Monday, August 15, 2011

Isu Nama Allah : Gerakan Penginjil di Pulau Pinang

11
Oleh M.I.A

Kristianisasi di Pulau Pinang.
Bagi golongan yang berkiblatkan kerusi empuk sebuah pejabat yang dihias indah di Putrajaya, segala kemelut yang berlaku ke atas umat Islam lewat beberapa tahun kebelakangan ini, hanyalah sekadar dengungan nyamuk-nyamuk kecil yang tidak perlu dipedulikan mereka. Lalu ditanggalkan serban yang dipakai supaya dijadikan kelambu agar nikmat berbulan madu dapat dikecapi sepenuh nikmat dan setiap permintaan pasangannya yang kerap meminta dibelai akan sentiasa dituruti dan dipenuhi.

Tidak lama selepas sebuah perkahwinan campur politik didirikan setelah ombak membadai pantai politik Malaysia, seorang blogger menegur tentang sebuah kejadian kecil, yang dirasakan terlalu kecil untuk dipandang oleh golongan melantik diri mereka sendiri sebagai golongan bijaksana. Gambar di bawah ini dipetik dari sebuah penulisan yang berupa teguran oleh MSO. Sebagai seorang yang prihatin, MSO cuba membawa perkara yang kelihatan kecil ini kepada pengetahuan mereka yang dirasakan berada dikedudukan prihatin.




Apalah ada dengan sebuah papan tanda yang senget?
Kecil dan remeh isunya. Itu kata-kata sinis manusia. Manusia ada pelbagai tingkat pemikiran. Segala yang berlaku ditafsirkan mengikut kiblat kefahaman masing-masing. Tetapi perkara seremeh ini, mempunyai pengertian yang agak menggusarkan bagi golongan yang mengambil tahu. Sengetnya papan tanda tersebut seolah-olah memberikan suatu petanda.

Selepas PRU 12, terdapat satu bentuk semangat dikalangan gerakan penginjil Kristian (Evangelical) untuk melipatgandakan usaha mereka di dalam mengembangkan agama mereka kepada golongan sasar. Seolah-olah PRU 12 itu memberikan mereka sejenis vitamin yang meniupkan satu bentuk kekuatan kepada ruh perjuangan mereka. Mereka seolah-olah diberikan baja yang diproses dari perpecahan teruk umat Islam. Sedari awal 2008, apabila melihat kepada pukulan ombak politik yang melanda negara, saya terlihat sebuah trajektori pergerakan golongan-golongan anti Islam yang seperti baru mendapat semangat. Lalu saya menulis Bila Muslim Berakal Pandir (klik) dan meletakkan di dalam penulisan itu, petikan dari surah al Mumtahanah. Surah yang menggambarkan secara tepat dan jelas apa hala tuju yang bakal diterima oleh orang-orang Islam sekiranya mengambil golongan yang memerangi kita pada jalan agama kita dan yang menghalau kita dari kampung halaman kita.

Selalu saya tekankan di dalam blog ini bahawa tiada dzimmi di dalam arus politik Malaysia. Yang ada Cuma dua buah parti muslim yang bertelagah sesama sendiri dan merugikan orang-orang Islam. Sampai bila kita mahu bersatu?

Patah Tumbuh Hilang Berganti
Pepatah Melayu,  yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti sangat sesuai untuk direnungkan. Jika yang patah itu diganti dengan yang lebih baik, itu satu kebaikan. Walaubagaimanapun jika yang patah dan senget hampir jatuh itu digantikan dengan sesuatu yang lebih buruk, maka ianya merupakan satu kebejatan dan membawa kehancuran.

Di Pulau Pinang, saya mendapat tahu dari beberapa pemberi maklumat bahawa terdapat satu bentuk gerakan untuk menarik gadis-gadis muda dan pelajar-pelajar sekolah untuk mendekati agama Kristian melalui pelbagai cara. Antara tempat yang disebut ialah kawasan Jalan Burmah dan Pulau Tikus. Mendapat khabar tersebut, saya mengambil inisiatif untuk turun padang bagi melihat sendiri apa kebenaran berita tersebut atau ia hanya sekadar berita angin bagi tujuan-tujuan tertentu.

Bible Hebrew & Papan Tanda
Saya memilih untuk memandu  ke Pulau Tikus pada suatu hari di dalam tahun 2009. Tujuan utama ialah bagi mendapatkan senaskhah Bible di dalam Bahasa Hebrew dan Greek bagi tujuan kajian. Oleh kerana ianya sukar didapati, seorang rakan Kristian saya mencadangkan saya pergi ke sebuah kompleks membeli belah di Pulau Tikus. Di sana ada sebuah kedai yang menjual buku-buku Kristian. Tujuan saya hanya untuk membeli Bible Hebrew terbabit dan meninjau keadaan di Pulau Tikus samada benar  atau tidak dakwaan pemberi maklumat seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

Sedang memandu dan hampir dekat dengan kompleks membeli belah yang dimaskudkan, saya terpandang sepintas lalu sebuah papan tanda jalan yang seolah-olah baru ditegakkan. Oleh kerana ia sepintas lalu, saya membuat satu pusingan jauh supaya dapat kembali ke lokasi tersebut bagi mendapatkan kepastian.

Believe John 3 : 16
Sampai sahaja di lokasi terbabit, saya cuba memperlahankan kenderaan dan mengeluarkan kamera untuk menangkap gambar papan tanda tersebut.  Maha Suci Allah dari segala perbuatan biadab yang memfitnah-Nya sebagai Tuhan yang mempunyai anak. Telinga saya tiba-tiba menjadi panas. Mungkin kerana menahan marah. Mungkin juga kerana pergerakan darah yang deras menuju ke bahagian otak di kepala memikirkan apa yang terhidang di depan mata.



Tertulis di atas papan tanda tersebut, Believe John 3 : 16. Bagi yang tidak biasa dengan gerakan Kristian dan Kitab Bible, mungkin mereka tidak tahu yang minda bawah sedar mereka sedang diprogramkan untuk terbiasa dengan nombor 3:16. Jika dinegeri-negeri lain, papan tanda yang memuatkan pujian, tasbih dan takbir kepada Allah ditegakkan, tetapi di Pulau Pinang papan tanda yang menyatakan akidah utamagolongan Kristian ditegakkan. Tak perlu hairan kerana negeri ini jugalah yang mencetus kontroversi ikrar paderi-paderi Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah agama Kristian tidak lama dulu.

John 3:16 merupakan ayat ke 16 dari Book of John fasal 3. Petikannya adalah seperti berikut:
For God so loved the world that he gave his only begotten son, that whosoever believeth in him should not perish, but have everlasting life. 1  (Terjemahan : 3:16 Karena begitu besar kasih Tuhan akan dunia ini, sehingga Ia telah mengaruniakan satu-satunya Anak-nya yang dilahirkan, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya (Jesus)  tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal.)

Seluruh akidah kristianisasi berdiri di atas akidah seperti yang dinyatakan di dalam John 3:16. Mereka membina asas agama mereka di atas tapak kepalsuan. Sarjana-sarjana Bible sendiri menyatakan bahawa perkataan begotten (dilahirkan) itu merupakan sebuah penipuan yang dimasukkan ke dalam Bible. Lalu Bible-bible yang baru diterjemahkan, mengeluarkan perkataan tersebut. Petikan di atas diambil dari Bible Versi King James yang biasa digunakan mazhab Protestant dan golongan penginjil di serata dunia. Terdapat terjemahan moden yang diubah suai supaya kesilapan-kesilapan tersebut diperbetulkan.

Perhatikan petikan di bawah yang diambil dari versi Katolik.



Ini pula ialah terjemahan Bible yang digunakan secara meluas oleh gerakan penginjil.  Today’sEnglish Version di bawah mengeluarkan perkataan begotten.



John 3:16 di dalam Bible merujuk kepada creed (akidah) utama yang membezakan antara penganut Kristian yang wujud pada masa kini dengan golongan Nasrani yang digelarkan Allah sebagai ahli kitab pada zaman nabi. Golongan Kristian yang wujud pada hari ini akan digelarkan sebagai golongan kafir dari kalangan ahli kitab sebaik mereka menerima berita maklumat tentang Islam. Dan jika telah sampai maklumat kepada mereka bahawa Allah melarang mereka mengatakan Allah mempunyai anak. Jika mereka berkeras untuk tetap di dalam akidah songsang terbabit, mereka secara nyata dan jelas, bukanlah ahli kitab tetapi golongan kafir dari ahli kitab.

Ia dijelaskan Allah di dalam tiga ayat surah al Maidah seperti yang dipetik di bawah :

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al Maidah ayat 17.

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". Al Maidah ayat 72.

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Al Maidah ayat 73.

Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dan Pulau Pinang.
Oleh kerana Pulau Pinang merupakan salah sebuah negeri dari empat buah negeri yang masih belum mewartakan undang-undang bagi menyekat apa-apa perkembangan iktikad agama lain ke atas umat Islam, maka perkara sebegini dilakukan secara bebas dan meluas di negeri ini. Berbeza dengan Selangor yang telah menjadikan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sebagai undang-undang, Pulau Pinang masih jauh terkebelakang.  

Jika di Selangor yang mempunyai peruntukan undang-undang menyekat perkembangan iktikad agama lain ke atas umat Islampun dilihat seolah-olah tidak dapat berbuat apa-apa dengan kes pemeriksaan JAIS atas gereja yang dikatakan memurtadkan umat Islam, bagaimana pula dengan keadaan di negeri-negeri yang tiada peruntukan serupa?

Di dalam kes di Selangor, pihak berkuasa harus mengmbil perhatian berat tentang kes ini. Janganlah disapu ke semua masalah ke bawah permaidani. Ia akan menjadikan isu ini semakin parah. Perlu ditunjukkan ketegasan dalam menjalankan proses undang-undang. Yang salah harus dikatakan salah. Yang benar harus dikatakan benar. Terlalu banyak berpolitik, akhirnya yang rugi  ialah umat Islam itu sendiri.

Papan tanda yang dipasang ditepi sebuah jalan di Pulau Pinang merupakan satu usaha dakwah secara halus bagi memprogramkan minda umat Islam supaya terbiasa dengan jujukan nombor 3:16. Gerakan program secara halus ini sudah lama dilakukan. Malah menerobos masuk ke kaca televisyen kita tidak lama dulu melalui program wrestling. Secara halus, anak-anak melayu merasakan diri mereka cool apabila menggayakan t-shirt Steve Austin yang memaparkan nombor 3:16. Mereka secara halus memberikan satu perasaan hebat, takjub dan kagum dengan kehebatan Steve Austin yang memakai baju T 3:16. Perlahan-lahan minda mereka menjadi terkesima dengan susunan nombor 3:16. Lalu mereka sedikit demi sedikit berubah menjadi seperti padi-padi masak yang sudah sedia untuk dituaikan sebagi pesawah memasuki bendangnya yang subur.


Perkara-perkara ini memudahkan pekerjaan pendakwah-pendakwah kristian di dalam pekerjaan mereka menuai penganut-penganut baru agama mereka. Kita perlu mengambil tahu, ambil berat dan mula bertindak dengan memperkuatkan umat Islam dari sekarang. Pihak berkuasa juga harus mengambil peduli dan jangan terlalu takut untuk menjalankan undang-undang yang sah. Paling penting, muslim seharusnya bersatu dalam satu wadah perjuangan yang berteraskan al Qur’an dan as Sunnah. Perpecahan menyebabkan kita menghadapi masalah-masalah ini.

Kisah di Pulau Tikus tidak berakhir di situ. Selepas dari mengambil gambar tersebut, saya menuju ke sebuah kedai yang menjual buku-buku Kristian bagi mendapatkan sebuah Bible Hebrew. Di sana ada peristiwa menarik berlaku. Rupa-rupanya mereka telah lama bersedia untuk menjemput mana-mana jiwa muslim ke agama mereka dengan perancangan-perancangan rapi. InysaAllah.. Nanti saya ceritakan. 


Rujukan :

  1.       .  Holy Bible : King James Version, Barbour Publishing Inc.

© 2011 Muhammad Ibn 'Az. Hakcipta terpelihara. 
Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau email bagi tujuan perkongsian ilmu dan dakwah dan bukan bagi tujuan komersil, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang dikongsi akan memberi manfaat kepada semua. Semua artikel hasil karya Muhammad Ibn 'Az didalam blog ini ini dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Semua penulisan di dalam blog ini ditulis dan digarapkan bagi tujuan membantu semua orang Islam dan pihak-pihak yang mahu memahami Islam menangkis fitnah, propaganda, polemik yang cuba ditimbulkan serta bagi membantu menyedarkan muslim tentang apa sahaja perkara yang sedang berlaku disekeliling mereka. Jika terdapat rakan-rakan pengunjung yang bukan Islam mendapati isikandungan penulisan di dalam blog ini tidak selari dengan apa yang difahami mereka di dalam agama mereka, mereka bolehlah membuat kajian dan penelitian sendiri, termasuk mendapatkan rujukan dari pihak yang professional dan pakar di dalam bidang mereka bagi mendapat satu kepastian jelas untuk membantu mereka membuat penilaian. Setiap manusia diberikan kebebasan untuk memilih apa yang betul dan benar untuk menjadi pegangan hidup mereka. Jadi, carilah kebenaran dengan membuat kajian, penelitian dan siasatan sendiri supaya dapat membantu anda mencapai satu keputusan yang tidak dipaksakan oleh mana-mana manusia untuk anda mengikutinya. Setiap jalan yang dipilih adalah atas keputusan anda setelah penilaian dan kajian memberikan satu bentuk kepuasan kepada akal fikiran anda sebagai manusia di dalam mencari kebenaran. Blog ini dan segala isikandungannya adalah untuk Muslim. Sebagai penulis blog ini, saya sudah mengambil segala langkah mengikut kemampuan, pengetahuan serta keupayaan saya untuk memastikan setiap penulisan di dalam blog ini keseluruhan strukturnya memaparkan isikandungan yang benar. Tetapi saya ingin menegaskan kepada semua pengunjung supaya semua isikandungan blog ini ditelitikan, diperiksa dan dikaji terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan untuk menggunakannya dan mempercayainya. Semua pengunjung dinasihatkan untuk mencari kebenaran melalui penelitian, kajian, pemeriksaan dan kepastian sendiri. Jadikan ini sebagai satu budaya. Sebagai manusia, kesilapan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sekiranya ada kesilapan, saya memohon jutaan maaf dan harap dapat maklumkan supaya dapat diperbetulkan. Terima kasih atas kunjungan anda.

Author Image

satuhala
Satuhala merupakan blog kendalian Imran Haaz.

11 comments:

mind-control said...

Masya-Allah, WaH!? jika perbuatan mereka tidak disekat, hilanglah Malaysia sebagai negara Islam yang berdaulat. Di Sarawak turut berlaku perkara yang sama namun gerakan mereka lebih menumpu di kwsn luar bandar/ pedlman membuatkan mereka sukar dikesan. Di mana silapnya umat Islam di Malaysia sehinggakan perkara sedemikian semakin banyak berlaku.

bugBear said...

TQ atas usaha Tn bloger postkan isu ini,semoga mendapat ganjaran dari Allah. pendapat saya, Gerakan Penginjil semakin hebat kerana mereka sedar umat Islam kita di Malaysia lemah dan segolongan kita menyimpan Islam untuk diri sendiri tanpa usaha dakwah berterusan, tanpa usaha untuk memahami dan mempelajari Islam secara mendalam...asas yang lemah punca tiada kesungguhan. Diasuh untuk meletakkan tanggungjawab berdakwah dan berpesan kepada kebaikan hanya kepada pihak tertentu. Ditambah dengan hiburan melampau melalui pelbagai media dari kecil sampai tua, menyebabkan umat Islam terus lalai dan lemah. Sistem pendidikan formal/rasmi negara kita hanya menyediakan sangat sedikit didikan Islam,selebihnya pendidikan sains dan lain-lain. Pendidikan Islam dipisahkan melalui sistem pendidikan sekular sedia ada melainkan hanya sedikit yang boleh diajarkan kepada anak-anak. Ilmu Islam yang sedikit ini tidak mencukupi untuk menyedikan anak-anak dengan asas yang kukuh. Selepas tamat sekolah,berapa kerat yang berusaha untuk mendalami ilmu Islam? Selebihnya kita hanya mampu bertanya..dimana silapnya umat Islam? Wallahua'lam

satuhala said...

Salam mind-control. Sebenarnya bahu kesalahan perlu dipikulkan ke atas bahu kita sendiri dan juga pemerintah. Kita perlu memastikan yg org2 terdekat dengan kita, masyarakat kita semua kembali ke jalan Allah mengikut apa yg Allah tetapkan di dalam al Qur'an dan melalui sunnah Rasulullah. Apa yg ditunjukkan dalam posting tersebut ialah dakwah secara terang yg kini mereka berani lakukan. Itu secara terang. Dakwah secara halus sudah lama mereka jalankan secara meluas di Malaysia ini. Pedalaman Sarawak memang sudah lama terkenal dgn aktiviti missionaries kristian. Kita perlu kukuhkan serta mantapkan keupayaan pendakwah kita supaya boleh mengatasi kesungguhan mereka ini. Apa yg bugbear komen di atas mungkin boleh memberikan sedikit idea ttg apa yg berlaku spt yg ditanyakan saudara mind-control. Sama2 kita berusaha.

satuhala said...

Salam Bug Bear.. setuju sangat dgn apa yg dikatakan saudara. Sebenarnya umat Islam telah disabotaj supaya berkelakuan sedemikian. Mereka diberikan upah yg kurang oleh majikan bukan Islam. Ini menyebabkan suami isteri perlu bekerja utk menampung keperluan keluarga. Gaji kebanyakan org2 biasa memerlukan si suami dan isteri bekerja overtime dan gagal menumpukan kepada pembangunan akidah dan siasah anak2 mereka. Ini antara punca utama kenapa ramai generasi muda hari ni, tidak membesar dlm persekitaran Islam yg elok. Ibu bapa melepaskan tanggungjawab berdakwah kpd ustaz2 dan gol. tertentu. Benar apa yg diucapkan saudara. Mari kita sama2 berusaha membetulkan semua ini melalui proses membaiki diri kita, keluarga kita dan masyarakat yg terdekat dgn kita. Jika seluruh negara berusaha ke arah demikian. InsyaAllah usaha tersebut akan mempunyai impak yang sangat kuat. TQ atas komen bernas.

Mohd. Razi said...

Tak sabar nak dengar cerita yang seterusnya yang berlaku di dalam kedai bible tu. Sungguh mendebarkan! Cepat-cepat tulis ceritanya yer.... Tak sabar ni.

satuhala said...

InsyaAllah M.RAzi.. saya uploadkan dalam tempoh terdekat.. mungkin sebelum tu selingan satu dua cerita lain dulu..

Ali_Hudhaifah Al_Fateh said...

Assalamualaikum saudara...semoga Allah merahmati saudara dan memberikan ilham kepada saudara untuk terus menulis...saya amat teruja mengikuti tulisan2 di blog saudara dan menjadikannya sbg rujukan dlm pemahaman saya tentang perbandingan agama...saya juga ada mengkaji tentang bible dan memiliki banyak versi bible tapi dlm bentuk elektronik...jika saudara berminat saya boleh memberi linknye untuk saudara download...mungkin dapat membantu saudara

satuhala said...

Wa'alaikumsalam saudara Ali Hudhaifah al Fateh.. wah.. sedap nama saudara, dua orang khalifah dan seorang sahabat Rasulullah jadi pelengkap tuan punya diri. Bagus sekali kalau berminat dgn ilmu perbandingan agama. InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan saudara. Kita sebenarnya perlukan ramai lagi muslim yang mempunyai minat seperti saudara. Berkenaan dengan link Bible online, boleh sahaja kongsi dgn saya dan sahabat2 blog ini, mana tahu ada yang berminat dengan ilmu perbandingan agama spt saudara dan saya. TQ atas support. Semoga Allah memberikan kita semua kekuatan, rahmat dan perlindungan pada setiap saat dan masa. Amin.

Ali_Hudhaifah Al_Fateh said...

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah...saya berharap dpt mencontohi keluasan ilmu Saidina Ali,kecerdasan dan keteguhan Hudhaifan ibn Yaman serta kebijaksanaan Al Fateh(semoga dipermudahkan oleh Allah)...mengenai link tersebut boleh cuba
http://www.e-sword.net/downloads.html(untuk perisian utama)
http://www.e-sword.net/bibles.html(untuk add on pelbagai versi)diharap dapat memeberi manfaat...

satuhala said...

Ali.. tq atas link.. InsyaAllah ada yang akan memanfaatkan utk ilmu.. nama tu sebuah harapan dan doa oleh insan yg memilih nama tersebut utk saudara.. InsyaAllah segala yg baik dari nama tu menjadi sebahagian dari diri saudara..

shamsadis said...

semasa saya berada di PP tempoh hari, saya terserempak dengan 3 orang mat saleh, 1 lelaki dan 2 perempuan, mereka memakai lencana Jesuit Chris latar belakang warna putih dan tulisan hitam...kelibat mereka boleh dilihat di sekitar kawasan Univ di PP.