Oleh M.I.A.
Sebelum menceritakan apa yang berlaku ke atas saya bersama beberapa orang yang begitu bersemangat mahu menyebarkan agama Kristian ke atas orang-orang Islam, saya ingin bawa kepada perhatian sahabat-sahabat pengunjung blog ini tentang apa yang sedang berlaku secara terang di Pulau Pinang.
Oleh kerana Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri yang tidak mewartakan peruntukan Artikel 11 fasal 4 Perlembagaan Persekutuan sebagai satu bentuk undang-undang bagi menghalang perkembangan apa-apa iktikad agama lain ke atas umat Islam, negeri ini kemudiannya menjadi sebuah tanah yang subur bagi gerakan Kristianisasi bergerak tanpa sekatan.
Sebelum ini, secara konsisten di dalam blog ini saya sentiasa menyatakan bahawa tiada keperluan bagi umat Kristian untuk menggunakan nama Allah di dalam Bible mereka. Mereka bukan sahaja menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada Tuhan, tetapi mereka juga menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada berhala-berhala, tuhan-tuhan palsu dan sebagainya di dalam Bible mereka. (klik sini)
Sebelum ini pihak mereka menyatakan bahawa pengunaan nama Allah itu hanya terhad kepada penggunaan di dalam gereja dan Bible yang digunakan di dalam gereja bagi memudahkan pribumi Malaysia Timur yang beragama Kristian mempelajari agama mereka. Alasan itu telah dilihat sebagai satu helah sebenarnya bagi mengembangkan iktikad agama Kristian kepada orang-orang Melayu beragama Islam yang menjadi majoriti penduduk di Malaysia.
Kenapa saya katakan sebagai helah? Perhatikan imbasan imej sebuah buku di sebelah. Saya membelinya dari sebuah kedai buku di Pulau Pinang. Sekali pandang, ia kelihatan seperti sebuah buku motivasi dan pembinaan keupayaan minda. Tajuk yang dipilih seolah-olah menunjukkan isikandungan buku ini mengajar bagaimana untuk menguasai akal fikiran supaya boleh berjaya di dalam kehidupan.
Tetapi hakikatnya, ia merupakan sebuah buku yang yang diisi dengan pengisian dakwah Kristianisasi yang tebal. Siapa sangka buku yang pada awalnya kelihatan seperti sebuah buku motivasi, rupa-rupanya sebuah buku dakwah Kristian. Perhatikan imbasan salah satu daripada mukasurat di dalam buku terbabit. Dicatatkan di dalam penulisan tersebut seperti berikut.
Gunakan Senjatamu.
‘...kerana senjata kami di dalam perjuangan bukanlah senjata duniawi, melainkan senjata yang diperlengkapi dengan kuasa Allah, yang sanggup untuk meruntuhkan benteng-benteng. Kami mematahkan setiap siasat orang dan merubuhkan setiap kubu yang dibangun oleh keangkuhan manusia untuk menentang akan pengenalan Allah. Kami menawan segala pikiran dan menaklukkannya kepada Kristus.” 2 Korintians 10 :4.5
Ada ahli-ahli politik yang berkiblatkan kerusi di Parlimen secara sinis mengatakan bahawa tiada siapa akan keliru dengan percubaan gerakan kristian untuk menggunakan nama Allah dan perkataan yang sinonim dengan Islam yang lain seperti akhirat, solat dan sebagainya di dalam penerbitan mereka. Mereka (ahli politik seperti itu) pada hakikatnya telah tertipu dengan nafsu inginkan kuasa yang telah meresap masuk ke segenap pembuluh darah dan menjadi darah daging mereka.

Buku di atas tadi dicetak di Pulau Pinang. Jadi, penggunaan nama Allah ini bukan sahaja digunakan untuk Bible, malah buku-buku berkaitan dakwah Kristianisasi. Tetapi langkah mereka tidak terhenti setakat mencetak buku-buku seperti ini, tetapi langkah mereka sudah jauh termasuklah menggunakan ayat-ayat al Qur’an yang telah dipesongkan maksudnya termasuklah penerbitan booklet seperti di bawah ini yang diberikan kepada saya oleh beberapa pendakwah Kristian di dalam satu peristiwa di sebuah kedai buku. Booklet yang diberikan tajuk akhirat dengan gambar menara sebuah masjid yang sangat terkenal di dalam Islam ini diberikan sebagai salah satu langkah dakwah mereka kepada saya pada 2009. Semasa diberikan kepada saya, si pendakwah itu mengambilnya dari seberkas ikatan buku-buku yang sama di dalam jumlah yang banyak. Sebaik habis menulis kisah tersebut, InsyaAllah saya akan muatkan di dalam blog ini dalam tempoh terdekat. Siapa sangka buku bertajuk Akhirat di bawah ini bakal membawa suatu pengetahuan yang amat terpesong jauh dari akidah umat Islam. IsyaAllah saya akan update dalam tempoh terdekat.

© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara.
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.