Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan

6
Bismillahir Rahmanir Raheem.. Hampir setahun saya tidak memuatkan apa-apa penulisan ke dalam blog ini. Terlalu banyak perkara yang telah berlaku di dalam persekitaran kita yang sangat menarik untuk dibincangkan. Memahami saya mempunyai beberapa komitmen luar yang perlu didahulukan, blog ini saya rehatkan buat sementara waktu.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertanyakan khabar melalui telefon, email dan yang juga berjumpa secara langsung ketika berurusan di Pulau Pinang. Semoga Allah memberi rahmat dan perlindungan ke atas kalian di dunia dan akhirat. Amin.

Berehat di dalam suatu tempoh yang lama memberi saya peluang untuk menilaikan sejauh mana benarnya trajektori penulisan-penulisan yang pernah dimuatkan di dalam blog ini. Ia memberi peluang untuk melakukan muhasabah dalam mencari satu pengertian yang benar-benar dapat memberikan ketepatan di dalam memahami definisi ikhlas di dalam setiap penulisan. Ia satu perjalanan yang dihiasi keindahan yang menyegarkan.

Sempena bulan mulia ini, saya ingin memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang blog ini wujud. Semoga Ramadhan tahun membawa impak positif di dalam setiap perjalanan hidup kita semua. Amin.

Tentu sahaja harapan ini ditujukan terutamanya kepada diri sendiri kerana melihatkan betapa beberapa Ramadhan yang dilalui di dalam tahun-tahun yang sudah, masih belum cukup untuk melastik perubahan drastik kepada satu bentuk tingkat amalan yang subur dibaja dengan niat yang ikhlas.

Semoga ribut kesibukan ini akan kembali reda dan saya dapat menyambung semula segala perkara yang terlalu lama saya tinggalkan.

Buat sahabat pengunjung taman yang jarang berhias ini, saya ucapkan selamat menjalani ibadah dengan hati yang penuh ikhlas. Salam Ramadhan.
Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

6 comments:

Ros said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Moga Allah SWT memudah dan memberkati setiap urusan kita.

satuhala said...

Amin & tq Ros..

noni said...

salam ramadhan..akhirnya,update dari blogger yang saya tunggu2 dah tiba. terima kasih

satuhala said...

Salam Ramadhan kembali Noni. ALhamdulillah & TQ.. sebelum ni terlalu sibuk.. harap lepas ni x sibuk sgt. Byk benda hendak dikongsi.. cuma kekadang tak sempat ditulis. TQ juga sbb follow penulisan di sini sejak lama. Semoga Allah memberikan rahmat dan perlindungan kepada Noni & family pada setiap saat dan masa. Amin..

I.R.A said...

yes! your are back my brader..saya kena cari kekuatan dan semangat untuk membersihkan blog yg bersawang nih..baru sedap nak baca..hahahaha..

satuhala said...

Salam Ira, dah tukar no phone ke? memang bersawang pun .. heheh.. tebas baik2 .. Selamat Berpuasa