Muntaha. Hanya
makhluk yang mendapat kemuliaan dilangit dan dibumi diberikan kesempatan untuk
bertemu Allah di dalam perjalanan yang amat hebat itu. Bukankah Rasulullah s.a.w. juga disebut dan dirujuk sebagai Rahmat untuk sekelian alam di dalam surah al Anbiya' ayat 107?
Kembalinya
baginda ke setelah selesai Israk dan Mikraj, baginda dan umatnya dipersiapkan Allah untuk berhijrah. Sebagaimana
di dalam penulisan di dalam bahagian sebelum ini, saya menceritakan bagaimana
tentera Gideon (sebenarnya merujuk kepada peristiwa Thalut lawan Jalud) dikurangkan
Tuhan melalui ujian sebatang sungai. Daripada lebih 10,000 perajurit, hanya
tinggal 300 sahaja yang dipilih Tuhan setelah gagal di dalam ujian menurut perintah
Tuhan supaya jangan meminum air di sungai tersebut.
Begitu
juga dengan Nabi Muhammad s.a.w., apabila baginda menceritakan pengalaman
perjalanan baginda kepada umat Islam pada ketika itu, ramai diantara mereka kemudiannya murtad
lantas tidak percaya kepada apa yang disampaikan Rasulullah s.a.w.. Mereka
kemudian bertemu Abu Bakar r.a. mengadu perihal kisah Rasulullah s.a.w.. Abu
Bakar lantas menyatakan bahawa jika Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan baginda
naik ke langit di dalam masa satu saat dan kembali pun, dia tetap akan
membenarkan pernyataan Rasulullah s.a.w. itu. Bermula dari situ, Abu Bakar r.a.
dikenali dengan gelaran As Siddiq iaitu yang membenarkan.
Jumlah
umat Islam yang masih beriman kepada Rasulullah s.a.w. menjadi kecil. Tetapi itulah
perancangan Allah yang mahu menapis umat Islam yang bakal berhijrah nanti,
merupakan kelompok manusia-manusia terbaik. Apabila mereka berhijrah, dan
kemudian mereka bergabung dengan orang-orang Ansar, tidak lama sesudah itu,
mereka terlibat dengan perang Badar al Kubra yang menyaksikan jumlah mereka
yang berjuang di jalan Allah itu, sama kekuatannya dengan pasukan pimpinan
Gideon (sebenarnya Thalut/Saul) seperti yang dikisahkan di dalam kitab Judges
fasal 7 yang diceritakan di dalam bahagian sebelum ini.
Maka,
apabila sahaja peristiwa Isra’ Mikraj ini berlaku, maka, ahli-ahli kitab
dikalangan Yahudi dan Nasrani, mengetahui bahawa saat Nabi tersebut Hijrah
sudah semakin hampir. 18 bulan sesudah peristiwa Israk & Mikraj, Rasulullah
s.a.w. berhijrah ke Madinah. Satu perjalanan yang bermula dari Mekah (termasuk
di dalam Gurun Paran) dan menuju ke Utara.
Ahli-ahli
kitab tahu dengan perkara ini. Tidak hairanlah kebanyakan penempatan mereka
pada zaman Rasulullah s.a.w. bertumpu di daerah-daerah sekitar Madinah yang
berada di bahagian utara Mekah.
Setelah
Peristiwa Serangan Dan Kekalahan Abrahah yang menandakan hampir datangnya waktu
kelahiran nabi agung tersebut, dan peristiwa Israk Mikraj yang menandakan
betapa hampirnya perjalanan yang Hijrah yang bakal dibuat oleh Rasulullah
s.a.w., saya akan jelaskan pula petunjuk yang diberitahukan oleh Uskup al
Amuriyyah kepada Salman al Farisi, iaitu nabi tersebut, mempunyai cap kuasa
kenabian pada bahagian belakang bahunya.
Cap Kenabian Pada
Belakang Tubuh Rasulullah s.a.w.
Kita
berbalik kepada ayat 6 dan 7 Isaiah fasal 9 yang masih belum disentuh. Ayat
yang secara jelas menyimpulkan semua yang dihujahkan di dalam bahagian-bahagian
penulisan ini yang menunjukkan bahawa Muhammad s.a.w. merupakan nabi serta
rasul terakhir yang ditunggu-tunggu ahli kitab.
6 For
unto us a child is born, unto us a son is given: and the government shall be
upon his shoulder: and his name shall be called Wonderful, Counsellor, The
mighty God, The everlasting Father, The Prince of Peace.
7 Of
the increase of his government and peace there shall be no end, upon the throne
of David, and upon his kingdom, to order it, and to establish it with judgment
and with justice from henceforth even for ever. The zeal of the Lord of hosts
will perform this.
Peristiwa
kehancuran pasukan Abrahah sepertimana yang telah saya jelaskan ketika
menghuraikan ayat 4 dan 5 untuk Kitab Isaiah fasal 9 sebelum ini, digunakan
sebagai petunjuk dan petanda bahawa saat kelahiran nabi dan Rasul terakhir
sudah terlalu hampir.
Hujah
saya yang menyatakan bahawa ayat 4 dan 5 Kitab Isaiah fasal 9 tersebut merujuk
kepada peristiwa tentera Abrahah dihancurkan Allah iaitu dengan lemparan batu-batu
berapi yang dibawakan burung-burung yang menyebabkan mereka mati dalam keadaan
seolah terkena penyakit dengan bisul-bisul yang membesar dan pecah, dikuatkan
lagi melalui ayat 5 di dalam Habakkuk fasal 3 seperti di bawah.
5 Before
him went the pestilence, and burning coals went forth at his feet.
Bahawa
telah dijelaskan sebelum ini, nabi dan Rasul yang terakhir tersebut sebelum
peristiwa hijrahnya dan sebelum kemunculannya ke dunia, telah berlaku satu
bentuk wabak yang memusnahkan. Ibnu Ishaq menjelaskan di dalam Sirah An
Nabawiyyahnya menceritakan keadaan yang menimpa pasukan Abrahah dan Abrahah itu
sendiri yang mana apabila terkena sahaja batu yang dilemparkan burung-burung
tersebut, tubuhnya mulai mengeluarkan nanah dan darah dan bahagian tubunya
gugur satu persatu sehingga mati.
Sebelum
kemunculan nabi ini, manusia-manusia yang biadab dengan Tuhan mereka telah
dimusnahkan seolah mereka ditimpakan dengan penyakit-penyakit maut. Dengan menolak
nabi ini pula selepas kemunculannya, maka mereka akan menempah kedudukan yang mempunyai kesudahan yang buruk di akhirat nanti kerana menolak kebenaran yang dibawa bersamanya. Jelas Habakkuk dan
Isaiah merujuk nabi dan peristiwa-peristiwa yang hampir sama bakal berlaku
sebagai tanda-tanda tentang bakal munculnya nabi tersebut dan saat baginda akan
berhijrah.
Berbalik
kepada ayat mengenai cap kenabian pada bahagian belakang tubuh Rasulullah
s.a.w.. Ayat 6 di dalam Isaiah fasal 6 menyatakan perkara berikut :
6 For
unto us a child is born, unto us a son is given: and the government shall be upon his shoulder: and
his name shall be called Wonderful, Counsellor, The mighty God, The everlasting
Father, The Prince of Peace.
Begitu
juga Habakkuk fasal 3 ayat 4 berikut :
4 And
his brightness was as the light; he had horns coming out of his hand: and there was the hiding of
his power.
KJV
mentafsirkan Qarnayim Mi-Yado (קַרְנַיִם מִיָּדוֹ)
sebagai
tanduk pada lengannya di dalam ayat 4 fasal Habakkuk fasal 3 di atas. Tetapi, terjemahan
sebegini dibuat, adalah bagi mengelabui maksud serta konteks sebenar ayat. Ayat
4 Habakkuk fasal 3 di atas seharusnya berbunyi:
Dan sinar pada dirinya bagaikan cahaya, simbol kuasanya pada lengannya, di mana (simbol) kuasanya itu tidak kelihatan (terlindung).
Dan sinar pada dirinya bagaikan cahaya, simbol kuasanya pada lengannya, di mana (simbol) kuasanya itu tidak kelihatan (terlindung).
Qarnayim terjemahan yang tepat di
dalam konteks ayat ini ialah Kuasa. Tanduk sentiasa dikaitkan dengan simbol
kuasa di dalam teks-teks serta kepercayaan Hebrew. Ia berakar kuat di dalam
sentimen bangsa semitik yang sentiasa mengaitkan Tanduk dengan simbol kuasa.
Ingat Zul Qarnain, seorang pemimpin agung yang disebut namanya di dalam al Qur’an?
Nama yang dirujuk kepadanya sendiri merupakan nama yang membawa maksud Dua
Tanduk. Dua Tanduk ini ditafsirkan sebagai betapa hebatnya penguasaan pemimpin
ini yang wilayah penguasaannya meliputi timur dan barat. Apabila tanduk dirujuk
kepada sifat manusia di dalam tradisi semitik, ianya membawa maksud kuasa.
Jadi
Qarnayim Mi-Yado di dalam ayat 4
kitab Habakkuk fasal 3, secara jelas menunjukkan bahawa simbol kuasa terdapat
pada lengannya dan simbol itu terlindung dari pandangan. Terlindung dari pandangan ialah kerana bahagian lengan atau tangan dimana simbol kenabian itu ada, merupakan bahagian tangan yang tidak terdedah kepada pandangan. Bahu dan bahagian belakang bahu merupakan bahagian yang jarang terdedah kepada penglihatan. Oleh kerana itu, jika kita lihat dan telitikan pada kisah Salman al Farisi yang dimuatkan di dalam bahagian 6 sebelum ini, beliau (Salman) cuba untuk melihat ke bahagian belakang tubuh Rasulullah s.a.w. bagi mendapatkan kepastian tentang simbol tersebut. Rasulullah s.a.w. yang tahu akan niat Salman itu, kemudiannya melepaskan kain yang menutupi bahagian bahu baginda untuk memperlihatkan dengan jelas simbol kenabian yang ada pada bahagian bahu Rasulullah s.a.w.
Jadi,
sangat jelas bahawa Isaiah dan Habakkuk telah memberitahu kepada Bani Israel
tentang kedatangan seorang nabi dan rasuk terakhir, yang mana tanda-tanda
kemunculan dirinya yang semakin dekat dijelaskan mereka di dalam kitab-kitab
yang diwahyukan Tuhan kepada mereka. Kedua-dua mereka juga secara bersama,
walaupun hidup di dalam zaman yang berbeza-beza, menyatakan bahawa kerajaan
serta penguasaan dan pengaruh nabi terakhir ini akan terus berkembang dan akan
terus dibantu oleh Tuhan. Ia disimpulkan di dalam ayat-ayat berikut:
Isaiah
fasal 9
7 Of
the increase of his government and peace there shall be no end, upon the throne
of David, and upon his kingdom, to order it, and to establish it with judgment
and with justice from henceforth even for ever. The zeal of the Lord of hosts
will perform this.
Habakkuk
fasal 3
6 He
stood, and measured the earth: he beheld, and drove asunder the nations; and
the everlasting mountains were scattered, the perpetual hills did bow: his ways
are everlasting.
Jika melihat kepada ayat 6 kitab Isaiah fasal 9 bilamana disebut nama nabi terakhir tersebut sebagai Wonderful, Counsellor, The mighty God, The everlasting Father, The Prince of Peace, (Pele-joez-el-gibbor-Abi-ad-sar-shalom;) kita tidak perlu menjadi sepandai saintis roket untuk mengetahui bahawa nama-nama tersebut merupakan sifat-sifat yang disabitkan kepada Muhammad s.a.w. yang telah pun diubah. Mereka berusaha mengubah yang tersurat dan jelas sepertimana nama baginda dan bentuk rupa fizikal baginda yang diterangkan, tetapi perancangan Allah yang Maha Hebat menyebabkan mereka seolahnya buta bilamana tidak menyedari sifat serta maklumat-maklumat mengenai Muhammad s.a.w. yang boleh didapatu secara tersirat masih tersimpan kukuh di dalam kitab-kitab mereka. Ia hanya menunggu masa untuk dibongkarkan. Apa yang dicatatkan di sini hanya sebahagian yang telah dikenalpasti serta diyakini tafsiran-tafsiran yang boleh disandarkan kepada Muhammad s.a.w.
Maka
dengan terbongkarnya rahsia yang tersimpan sejak ribuan tahun lamanya berkenaan
berita serta maklumat-maklumat mengenai Rasulullah s.a.w . yang telah
diberitakan kepada ahli kitab, bukankah Allah s.w.t. telah menyatakan dengan
benar akan ayat berikut:
(Al-Anaam ayat 20)
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami berikan kitab kepada
mereka, mereka mengenalinya (Nabi
Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Orang-orang
yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka
mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
Tahukah
tuan-tuan bahawa bulan kelahiran Muhammad s.a.w., apa yang bakal berlaku
kepadanya semasa kecil, semasa dewasa,peristiwa-peristiwa yang bakal menjadi tanda-tanda
sebelum baginda dilantik sebagai nabi dan Rasul dan pelbagai perkara lagi
tentang Muhammad s.a.w. semuanya ada disebut di dalam Bible? Walaupun ahli kitab
cuba menyembunyikannya, dengan usaha keras, perkara-perkara yang tersimpan
kemas sejak ribuan tahun lamanya dapat dibongkar. InsyaAllah, satu persatu akan
saya muatkan dalam bentuk penulisan sebaik saya yakin dan dapat mengesahkan
kesahihan maklumat-maklumat yang didapati melalui kajian saya.
© 2012 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.